Tahun Baru, Apa yang Baru Bagimu?

Wahai saudara-saudari seiman,

Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2016. Pasti sudah banyak yang terjadi dalam setahun ini. Mari kita sama-sama lakukan refleksi sebelum tahun baru 2017 datang menjelang. Ikut langkah-langkah di bawah dengan teliti. Jangan lupa sediakan pen dan kertas bersama anda.



1. Ambil masa untuk kenang kembali apa yang telah terjadi, sama ada positif atau negatif.



2. Nyatakan 5 perkara baik yang telah terjadi sepanjang tahun ini dan coretkan di sebuah kertas.

3. Ucap syukur atas segala perkara tersebut.

4. Sekarang, fikirkan satu-satunya hal buruk yang terjadi sepanjang tahun ini.

5. Tuliskan dalam kertas.

6. Ucap syukur atas perkara tersebut. Bagaimana? Imbas kembali hal tersebut, apa yang terjadi sebelum, selepas atau jika perkara itu tidak terjadi? Ada perkara baik yang terjadi di sebalik perkara tersebut? Atau apa akan menjadi tabiat buruk jika tiada perkara buruk tersebut tidak terjadi?

7.  Bawa dalam doa perkara tersebut mampu mengajar anda untuk bersama dengan Tuhan? Ingat, hanya dengan sayap Tuhan, kita dapat terbang tinggi di tengah badai yang bergelora.


8. Tahun baru akan menjelang tidak lama lagi, apa yang baru anda akan lakukan untuk Tuhan dan lakukan bersama Tuhan? Fikirkan tentang satu perkara paling penting yang anda ingin lakukan.

"Saya secara peribadi ingin memberikan persepuluhan kepada Tuhan namun sehingga saat ini, saya belum mampu melakukannya. Saya selalu fikir, "Bagaimana kalau saya sendiri tidak mempunyai duit yang cukup?" "Gaji yang saya terima sudahlah sedikit, bagaimana mau memberi sepuluh peratus gaji saya kepada Tuhan?". Saya tidak mampu melakukannya kerana saya takut saya tidak mempunyai duit yang cukup untuk hidup sehingga ke bulan seterusnya. Tahun 2017 saya ingin mencabar diri, bukan kerana digesa oleh gereja, tetapi kerana Tuhan sudah berkali-kali ingatkan saya dalam Firman-Nya, di dalam Alkitab, bahawa Dia ingin anak-Nya taat kepada-Nya termasuk hal berkenaan dengan duit. Jadi satu perkara yang paling penting saya ingin lakukan adalah untuk memberi persepuluhan kepada Tuhan dari gaji yang saya terima kepadanya dan bukannya saki-baki duit yang saya boleh berikan kepada-Nya!" 

9. Doakan hal tersebut. Minta Tuhan untuk membantu anda melakukannya kerana tanpa Tuhan, semua itu akan menjadi sia-sia. 

Azam Tahun Baru? Adakah Ini Perlu?

Ini bukanlah azam tahun baru tapi azam yang anda boleh lakukan pada bila-bila masa. Cuma, pada saat ini mungkin anda perlu dibaharui sekali lagi. Jadi, apa yang baru bagimu, saudara-saudariku?

Catat Ulasan

0 Ulasan