English Note - Specially to Non-Malaysians

This comes from deep inside my heart

I guess by writing a blog, I'm inviting the whole world to read my posts. I've been writing blog because of the desire towards my beloved friends, here in Malaysia to listen to my little voice about my belief on Jesus Christ. 

Being in the center of friends of different beliefs sometimes is hard for me, but here in Malaysia it's common. I may choose to be in the same circle of similar beliefs but I guess it would be so selfish to be in my own circle, my own comfort zone. That's why I'm taking the wide opened opportunity to go outside my comfort circle and reach out to them. 

Somehow, I got challenged a lot. Spiritually, my faith is questioned and I really want to explain to them but for me, it's not the religion that we are arguing for. It's the belief of the real truth. 

I realizes that I need to speak up but let it be virtually for now. I want my friends to experience real love and truth not by tradition or routine of religion.

Hereby is my 'voice' which I hope someday my beloved friends will open and read, well, by God's grace and plan. I know it is not impossible.

So to you non-Malaysians, this blog may looks unfamiliar to you and sounds weird too. Don't worry, I guess I've explained it.

To all brothers and sisters in Christ, keep Malaysia in prayer. Don't pray so that this country will be changed to Christian country, but pray that this country will come to know the real truth, this whole nation will worship the real mighty and awesome God soon.

Thanks.
Shalom.

Catat Ulasan

89 Ulasan

  1. Kamu sebagai seorang kristian, maka saya ingin bertanyakan berkenaan dengan permasalahan yang wujud di dalam bible kristian kamu itu untuk kamu jawab. Dipersilakan.

    PERMASALAHAN AYAT GENESIS 11:12 DALAM BIBLE KRISTIAN.
    Ditemukan kesalahan kritikal ayat-ayat dalam bible. Pada kali ini saya ingin memaparkan pula ayat Genesis 11:12. Adalah lebih baik saya memaparkannya bermula dengan ayat Genesis 11:10, yang mana ianya mencatatkan keturunan bagi Sem.

    Versi Alkitab Kabar Baik (BIS), linknya
    http://sabdaweb.sabda.org/bible/chap...theme=clearsky
    Genesis 11:10 Inilah keturunan Sem. Dua tahun sesudah banjir besar, ketka Sem berumur 100 tahun, ia mendapat seorang anak laki-laki yang bernama Arpakhsad.

    Genesis 11:11 Setelah itu ia masih hidup 500 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

    Jika dilihat pada kitab Greek dan Hebrew, kedua-duanya juga mencatatkan bahawa pada ayat Genesis 11:10, Sem memperanakkan Arphaxad. Justeru turutan salasilah Sem pada genesis 11:10 adalah Sem, dan selepas itu Arphaxad.

    Genesis 11:12 bagi Kitab Hebrew.
    Lihat pula ayat Genesis 11:12 bagi kitab Hebrew, linknya http://biblos.com/genesis/11-12.htm , ianya mencatatkan seperti di bawah.

    וְאַרְפַּכְשַׁ֣ד Arpachshad
    חַ֔י lived
    חָמֵ֥שׁ five
    וּשְׁלֹשִׁ֖ים and thirty
    שָׁנָ֑ה years
    וַיֹּ֖ולֶד and became
    אֶת־ שָֽׁלַח׃ of Shelah

    Makanya kitab Hebrew menyebutkan pada ayat Genesis 11:12 bahawa Arphaxad memperanakkan Shelah. Maka sehingga ayat Genesis 11:12 ini, turutan salasilah menurut kitab Hebrew adalah Sem, Arphaxad, Selah. Dari kitab Hebrew juga kita memperolehi maklumat bahawa Arphazad memperanakkan Selah ketika beliau berumur 35 tahun. Terjemahan berkaitan dengan ini dapat kita lihat seperti di bawah.

    Versi Alkitab Kabar Baik (BIS), linknya http://sabdaweb.sabda.org/bible/chap...theme=clearsky
    Genesis 11:12 Pada waktu Arpakhsad berumur 35 tahun, ia mendapat anak laki-laki, namanya Selah.


    Genesis 11:12 bagi Kitab Greek
    Sekarang lihat pula ayat Genesis 11:12 juga bagi kitab Greek, linknya http://apostolic.interlinearbible.org/genesis/11.htm , ianya mencatatkan seperti di bawah.


    και έζησεν Αρφαξάδ εκατόν τριάκοντα πέντε έτη
    and Arphaxad lived a hundred thirty five years,


    και εγέννησε τον Καϊνάν
    and he procreated Cainan


    Dari kitab Greek ini, bagi ayat Genesis 11:12, kita memperolehi maklumat bahawa ketika berusia 135 tahun, Arphaxad memperanakkan Cainan.


    Kita lihat dalam kitab Greek yang lain iaitu Greek OT: Septuagint, linknya http://www.ellopos.net/elpenor/physi...is/11.asp?pg=2 , dimana ianya mencatatkan seperti di bawah,

    Καὶ ἔζησεν Αρφαξαδ ἑκατὸν τριάκοντα πέντε ἔτη καὶ ἐγέννησεν τὸν Καιναν.

    di mana pada link itu juga terdapat terjemahannya seperti di bawah

    "And Arphaxad lived a hundred and thirty-five years, and begot Cainan."

    Justeru ada 2 persoalan di sini. Sehingga Genesis 11:12, salasilah Sem menurut kitab Hebrew adalah Sem, Arphaxad, Selah. Tetapi menurut kitab Greek pula, salasilah sem adalah Sem, Arphaxad, Cainan. Pada ayat Genesis 11:12 itu juga, menurut kitab Hebrew, Arphaxad berumur 35 tahun semasa memperolehi keturunan seterusnya, namun menurut kitab Greek pula, ketika itu Arphaxad adalah berumur 135 tahun. Justeru manuskript mana satu yang mencatatkan catatan yang benar, yang menyamai autographnya?

    bersambung...

    BalasPadam
  2. sambungan PERMASALAHAN AYAT GENESIS 11:12 DALAM BIBLE KRISTIAN.

    Apakah Cainan itu adalah nama lain bagi Selah? Cainan itu bukanlah nama lain bagi Selah. Untuk menjelaskan perkara ini, maka sila lihat pula kitab Greek OT:Septuagint (linknya telah diberikan d atas), bagi ayat Genesis 11:13 - 15


    Genesis 11:13 And Arphaxad lived after he had begotten Cainan, four hundred years, and begot sons and daughters, and died. And Cainan lived a hundred and thirty years and begot Sala; and Canaan lived after he had begotten Sala, three hundred and thirty years, and begot sons and daughters, and died.


    Canaan itu adalah yang memperanakkan Selah. Jika dilihat dalam link http://apostolic.interlinearbible.org/genesis/11.htm ,
    pada Genesis 11:13, kitab Greek itu juga menyebut Cainan memperanakkan Salah. Lihat di bawah,


    και έζησε Καϊνάν εκατόν και τριάκοντα έτη
    And Cainan lived a hundred and thirty years


    και εγέννησε τον Σαλά
    and he procreated Salah


    Begitu juga pada ayat Genesis 11:14, kedua kitab Greek itu dan juga kitab Hebrew mencatatkan Selah pula memperanakkan Eber. Lihat terjemahanya di bawah,


    Genesis 11:14 And Sala lived an hundred and thirty years, and begot Heber.
    (Greek OT Septuagint)
    Genesis 11:14 Shelah lived thirty years and became of Eber
    (Hebrew, linknya http://biblos.com/genesis/11-14.htm )

    Justeru Cainan adalah bukannya Selah. Ini kerana dikatakan Cainan adalah yang memperanakkan Selah, manakala Selah adalah individu yang memperanakkan Heber. Lihat semula, turutan salasilah Sem menurut kitab Greek adalah Sem, Aprhaxad, Cainan, Salah, Heber. Namun menurut kitab Hebrew pula, turutan salasilah itu adalah Shem (atau Sem), Arpachshad (atau Arphaxad), Shelah (atau Salah), Eber (atau Heber), iaitu tidak terdapat generasi Cainan. Justeru Cainan itu adalah bukannya nama lain bagi Selah, kerana kitab Greek menyebut Cainan itu adalah orang yang memperanakkan Selah.


    Justeru saya ulang permasalahan di sini iaitu ada 2 persoalan di sini. Sehingga Genesis 11:12, salasilah Sem menurut kitab Hebrew adalah Sem, Arphaxad, Selah. Tetapi menurut kitab Greek pula, salasilah sem adalah Sem, Arphaxad, Cainan. Pada ayat Genesis 11:12 itu juga, menurut kitab Hebrew, Arphaxad berumur 35 tahun semasa memperolehi keturunan seterusnya, namun menurut kitab Greek pula, ketika itu Arphaxad adalah berumur 135 tahun. Justeru manuskript mana satu yang mencatatkan catatan yang benar, yang menyamai autographnya?

    Sila jawab permasalahan ayat Genesis 11:12 ini yang tertulis dalam manuskript bible kristian itu. Dipersilakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perbezaan kali ini sangat besar maksudnya, ingin saya tegaskan di sini bahawa ini merupakan pendirian peribadi saya, bukanlah pendirian orang Kristian secara keseluruhannya.

      Sebagai umat Kristian yang percaya bahawa Tuhan akan tetap memelihara Firman yang Dia sampaikan, Dia berkuasa melakukan perkara itu, oleh itu saya percaya bahawa Alkitab yang saya baca sekarang merupakan Firman yang datang daripadaNya.

      Alkitab Terjemahan Bahasa Melayu yang saya baca sekarang merupakan terjemahan daripada manuskrip Hebrew. Maka saya percaya manuskrip Hebrew benar faktanya. Saudara sendiri mungkin sudah mengetahui bahawa Manuskrip Septuagint itu juga merupakan terjemahan daripada Manuskrip Hebrew.

      Jika terdapat kesalahan menterjemah, sedikit perubahan, sama ada sengaja mahupun tidak, tidaklah hairan bagi saya untuk terjadi. Maka bagi saya, amatlah mudah untuk tidak mempertikaikan manuskrip manakah yang benar tetapi tetap percaya bahawa Firman Allah itu juga telah disampaikan dalam Alkitab terjemahan Bahasa Melayu yang saya pegang sekarang.

      Padam
  3. Saya rasa kamu tidak baca tulisan saya itu dengan teliti. Saya tidak mempersoalkan kesalahan di dalam kitab-kitab terjemahan, tetapi saya mempersoalkan kesalahan ayat bible dalam manuskript bible itu sendiri. Di dalam tulisan saya itu, saya paparkan tulisan dalam 2 manuskript iaitu daripada manuskript Hebrew yang dikenali sebagai manuskript Masoret dan juga manuskript Septuaginta Yunani. Justeru permasalahan ayat bible itu bukannya wujud hanya dalam kitab terjemahan, tetapi ianya telah wujud di dalam manuskript bible itu sendiri. Kesalahan dalam manuskript akan membawa kepada kesalahan dalam kitab terjemahan.

    Kamu percaya bahawa bible kamu itu tetap sebagai firman Tuhan. Tetapi jika hanya sekadar percaya tetapi kamu tidak mampu menafikan kesalahan di dalamnya seperti yang telah saya paparkan itu, maka ia tidak akan menjanjikan bahawa bible kamu itu tetap sebagai firman Tuhan. Itulah yang dinamakan percaya secara membuta tuli. Malah kelompok di luar kristian dengan mudah dapat menunjukkan kesalahan dalam bible kamu yang menjelaskan bahawa bible kamu itu bukannya firman Tuhan, dan dakwaan ini yang kamu tidak dapat nafikan. Bagaimana kamu mengatakan ayat Genesis 11:12 itu sebagai firman Tuhan jika kesalahan wujud di dalamnya?

    Kamu mempercayakan manuskript Hebrew, namun tahukah kamu bahawa apabila kamu mempercayai menuskript Hebrew bermakna kamu menafikan ayat Lukas 3:35-36? Ini kerana turutan salasilah seperti yang dituliskan olah Lukas adalah menyamai manuskript Septuaginta jika kita lihat generasi antara Arphaxad hingga Eber itu. Mari saya paparkan kepada kamu ayat Lukas 3:35-36 itu.

    Lukas 3:35 anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak Eber, anak Salmon,
    Terjemahan Baru Indonesia

    Lukas 3:36 anak Kenan, anak Arpakhsad, anak Sem, anak Nuh, anak Lamekh,
    Terjemahan Baru Indonesia

    Justeru ayat Lukas 3:35-36 menunjukkan "Ebar, anak Salmon (@Selah), anak Kenan (@Cainan), anak Arphaxad". Justeru turutan generasi seperti yang dituliskan oleh Lukas adalah Arphaxad, Cainan, Selah, Eber. Justeru apakah kamu mahu menafikan apa yang dituliskan oleh Lukas ini? Apakah kamu merasakan ayat Lukas 3:35-36 itu firman Tuhan? Jika kamu merasakan ianya firman Tuhan, dan kamu tidak mempercayai turutan salasilah dalam ayat Lukas 3:35-36 tersebut? Apakah kamu mempercayai sebahagian ayat bible dan tidak mempercayai sebahagian ayat yang lain dalam bible tersebut? Atau kamu tidak mempercayai ayat Lukas 3:35-36 itu sebagai bukan firman Tuhan kerana turutan salasilahnya tidak menyamai manuskript Hebrew??

    BalasPadam
  4. Septuaginta itu sememangnya diterjemahkan, namun manuskript Hebrew yang saya kutipkan itu adalah manuskript Hebrew Masoret. Tahukan kamu bahawa antara manuskript Septuaginta dengan manuskript Hebrew Masoret itu, manuskript Septuaginta itu adalah jauh lebih awal daripada manuskript Hebrew Masoret tersebut?
    Justeru sumber yang menjadi terjemahan bagi manuskript Septuaginta adalah bukannya manuskript Hebrew Masoret. Justeru ini bermakna manuskript yang menjadi sumber Septuaginta (sama ada manuskript Hebrew atau bukan) adalah berbeza dengan manuskript Hebrew Masoret itu. Justeru di mana jaminannya bahawa manuskript Hebrew Masoret itu pastinya benar dan di mana jaminannya bahawa manuskript Septuaginta itu pastinya salah? Jika manuskript Septuaginta itu salah, maka kamu mahu mengaku bahawa ayat Lukas 3:35-36 itu sebagai salah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, saudara memang sangat berpengetahuan dalam manuskrip-manuskrip tersebut! Saya sememangnya tidak mengali pengetahuan sedalam itu, dari asalnya Alkitab yang dinyatakan sebelum diterjemahkan. Sungguh, pengetahuan saya teramat-amat cetek jika dibandingkan dengan saudara.

      Penjelasan saya tidaklah berdasarkan pengetahuan yang dalam, bagi saya apabila ianya berkait kepada sulur galur nenek moyang seseorang, begitu sukar untuk mengumpulkan maklumat. Saya tidak akan salahkan saudara jika saudara memang menganggap keseluruhan Alkitab salah kerana beberapa kesalahan sulur galur yang salah ini. Tapi adakah kerana salah seorang nenek moyang Yesus Kristus salah ditulis, maka kebenaran bahawa Yesus hidup dan telah mati bagi dosa manusia itu juga salah?

      Saya tidak hidup di sepanjang zaman itu mengetahui bahawa Selah atau Kenan yang wujud, tapi saya mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Firman Allah, Yesus datang dari keturunan Adam, Abraham dan Daud, kepada mereka janji itu telah dinyatakan.

      Padam
  5. Yes, sekarang kamu akui bahawa terdapat kesalahan dalam catatan susur galur salasilah yang dituliskan dalam bible kristian kamu. Kesalahan tersebut menyebabkan kamu sendiri tidak tahu yang mana benar dan yang mana salah.

    Jadi berdasarkan itu, saya tanyakan kepada kamu iaitu bagaimana kamu dapat mengatakan bible kristian kamu itu sebagai kitab yang benar, jika di dalamnya sudah tercatat sesuatu yang salah?? Bagaimana yang salah itu kamu tetap mengatakan sebagai benar?? Kamu sendiri kelihatannya belum mendalami bible kristian kamu itu secara mendalam, tetapi kamu sudah mengatakan bahawa bible kamu itu sebagai kitab yang benar. Justeru atas dasar apa kamu mengatakan sedemikian??
    Saya bukan ingin menghina kamu, tetapi saya hanya memaparkan apa yang saya ketahui berkenaan dengan bible kamu. Untuk makluman kamu, banyak lagi kesalahan-kesalahan seumpama itu dapat ditemui dalam bible kristian kamu itu.

    Justeru sekarang sudah ditemukan kesalahan di dalam bible kristian kamu itu. Itu adalah kesalahan yang dapat dikesan. Bagaimana pula dengan kesalahan yang tidak dapat dikesan?? Jika satu kesalahan sudah ditemukan, then bagaimana pula dengan catatan-catatan yang lain?? Contohnya catatan bahawa Jesus hidup dan telah mati bagi dosa manusia. Bagaiman kamu dapat mempastikan dan mengesahkan bahawa catatan itu benar-benar menyamai catatan di dalam autograph bible itu?? Pada masa sekarang, manuskript-manuskript bible sudah ditemukan kesalahan di dalamnya. Justeru bagaimana kamu dapat mempastikan dan mengesahkan catatan-catatan lain dalam manuskript tersebut sebagai masih benar?? Kita telah menemukakan catatan yang salah dalam manuskript dan pastinya catatan yang salah itu bermaksud catatan dalam manuskript itu sudah tidak menyamai autographnya. Justeru atas dasar apa untuk kamu mengatakan adalah mustahil catatan-catatan lain dalam manuskript itu adalah salah dan tidak menyamai autographnya iaitu tidak seperti catatan yang telah diakui salah dalam manuskript itu?? Atas dasar apa untuk kamu mengatakan pastinya catatan-catatan lain dalam manuskript itu tetap menyamai catatan dalam autographnya??

    Jika kamu hanya membandingkan antara manuskript dengan manuskript, maka kesimpulannya adalah kamu hanya menemukan kesamaan catatan antara manuskript dengan manuskript. Itu tidak menjanjikan bahawa ianya akan memberikan kesamaan antara manuskript dengan autograph.

    Ini seperti jika dalam satu mangkuk mee sup, pada satu bahagian sudah terdapat tahi cicak dalam mangkuk mee sup itu. Then bagaimana kamu mengesahkan bahagian lain dalam mangkuk mee yang sama itu masih tidak dicemari oleh tahi cicak tersebut??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bukanlah penceramah agama yang mempelajari fakta, sejarah sepanjang dunia dijadikan untuk menjelaskan kepada saudara manakah yang benar. Saya bukanlah bergantung kepada Alkitab sahaja untuk mengetahui bahawa apa yang saya percaya sekarang adalah benar, Yesus yang hidup dan berbicara sendiri kepada saya. Roh KudusNya sentiasa bersama dengan saya untuk memberitahu saya manakah yang benar, manakah yang salah.

      Begitu mudah mencari kesalahan orang lain, mungkin jika saudara benar-benar ingin tahu fakta manakah yang benar, saudara tanyalah Yesus sendiri. Dia mungkin akan menyatakan jawapannya kepada saudara sendiri.

      Tuhan memberkati.

      Padam
  6. Jika sekadar mengatakan Jesus berbicara sendiri kepada kamu atau kamu mengatakan roh kudus sentiasa bersama kamu maka apa bezanya dakwaan kamu itu dengan dakwaan daripada penganut agama sesat yang lain? Penganut hindu pun boleh mengatakan tuhan Rama nya sentiasa berbicara kepada mereka dan tuhan mereka sentiasa bersama mereka. Justeru apa bezanya dengan dakwaan kamu? Jika mereka mengatakan seperti itu kepada kamu maka apakah kamu mahu menerima dakwaan mereka itu sebagai benar? Apakah kamu mahu mengakui tuhan Rama mereka itu pasti juga tuhan yang benar sebab dia pun selalu berbicara dan sentiasa bersama dengan penganut agama hindu seperti mana Jesus sentiasa berbicara dan roh kudus sentiasa bersama penganut kristian?

    Justeru dakwaan kamu itu tidak langsung memberikan apa-apa makna dalam diskusi atau debat. Prang lain bukan seperti kamu yang hanya menerima secara membuta tuli apa yang disampaikan kepada kamu oleh pihak paderi kristian kamu. Melihat kepada jawapan kamu ini makanya saya lihat selama ini kamu sebenarnya tidak mempunyai pengetahuan terhadap bible kamu sendiri. Kamu sebenarnya tidak pernah mengkaji bible kamu sendiri. Selama ini kamu hanya beriman secara membuta tuli kerana kamu bersumberkan kitab yang tidak pernah kamu kaji berkenaan dengan status kebenarannya. Saya melihat dakwaan kamu bahawa kononnya kiyab kristian kamu itu sebagai kitab yang benar hanyalah merupakan dakwaan kosong kerana pada hakikatnya kamu hanya mendakwa secara membuta tuli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak perlu berdebat hebat untuk mengetahui kebenaran. Bagi anda memang aneh, dan langsung tidak berguna untuk saudara kerana saudara perlukan kesahihan fakta itu. Saya belajar daripadaNya dengan langkah yang teramat perlahan.

      Baiklah, saudara...pastikan saudara pelajari keseluruhan manuskrip tersebut, PELAJARILAH KESEMUANYA maka saudara akan mengetahui apa yang saya maksudkan.

      Tuhan memberkati.

      Padam
  7. Sememangnya saya sudah mempelajari manuskript tersebut, sebab itulah saya menemukan perbezaan atau pertentangan dalam ayat-ayat manuskript bible itu apabila dilihat dalam manuskript yang berbeza walaupun ianya pada ayat yang sama. Kamu yang masih belum mengkaji manuskript bible kamu itu, sebab itulah kamu tidak pernah tahu adanya ayat yang bertentangan apabila dilihat dalam manuskript yang berbeza. Dan apabila kamu dipaparkan hal tersebut maka barulah kamu menyedari dan mengetahui bahawa kamu tidak mampu menafikannya.
    Kamu katakan yang kamu belajar secara perlahan. Jika demikian kenapa kamu tak mampu memberikan penerangan apabila pertentangan ayat itu saya paparkan kepada kamu? Apakah kamu tidak mempelajari dengan mendalam sehinggakan kamu tidak menemukan permasalahan bible kamu? Jika demikian sekarang saya sudah paparkan permasalahan bible itu. Jika ianya tidak benar then saya mempersilakan kamu menafikannya dengan bukti-bukti dalam hujah kamu.
    Atau kamu tidak mahu berdebat? Yes, saya memahami keadaan tersebut kerana permasalahan yang wujud dalam bible itu memang tidak dapat dinafikan, sebab itu kamu tidak mahu berdebat.
    Kamu ingin mengatakan kitab agama kamu adalah kitab yang benar. Namun apakah hanya pernyataan saja yang mampu kamu kemukakan untuk menunjukkan yang kamu dalam kebenaran? Jika demikian itu adalah kamu hanya percaya yang kamu dalam kebenaran, iaitu percaya secara membuta tuli.
    Dalam blog ini kamu menuliskan untuk menyingkap kebenaran kitab agama kamu. Namun kelihatannya sekarang kamu gagal untuk menepis bukti yang menyingkap kepalsuan dalam bible kristian kamu itu.
    Saya mencadangkan kepada kamu untuk bertanyakan permasalahan bible kamu ini kepada para paderi di gereja kamu. Tentu kamu juga inginkan penjelasan daripada pihak yang mengetahui dari kalangan kristian dan seterusnya kamu kemukakan di sini penjelasan dari paderi kamu itu untuk di kongsikan bersama-sama. Teman kristian kamu pun rasanya ingin tahu penjelasan berkaitan jika mereka tahu kewujudan permasalahan ini. Atau apakah kamu tidak sanggup melakukan demikian kerana dibimbangi ianya tidak mampu diperjelaskan oleh paderi kamu?
    Kamu mengatakan yang kamu dalam kebenaran, justeru saya mempersilakan kamu menerangkan bagaimana kamu boleh berada dalam kebenaran jika selama ini kamu merujuk kepada kitab yang kamu sendiri tidak dapat nafikan ianya sebagai kitab yang sudah tidak bersih daripada sebarang kesalahan. Jika kitab kamu sudah korup, then bagaimana kamu mengatakan diri kamu masih benar?
    Apakah selama ini kamu hanya mendakwa secara membuta tuli? Kelihatannya seperti itu. Kamu tidak mahu berdebat dan tidak mahu memberikan jawapan? Saya memahaminya. Inilah akibatnya apabila kamu merujuk kepada kitab yang sudah salah kerana apabila ianya sudah salah, maka kamu tidak akan dapat menafikan kesalahan tersebut apabila itu ditunjukkan kepada kamu. Itu menjelaskan bahawa selama ini, kitab kamu itu tidak pernah berstatus wahyu atau firman Tuhan. Hanya kamu dan pihak kristian yang mendakwa sedemikian secara membuta tuli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya percaya Tuhan akan memelihara firmanNya dari manuskrip yang asal itu sehinggalah sekarang. Saya percaya setiap permasalahan yang muncul tetap tidak mengubah fakta bahawa Yesus telah mati untuk saya bagi dosa saya. Adakah bertambah atau berkurangnya satu orang dalam senarai nenek moyang Yesus mengubah fakta bahawa Yesus tidak datang ke dunia ini bagi menebus dosa saya? Saudara terlalu leka mencari kesalahan sehingga tidak melihat langsung apa perkara yang paling penting sekali.

      Padam
  8. Makanya itulah yang saya persoalkan kepada kamu. Jika kamu rasa Tuhan memelihara manuskript bible kamu itu, maka bagaimana boleh wujudnya pertentangan dalam ayat yang sama apabila dilihat dalam manuskript yang berbeza? Perbezaan ayat dalam manuskript yang berbeza ini menjelaskan PASTINYA WUJUD KESALAHAN DALAM SALAH SATU DARIPADA KEDUA MANUSKRIPT tersebut. Justeru jika kamu rasa Tuhan memelihara manuskript bible kamu itu, then bagaimana boleh adanya kesalahan dalam salah satu daripada kedua manuskript tersebut?
    Kamu yang percaya Genesis 11:12 dalam manuskript Hebrew, then bagaimana pula kamu menafikan pula ayat dalam Lukas 3:35-36; jika kamu rasa Tuhan memehara manuskript bible kamu itu? Apakah kamu hanya dapat mengatakan Tuhan memelihara manuskript bible kamu tetapi kamu gagal pula menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dengannya? Kamu mengatakan Tuhan menjaga manuskript bible tetapi kelihatannya kamu sendiripun sudah tak mampu menepis bukti kepalsuan manuskript bible kamu itu.
    Permasalahan atau kesalahan yang tidak mampu kamu nafikan dalam bible ini menunjukkan bible itu sudah tidak bersih daripada sebarang kesalahan dan ia juga menjelaskan sudah terdapat catatan dalam manuskript bible itu yang sudah tidak menyamai autographnya. Jika sudah ada catatan dalam manuskript itu yang sudah tidak menyamai autographnya, maka bagaimana kamu pasti catatan dalam bible kamu yang mengatakan Jesus mati bagi dosa kamu itu sebagai ayat yang masih menyamai autographnya? Bagaimana kamu pasti ayat yang mengatakan Jesus mati bagi dosa kamu itu adalah ayat yang mustahil tidak menyamai autographnya iaitu tidak seperti ayat salasilah Jesus itu? Apa rujukan kamu untuk menentukan hal tersebut apabila autograph bible kamu itu sudah hilang atau sudah musnah? Apakah kamu membandingkan antara manuskript dengan manuskript sahaja? Maka itu hanya dapat menyimpulkan kesamaan antara manuskript dengan manuskript, tetapi itu tidak pernah secara pasti menyimpulkan kesamaan antara manuskript dengan autograph kerana kesalahan sudah ditemui dalam manuskript dan autographnya pula yang telah hilang untuk dirujuk bagi menentukan ayat manakah lagi dalam manuskript itu yang tidak menyamai autographnya.

    Justeru jika ayat salasilah Jesus sudah kamu akui salah, maka bagaimana kamu mengesahkan ayat yang menyebutkan Jesus mati bagi dosa manusia dalam bible kamu itu sebagai ayat yang masih benar atau dimanakah jaminannya kesahihan ayat tersebut tidak seperti ayat salasilah Jesus yang sudah salah itu?

    BalasPadam


  9. Justeru sekarang ini kesalahan atau permasalaham ayat dalam bible kristian itu sudah dipaparkan dan akhirnya kesalahan itu diakui sendiri oleh pihak kristian. Justeru pihak kristian itu pada hakikatnya tidak pernah mampu membuktikan kepada dunia bahawa kitab suci mereka itu sebagai kitab yang dapat menjanjikan kebenaran. Sebaliknya kelompok kristian tidak pernah mampu menafikan dakwaan bahawa isi kandungan bible mereka itu hanyalah bersifat tidak pasti akan kesahihannya.

    Justeru itulah jika seseorang individu itu benar-benar ingin mencari kebenaran yang sebenar-benarnya dan sanggup menggunakan akal fikiran dengan penuh keikhlasan, maka dia tidak akan memilih untuk beriman dengan isi kandungan bible dan tentunya tidak akan memilih kristian untuk dianuti.

    Hanya Al-Quran dan Islam sahaja yang dapat menjanjikan kebenaran yang hakiki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk kali yang terakhir, dengarkan wahai saudara, semua permasalahan yang saudara pertikaikan dalam artikel-artikel saya sebelum ini (walaupun tiada kaitan langsung dengan artikel tersebut), hanyalah permasalahan yang ada penjelasannya namun tidak saya ketahui, Tuhan saja yang tahu. Sebab itu saya cadangkan saudara untuk bertanya sendiri kepada Dia. Tuhan saya tidak bisu, Dia pasti akan menjawab.

      Jika kamu tanya kepada saya kenapa tidak saya tanya sendiri, saya tidak peduli sebenarnya siapa yang menjadi bapa siapa beribu tahun yang dulu. Semua itu tidak mengubah fakta bahawa Tuhan telah datang ke dunia, lahir sebagai Yesus dan mati di kayu salib untuk dosa saya. Bahkan dosa saudara juga!

      Begitu hebatNya Tuhan sehingga tidak terjangkau akal fikiran, namun dengan ikhlas saya percaya, Alkitab tetap menyampaikan kebenaran. Yang terpenting dalam hidup seorang Kristian adalah kepercayaan terhadap Yesus. Dengan keikhlasan dan nyata, Yesus itu yang hadir dalam hidup saya, maka saya tetap akan memilih Yesus untuk disembah, bukan sekadar agama untuk dianuti.

      Saya tahu apa yang saya percayakan, namun saudara sudah mempertikaikan semuanya dari awal, maka tidak ada gunanya saya teruskan membalas jawapan saudara.

      Biar Tuhan sendiri yang menjawab, Dia bukan Allah yang bisu.

      Tuhan memberkati.

      Padam
  10. Kristian Malaysia,

    Untuk membaca penjelasan kepada pertanyaan2 Nur Zamri, sila ke http://forumimankristen.com/index.php?topic=1839.new#new

    Tuhan memberkati.

    BalasPadam
  11. Nur Zamri yang terhormat, penjelasan2 dari pertanyaan2 anda sudah dan sedang dibahas di http://forumimankristen.com/index.php?topic=1839.new#new

    Salam.

    BalasPadam
  12. @Hezkiel Feroz

    Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Cuma sayangnya di forum tersebut thread yang saya buka di kunci oleh admin menyebabkan saya tidak dapat untuk mengemukakan komentar balas. Kenapa di kunci, mungkin kerana adminnya tidak mahu saya mengemukakan komentar balas kerana menyedari kepincangan komentar jawapan yang diberikan oleh individu yang dikenali sebagai Siip di forum tersebut. Namun begitu mari kita lihat apa yang dijawab oleh Siip itu.

    Komentar jawapan Siip:
    Misalnya,
    Arphaksad 'begat' Selah dan konteks 'begat' disana adalah menjadi kakeknya (versi Hebrew).
    Scr riil Arphaksad adalah ayah bagi Kenan dan kakek bagi Selah (versi Septuagint).

    Komentar saya:
    Saya mengutip ayat Genesis 11:12 versi Hebrew dan juga versi Septuaginta Greek. Pertanyaan saya adalah apakah di dalam autograph bible itu yang ditulis oleh penulisnya yang asal menuliskan 2 versi bagi ayat Genesis 11:12? Sudah tentu tidak! Di dalam mana-mana manuskript bible itu sama ada Hebrew atau Septuaginta Greek, hanya terdapat satu versi sahaja bagi ayat Genesis 11:12. Justeru dapat dikatakan di dalam autograph bible itu, ayat Genesis 11:12 adalah hanya ada satu versi sahaja. Dan Siip menyatakan Arphaxad adalah kakek bagi Selah kerana "memperanakan' itu tidak bermaksud Arphaxad ayah kepada Selah. Namun kedua-duanya sama ada manuskript Henrew atau manuskript Septuaginta Greek, adalah ayat yang sama iaitu ayat Genesis 11:12, justeru bagaimana ayat yang sama tetapi boleh wujud dalam 2 versi yang berbeza, pada hal di dalam autographnya ayat tersebut hanya ada satu versi sahaja??? Justeru permasalahannya adalah apakah ayat Genesis 11:12 itu ada menyebutkan generasi Cainan ataupun tidak? Ingat! Ayat Genesis hanya ada satu versi di dalam autographnya. Justeru apakah versi di dalam autograph itu ada menyebut generasi Cainan seperti yang terdapat dalam manuskript Septuaginta Greek atau tiada generasi Cainan seperti yang tertulis dalam manuskript Hebrew???

    Komentar saya seterusnya berkenaan jawapan Siip ini adalah kelihatannya Siip ini tidak membaca ayat Genesis 11:12 dengan baik di kedua-dua manuskript tersebut. Kenapa saya mengatakan sedemikian?? Ini kerana amat jelas pada manuskript Septuaginta Greek bahawa Arphaxad melahirkan Cainan pada usia 135 tahun. Baca di bawah,

    Καὶ ἔζησεν Αρφαξαδ ἑκατὸν τριάκοντα πέντε ἔτη καὶ ἐγέννησεν τὸν Καιναν.
    "And Arphaxad lived a hundred and thirty-five years, and begot Cainan."

    Manakala di manuskript Hebrew pula juga jelas tertulis bahawa Arphaxad melahirkan Selah pada usia 35 tahun. Baca di bawah,

    וְאַרְפַּכְשַׁ֣ד Arpachshad
    חַ֔י lived
    חָמֵ֥שׁ five
    וּשְׁלֹשִׁ֖ים and thirty
    שָׁנָ֑ה years
    וַיֹּ֖ולֶד and became
    אֶת־ שָֽׁלַח׃ of Shelah

    Justeru bagaimana si ayah iaitu Cainan dilahirkan terkemudian daripada si anak iaitu Selah oleh si kakek iaitu Arphaxad?? Pada usia Arphaxad 35 tahun, yang lahir adalah Selah, manakala Cainan masih belum lahir kerana hanya pada usia Arphaxad 135 tahun, maka barulah Cainan dilahirkan. Justeru bagaimana si anak iaitu Selah lebih tua 100 tahun daripada si ayah iaitu Cainan??? Ini adalah sesuatu yang amat mustahil. Saya mempersilakan kamu untuk menjawab perkara ini jika kamu ingin mengatakan tidak wujud kesalahan dalam manuskript bible itu.

    Ini jelas menunjukkan Siip itu tidak membaca kedua-dua ayat Genesis 11:12 itu dengan baik pada kedua-dua manuskript tersebut.

    BERSAMBUNG...

    BalasPadam
  13. SAMBUNGAN...

    Seterusnya mari kita lihat komentar jawapan Siip berkenaan dengan perbezaan usia Arphaxad di dalam ayat Genesis 11:12 dalam kedua-dua manuskript tersebut di bawah.

    Komentar jawapan Siip:
    Naskah-naskah bahasa Ibrani yg lebih tua dari naskah Masoret menunjukkan bhw usia Arphaxad adalah 135.

    Komentar saya:
    Justeru sekarang Siip sendiri sudah mengakui bahawa adanya kesalahan catatan di dalam salah satu manuskript tersebut. Beliau mendakwa kesalahannya adalah pada manuskript Hebrew Masoret kerana manuskript tersebut hanya mencatatkan usia Arphaxad hanya 35 tahun pada ayat Genesis 11:12.
    Then, bagaimana untuk mengatakan bible kristian itu masih benar jika di dalam manuskript yang tertentu sudah diakui sebagai salah oleh individu kristian sendiri?? Contohnya penulis blog ini iaitu Kristian Malaysia mempercayai manuskript Hebrew, manakala Siip itu mempercayai manuskript Septuaginta Greek. Justeru disebabkan manuskript bible itu yang saling bercanggah menyebabkan kepercayaan yang berbeza di kalangan kelompok kristian berkenaan dengan maklumat yang terdapat dalam manuskript bible mereka. Namun yang lebih penting di sini adalah ini jelas menunjukkan dan membuktikan kesalahan di dalam bible kristian itu telah wujud di peringkat manuskript lagi. Justeru bagaimana dengan kesahihan pada ayat-ayat yang lain di dalam manuskript-manuskript tersebut?? Di mana jaminannya bahawa ayat-ayat yang lain dalam manuskirpt-manuskript tersebut adalah masih menyamai autographnya? Sesungguhnya jaminan tersebut tiada. Tiada siapapun di kalangan individu kristian yang dapat memberikan jaminan tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti yang bersifat pasti.

    @Kristian Malaysia
    Kamu mengakui bahawa kamu tidak tahu penjelasan bagi permasalahan yang saya kemukakan. Kamu hanya menyakini adanya penjelasan tersebut. Justeru bagaimana kamu menyakini adanya penjelasan sedangkan kamu tidak tahu penjelasan tersebut? Kamu terlalu banyak mempercayai atau menyakini sesuatu secara membuta tuli.
    Jika kamu yakin tuhan kamu akan jawab, makanya kenapa kamu sendiri yang tidakmahu bertanyakan kepada tuhan kamu itu. Apakah kamu tidak mahu tahu penyelesaian bagi permasalahan yang saya kemukakan ini??
    Kamu tidak peduli apa yang tercatat dalam bible kamu itu?? Apakah kamu tidak tahu bahawa bible kamu sendiri menyarankan agar "ujilah segala seuatu dan peganglah yang baik" ?? Apakah kamu tidak mahu melakukan apa yang disarankan oleh bible kamu itu??
    Pada hakikatnya saya memahami kamu tidak mahu mempedulikan catatan berkenaan dengan ayat Genesis 11:12 itu kerana kamu tidak mampu untuk memberikan sebarang komentar jawapan yang dapat merungkai permasalahan tersebut. Kamu hanya mahu mempercayai di dalam bible kamu yang mencatatkan Jesus mati untuk dosa kamu, tetapi malangnya kamu tidak mampu untuk memberikan keyakinan terhadap kesahihan catatan di dalam bible kamu itu. Dengan kata lain kamu hanya mempercayai satu catatan yang kamu sendiri tidak dapat buktikan kebenarannya yang mustahil sebagai salah.
    Kamu hanya mampu mengatakan bible kamu menyampaikan kebenaran tetapi melihat pada komentar kamu sekarang, kamu tidak mampu untuk menepis bukti-bukti kepalsuan yang wuijud di dalam bible kamu itu apabila ianya dihadapkan kepada kamu. Justeru apa yang kamu katakan itu tidak pernah menjanjikan bahawa bible kamu itu sebagai kitab yang benar. Kamu hanya mengatakan secara membuta tuli.

    Inilah hasilnya apabila kelompok kristian itu merujuk kepada kitab mereka yang sudah wujud kesalahan di dalamnya. Mereka sendiri tidak akan mampu menafikan kesalahan di dalam kitab suci mereka sendiri.

    BalasPadam
  14. Saya permudahkan sekali lagi persoalan saya berkenaan ayat Genesis 11:12 sebab kelihatannya kelompok kristian tidak cukup memahami permasalahan yang saya kemukakan itu.

    Komentar jawapan Siip:
    Misalnya,
    Arphaksad 'begat' Selah dan konteks 'begat' disana adalah menjadi kakeknya (versi Hebrew).
    Scr riil Arphaksad adalah ayah bagi Kenan dan kakek bagi Selah (versi Septuagint).

    Mari kita ambil tanggapan Siip itu iaitu Arphaxad adalah kakek, Cainan adalah ayah dan Selah adalah cucu. Justeru persoalannya adalah yang mana satu maklumat yang disampaikan oleh ayat Genesis 11:12? Adakah ayat tersebut menyampaikan maklumat kakek memperanakkan cucu pada usia 35 tahun atau kakek memperanakkan ayah pada usia 135 tahun? Maklumat yang mana satu yang sebenarnya tertulis dalam autographnya?

    Justeru sekarang apakah kelompok kristian dapat melihat bahawa jawapan oleh Siip itu tidak menjawab persoalan saya dalam permasalahan ayat Genesis 11:12 ini?

    Ini belum lagi persoalan berkenaan bagaimana si anak boleh lebih tua 100 tahun daripada ayahnya.

    BalasPadam
  15. Untuk makluman semua penganut kristian di sini, saya juga telah memberikan komentar balasan di atas komentar jawapan oleh Siip di forum iman kristen itu. Sila lihat pada link berikut
    http://forumimankristen.com/index.php?topic=1839.new#new

    Pada awalnya saya sangkakan admin di forum tersebut telah lockkan thread tersebut. Setelah diteliti semula didapati ianya masih tidak dilockkan menyebabkan saya memberikan komentar lanjut di thread tersebut. sila baca untuk melihat permasalahan yang timbul daripada komentar jawapan oleh Siip itu.

    BalasPadam
  16. Sudah tiada komentar balas daripada kelompok kristian.

    Mereka ini hanya mampu membuat dakwaan kononnya bible mereka itu kitab yang benar. Tetapi mereka ini tidak pernah bersedia untuk membuktikan apa yang mereka dakwakan itu.

    Kepada kelompok kristian, sekarang kamu menyedari bahawa kepalsuan bible kamu itu mudah untuk dibuktikan dan dipaparkan kepada umum.

    BalasPadam
  17. Kepada Nur Zamri,

    Sekian lama masih mempersoalkan siapakah bapa, moyang keturunan Yesus. Penyelidikan saudara amat mendalam dari segi manuskrip. Saudara begitu keliru sekali apabila penjelasan Alkitab bertentangan dari segi nama dan umur moyang Yesus. Memandangkan saudara mampu mengambil masa meneliti manuskrip berbeza dan Alkitab, jangan lupa meneliti kesemua salinan manuskrip yang ada yang ditulis tangan.

    Jika saudara mempertikaikan kesahihan Alkitab, bagaimana pula dengan kesahihan AlQuran? Rujukan apa yang dapat kita bandingkan dengan Al Quran sekarang? Bagaimana Al Quran boleh dibuktikan sebagai sahih dan benar?

    BalasPadam
  18. Saya tidak tahu sama ada Nur Zamri masih mengikuti post ini, tapi, saya tertarik untuk meresponi permasalahan yang diberikan.

    Bebebrapa hal yang mungkin terlepas pandang oleh saudara Nur Zamri.
    1) Di dalam respon anda kepada pemilik blog ini, anda berkata,
    "Saya tidak mempersoalkan kesalahan di dalam kitab-kitab terjemahan, tetapi saya mempersoalkan kesalahan ayat bible dalam manuskript bible itu sendiri. Di dalam tulisan saya itu, saya paparkan tulisan dalam 2 manuskript iaitu daripada manuskript Hebrew yang dikenali sebagai manuskript Masoret dan juga manuskript Septuaginta Yunani. Justeru permasalahan ayat bible itu bukannya wujud hanya dalam kitab terjemahan, tetapi ianya telah wujud di dalam manuskript bible itu sendiri. Kesalahan dalam manuskript akan membawa kepada kesalahan dalam kitab terjemahan."

    - Melalui kenyataan ini, anda nampaknya seperti menyangka manuskrip Masoret dan manuskrip Septuaginta adalah manuskrip asli ataupun "autograph".
    - Namun, di dalam komen-komen selepas itu, khususnya respon anda kepada Siip, anda nampaknya tahu apa itu salinan manuskrip dan apa itu autograph.
    - Maka, mengapa anda masih berusaha memperbesarkan perbezaan tersebut seolah2 ia mempengaruhi doktrin Kristian? Kerana hakikatnya, tidak ada satu pun doktrin Kristian yang bergantung kepada perbezaan yang anda sebutkan.
    - Dan memandangkan pada zaman dahulu mesin fotocopy belum wujud, semua salinan manuskrip ditulis menggunakan tangan.
    - Maka, faktor seperti keadaan si penulis (sihat, rabun, dll), bahan yang digunakan, akan sedikit sebanyak memberi kesan terhadap ketepatan manuskrip yang disalin.
    - Namun, kita tahu hari ini bahawa perbezaan-perbezaan yang wujud adalah melibatkan perincian-perincian kecil dan tidak mempengaruhi sebarang doktrin atau kepercayaan utama Kristian.
    - Contohnya, penemuan manuskrip-manuskrip Laut Mati telah memberikan bukti sokongan bahawa apa yang telah ditulis oleh penyalin manuskrip Masoretik adalah hampir 100% sama. Saya katakan hampir kerana memang wujud perbezaan tertentu seperti ejaan, struktur ayat tertentu, termasuk yang anda pertikaikan namun, isi kandungannya secara keseluruhan adalah sama.

    Apa yang anda persoalkan bersangkut rapat dengan bidang Textual Criticism Alkitab.
    - Jika anda ada menyelidiki atau tahu serba sedikit tentang bidang Textual Criticism ini, anda pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan berikut:
    "Jika kamu hanya membandingkan antara manuskript dengan manuskript, maka kesimpulannya adalah kamu hanya menemukan kesamaan catatan antara manuskript dengan manuskript. Itu tidak menjanjikan bahawa ianya akan memberikan kesamaan antara manuskript dengan autograph."

    - Kerana, bidang Textual Criticism Alkitab adalah bidang penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui isi kandungan asli sesuatu salinan manuskrip itu.
    - Dan, ia bukan seperti analogi mee sup yang anda berikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doktrin kristian itu adalah bedasarkan kitab bible kristian seperi mempercayai Jesua mati untuk dosa manusia. Daripada kamu rujuk perkara tersebut? Sudah tentu daripada apa yang dituliskan dalam bible kristian. Justeru jika sudah wujud 0erbezaan kecil, ianya menjelaskan sudah ada perbezaan dalam catatan manuskript tersebut jika dibandingkan.dengan autographnya. Kamu sendiri sudah akui kewujudan perbezaan kecil tersebut. Justeru itulah saya tanyakan kepada pemilik blog ini atau kepada sesiapa pun di kalangan kristian iaitu bagaimana kamu mempastikan ayat-ayat lain dalam manuskript tersebut masih menyamai autographnya? Sebagai contoh kamu mengambil naskah manuskript laut mati yang hampir menyamai naskah manuskript masoret. Tetapi bagaimana pula persamaan naskah manuskript laut mati itu dengan autograph bible yang asal? Masih sama atau tidak? Bagaimana kamu dapat membuktikannya? Sudah saya nyatakan iaitu jika kamu membandingkan manuskript dengan manuskript maka itu tidak menjanjikan persamaan antara manuskript dengan autograph.
      Bidang textual criticism alkitab adalah untuk mengetahui isi kandungan asli sesuatu manuskript. Justeru kamu hanya bergantung kepada hasil penyelidikan? Namun masih tidak dapat menjawab ayat Genesis 11:12 dan Genesis 11:13 yang mana satu yng menyamai ayat di dalam autographnya. Penyelidikan itu berlaku disebabkan kesedaran terdapatnya perbezaan yang kecil antara manuskript dengan manuskript.
      Jika sudah ada kesalahan dalam bible maka bagaimana dengan ayat-ayat yang lain? Bagaimana kamu membuktikan secara benar-benar pasti bahawa ayat-ayat lain yang digunakan dalam doktrin kristian itu masih menyamai autographnya? Jika ini tidak dapat kamu buktikan makanya bagaimana kamu dapat menyatakan doktrin kristian itu sebagai benar? Terlalu banyak persoalan saya yang tidak terjawab.

      Padam
    2. Oh, setelah lebih setahun, komen saya ini akhirnya mendapat respon.

      Mohd Zamri,
      Anda menulis,
      bagaimana kamu mempastikan ayat-ayat lain dalam manuskript tersebut masih menyamai autographnya?

      - Melalui bidang Textual Criticism Alkitab.
      - Anda cuba selidiki dulu apa itu Textual Criticism Alkitab.

      Anda menulis,
      Namun masih tidak dapat menjawab ayat Genesis 11:12 dan Genesis 11:13 yang mana satu yng menyamai ayat di dalam autographnya. Penyelidikan itu berlaku disebabkan kesedaran terdapatnya perbezaan yang kecil antara manuskript dengan manuskript.

      - Jika kita melihat berdasarkan kajian Textual Criticism Alkitab, hal ini dapat dijelaskan sebagai "scribal error".
      - Kerana kita mempunyai banyak salinan manuskrip kuno Alkitab untuk dibandingkan dan menyelidiki bacaan mana yang paling benar.
      - Sekali lagi, hal ini tidak mempengaruhi mana-mana doktrin Kristian.

      Anda menulis,
      Jika sudah ada kesalahan dalam bible maka bagaimana dengan ayat-ayat yang lain? Bagaimana kamu membuktikan secara benar-benar pasti bahawa ayat-ayat lain yang digunakan dalam doktrin kristian itu masih menyamai autographnya?Jika ini tidak dapat kamu buktikan makanya bagaimana kamu dapat menyatakan doktrin kristian itu sebagai benar?

      - Di sini, anda cuba menimbulkan persepsi bahawa "jika hal ini silap, bagaimana kita tahu yang lain tidak tersilap?"
      - Namun, ini juga menunjukkan anda belum menyelidiki perihal Textual Criticism Alkitab.
      - Untuk pengetahuan anda, semua "variant" atau "perbezaan" yang terdapat di dalam salinan manuskrip2 kuno Alkitab telah pun didokumentasikan dengan terperinci dan sentiasa dikemaskini jika kita menemui apa2 penemuan baru tinggalan salinan manuskrip kuno Alkitab.
      - Dari senarai dokumentasi ini, kita dapat mengetahui tidak ada ayat atau perkataan Alkitab yang mempengaruhi mana-mana doktrin dasar Kristian.

      Padam
  19. Saudara Nur Zamri,
    Anda juga melihat Alkitab seperti anda melihat Al-Quran. Masalahnya, kedua-dua kitab ini jauh berbeza.

    Menurut pandangan anda, Al-Quran adalah kitab yang diturunkan terus daripada Allah, kepada Muhammad, melalui perantaraan malaikat Jibril. Malah, di syurga wujud sebuah Uml-kitab, iaitu ibu segala kitab, iaitu Al-Quran. Dan apa yang tercatat di dalamnya adalah sama dengan Al-Quran yang ada di bumi saat ini.

    Maka, menurut perspektif anda sebagai Muslim, adalah mustahil untuk Al-Quran mempunyai sebarang percanggahan.

    Alkitab bukan seperti itu. Alkitab ditulis dalam tempoh 1,500 tahun, oleh lebih 40 orang penulis yang berbeza, dipisahkan oleh zaman yang berbeza, dengan tiga bahasa yang berbeza, dan ditulis di dalam tiga benua yang berbeza.

    Dan, Kristian mengakui bahawa manuskrip asli Alkitab, sudah lama hilang kerana dimamah usia. Ini kerana bahan yang digunakan adalah bahan yang tidak kekal selamanya seperti kulit binatang, kertas papyrus, kulit kayu, dll. Maka, salinan kepada manuskrip asal diperlukan dan ini dilakukan oleh penyalin-penyalin kitab, juga dipanggil sebagai scribes.

    Oleh kerana para penyalin kitab ini adalah manusia biasa, walau seteliti mana pun mereka, pasti akan berlaku kesilapan semasa proses penyalinan. Ia dipanggil sebagai scribal error. Namun, melalui bidang Textual Criticism, kita dapat mengetahui kesilapan-kesilapan tersebut.

    Semua ini diakui oleh Kristian.

    Masalahnya, anda nampaknya seperti tidak sedar bahawa apa yang anda pertikaikan bukanlah sesuatu yang baru. Saya tidak menyalahkan anda kerana ramai juga Kristian yang tidak sedar akan hal ini.

    Yang pasti, apa yang anda cuba dakwakan ini tidak seteruk yang anda cuba gambarkan. Ia hanya menunjukkan penyalin kitab Masoretic atau kitab Septuaginta telah tersilap dalam menulis umur mereka. Ia tidak bererti mereka tidak wujud. Hanya umur mereka ketika peristiwa tersebut terjadi yang tidak dapat dipastikan.

    Masih banyak yang boleh diperkatakan, tapi saya nantikan respon anda (jika ada).
    Tuhan memberkati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat menarik dan berpengetahuan saudara. Terima kasih atas penjelasan yang sangat terperinci.

      Padam
  20. To Tiwas Tiwasok:

    Menarik sekali pengakuan daripada kamu.Sebenarnya permasalahan bible kristian ini bukanlah berpunca daripada naskah autograph aslinya yang telah dimamah usia dan hilang. Tetapi permasalahan bible ini wujud disebabkan oleh terdapatnya perbezaan di antara satu manuscript bible dengan manuscript yang lain yang memaksa kehadiran autographnya yang asli adalah amat diperlukan untuk melakukan sebarang pengesahan ke atas ketulenan atau ketidak tulenan ayat-ayat lain di dalam manuscript yang saling berbeza itu. Jika seandainya tidak ditemukan sebarang perbezaan antara satu manuscript dengan manuscript yang lain makanya tiada sesiapa yang dapat membuktikan manuscript yang ada itu tidak menyamai autographnya yang asli.

    Tetapi disebabkan wujud perbezaan antara manuscript dan ditambah pula dengan keadaan autograph yang asli telah lenyap, maka pihak kristian sendiripun tidak dapat membuktikan bahawa manuscript mereka itu masih menyamai autographnya, malah pihak kristian sendiripun tidak dapat membuktikan di kalangan mereka ayat versi mana yang benar dan menyamai autographnya jika ayat-ayat yang sama tetapi ditemukan dalam pelbagai versi antara manuscript tersebut diambil pertimbangan. Contohnya ayat Genesis 11:12 dan Genesis 11:13 ini. Ayat mana yang menyamai autographnya. Ada yang mengatakan versi Septuaginta dan ada pula di kalangan kristian yang mengatakan versi Hebrew Masoret. Tetapi siapa yang dapat menyatakan dengan begitu pasti?? Tiada.

    Apabila kesalahan ayat-ayat di dalam bible kristian itu dipaparkan kepada umum, maka kita akan melihat banyak kepercayaan invidu kristian yang saling bercanggah dengan kepercayaan individu kristian yang lain. Contohnya teman kristian kamu yang tuan punya blog ini mempercayai firman tuhan dalam manuscript bible kristian itu tidak akan dapat diubah, tetapi kamu pula mempercayai disebabkan si penyalin manuscript itu hanya manusia biasa, maka mereka tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dalam penyalinan. Berbeza bukan???

    Saya menyedari apa yang saya paparkan ini bukanlah sesuatu yang baru. kamu juga mengakui hal tersebut. Justeru itu menunjukkan permasalahan bible ini tetap tidak dapat diatasi, dihurai, dijawab dan diselesaikan walaupun permasalahan ini telah disedari sejak lama dulu. Justeru itu sejak dahulu pihak kristian mendakwa kitab bible mereka sebagai kitab yang benar pada hal mereka sendiri menyedari sejak dulu kesalahan di dalam bible mereka itu adalah suatu permasalahan yang tiada jalan penyelesaiannya. Pelik bukan??
    Justeru itu saya tanyakan bagaimana sesuatu yang diakui salah di dalam bible itu, namun bible itu tetap dikatakan sebagai benar?? Sememamgnya amat pelik.

    Tiwas Tiwasok, apa yang saya paparkan ini adalah sesuatu kesalahan yang dapat dikesan. Bagaimana pula dengan kesalahan yang tidak dapat dikesan? Jika catatan salasilah, generasi, umur itu kamu akui sebagai salah, maka bagaimana dengan ayat-ayat yang lain? Mana buktinya ayat-ayat yang lain itu sebagai salah?

    Harus difahami, saya tidak menuduh ayat-ayat yang lain itu sebagai salah, tetapi saya mengemukakan pertanyaan bagaimana kamu pasti ayat-ayat yang lain itu juga tidak senasib dengan ayat Genesis 11:12 dan Genesis 11:13 itu?? Mana buktinya??

    Apa yang saya katakan adalah ayat-ayat yang lain itu berstatus tiada kepastian akan kesahihannya iaitu sama ada ianya masih menyamai autographnya atau pun sudah tidak menyamai autographnya. sebab tiada siapa yang dapat membuktikan ayat-ayat lain tersebut masih menyamai autographnya dan tiada siapa yang dapat membuktikan ayat-ayat lain tersebut sudah tidak menyamai autographnya. Setuju dengan pendapat saya?? Jika tidak setuju, m aka sila buktikan bahawa pendapat saya itu sebagai salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd Zamri,
      Anda menulis,
      Sebenarnya permasalahan bible kristian ini bukanlah berpunca daripada naskah autograph aslinya yang telah dimamah usia dan hilang. Tetapi permasalahan bible ini wujud disebabkan oleh terdapatnya perbezaan di antara satu manuscript bible dengan manuscript yang lain yang memaksa kehadiran autographnya yang asli adalah amat diperlukan untuk melakukan sebarang pengesahan ke atas ketulenan atau ketidak tulenan ayat-ayat lain di dalam manuscript yang saling berbeza itu. Jika seandainya tidak ditemukan sebarang perbezaan antara satu manuscript dengan manuscript yang lain makanya tiada sesiapa yang dapat membuktikan manuscript yang ada itu tidak menyamai autographnya yang asli.

      - Perbezaan2 ini wujud kerana semua manuskrip yang anda katakan itu adalah "salinan" kepada "autograph" asal Alkitab.
      - Kerana semua salinan manuskrip ini ditulis dengan tangan, dan bukan hanya oleh seorang penyalin (scribe) tetapi beberapa scribe yang berbeza.
      - Maka, faktor manusia ini menyebabkan timbul kesilapan2 penyalin iaitu "scribal error".
      - Namun, oleh kerana kita memiliki beribu2 salinan manuskrip Alkitab, kita dapat membandingkannya dan mengetahui bacaan mana yang sepadan dengan yang asal. Ini jatuh di dalam bidang Textual Criticsm Alkitab.

      Anda menulis,
      Tetapi disebabkan wujud perbezaan antara manuscript dan ditambah pula dengan keadaan autograph yang asli telah lenyap, maka pihak kristian sendiripun tidak dapat membuktikan bahawa manuscript mereka itu masih menyamai autographnya, malah pihak kristian sendiripun tidak dapat membuktikan di kalangan mereka ayat versi mana yang benar dan menyamai autographnya jika ayat-ayat yang sama tetapi ditemukan dalam pelbagai versi antara manuscript tersebut diambil pertimbangan.

      - Inilah masalahnya, daripada kenyataan anda ini, jelas anda belum pun menyelidiki hal Textual Criticsm.
      - Sedikit sukar menjelaskan hal ini di dalam ruangan komen yang terhad ini. Saya hanya dapat mencadangkan beberapa buah buku untuk anda menyelidiki apa itu Textual Criticism Alkitab dan bagaimana ia membantu dalam menentukan isi kandungan bacaan sebenar Alkitab.
      - Contohnya, The Text of the New Testament: Its Transmission, Corruption, and Restoration.

      Padam
    2. Anda menulis,
      Contohnya teman kristian kamu yang tuan punya blog ini mempercayai firman tuhan dalam manuscript bible kristian itu tidak akan dapat diubah, tetapi kamu pula mempercayai disebabkan si penyalin manuscript itu hanya manusia biasa, maka mereka tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dalam penyalinan. Berbeza bukan???

      - Sebenarnya, pemahaman kami tidak berbeza. Tuan blog ini memperkatakan tentang "Biblical Inerrancy", cuma, dia tidak menggunakan istilah teknikal tersebut.
      - Saya juga percaya kepada "Biblical Inerrancy". Iaitu, TUHAN tetap memelihara Firman-Nya hingga hari ini. Dan, salah satu cara yang dipakaiNya adalah Textual Criticism.
      - Iaitu, walaupun terdapat kesilapan2 daripada penyalin2 kitab, isi utama Alkitab, iaitu tentang Rencana Penyelamatan umat-Nya melalui Yesus Kristus tidak berubah.

      Anda menulis,
      Saya menyedari apa yang saya paparkan ini bukanlah sesuatu yang baru. kamu juga mengakui hal tersebut. Justeru itu menunjukkan permasalahan bible ini tetap tidak dapat diatasi, dihurai, dijawab dan diselesaikan walaupun permasalahan ini telah disedari sejak lama dulu.

      - Tidak dapat diatasi? Sebenarnya, jawapan kepada soalan anda ini sudah lama diberikan. Tinggal anda cuba menyelidiki jawapannya saja.

      Anda menulis,
      Justeru itu saya tanyakan bagaimana sesuatu yang diakui salah di dalam bible itu, namun bible itu tetap dikatakan sebagai benar?? Sememamgnya amat pelik.

      - Kerana, setiap variant atau perbedaan itu tidak disembunyikan, tetapi diberitahu kepada pembaca.
      - Jika anda ada memperhatikan, terdapat catatan nota2 kaki yang menjelaskan kewujudan variant-variant ini. Contohnya, Alkitab NET adalah versi terjemahan yang paling komprehensif dalam menyenaraikan catatan2 nota kaki untuk mana2 bacaan ayat Alkitab yang mengandungi variant.

      Anda menulis,
      apa yang saya paparkan ini adalah sesuatu kesalahan yang dapat dikesan. Bagaimana pula dengan kesalahan yang tidak dapat dikesan? Jika catatan salasilah, generasi, umur itu kamu akui sebagai salah, maka bagaimana dengan ayat-ayat yang lain? Mana buktinya ayat-ayat yang lain itu sebagai salah?

      - Saya ulang sekali lagi respon saya di atas, iaitu, semua variant yang ada di dalam Alkitab sudah pun didokumentasikan dengan terperinci.
      - Maka, tidak timbul soal kita tidak tahu ayat mana yang benar dan diragui kebenarannya.

      Anda menulis,
      Apa yang saya katakan adalah ayat-ayat yang lain itu berstatus tiada kepastian akan kesahihannya iaitu sama ada ianya masih menyamai autographnya atau pun sudah tidak menyamai autographnya. sebab tiada siapa yang dapat membuktikan ayat-ayat lain tersebut masih menyamai autographnya dan tiada siapa yang dapat membuktikan ayat-ayat lain tersebut sudah tidak menyamai autographnya. Setuju dengan pendapat saya??

      - Sekali lagi, hal ini dapat diselidiki melalui bidang Textual Criticism Alkitab.
      - Nampaknya, sangat jelas anda belum menyelidiki hal ini kerana anda berulang kali memberikan dalil yang sama, iaitu "bagaimana kita tahu ia sama atau tidak".

      Padam
  21. Sebenarnya banyak percanggahan ayat-ayat dalam manuscript bible itu jika dibandingkan ayat yang sama di antara dua manuscript yang berbeza. Cumanya jika yang satu inipun sudah tidak terjawab, maka tiada perlu untuk saya mengemukakan percanggahan-percanggahan yang lain itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd Zamri,
      Saya ingin bertanya, adakah anda konsisten di dalam kriteria penilaian yang anda gunakan ke atas Alkitab ini?
      - Maksud saya, adakah anda menggunakan kriteria yang sama ini untuk menilai kitab kepercayaan anda sendiri?

      Padam
  22. Tiwas Tiwasok,

    Kita tidak boleh menggunakan kriteria yang berbeza untuk menilai suatu kitab dengan suatu kitab yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd Zamri,

      Jadi, adakah anda bersedia jika kitab kepercayaan anda juga dinilai menggunakan standard yang sama?

      Padam
  23. Tiwas Tiwadok

    Saya sangat mempersilakan kamu untuk menilai kitab Al Quran dengan menggunakan standard yang sama.

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  25. Tiwas Tiwasok

    Jika kamu merasakan ada percanggahan atau kesalahan dalam mana-mana ayat Al-Quran, maka dipersilakan untuk dibincangkan di sini dan kita akan lihat apakah ianya benar sebagai suatu kesalahan atau ianya hanya tanggapan kelompok kristian semata-mata disebabkan kegagalan kelompok ini dalam membuktikan kesalahan yang wujud dalam penjelasan yang akan diberikan oleh pihak muslim.

    Ingat! Kegagalan untuk membuktikan penjelasan daripada pihak muslim sebagai salah, ianya tidak membuktikan ayat Al-Quran tersebut sebagai salah. Sebaliknya ia hanya memperlihatkan keengganan kelompok kristian untuk menerima penjelasan pihak Islam kerana mereka iaitu pihak kkristian tidak mampu membuktikan penjelasan pihak Islam itu sebagai salah. Apakah kamu bersedia menerima keadaan ini??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd Zamri Mohd Zin,
      Baiklah, beberapa pertanyaan untuk anda.

      Muslim mendakwa bahawa,
      1) Al-Quran itu kini wujud di surga bersama-sama dengan Allah.
      2) Al-Quran sudah lengkap diturunkan kepada Muhammad.
      3) Al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad itu kekal sama hingga ke zaman ini.

      Tapi,
      1) Tahukah anda pada zaman ini wujud 26 buah Al-Quran berbahasa Arab yang berbeza?
      2) Tahukah anda tidak ada satu pun tinggalan manuskrip Al-Quran dari zaman Muhammad dan Uthman pada zaman ini?
      3) Tahukah anda bahawa semua tinggalan manuskrip kuno Al-Quran yang ada hari ini hanya wujud pada sekitar abad ke-8? Sedangkan Muhammad dan Uthman hidup pada abad ke-6 dan ke-7.
      4) Tahukah anda semua tinggalan manuskrip kuno Al-Quran yang masih wujud hari ini (Samarakand, Sana'a, Topkafi, dll) tidak sama dan saling bercanggah?
      5) Tahukah anda bahawa Al-Quran moden yang anda gunakan hari ini hanya mula dikompilasi pada tahun 1924 di Mesir? Sebelum itu, tidak ada Al-Quran yang seragam.

      Padam
    2. Tiwas Tiwasok,

      Pada awalnya kamu mencadangkan agar Al-Quran itu dinilai dengan menggunakan standard yang sama seperti mana saya menilai bible kristian kamu itu. Tetapi kelihatannya sekarang sedari awal lagi kamu telah menilai Al-Quran dengan tidak menggunakan standard yang saya gunakan dalam menilai bible kamu itu. Apakah kamu faham seperti mana kah saya menilai bible kamu itu? Adakah pada permulaannya saya terus meragukan semua manuscript-manuscript bible kamu itu? TIDAK!
      Pada awalnya saya tidak mempersoalkan kesahihan catatan dalam manuscript-manuscript bible kamu itu. Tetapi saya mempersoalkan sesuatu catatan di dalam manuscript bible kamu itu dengan manuscript yang lain. Dan hasilnya kamu sendiri mengakui telah wujudnya kesilapan di dalam catatan manuscript-manuscript tersebut. Setersunya berdasarkan pengakuan kamu itu, maka barulah saya mempersoalkan kesahihan manuscript-manuscript kamu itu jika dibandingkan dengan autographnya. Itulah standard penilaian saya terhadap bible kamu.

      Now cuba lihat pula bagaimana kamu mempersoalkan kredibiliti Al-Quran. Tanpa merujuk kepada sebarang permasalahan yang dikatakan wujud dalam Al-Quran, kamu terus mempersoalkan kewujudan Al-Quran yang berbeza menurut kamu. Begitu juga kamu terus mempersoalkan ketiadaan manuscript Al-Quran menurut kamu, dan seterusnya. Cuma persaolannya adalah 'apa permasalahannya yang menyebabkan kamu mempersoalkan semua itu"? Atau kamu mempersoalkan semua itu berdasarkan permasalahan apa? Dengan kata lain kamu mengadakan sesuatu persoalan tanpa sebarang permasalahan.

      Kamu lihat bagaimana saya menilai bible kamu itu. Saya mempersoalkan kredibiliti manuscript bible itu berdasarkan permasalahan suatu ayatnya yang didapati memberikan makna yang berbeza dengan manuscript yang lain yang juga dilihat pada ayat yang sama itu. Dan perbezaan ini diakui oleh kamu. Justeru daripada permasalahan itu maka saya mempersoalkan kredibiliti bible kamu itu. Nampak kah perbezaannya cara kamu menilai Al-Quran dengan cara saya menilai bible kamu itu??

      BERSAMBUNG

      Padam
    3. SAMBUNGAN...

      Saya dapati kamu tidak memahami al-Quran sedalamnya. Saya tidak tahu daripada mana kamu memperolehi maklumat bahawa terdapat 26 Al-Quran yang berbeza. Apakah kamu memperolehi maklumat itu daripada sumber non muslim? Sudah tentu. Kerana semua muslim mengatakan hanya terdapat satu versi Al-Quran. Tiada Al-Quran yang berbeza seperti mana yang kamu dakwakan itu.

      Mungkin yang kamu dakwakan itu adalah dengan melihat ayat Al-Quran yang menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza atau cara baca yang berbeza. Perkataan yang berbeza tidak menjanjikan perbezaan makna. Contohnya jika dituliskan "TUHAN ITU SATU" dan "ALLAH ITU ESA". Kedua ayat itu berbeza perkataan tetapi mempunyai makna yang sama. Justeru kedua-dua ayat tersebut tetap benar kerana makna yang disampaikan melaluinya adalah tetap sama.
      Cara baca yang berbeza pula tidak memberikan makna yang berbeza. Contohnya "الرَّحِيمِ" boleh dibaca seperti "rohim" atau "rohimi". Itu cara baca yang berbeza bergantung kepada sipembaca untuk membacakannya seperi mana. Tetapi ianya memberikan makna yang sama.

      Seterusnya jika kamu rasa tiada tinggalan manuscript Al-Quran dari zaman Nabi Muhammad atau Khalifah Uthman, maka itu adalah maklumat yang amat tidak tepat. Salah satu naskah Al-Quran zaman Khalifah Uthman itu masih ada tersimpan di Muzium Topkapi di Istanbul. Ini sekali gus menafikan apa yang kamu dakwa pada persoalan ketiga kamu itu.

      Jika kamu mengatakan ada al-Quran yang saling tidak sama ayat-ayatnya, maka sila buktikan di sini. Dan sila juga buktikan bahawa ayat-ayat yang kamu ambil itu adalah daripada kitab Al-Quran yang diperakui oleh pihak muslim.

      Dan jika Al-Quran moden yang digunakan pada hari ini adalah dikompilasi di Mesir pada tahun 1942, maka apa permasalahannya? Jika Al-Quran yang dikompilasi itu mempunyai ayat-ayat yang tetap sama maknanya dengan Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad, maka tidak wujud sebarang permasalahan di sini.

      Saya merasakan kamu perlu mengkaji dengan lebih mendalam tentang Al-Quran.

      Padam
  26. Sehingga kini hasil perbincangan berkenaan dengan kesalahan ayat Genesis 11:12 dalam bible kristian adalah individu-individu kristian akhirnya mengakui akan kesalahan tersebut telah wujud dalam bible mereka. Justeru daripada pengakuan mereka itu terdapat beberapa persoalan yang masih gagal dijawab oleh mereka. Antara persoalan tersebut adalah:

    1) Jika bible itu telah diakui mengandungi kesalahan, maka atas dasar apa untuk pihak kristian ini terus mendakwa bahawa bible mereka itu sebagai kitab yang benar? Bagaimana buku yang mengandungi kesalahan di dalamnya dapat dianggap sebagai buku yang mencatatkan hal yang benar? Bagaimana mereka mendakwa bahawa kitab mereka itu sebagai firman tuhan?? Bagaimana mereka dapat mengatakan firman tuhan sebagai salah??

    2) Jika kesalahan telah diakui wujud dalam bible kristian itu maka bagaimana kelompok atau individu kristian ini dapat mengesahkan secara pasti bahawa kesalahan seperti itu tidak tertimpa ke atas ayat-ayat bile yang lain? Atau persoalannya adalah setelah diyakini sudah wujud kesalahan pada ayat Genesis 11:12 itu, maka bagaimanakah kelompok kristian ini dapat mengesahkan bahawa ayat-ayat yang lain dalam bible mereka itu masih menyamai catatan di dalam autographnya yang asli. Ingat! Autographnya yang asli telah hilang atau lenyap. Yang ada hanya salinan-salinan yang dinamakan manuscript.

    3) Jika kesalahan yang wujud dalam bible itu telah diakui oleh kelompok kristian, maka bagaimana mereka dapat menegakkan hujah bahawa mereka mengimani iman yang benar?? Jika kitab yang dirujuk diakui sebagai salah, maka bagaimana mereka mengatakan bahawa mereka di dalam kebenaran?? Bagaimana mereka dapat membuktikan bahawa mereka tidak beriman secara membuta tuli??

    4) Jika kesalahan di dalam bible kristian itu telah diakui oleh kelompok kristian sendiri, maka bagaimana mereka dapat membuktikan bahawa adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan bahawa kitab mereka sebagai kitab yang telah diubah??

    5) Terdapat individu kristian yang mengakui bahawa kesalahan ini telah lama wujud dan telah diketahui oleh mereka. Maka apakah mereka tidak tanyakan soalan ini kepada pihak-pihak kristian yang lebih berpengetahuan? Apakah tiada jawapan daripada para paderi dan sebagainya? Apakah selama ini mereka membutakan penglihatan mereka terhadap permasalahan ini. Apakah mereka hanya mengabaikan permasalahan ini?

    Dipersilakan mana-mana individu kristian bagi menghuraikan dan menyelesaikan semua persoalan-persoalan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Zamri,
      Nampaknya, anda tidak memperhatikan respon saya kepada persoalan2 ini di atas.
      Anda bertanya,
      1) Jika bible itu telah diakui mengandungi kesalahan, maka atas dasar apa untuk pihak kristian ini terus mendakwa bahawa bible mereka itu sebagai kitab yang benar? Bagaimana buku yang mengandungi kesalahan di dalamnya dapat dianggap sebagai buku yang mencatatkan hal yang benar? Bagaimana mereka mendakwa bahawa kitab mereka itu sebagai firman tuhan?? Bagaimana mereka dapat mengatakan firman tuhan sebagai salah??

      - Bukankah sudah dijelaskan, ada bidang Textual Criticism untuk mengetahui ayat yang benar dan tidak benar.
      - Soalan anda ini menunjukkan anda tidak pernah menyelidiki terlebih dahulu tentang Alkitab, bagaimana ia ditulis, bagaimana ia dibukukan.


      Anda menulis,
      2) Jika kesalahan telah diakui wujud dalam bible kristian itu maka bagaimana kelompok atau individu kristian ini dapat mengesahkan secara pasti bahawa kesalahan seperti itu tidak tertimpa ke atas ayat-ayat bile yang lain? Atau persoalannya adalah setelah diyakini sudah wujud kesalahan pada ayat Genesis 11:12 itu, maka bagaimanakah kelompok kristian ini dapat mengesahkan bahawa ayat-ayat yang lain dalam bible mereka itu masih menyamai catatan di dalam autographnya yang asli. Ingat! Autographnya yang asli telah hilang atau lenyap. Yang ada hanya salinan-salinan yang dinamakan manuscript.

      - Sekali lagi, bidang Textual Criticism.
      - Tidakkah anda membaca respon2 saya di atas yang saya berikan kepada anda dan juga kepada Mohd Zamri Mohd Zin?

      Anda menulis,
      3) Jika kesalahan yang wujud dalam bible itu telah diakui oleh kelompok kristian, maka bagaimana mereka dapat menegakkan hujah bahawa mereka mengimani iman yang benar?? Jika kitab yang dirujuk diakui sebagai salah, maka bagaimana mereka mengatakan bahawa mereka di dalam kebenaran?? Bagaimana mereka dapat membuktikan bahawa mereka tidak beriman secara membuta tuli??

      - Sekali lagi, tidak ada satu pun doktrin dan kepercayaan Kristian yang terjejas oleh kerana kesilapan2 penyalin Alkitab.
      - Ini juga menunjukkan anda melihat Alkitab seperti anda melihat Al-Quran. Keduanya tidak sama.

      Anda menulis,
      4) Jika kesalahan di dalam bible kristian itu telah diakui oleh kelompok kristian sendiri, maka bagaimana mereka dapat membuktikan bahawa adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan bahawa kitab mereka sebagai kitab yang telah diubah??

      - Sekali lagi, bidang Textual Criticism.

      Anda menulis,
      5) Terdapat individu kristian yang mengakui bahawa kesalahan ini telah lama wujud dan telah diketahui oleh mereka. Maka apakah mereka tidak tanyakan soalan ini kepada pihak-pihak kristian yang lebih berpengetahuan? Apakah tiada jawapan daripada para paderi dan sebagainya? Apakah selama ini mereka membutakan penglihatan mereka terhadap permasalahan ini. Apakah mereka hanya mengabaikan permasalahan ini?

      - Masalah ini tidak diabaikan, sebaliknya, anda yang tidak mengetahui tentang hal ini dengan lebih teliti.
      - Sangat jelas apabila anda tidak tahu pun apa itu Textual Criticism Alkitab.

      Padam
  27. Tiwas Tiwasok,

    Kitab PL dan PB itu terdiri daripada beberapa kitab yang ditulis oleh beberapa penulis asal yang berbeza zaman. Naskah asal bible yang ditulis oleh penulis-penulisnya yang asal iaitu yang dikenali sebagai autograph nya itu telah hilang dan telah lenyap. Itu adalah fakta yang tidak dapat dinafikan lagi. Yang ada pada hari ini adalah hanya naskah-naskah salinan yang dikenali sebagai manuskript-manuskript yang menjadi sumber kepada bible-bible terjemahan. Dan manuskript-manuskript ini tidak saling sama sepenuhnya antara satu sama lain. Maksud tidak saling sama sepenuhnya di sini adalah dari segi makna yang terkandung dalam ayat-ayatnya. Disebabkan keadaan manuscript-manuskript itu saling tidak sama menyebabkan perlunya kepada textual criticism terhadap bible bagi pihak Kristian untuk dipercayai oleh mereka bagi menentukan ayat mana yang benar yang dirasakan menyamai ayat pada autographnya. Namun textual criticism hanya dilakukan dengan mengambil manuscript-manuskript sebagai rujukan disebabkan autographnya yang telah hilang. Justeru tindakan ini tidak benar-benar menjanjikan bahawa ayat yang dipilih dalam textual criticism itu sebagai ayat yang menyamai dalam autographnya. Daripada penelitian yang dibuat dalam textual criticism itu, maka pihak Kristian hanya dapat merumuskan suatu ayat itu dirasakan benar menyamai autographnya, tetapi mereka tidak mampu untuk membuktikan perkara ini SECARA PASTI disebabkan autograph tidak dapat diambil sebagai rujukan kerana autograph itu telah hilang atau lenyap. Pembuktian SECARA PASTI itu hanya dapat dilakukan apabila membandingkan suatu ayat dalam manuscript yang menjadi permasalahan dengan autographnya. Dan inilah yang tidak dapat dilakukan oleh pihak Kristian. Apabila kamu mengambil manuscript-manuskript sebagai rujukan kamu, maka kamu hanya akan menemukan persamaan suatu ayat dalam manuscript dengan suatu ayat dalam manuscript yang lain. Tetapi bagaimana dengan persamaan suatu ayat dalam manuskipt dengan suatu ayat dalam autographnya? Hal ini hanya akan didapati jawapannya SECARA PASTI apabila kamu membandingkan ayat dalam manuscript tersebut dengan ayat dalam autographnya. Namun hal inilah yang tidak akan mampu kamu lakukan walaupun melalui textual criticism disebabkan autographnya yang telah hilang.


    BERSAMBUNG..

    BalasPadam
  28. SAMBUNGAN..

    Kewujudan beribu-ribu manuscript tersebut tidak menjanjikan textual critism akan memperolehi keputusan yang diingini. Ini kerana untuk menghasilkan satu manuscript bible yang mengandungi semua kitab-kitab PL atau PB itu, maka semua naskah-naskah autograph itu perlu dikumpulkan dan berada pada satu individu atau satu golongan manusia bagi menyalinkan catatan daripada autograph tersebut kepada satu salinan manuscript yang pertama. Dan secara teorinya salinan manuscript yang pertama itu pula akan dijadikan rujukan pula untuk menyalinkan pula salinan manuscript yang kedua kerana tulisan dalam manuscript yang pertama itu akan lebih jelas dan berada pada bahan yang lebih baru jika dibandingkan dengan tulisan dan bahan autographnya. Justeru jika kesilapan penyalinan berlaku semasa menyalinkan manuscript yang pertama itu, maka kesilapan yang sama akan wujud dalam manuscript yang kedua. Dan kesilapan ini akan terus diwarisi dalam setiap penyalinan manuscript seterusnya. Justeru walaupun wujud ribuan manuscript, ianya tidak memberikan sebarang pembuktian jika kesalahan-kesalahan tersebut wujud dalam ribuan manuscript tersebut. Persoalannya apakah kamu merasakan tiada kesalahan dalam penyalinan manuscript pertama? Jika dalam penyalinan manuscript yang ditemui pada hari ini diakui boleh berlaku kesalahan atau kesilapan (kamu sendiri yang akui), maka atas alasan apa untuk kamu mengatakan mustahil akanberlaku kesalahan atau kesilapan semasa penyalinan manuscript pertama??

    Justeru andaian kamu tentang ayat yang mana benar dan ayat yang mana telah berubah melalui textual criticism hanya berdasarkan kepercayaan kamu sahaja, bukannya berdasarkan pembuktian kamu. Seperti contohnya tentang perbezaan ayat Genesis 11:12 antara manuscript Greek Septuaginta dengan Hebrew Masoret ini, kamu tidak mampu mengemukakan autographnya untuk membuktikan SECARA PASTI ayat dalam manuscript mana yang menyamai ayat dalam autographnya.

    Hal ini adalah melibatkan keimanan. Jika suatu manuscript itu didapati telah salah, maka autograph bible itu diperlukan untuk mempastikan ayat-ayat lain di dalam manuscript tersebut juga tidak mengandungi sebarang kesalahan. Contohnya ayat dalam manuscript tersebut yang berkaitan dengan doktrin dan kepercayaan Kristian yang kamu ambil yang melibatkan keimanan kamu. Maka bagaimana kamu pasti ayat yang kamu ambil itu sebagai ayat yang sah masih menyamai ayat dalam autographnya?? Apabila kamu tidak mampu mengsahkan perkara ini, maka bagaimana kamu dapat membuktikan apa yang kamu imani dalam doktrin dan kepercayaan itu sebagai suatu keimanan yang masih benar??? Apakah kamu hanya beriman secra menduga-duga semata-mata??

    BalasPadam
  29. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Pada awalnya kamu mencadangkan agar Al-Quran itu dinilai dengan menggunakan standard yang sama seperti mana saya menilai bible kristian kamu itu. Tetapi kelihatannya sekarang sedari awal lagi kamu telah menilai Al-Quran dengan tidak menggunakan standard yang saya gunakan dalam menilai bible kamu itu. Apakah kamu faham seperti mana kah saya menilai bible kamu itu? Adakah pada permulaannya saya terus meragukan semua manuscript-manuscript bible kamu itu? TIDAK!
    Pada awalnya saya tidak mempersoalkan kesahihan catatan dalam manuscript-manuscript bible kamu itu.

    - Ini masalahnya, apa yang anda persoalkan di awal post ini adalah berkaitan dengan bidang Textual Criticism.
    - Malah, sumber sebenar kepada persoalan anda ini adalah daripada hasil kajian Textual Criticism Alkitab. Itulah sebabnya saya mengatakan ia bukan sesuatu yang baru, tetapi sudah lama diketahui.
    - Cuma, anda sekadar memetik permasalahannya tanpa melihat kepada kesimpulan keseluruhan hasil kajian Textual Criticism tersebut.
    - Maka, saya memberikan soalan2 balas saya itu berdasarkan standard penilaian bidang Textual Criticism.

    Tetapi saya mempersoalkan sesuatu catatan di dalam manuscript bible kamu itu dengan manuscript yang lain. Dan hasilnya kamu sendiri mengakui telah wujudnya kesilapan di dalam catatan manuscript-manuscript tersebut. Setersunya berdasarkan pengakuan kamu itu, maka barulah saya mempersoalkan kesahihan manuscript-manuscript kamu itu jika dibandingkan dengan autographnya. Itulah standard penilaian saya terhadap bible kamu.

    - Sekali lagi, kenyataan anda ini menunjukkan anda tidak tahu asal-usul persoalan yang anda berikan itu.
    - Dan, tentang autograph, iaitu manuskrip asal, itulah sebabnya saya bertanya soalan ini,
    “Tahukah anda tidak ada satu pun tinggalan manuskrip Al-Quran dari zaman Muhammad dan Uthman pada zaman ini?”
    - Kerana, hakikatnya, autograph, iaitu naskhah asal Al-Quran juga sudah tidak wujud hari ini. Maka, atas standard yang sama, bagaimana anda tahu bahawa Al-Quran yang anda miliki zaman ini, adalah sama seperti naskhah asalnya yang dituliskan dan dilafazkan pada zaman Muhammad?

    Now cuba lihat pula bagaimana kamu mempersoalkan kredibiliti Al-Quran. Tanpa merujuk kepada sebarang permasalahan yang dikatakan wujud dalam Al-Quran, kamu terus mempersoalkan kewujudan Al-Quran yang berbeza menurut kamu. Begitu juga kamu terus mempersoalkan ketiadaan manuscript Al-Quran menurut kamu, dan seterusnya. Cuma persaolannya adalah 'apa permasalahannya yang menyebabkan kamu mempersoalkan semua itu"? Atau kamu mempersoalkan semua itu berdasarkan permasalahan apa? Dengan kata lain kamu mengadakan sesuatu persoalan tanpa sebarang permasalahan.

    - Mengapa saya mempersoalkan ketiadaan manuskrip Al-Quran? Kerana, anda sendiri mempersoalkan ketiadaan manuskrip asal Alkitab. Saya hanya menggunakan standard yang anda gunakan ke atas Al-Quran.
    - Jika anda meragui Alkitab kerana ketiadaan manuskrip asal Alkitab, mengapa anda juga tidak meragui Al-Quran kerana manuskrip asal Al-Quran juga sudah tidak ada.
    - Ia suatu masalah ke atas Al-Quran (kerana standard ini anda katakan adalah suatu masalah ke atas Alkitab), dan anda mengelak dari menjawabnya.

    bersambung

    BalasPadam
  30. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Kamu lihat bagaimana saya menilai bible kamu itu. Saya mempersoalkan kredibiliti manuscript bible itu berdasarkan permasalahan suatu ayatnya yang didapati memberikan makna yang berbeza dengan manuscript yang lain yang juga dilihat pada ayat yang sama itu. Dan perbezaan ini diakui oleh kamu. Justeru daripada permasalahan itu maka saya mempersoalkan kredibiliti bible kamu itu. Nampak kah perbezaannya cara kamu menilai Al-Quran dengan cara saya menilai bible kamu itu??

    - Nah, anda sendiri mengakui anda mempersoalkan kredibiliti Alkitab berdasarkan permasalahan ayat berbeza dengan manuskrip lain.
    - Maka, itulah sebabnya saya bertanya tentang permasalahan perbezaan ayat di antara manuskrip2 kuno Al-Quran sendiri.
    - Saya mengakui perbezaan2 itu kerana ia memang wujud dan kita mengetahuinya melalui bidang Textual Criticism.
    - Namun, Al-Quran menghadapi permasalahan yang lebih besar kerana Muslim mendakwa tidak ada satu pun perbezaan yang wujud di dalam Al-Quran asal sehingga ke hari ini. Malah, ada Muslim yang berkata tidak ada perbezaan walau satu titik pun di antara yang asal dan salinan zaman ini.
    - Namun, bukti manuskrip Al-Quran yang kita temui menunjukkan hal yang sebaliknya, iaitu terdapat banyak perbezaan di antara manuskrip kuno Al-Quran dengan Al-Quran zaman ini.

    Saya dapati kamu tidak memahami al-Quran sedalamnya. Saya tidak tahu daripada mana kamu memperolehi maklumat bahawa terdapat 26 Al-Quran yang berbeza. Apakah kamu memperolehi maklumat itu daripada sumber non muslim? Sudah tentu. Kerana semua muslim mengatakan hanya terdapat satu versi Al-Quran. Tiada Al-Quran yang berbeza seperti mana yang kamu dakwakan itu.

    - Saya memperoleh maklumat kewujudan 26 Al-Quran berbeza ini dari bukti yang ditunjukkan dengan jelas, di mana, semua 26 buah Al-Quran itu dipamerkan, malah, semua perbezaan dan variasi ayat juga diberikan. Malah, ia bukan sekadar perbezaan perkataan tetapi ia juga memberikan “maksud” yang berbeza.
    - Hal ini ada didokumentasikan, namun, mendapat tentangan hebat dari pihak Muslim. Malah, mereka yang terlibat di dalam penyelidikan Textual Criticism Al-Quran ini diugut untuk dibunuh. Mengapa? Jika benar Al-Quran itu kekal sama sejak dulu hingga sekarang, mengapa Muslim begitu takut ia diselidiki?
    - Alkitab tidak seperti itu. Sesiapa pun boleh menyelidikinya, dan ia kekal bertahan hingga ke hari ini.

    Mungkin yang kamu dakwakan itu adalah dengan melihat ayat Al-Quran yang menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza atau cara baca yang berbeza. Perkataan yang berbeza tidak menjanjikan perbezaan makna. Contohnya jika dituliskan "TUHAN ITU SATU" dan "ALLAH ITU ESA". Kedua ayat itu berbeza perkataan tetapi mempunyai makna yang sama. Justeru kedua-dua ayat tersebut tetap benar kerana makna yang disampaikan melaluinya adalah tetap sama.
    Cara baca yang berbeza pula tidak memberikan makna yang berbeza. Contohnya "الرَّحِيمِ" boleh dibaca seperti "rohim" atau "rohimi". Itu cara baca yang berbeza bergantung kepada sipembaca untuk membacakannya seperi mana. Tetapi ianya memberikan makna yang sama.

    - Bukan, ia lebih dari sekadar perbezaan perkataan yang membawa erti yang sama, tetapi juga melibatkan perbezaan perkataan yang memberikan maksud yang jauh berbeza di antara manuskrip2 Al-Quran.

    BalasPadam
  31. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Seterusnya jika kamu rasa tiada tinggalan manuscript Al-Quran dari zaman Nabi Muhammad atau Khalifah Uthman, maka itu adalah maklumat yang amat tidak tepat. Salah satu naskah Al-Quran zaman Khalifah Uthman itu masih ada tersimpan di Muzium Topkapi di Istanbul. Ini sekali gus menafikan apa yang kamu dakwa pada persoalan ketiga kamu itu.

    - Sekali lagi, anda salah. Naskhah yang tersimpan di Istanbul itu sudah pun diselidiki oleh penyelidik Muslim sendiri, dan mereka telah mendapati bahawa ia bukan berasal dari zaman Uthman. Anda boleh membaca sendiri hasil penyelidikan tersebut yang dikeluarkan oleh Dr. Altıkulaç dan Dr. İhsanoğlu, yang juga bertanggungjawab menjaga naskah Topkapi tersebut di Muzium Istanbul, Turki.


    Jika kamu mengatakan ada al-Quran yang saling tidak sama ayat-ayatnya, maka sila buktikan di sini. Dan sila juga buktikan bahawa ayat-ayat yang kamu ambil itu adalah daripada kitab Al-Quran yang diperakui oleh pihak muslim.

    - Masalahnya, ada 26 buah Al-Quran berbeza wujud hari ini. Maka, mana satu yang diperakui oleh pihak Muslim?
    - Oleh sebab anda bertanya mana bukti2 tersebut, saya berikan untuk anda.
    - Anda boleh menonton video ini, https://goo.gl/mXFa6H

    Dan jika Al-Quran moden yang digunakan pada hari ini adalah dikompilasi di Mesir pada tahun 1942, maka apa permasalahannya? Jika Al-Quran yang dikompilasi itu mempunyai ayat-ayat yang tetap sama maknanya dengan Al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad, maka tidak wujud sebarang permasalahan di sini.

    - Masalahnya, apa yang dikompilasi pada tahun 1942 itu mempunyai perbezaan di antara manuskrip2 kuno Al-Quran yang masih wujud hari ini. Ia berbeza dengan naskhah Topkapi di Turki, juga naskhah kuno Samarkand, naskhah kuno Sanaa, dan 25 lagi Al-Quran yang lain (termasuk naskhah moden di Mesir, ada 26 naskhah Al-Quran yang mengandungi perbezaan, wujud hari ini).

    Saya merasakan kamu perlu mengkaji dengan lebih mendalam tentang Al-Quran.

    - Saya juga merasakan anda perlu lebih menyelidiki cara Al-Quran disalin dari awal hingga hari ini.

    BalasPadam
  32. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Kitab PL dan PB itu terdiri daripada beberapa kitab yang ditulis oleh beberapa penulis asal yang berbeza zaman. Naskah asal bible yang ditulis oleh penulis-penulisnya yang asal iaitu yang dikenali sebagai autograph nya itu telah hilang dan telah lenyap. Itu adalah fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.

    - Ya, tiada Kristian yang menafikannya. Maka, mengapa anda mengulang hal ini?
    - Dan, dengan standard yang sama, adakah wujud autograph Al-Quran hari ini?

    Yang ada pada hari ini adalah hanya naskah-naskah salinan yang dikenali sebagai manuskript-manuskript yang menjadi sumber kepada bible-bible terjemahan. Dan manuskript-manuskript ini tidak saling sama sepenuhnya antara satu sama lain.

    - Tidak sama sepenuhnya, benar, namun, anda tahu apa yang tidak sama tersebut? Ia adalah susunan perkataan, ejaan, tanda baca, beberapa perkataan, yang mana, langsung tidak mempengaruhi mana2 doktrin asas Kristianiti. Tidak ada ayat yang mempertikaikan keilahian Yesus, penyaliban Yesus, kebangkitan Yesus.
    - Malah, perbezaan yang anda berikan di awal post ini langsung tidak mempengaruhi doktrin dasar Kristianiti.

    Maksud tidak saling sama sepenuhnya di sini adalah dari segi makna yang terkandung dalam ayat-ayatnya. Disebabkan keadaan manuscript-manuskript itu saling tidak sama menyebabkan perlunya kepada textual criticism terhadap bible bagi pihak Kristian untuk dipercayai oleh mereka bagi menentukan ayat mana yang benar yang dirasakan menyamai ayat pada autographnya.

    - Oh, boleh anda berikan contoh yang menyebabkan perbezaan “makna ayat-ayatnya”?
    - Contoh yang anda berikan di awal post ini hanya menunjukkan perbezaan umur, yang mana dapat dijelaskan iaitu disebabkan kesilapan penyalin ayat2 tersebut, dan sudah didokumentasikan dengan teliti.

    Namun textual criticism hanya dilakukan dengan mengambil manuscript-manuskript sebagai rujukan disebabkan autographnya yang telah hilang. Justeru tindakan ini tidak benar-benar menjanjikan bahawa ayat yang dipilih dalam textual criticism itu sebagai ayat yang menyamai dalam autographnya. Daripada penelitian yang dibuat dalam textual criticism itu, maka pihak Kristian hanya dapat merumuskan suatu ayat itu dirasakan benar menyamai autographnya, tetapi mereka tidak mampu untuk membuktikan perkara ini SECARA PASTI disebabkan autograph tidak dapat diambil sebagai rujukan kerana autograph itu telah hilang atau lenyap.

    - Dengan standard yang sama, bagaimana anda tahu bahawa sesuatu ayat Al-Quran itu benar sama dengan autographnya sedangkan autograph Al-Quran itu sendiri juga sudah tidak ada?
    - Bukan itu saja, semua tinggalan manuskrip Al-Quran yang wujud hari ini mempunyai perbezaan dan tidak seragam untuk ayat2 tertentu.
    - Setidak-tidaknya, kita mempunyai beribu2 manuskrip kuno Alkitab yang dapat kita gunakan untuk menentukan bacaan asalnya.

    Pembuktian SECARA PASTI itu hanya dapat dilakukan apabila membandingkan suatu ayat dalam manuscript yang menjadi permasalahan dengan autographnya. Dan inilah yang tidak dapat dilakukan oleh pihak Kristian.

    - Jika demikian, dengan standard yang sama, adakah itu bererti Al-Quran juga tidak dapat dibuktikan secara pasti kerana permasalahan dengan autographnya? Kerana, autograph Al-Quran juga sudah tidak ada hari ini. Malah, manuskrip tertua Al-Quran yang ada pada zaman ini pun bukan dari zaman kehidupan Muhammad atau pun Uthman.
    - Sebaliknya, kita memiliki salinan tinggalan manuskrip Alkitab seawal zaman kehidupan murid2 Yesus.

    BalasPadam
  33. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Apabila kamu mengambil manuscript-manuskript sebagai rujukan kamu, maka kamu hanya akan menemukan persamaan suatu ayat dalam manuscript dengan suatu ayat dalam manuscript yang lain. Tetapi bagaimana dengan persamaan suatu ayat dalam manuskipt dengan suatu ayat dalam autographnya? Hal ini hanya akan didapati jawapannya SECARA PASTI apabila kamu membandingkan ayat dalam manuscript tersebut dengan ayat dalam autographnya. Namun hal inilah yang tidak akan mampu kamu lakukan walaupun melalui textual criticism disebabkan autographnya yang telah hilang.

    - Dengan standard yang sama, bukankah Al-Quran juga perlu anda ragui kesahihannya kerana autographnya juga sudah tiada?
    - Bagaimana anda tahu SECARA PASTI bahawa Al-Quran hari ini sama dengan Al-Quran zaman Muhammad?

    Kewujudan beribu-ribu manuscript tersebut tidak menjanjikan textual critism akan memperolehi keputusan yang diingini. Ini kerana untuk menghasilkan satu manuscript bible yang mengandungi semua kitab-kitab PL atau PB itu, maka semua naskah-naskah autograph itu perlu dikumpulkan dan berada pada satu individu atau satu golongan manusia bagi menyalinkan catatan daripada autograph tersebut kepada satu salinan manuscript yang pertama. Dan secara teorinya salinan manuscript yang pertama itu pula akan dijadikan rujukan pula untuk menyalinkan pula salinan manuscript yang kedua kerana tulisan dalam manuscript yang pertama itu akan lebih jelas dan berada pada bahan yang lebih baru jika dibandingkan dengan tulisan dan bahan autographnya. Justeru jika kesilapan penyalinan berlaku semasa menyalinkan manuscript yang pertama itu, maka kesilapan yang sama akan wujud dalam manuscript yang kedua. Dan kesilapan ini akan terus diwarisi dalam setiap penyalinan manuscript seterusnya. Justeru walaupun wujud ribuan manuscript, ianya tidak memberikan sebarang pembuktian jika kesalahan-kesalahan tersebut wujud dalam ribuan manuscript tersebut. Persoalannya apakah kamu merasakan tiada kesalahan dalam penyalinan manuscript pertama? Jika dalam penyalinan manuscript yang ditemui pada hari ini diakui boleh berlaku kesalahan atau kesilapan (kamu sendiri yang akui), maka atas alasan apa untuk kamu mengatakan mustahil akanberlaku kesalahan atau kesilapan semasa penyalinan manuscript pertama??

    - Di sini jelas anda tidak tahu bagaimana penyelidikan Textual Criticism dilakukan. Malah, anda tidak tahu bagaimana salinan2 manuskrip Alkitab tersebar.
    - Ketika salinan manuskrip Alkitab, khususnya Perjanjian Baru, tersebar, kebanyakan dari saksi2 mata, murid Yesus, musuh2 Yesus, masih hidup. Yohanes sendiri, salah seorang murid Yesus, hidup sehingga mencapai umur sekitar 90 tahun.
    - Kemudian, salinan manuskrip2 ini tersebar tanpa kawalan. Ia tersebar jauh ke merata tempat. Dan kajian terhadap tinggalan2 manuskrip kuno ini menunjukkan semuanya memperkatakan hal yang seragam dan sama tentang Yesus, iaitu Dia disalibkan dan bangkit dari kematian, Dia disembah sebagai Tuhan, Dia akan kembali pada akhir zaman.
    - Salinan2 manuskrip ini tersebar jauh, disalin berkali2, sehingga mencapai beribu2 salinan, dan ia kekal seragam dan konsisten dalam menyatakan siapa Yesus.
    - Maka, jika ada penyalin yang tersilap, sengaja atau tidak, akan dengan mudah dapat kita ketahui dengan membandingkan beribu2 naskhah salinan manuskrip ini.
    - Contohnya, jika ada 3 ribu salinan manuskrip dari abad pertama hingga abad ke dua, yang mengatakan bahawa Yesus disalibkan dan bangkit dari kematian, kemudian, kita menemui sebuah manuskrip, yang ditulis pada abad ke-6 dan mengatakan Yesus tidak disalibkan atau bangkit dari kematian, secara logiknya, mana satu yang akan diterima sebagai benar sama dengan autographnya? Adakah salinan manuskrip abad pertama dan kedua, yang lebih hampir kepada zaman penulisan autographnya, atau adakah salinan manuskrip abad ke-6, yang mana lebih lewat dari zaman penulisan autographnya, malah, adalah satu2nya salinan yang wujud?

    BalasPadam
  34. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Justeru andaian kamu tentang ayat yang mana benar dan ayat yang mana telah berubah melalui textual criticism hanya berdasarkan kepercayaan kamu sahaja, bukannya berdasarkan pembuktian kamu. Seperti contohnya tentang perbezaan ayat Genesis 11:12 antara manuscript Greek Septuaginta dengan Hebrew Masoret ini, kamu tidak mampu mengemukakan autographnya untuk membuktikan SECARA PASTI ayat dalam manuscript mana yang menyamai ayat dalam autographnya.

    - Ya, sudah tentu kita tidak dapat kerana autographnya sudah tiada. Tiada yang menafikannya. Cuma, dengan standard yang sama, bukankah itu juga bererti anda juga perlu meragui Al-Quran kerana juga tidak ada autographnya yang wujud pada zaman ini?

    Hal ini adalah melibatkan keimanan. Jika suatu manuscript itu didapati telah salah, maka autograph bible itu diperlukan untuk mempastikan ayat-ayat lain di dalam manuscript tersebut juga tidak mengandungi sebarang kesalahan. Contohnya ayat dalam manuscript tersebut yang berkaitan dengan doktrin dan kepercayaan Kristian yang kamu ambil yang melibatkan keimanan kamu. Maka bagaimana kamu pasti ayat yang kamu ambil itu sebagai ayat yang sah masih menyamai ayat dalam autographnya?? Apabila kamu tidak mampu mengsahkan perkara ini, maka bagaimana kamu dapat membuktikan apa yang kamu imani dalam doktrin dan kepercayaan itu sebagai suatu keimanan yang masih benar??? Apakah kamu hanya beriman secra menduga-duga semata-mata??

    - Sudah dijelaskan, kita dapat mengetahui dengan membandingkan beribu2 salinan naskhah Alkitab yang wujud hari ini.
    - Hasilnya, kita mendapat semua dasar iman Kristian yang ada, adalah seragam dan konsisten dengan salinan2 manuskrip yang ada. Semuanya seragam menyatakan Yesus adalah Tuhan, disembah, menjadi manusia, disalibkan, bangkit dari kematian, dan akan kembali semula di akhir zaman sebagai TUHAN dan Raja yang akan menghakimi semua manusia.
    - Perbezaan yang anda cuba timbulkan di awal post ini, tidak memberikan apa2 kesan kepada dasar iman Kristian.

    - Sebaliknya, jika wujud walau satu perbezaan di dalam Al-Quran, akan memberikan masalah besar kepada dasar iman anda. Kerana, anda sebagai Muslim wajib percaya bahawa Al-Quran itu kekal, tidak berubah, dari dulu hingga sekarang, dan ketika ini, Al-Quran yang ada di bumi hari ini juga wujud di syurga bersama-sama dengan Allah.
    - Dan realitinya, Al-Quran yang ada hari ini berbeza dengan semua naskhah kuno Al-Quran, sama ada naskhah Topkapi, Samarkand, Sanaa’, Warsh, Hafs, dll. Maka, mana satu naskhah Al-Quran yang sama dengan autpgraphnya?

    BalasPadam
  35. Tiwas Tiwasok,

    Ternyata kamu tidak mampu menggunakan standard yang sama dalam menilai Al-Quran seperti mana saya menilai bible kristian kamu itu. Jika kamu ingin menggunakan standard yang sama seperti saya menilai bible kristian kamu itu, maka saya mempersilakan kamu mengemukakan kesalahan-kesalahan ayat dalam Al-Quran terlebih dahulu sebelum mendakwa Al-Quran itu telah mengalami perubahan dan sudah tidak sama dengan autographnya.

    Saya mengemukakan dahulu permasalahan ayat bible itu, contohnya ayat Genesis 11:12 ini dan apabila pihak kristian terpaksa mengakui kewujudan kesalahan dalam manuscript-manuskript bible mereka, maka selepas itu baru lah saya mempersoalkan kredibiliti manuscript bible mereka itu apabila dibandingkan dengan autographnya.

    Saya pernah mengatakan, iaitu bukan ketiadaan autograph bible itu yang menjadi punca permasalahan bible. Tetapi punca permasalahan bible adalah kesalahan yang ditemui dalam manuskript-manuskriptnya. Bila ada kesalahan ini, maka autographnya bible itu diperlukan bagi mengesahkan ayat mana dalam manuskript tersebut yang masih benar dan ayat mana pula yang telah terseleweng.

    Sebenarnya sedari awal saya amat menyedari dan amat memahami bahawa kamu tidak akan mampu menilai Al-Quran dengan menggunakan standard penilaian saya terhadap manuscript bible kristian kamu itu. Ini kerana pihak non-muslim tidak akan mampu untuk mencari kesalahan ayat-ayat Al-Quran.. Ini kerana Al-Quran adalah wahyu Allah yang Maha Benar dan Allah memelihara Al-Quran itu daripada sebarang usaha manusia untuk menyelewengkan ayat-ayatnya. Apabila pihak non-muslim tidak mampu mencari kesalahan Al-Quran, maka mereka tidak punya alasan untuk mengatakan Al-Quran yang ada pada hari ini sudah tidak menyamai autographnya.

    Saya tidak berminat dengan kata-kata yang hanya berupa tuduhan tanpa adanya sebarang pembuktian. Contohnya seperti dakwaan kamu yang kononnya wujud 26 Al-Quran yang berbeza, autograph Al-Quran itu sudah hilang atau kompilasi Al-Quran moden yang sudah tidak menyamai Al-Quran yang asal. Tiada bukti yang dapat kamu kemukakan atas semua tuduhan kamu itu. Atas sebab itu saya tidak terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan tersebut.

    Malah saya punya pegangan yang kuat untuk amat menyakini bahawa Al-Quran yang ada pada hari ini adalah wahyu Allah dan tidak pernah diselewengkan oleh tangan-tangan manusia. Allah telah menegaskan bahawa

    “Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An Nisaa’ 4:82)

    “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr 15:9)

    Dan disebabkan Al-Quran itu sememangnya dari sisi Allah dan Allah sentiasa memelihara dan menjaga Al-Quran itu daripada sebarang usaha untuk menyelewengkannya, maka menyebabkan sehingga kini tiada satupun pihak non muslim yang mampu mencari kesalahan-kesalahan dalam ayat-ayat Al-Quran. Ini kerana tidak wujud sebarang kesalahan di dalam Al-Quran. Inilah pegangan saya.

    Sebab itulah kamu tidak mampu menggunakan standard penilaian saya terhadap bible kamu itu dalam usaha kamu untuk menilai Al-Quran. Ini kerana sedari awalnya kamu tidak akan mampu mencari kesalahan ayat dalam Al-Quran yang menyebabkan kamu tidak punya alasan untuk menuduh bahawa Al-Quran yang ada itu sudah tidak menyamai autographnya.


    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  36. SAMBUNGAN..

    Sememangnya aneh apabila kamu memperkatakan tentang textual criticism Al-Quran. Textual criticism itu dilakukan disebabkan pertentangan atau kesalahan yang terakui wujud dalam sesuatu kitab. Namun apabila Al-Quran tidak mengandungi kesalahan maka atas dasar apa untuk melakukan textual criticism ke atas Al-Quran?? Jika kamu rasa perlunya dilakukan textual criticism ke atas Al-Quran, maka buktikan terlebih dahulu kewujudan kesalahan dalam Al-Quran yang tidak dapat dinafikan oleh pihak muslim.

    Al-Quran bukannya seperti kitab bible kamu itu. Al-Quran adalah kitab yang amat sempurna isi kandungannya. Sebab itulah Al-Quran yang ada pada hari tetap tidak pernah terseleweng, tidak seperti manuskript-manuskript bible kamu itu yang terpaksa kamu akui telah wujud kesalahan dan pengubahan di dalamnya.

    Sememangnyalah kamu dan teman-teman Kristian kamu yang lain telah menjawab permasalahan ayat Genesis 11:12 yang saya paparkan ini. Tetapi jawapan kamu itu adalah sebenarnya menjurus kepada apa yang saya ingin pihak Kristian lihat dan sedari melalui permasalahan ayat bible kristian yang saya paparkan itu. Ianya seperti pengakuan kamu bahawa sememangnya telah wujud kesalahan penyalinan atau pengubahan ke atas manuscript-manuskript bible yang terlibat itu. Pemilik blog ini juga mengakui bahawa beliau tidak pernah menyelidik sejauh itu. Maka pengakuan individu-individu Kristian seperti kamu berkenaan dengan kesalahan dalam manuscript bible kamu itulah yang saya ingin paparkan kepada umum kerana tidak semua orang mengetahui seperti mana yang telah kamu akui itu.

    Berkenaan dengan textual criticism bible, ianya dilakukan disebabkan ditemui kesalahan dalam manuskript-manuskript bible dan dengan keadaan autographnya yang telah hilang, maka hasil textual criticism itu tidak pernah menjanjikan kesamaan dengan text dalam autographnya. Itu adalah fakta yang tidak dapat kamu nafikan. Makanya bagaimana dengan ayat-ayat yang lain? Bagaimana kamu dapat mempastikan bahawa ayat-ayat yang lain dalam manuskript tersebut juga tidak mengalami kesalahan seperti mana ayat yang kamu akui telah salah? Melalui textual criticism?? Sudah saya perjelaskan iaitu dengan autograph bible itu telah hilang, maka textual criticism tidak dapat mengesahkan kesamaan sesuatu ayat itu menyamai autographnya. Textual criticism hanya dapat mengesahkan suatu ayat dalam manuskript itu menyamai ayat dalam manuskript yang lain. Tetapi textual criticism tidak dapat mengesahkan kesamaan suatu ayat dalam manuskript itu menyamai autographnya. Justeru textual criticism bible itu tidak pernah menjanjikan ayat-ayat yang menjadi pegangan doktrin dan kepercayaan kristian itu sebagai ayat yang bersamaan dalam text autographnya. Dengan kata lain, tiada bukti yang dapat kamu kemukakan bahawa apa yang kamu imani sebagai suatu keimanan yang benar. Kamu hanya beriman dengan ayat-ayat bible yang tidak pasti kesahihannya kerana tiada dapat dipastikan apakah ayat itu menyamai text dalam autographnya ataupun sebaliknya.

    Berkenaan dengan autograph Al-Quran, naskah yang terdapat di Muzium Topkapi itu adalah salah satu daripada lima mushaf yang disalin di zaman khalifah Uthman 19 tahun setelah kemangkatan Rasulullah yang disebarkan ke berbagai wilayah Islam. Satu lagi daripada lima mushaf tersebut boleh didapati di Hast-Imam, Kota Tashkent. Al-Quran yang lain juga boleh didapati University of Tübingen, Jerman, menurut Deutsche Welle, ditulis sekitar 20 hingga 40 tahun setelah Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya hijrah dari Mekkah ke Madinah di tahun 622 Masehi. Dan juga terdapat satu mushaf tersimpan di di Muzium Ka’bah yang terletak di kawasan Ummul Dun Kota Makkah.

    BalasPadam
  37. Tiwas Tiwasok,

    Kamu juga bertanyakan apakah perbezaan makna yang saya temui dalam manuskript bible itu. Di sini saya jelas perbezaan makna itu adalah perbezaan maklumat yang diperolehi apabila dilihat pada ayat yang sama antara manuskript. Contohnya ayat Genesis 11:12 ini.

    Makna daripada Septuaginta Greek:
    Adanya generasi Cainan di antara Alphaxad dan Selah.
    Alphaxad melahirkan Cainan pada usia 135 tahun.
    Cainan melahirkan Selah pada usia 130 tahun.

    Makna daripada Hebrew Masoret:
    Tiadanya generasi Cainan di antara Alphaxad dan Selah.
    Alphaxad melahirkan Selah pada usia 35 tahun.

    Itu contoh perbezaan makna antara ayat yang sama diantara manuskript Septuaginta Greek dan Hebrew Masoret. Yes, ianya melibatkan perbezaan nombor dan nama. Dan disebabkan berbeza nombor dan nama ini menyebabkan berlakunya perbezaan makna yang disampaikan dalam ayat tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohd Zamri Mohd Zin,

      Ya, namun, itu sudah didokumentasikan dengan teliti. Malah, jawapan dan penjelasan juga telah diberikan. Masalahnya, anda hanya memetik permasalahnnya tanpa melihat kepada penjelasan hasil daripada dokumentasi tersebut.

      Contohnya, Alkitab NET ada menyertakan nota kaki penjelasan kepada hal ini. Namun, anda tidak menyentuh langsung hal itu.

      Dan, hal ini tidak mempengaruhi mana2 doktrin dasar Kristian.

      Padam
  38. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Ternyata kamu tidak mampu menggunakan standard yang sama dalam menilai Al-Quran seperti mana saya menilai bible kristian kamu itu. Jika kamu ingin menggunakan standard yang sama seperti saya menilai bible kristian kamu itu, maka saya mempersilakan kamu mengemukakan kesalahan-kesalahan ayat dalam Al-Quran terlebih dahulu sebelum mendakwa Al-Quran itu telah mengalami perubahan dan sudah tidak sama dengan autographnya.

    - Baiklah, cuba anda baca dua versi Al-Quran ini, iaitu versi bacaan Imam Warsh dan imam Hafs. Al-Quran moden yang digunakan hari ini adalah berdasarkan versi Hafs (diterbitkan di Mesir pada tahun 1942).
    - Versi Warsh pula digunakan di Utara Afrika.
    - Saya berikan beberapa contoh perbezaan ayat, yang mana memberikan maksud yang berbeza
    - Surah An-nisa ayat 152, ungkapan “Dia memberikan mereka” digunakan pada versi Hafs, namun, pada versi Warsh, ungkapan “Kami memberikan mereka”.
    - Surah Surah Al-Baqarah ayat 10, versi Hafs “mereka berdusta”, namun versi Warsh, “mereka didustai”.
    - Surah Al-Imran ayat 146, versi Hafs, “Nabi-nabi telah berperang”, namun, versi Warsh, “Nabi-nabi telah terbunuh”.
    - Maka, mana satu di antara bacaan ayat Al-Quran ini yang serupa dengan Autograph Al-Quran?

    Saya mengemukakan dahulu permasalahan ayat bible itu, contohnya ayat Genesis 11:12 ini dan apabila pihak kristian terpaksa mengakui kewujudan kesalahan dalam manuscript-manuskript bible mereka, maka selepas itu baru lah saya mempersoalkan kredibiliti manuscript bible mereka itu apabila dibandingkan dengan autographnya.

    - Masalahnya, kesalahan2 yang anda katakan itu sudah pun diberikan penjelasan, iaitu, ia adalah akibat kesalahan penyalin manuskrip Alkitab pada zaman kuno.
    - Dan, ia tidak mempengaruhi apa2 doktrin dasar Kristian.

    Saya pernah mengatakan, iaitu bukan ketiadaan autograph bible itu yang menjadi punca permasalahan bible. Tetapi punca permasalahan bible adalah kesalahan yang ditemui dalam manuskript-manuskriptnya. Bila ada kesalahan ini, maka autographnya bible itu diperlukan bagi mengesahkan ayat mana dalam manuskript tersebut yang masih benar dan ayat mana pula yang telah terseleweng.

    - Sudah juga dijelaskan, punca kesilapan2 ini adalah oleh sebab kesilapan penyalin2 Alkitab pada zaman kuno, zaman di mana semua salinan dibuat dengan tangan, bukan mesin fotokopi.
    - Maka, manusia sudah tentu tidak lari dari melakukan kesilapan.
    - Namun, kita memiliki banyak salinan manuskrip kuno Alkitab untuk dibandingkan dan mencari bacaan yang sebenar untuk sesuatu ayat itu.
    - Kesilapan yang anda cuba perbesarkan ini sebenarnya hanyalah kesilapan kecil penyalin Alkitab dan tidak mempengaruhi dasar doktrin Kristian.
    - Cuba anda jelaskan, apa dasar doktrin Kristian yang terjejas akibat dari kesilapan yang anda cuba perbesarkan ini?

    BalasPadam
  39. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Sebenarnya sedari awal saya amat menyedari dan amat memahami bahawa kamu tidak akan mampu menilai Al-Quran dengan menggunakan standard penilaian saya terhadap manuscript bible kristian kamu itu. Ini kerana pihak non-muslim tidak akan mampu untuk mencari kesalahan ayat-ayat Al-Quran.. Ini kerana Al-Quran adalah wahyu Allah yang Maha Benar dan Allah memelihara Al-Quran itu daripada sebarang usaha manusia untuk menyelewengkan ayat-ayatnya. Apabila pihak non-muslim tidak mampu mencari kesalahan Al-Quran, maka mereka tidak punya alasan untuk mengatakan Al-Quran yang ada pada hari ini sudah tidak menyamai autographnya.

    - Saya ada menyertakan link ke sebuah video yang mempamerkan semua 26 versi Al-Quran yang mengandungi perbezaan tersebut, malah, di dalam video itu juga, telah diberikan contoh2 perbezaan yang wujud di antara versi2 Al-Quran tersebut.
    - Dan anda berkata tiada kesalahan dalam ayat2 Al-Quran?
    - Bukan itu saja, saya telah menyatakan kepada anda bahawa salinan manuskrip Al-Quran Topkapi, Samarkand, Sanaa’, Warsh, dll, mempunyai perbezaan.
    - Sangat mengejutkan anda menafikan hal yang dengan jelas bercanggah dengan apa yang anda pertahankan.
    - Hakikatnya, tidak ada manuskrip Al-Quran yang seragam. Malah, Uthman sendiri terpaksa membakar salinan manuskrip Al-Quran yang lain kerana bercanggah dengan apa yang dikompilasi olehnya. Malah, sahabat Muhammad sendiri menentang versi Al-Quran yang dikompilasi oleh Uthman. Semua ini dicatatkan dengan jelas di dalam himpunan hadis kepercayaan anda.


    Saya tidak berminat dengan kata-kata yang hanya berupa tuduhan tanpa adanya sebarang pembuktian. Contohnya seperti dakwaan kamu yang kononnya wujud 26 Al-Quran yang berbeza, autograph Al-Quran itu sudah hilang atau kompilasi Al-Quran moden yang sudah tidak menyamai Al-Quran yang asal. Tiada bukti yang dapat kamu kemukakan atas semua tuduhan kamu itu. Atas sebab itu saya tidak terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan tersebut.

    - Tiada bukti? Bukankah saya telah memberikan bukti tersebut yang berupa video yang memaparkan perbezaan-perbezaan yang wujud di antara versi-versi Al-Quran yang ada hari ini?
    - Anda tidak menontonnya?


    Malah saya punya pegangan yang kuat untuk amat menyakini bahawa Al-Quran yang ada pada hari ini adalah wahyu Allah dan tidak pernah diselewengkan oleh tangan-tangan manusia. Allah telah menegaskan bahawa

    “Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An Nisaa’ 4:82)

    “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr 15:9)

    - Sedarkah anda, oleh sebab wujud perselisihan di dalam Al-Quranlah yang menyebabkan Uthman cuba menyeragamkan Al-Quran pada zamannya. Dan semua versi yang berbeza, dibakar oleh Uthman.
    - Namun, walaupun begitu, kita masih memiliki salinan manuskrip kuno Al-Quran seperti Topkafi, Sanaa dan Samarkand, yang mana juga tidak seragam, mempunyai perbezaan dan tidak sama dengan Al-Quran moden hari ini.
    - Semua ini adalah fakta. Anda boleh menyelidikinya sendiri.

    BalasPadam
  40. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Dan disebabkan Al-Quran itu sememangnya dari sisi Allah dan Allah sentiasa memelihara dan menjaga Al-Quran itu daripada sebarang usaha untuk menyelewengkannya, maka menyebabkan sehingga kini tiada satupun pihak non muslim yang mampu mencari kesalahan-kesalahan dalam ayat-ayat Al-Quran. Ini kerana tidak wujud sebarang kesalahan di dalam Al-Quran. Inilah pegangan saya.

    - Sudah ada, dan sudah pun saya berikan buktinya, hanya anda yang berusaha menafikannya.


    Sebab itulah kamu tidak mampu menggunakan standard penilaian saya terhadap bible kamu itu dalam usaha kamu untuk menilai Al-Quran. Ini kerana sedari awalnya kamu tidak akan mampu mencari kesalahan ayat dalam Al-Quran yang menyebabkan kamu tidak punya alasan untuk menuduh bahawa Al-Quran yang ada itu sudah tidak menyamai autographnya.

    - Sekali lagi, sudah saya berikan. Anda tonton video yang saya berikan. Di sana dipamerkan dengan jelas.

    Sememangnya aneh apabila kamu memperkatakan tentang textual criticism Al-Quran. Textual criticism itu dilakukan disebabkan pertentangan atau kesalahan yang terakui wujud dalam sesuatu kitab. Namun apabila Al-Quran tidak mengandungi kesalahan maka atas dasar apa untuk melakukan textual criticism ke atas Al-Quran?? Jika kamu rasa perlunya dilakukan textual criticism ke atas Al-Quran, maka buktikan terlebih dahulu kewujudan kesalahan dalam Al-Quran yang tidak dapat dinafikan oleh pihak muslim.

    - Anda salah, Textual Criticism wujud bukan sekadar kerana kesalahan, tetapi untuk membuktikan mana yang benar.
    - Ia adalah penyelidikan ilmiah untuk menilai kebenaran sesuatu manuskrip itu.
    - Dan jika sesuatu manuskrip itu benar, maka tidak ada apa2 yang perlu ditakutkan.
    - Sebaliknya, apabila Al-Quran juga dinilai seperti itu, diselidiki secara ilmiah, ramai Muslim yang menentangnya. Mengapa? Jika Al-Quran itu benar, mengapa Muslim takut ia diselidiki secara kritis?
    - Kerana hakikatnya, wujud salinan manuskrip2 kuno Al-Quran yang saling berbeza dan bercanggah. Maka, itu menuntut suatu penyelidikan untuk mengetahui mana satu salinan yang benar dan palsu.



    Al-Quran bukannya seperti kitab bible kamu itu. Al-Quran adalah kitab yang amat sempurna isi kandungannya. Sebab itulah Al-Quran yang ada pada hari tetap tidak pernah terseleweng, tidak seperti manuskript-manuskript bible kamu itu yang terpaksa kamu akui telah wujud kesalahan dan pengubahan di dalamnya.

    - Jika sudah sempurna, mengapa ada dicatatkan di dalam Hadis tentang kehilangan beberapa ayat dan surah di dalam Al-Quran?
    - Malah, hadis mencatatkan wujud versi Al-Quran yang mengandungi jumlah surah yang berbeza.
    - Malah, juga dicatatkan di dalam hadis, ada ayat2 Al-Quran yang telah hilang kerana penghafiznya telah terbunuh di medan peperangan.
    - Dan jika sempurna dan tidak berubah, mengapa wujud 26 versi Al-Quran yang berbeza? Mengapa manuskrip Topkafi mempunyai perbezaan dengan naskhah Samarkand dan Sanaa? Malah, juga mengandungi perbezaan dengan naskhah Al-Quran moden hari ini?

    BalasPadam
  41. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Sememangnyalah kamu dan teman-teman Kristian kamu yang lain telah menjawab permasalahan ayat Genesis 11:12 yang saya paparkan ini. Tetapi jawapan kamu itu adalah sebenarnya menjurus kepada apa yang saya ingin pihak Kristian lihat dan sedari melalui permasalahan ayat bible kristian yang saya paparkan itu. Ianya seperti pengakuan kamu bahawa sememangnya telah wujud kesalahan penyalinan atau pengubahan ke atas manuscript-manuskript bible yang terlibat itu. Pemilik blog ini juga mengakui bahawa beliau tidak pernah menyelidik sejauh itu. Maka pengakuan individu-individu Kristian seperti kamu berkenaan dengan kesalahan dalam manuscript bible kamu itulah yang saya ingin paparkan kepada umum kerana tidak semua orang mengetahui seperti mana yang telah kamu akui itu.

    - Hanya kerana pemilik blog ini tidak menyelidikinya, tidak bererti semua Kristian tidak menyelidikinya.
    - Dan pengakuan yang saya berikan ini juga bukan sesuatu yang baru atau radikal sehingga menjejaskan dasar iman Kristian.
    - Dan sudah saya nyatakan, semua kesalahan yang diketahui wujud di dalam Alkitab, telah pun didokumentasikan dengan terperinci. Malah, sumber persoalan anda ini juga adalah hasil dokumentasi tersebut.
    - Kristian tidak pernah menyembunyikan hal ini.
    - Dan satu hal yang tidak anda perkatakan iaitu, semua kesalahan yang ditemui di dalam salinan manuskrip Alkitab, tidak ada yang menjejaskan dasar iman Kristian. Contohnya, keilahian Yesus, penyalibanNya, kebangkitanNya, semua itu tidak terjejas. Tidak ada satu kesilapan pun yang ditemui dalam hal2 ini.


    Berkenaan dengan textual criticism bible, ianya dilakukan disebabkan ditemui kesalahan dalam manuskript-manuskript bible dan dengan keadaan autographnya yang telah hilang, maka hasil textual criticism itu tidak pernah menjanjikan kesamaan dengan text dalam autographnya. Itu adalah fakta yang tidak dapat kamu nafikan. Makanya bagaimana dengan ayat-ayat yang lain? Bagaimana kamu dapat mempastikan bahawa ayat-ayat yang lain dalam manuskript tersebut juga tidak mengalami kesalahan seperti mana ayat yang kamu akui telah salah? Melalui textual criticism??

    - Sekali lagi, kenyataan anda ini sangat jelas menunjukkan anda tidak tahu apa itu Textual Criticism dan bagaimana ia dilakukan.
    - Sudah dijelaskan, kita memiliki beribu2 salinan naskhah Alkitab, yang tersebar luas, tidak dikawal oleh mana2 pihak semasa penyebarannya. Maka, kita akan dapat mengetahui bacaan sebenar melalui penyelidikan yang dilakukan ke atas manuskrip2 ini.
    - Sebagai contoh, jika saya menulis sebuah kitab, dan kemudian membuat lima salinan kitab tersebut, lalu saya mengirimkannya ke 5 daerah berbeza, dan kemudian salinan yang saya berikan itu disalin lagi oleh 5 daerah tersebut, lalu disebarkan lagi ke 5 daerah lain, dan semua itu dilakukan tanpa kawalan mana2 pihak, dan setelah beberapa ratus tahun, salinan2 tersebut telah menjadi beribu2 salinan yang tersebar ke merata tempat yang jauh.
    - Itulah yang terjadi di dalam penyebaran salinan manuskrip Alkitab. Ia disalin oleh ramai orang berbeza, dan mustahil untuk mana2 pihak cuba mengubah isinya kerana jika ada yang mahu mengubahnya, dia perlu mengumpulkan semua salinan tersebut dan kemudian mengubahnya satu persatu.
    - Cuba anda fikirkan, dapatkah hal seperti itu dilakukan pada zaman kuno di mana tidak ada pengangkutan moden atau cara komunikasi moden? Sedangkan dengan komunikasi moden pun, adalah mustahil untuk kita mengubah semuanya kerana pasti akan ada yang kita terlepas kerana kita tidak tahu lokasi untuk semua salinan yang dibuat.
    - Maka, melalui kajian ke atas hal ini, kita dapat mengetahui apa bacaan sebenar sesuatu ayat Alkitab itu, iaitu kerana keseragaman dan konsisten sesuatu ayat disalin.
    - Ini hanya penjelasan ringkas.

    BalasPadam
  42. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Sudah saya perjelaskan iaitu dengan autograph bible itu telah hilang, maka textual criticism tidak dapat mengesahkan kesamaan sesuatu ayat itu menyamai autographnya. Textual criticism hanya dapat mengesahkan suatu ayat dalam manuskript itu menyamai ayat dalam manuskript yang lain. Tetapi textual criticism tidak dapat mengesahkan kesamaan suatu ayat dalam manuskript itu menyamai autographnya. Justeru textual criticism bible itu tidak pernah menjanjikan ayat-ayat yang menjadi pegangan doktrin dan kepercayaan kristian itu sebagai ayat yang bersamaan dalam text autographnya. Dengan kata lain, tiada bukti yang dapat kamu kemukakan bahawa apa yang kamu imani sebagai suatu keimanan yang benar. Kamu hanya beriman dengan ayat-ayat bible yang tidak pasti kesahihannya kerana tiada dapat dipastikan apakah ayat itu menyamai text dalam autographnya ataupun sebaliknya.

    - Sekali lagi, jelas anda tidak tahu tentang Textual Criticism.
    - Cuba selidiki dahulu. Sangat sukar untuk membincangkan hal ini jika anda tidak pernah menyelidikinya terlebih dahulu. Ketahui dulu bagaimana Alkitab itu ditulis dan disebarkan, berapa jumlah manuskrip kuno yang ada, bagaimana ia ditemui, dan banyak lagi.
    - Ia memang akan mengambil masa yang lama.


    Berkenaan dengan autograph Al-Quran, naskah yang terdapat di Muzium Topkapi itu adalah salah satu daripada lima mushaf yang disalin di zaman khalifah Uthman 19 tahun setelah kemangkatan Rasulullah yang disebarkan ke berbagai wilayah Islam. Satu lagi daripada lima mushaf tersebut boleh didapati di Hast-Imam, Kota Tashkent. Al-Quran yang lain juga boleh didapati University of Tübingen, Jerman, menurut Deutsche Welle, ditulis sekitar 20 hingga 40 tahun setelah Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya hijrah dari Mekkah ke Madinah di tahun 622 Masehi. Dan juga terdapat satu mushaf tersimpan di di Muzium Ka’bah yang terletak di kawasan Ummul Dun Kota Makkah.

    - Naskhah Topkapi itu bukan mushaf zaman dari zaman Uthman. Ia telah pun diselidiki oleh penjaga salinan manuskrip itu sendiri. Saya ada memberikan nama2 penyelidik Muslim tersebut. Tidakkah anda cuba menyelidiki hal ini terlebih dahulu sebelum mengulang apa yang sekadar anda dengar dan baca?
    - Naskhah Topkapi ini hanya ditulis pada pertengahan abad ke-8 Masihi, iaitu 2 abad selepas Muhammad dan Uthman. Malahan, terdapat lebih 2 ribu perbezaan di dalam naskhah Topkapi dengan naskhah Al-Quran moden hari ini. 2 ribu lebih.
    - Naskhah Tashkent pula, iaitu Samarkand, mengandungi kesalahan2 yang menurut penyelidik Muslim sendiri sebagai memalukan. Dan, ia juga ditulis pada abad ke-8 Masihi.
    - Manuskrip Sanaa’ di Jerman juga sama, ia hanya ditulis pada abad ke-8 Masihi dan juga mengandungi perbezaan dengan Al-Quran zaman ini.
    - Juga di naskhah kuno Al-Quran di Kairo, di Mekkah, semuanya bukan dari zaman Uthman.
    - Semua ini adalah fakta yang boleh anda selidiki, dan saya mempersilankan anda untuk menyelidiki dan menidakkan kata2 saya ini jika ia tidak benar, berserta dengan fakta.
    - Saya sudah memberikan nama penyelidik kepada mushaf2 ini, namun, nampaknya, anda tidak menyelidikinya.

    BalasPadam
  43. Tiwas Tiwasok,

    Inilah yang selalu dilakukan oleh pihak non muslim iaitu mereka mengadakan suatu permasalahan ke atas Al-Quran disebabkan pengetahuan mereka yang cetek berkenaan dengan Al-Quran. Sememangnya tepat seperti yang dijangka iaitu kamu menganggap Al-Quran itu wujud dalam pelbagai versi disebabkan oleh cara baca yang berbeza. Sedari awal saya sudah mengatakan bahawa kemungkinan kamu beranggapan Al-Quran itu wujud dalam berbagai versi disebabkan cara baca Al-Quran tersebut.

    Saya perjelaskan di sini. Apa yang kamu persoalkan itu adalah apa yang disebut sebagai Qira'at. Disebabkan kamu tidak mempunyai pengetahuan berkenaan dengan ilmu Qira'at, maka kamu menganggap terdapatnya ayat Al-Quran yang berbeza. Itu adalah satu tanggapan yang amat salah.

    Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad bukan dalam bentuk bertulis. Tetapi ianya diturunkan dalam bentuk bacaan. Sejak zaman Nabi Muhammad lagi telah dikenal variasi bacaan Al-Qur'an, yang Nabi sendiri menyatakan hal itu. Variasi bacaan tersebut telah ditetapkan sejak masa Nabi Muhammad yang sudah diakui kebenarannya oleh baginda sendiri. Punca perbezaan Qira’at adalah disebabkan penurunan Al-Quran kepada Nabi Muhammad berlaku dalam pelbagai bentuk bacaan. Bentuk-bentuk tersebut digelar dengan Sab‘ah Ahruf atau al-Ahruf al-Sab‘ah. Penurunan al-Quran dengan Sab‘ah Ahruf ini dikhabarkan oleh banyak hadis.

    Hadis Nabi menyebutkan,
    "… dari Ubay bin Ka'ab mengatakan : Rasulullah bertemu dengan Jibril, maka beliau berkata:

    'Wahai Jibril, sesungguhnya saya diutus kepada umat yang buta huruf, diantara mereka ada orang-orang tua dan sudah udzur, anak-anak, wanita, hamba sahaya serta orang-orang yang tidak pernah membaca buku sama sekali" , Jibril berkata : 'Wahai Muhammad sesungguhnya Al-Qur'an itu diturunkan atas 7 macam huruf "

    Abu ‘Ubayd al-Qasim bin Salam sebagaimana yang disebutkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya. mengatakan : Rasulullah SAW bersabda,

    “Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan atas tujuh huruf, maka bacalah kamu mana yang mudah daripadanya.”(HR Bukhari dan Muslim).

    Dari hadis di atas dapat diketahui bahwa Nabi Muhammad menerima wahyu melalui malaikat Jibril dalam 7 macam huruf. 7 macam huruf ini yang biasa disebut "Qira'at Sab'ah" (7 macam bacaan) . Varian bacaan ini diperbolehkan oleh Nabi Muhammad dan hanya terbatas apa yang diajarkannya. Selanjutnya umat Islam tidak boleh berani membaca dengan selain yang diajarkannya. Dan perbezaan cara baca itu pun tidak melahirkan suatu pertentangan makna jika dilihat pada keseluruhan suatu ayat tersebut.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  44. SAMBUNGAN...

    Nabi Muhammad sendiri membacakan kepada sahabat-sahabat baginda akan Al-Quran dengan 7 huruf ini. Maka berlaku kepelbagaian dalam bacaan setiap sahabat. Bacaan yang dibaca oleh seorang sahabat tidak sama dengan sahabat yang lain. Lalu bertebaranlah para sahabat menyebarkan agama Allah. Disebabkan kepelbagaian itu generasi tabi'in juga mengalami perkara yang sama. Begitulah seterusnya sehinggalah sampai kepada zaman Imam-imam yang agung. Mereka telah menyusun semula Qiraat dan mengembangkannya dengan lebih tersusun.

    Di dalam kitab al-Jamik Li Ahkamil Quran oleh Imam Qutubi disebutkan, kebanyakan ulama antaranya Sufyan bin Uyainah, Abdullah bin Wahab, at-Tabari dan at-Tahawi, berpendapat: ``Tujuh huruf bermaksud tujuh pengertian yang hampir sama, walaupun lafaz-lafaznya atau cara bacaannya berbeza.''

    Ia bermaksud, pada zaman nabi, baginda mengizinkan al-Quran dibaca dengan tujuh cara, mengambil kira kepelbagaian masyarakat ketika itu dan keizinan ini diberikan sendiri oleh nabi, bukan ulama atau orang-orang perseorangan.

    Tujuh huruf bermaksud tujuh cara bacaan yang menggunakan kalimat berbeza di tempat-tempat yang ditetapkan di dalam al-Quran dengan mengambil kira kepelbagaian masyarakat Islam pada zaman nabi.

    Penggunaan kalimat yang berbeza ini adalah berdasarkan wahyu, bukan mengikut kehendak manusia. Dalam erti kata lain, al-Quran tetap satu, cuma pada beberapa tempat yang ditetapkan, sebutan perkataannya berbeza atas kehendak Allah bagi memudahkan semua golongan membaca dan memahaminya. Walaupun sebutan perkataannya berbeza tetapi makna keseluruhan ayat tersebut tetap sama.

    Makanya sangat tidak benar jika menyimpulkan Qira’at adalah versi Al-Qur’an yang berbeza, karena pada dasarnya Qira’at hanya perbezaan cara baca/pelafalan, sedangkan isi Al-Qur'an, di mana-mana saja adalah tetap sama.
    Maksud Qira'at adalah cara baca ataupun juga disebut wajah bacaan disebabkan oleh riak wajah yang terbit daripada pengucapan suatu kalimah dalam Al-Quran. Maksudnya adalah Qirâ'at berarti salah satu madzhab (aliran) pengucapan Al-Qur'an yang dipilih oleh salah satu imam qurra' sebagai suatu madzhab yang berbeza dengan madzhab lainnya berdasarkan sanad-sanadnya yang sampai kepada Nabi Muhammad.

    Jadi kita dapat simpulkan bahwa text Al-Qur'an telah diturunkan dalam bentuk ucapan lisan, dan Nabi Muhammad pula mengumumkannya juga secara lisan. Maka dengan bantuan penulis-penulis wahyu, Nabi Muhammad menyediakan teks dan cara pengucapannya pada umatnya.


    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  45. SAMBUNGAN...

    Qira'at ini melibatkan cara pengucapan dalam bahasa Arab. Dengan kata lain ia membawa maksud perbezaan-perbezaan dalam membaca Al-Quran, yaitu perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi tebal atau tipis, panjang pendeknya, dengung dan sebagainya.

    Walaupun al-Quran boleh dibaca dengan menggunakan sebutan dan perkataan yang berbeza-beza sebagaimana yang diajarkan nabi, namun maksud perkataan-perkataan itu hampir sama antara satu dengan yang lain. Justeru, prinsip-prinsip ajaran Islam tetap tidak berubah sedikit pun. Apa yang jelas adalah, tujuh huruf al-Quran tidak ada perkaitan sama sekali dengan versi ciptaan manusia kerana tidak pernah berlaku sebarang tokok-tambah di dalam al-Quran oleh manusia.

    Sebab itulah berhubung dengan Al-Quran, Adrian Brockett di dalam `The Value of Hafs and Warsh Transmission for the Textual History of the Quran' berkata: ``Penulisan naskhah al-Quran selepas kewafatan Muhammad s.a.w. adalah statik. Yang wujud sejak dahulu hanyalah satu teks, dan semenjak itu, tidak berlaku sebarang tokok-tambah walaupun kecil di dalam al-Quran.

    Justeru itu jika kamu menemukan terdapatnya terjemahan yang berbeza antara bacaan imam Hafs dan imam Warsh bermakna bukan Al-Quran yang salah, tetapi terjemahan tersebut yang bermasalah. Maksud saya terhadap terjemahan yang berbeza adalah dengan merujuk kepada keseluruhan ayat yang sepadan. Bukannya hanya merujuk kepada satu perkataan.

    Dan Qira'at ini bukanlah sesuatu yang dirahsiakan di kalangan umat Islam. Banyak kitab berkenaannya di mana penulisan yang masyhur di dalam Ilmu Qiraat Tujuh adalah seperti di bawah ini.
    1. Kitab “al-Tabsiraah” dan kitab “al-Kasyfu” oleh Imam al-Makki bin Abi Talib.
    2. “Kitab al-Taisir” dan kitab “Jamii’ al-Bayaan” oleh Imam Abi Amru al-Dani.
    3. Kitab “al-Kafi” oleh Ibnu Syarih.

    Di Mesir sebagai contoh, jawatan Syeikh Qurra diwujudkan sejak berzaman dahulu. Jawatan tersebut dipegang oleh seorang yang alim dalam bidang al-Quran, alim dalam ilmu Qiraat, banyak sumbangan dalam pengajaran dan penulisan dalam ilmu berkaitan. Banyak institusi pendidikan agama Islam yang mengkhususkan diri mengajarkan Ilmu Qira’at, seperti di Kulliyyatul Qur’an di Islamic University Madinah Saudi Arabia, Kulliyyatul Qur’an di Jami’ah al-Azhar cabang Thantha, Mesir. Lalu Jami’ah Ulum al-Qur’an di Sudan, belum lagi Program Studi Ilmu Qira’at yang ada pada konsentrasi ilmu-ilmu kequr’anan pada sebuah perguruan tinggi, belum lagi pada lembaga-lembaga swasta dan perorangan dan lain sebagainya.


    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  46. SAMBUNGAN...

    Saya berikan satu contoh Qira'at dalam Al-Quran. Surah Al- Baqarah : 177,

    وَالْمَغْرِبِ الْمَشْرِقِ قِبَلَ وُجُوهَكُمْ تُوَلُّوا۟ أَن الْبِرَّ لَّيْسَ

    Ertinya; Bukanlah kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka kamu ke pihak timur dan barat.

    Pada kalimah (الْبِرَّ ) “birro” kedapatan dua qira’at. Lima imam-imam yang lain Qira’at Nafi‘ dan Hamzah meletakkannya sebagai marfu‘ (البِرُّ) “birru”. Qira’at Nafi‘ dan Hamzah menasabkannya (البِرَّ ) “birro”.
    Kalimah ( لَیْسَ ) merupakan salah satu dari kategori ( كَانَ ). Ia diletakkan pada jumlah ismiyyah yang terdiri dari mubtada’ dan khabar, lalu menasabkan kata nama yang asalnya mubtada’dan merafa‘kan khabar. Qira’at ini berkisar pada menentukan apakan isim ( لَیْسَ ) dan khabarnya.

    Qira’at jumhur qurra’ telah mengambil ( البِرُّ ) sebagai isim ( لَیْسَ ) dan ( أَنْ تُوَلُّوْا ) sebagai khabarnya, setelah ia ditakwil kepada masdar ( تَوْلِیَتَكُمْ ). Makna ayat tersebut mengikut urutannya, ‘‘bukanlah perkara kebaikan kamu menghadapkan muka kamu ke timur dan barat”.

    Imam Nafi‘ dan Hamzah dalam qira’at mereka telah mengambil posisi yang sebaliknya. Kalimah ( البِرَّ ) adalah khabar ( لَیْسَ ) dan masdar yang ditakwil dari ( أَنْ تُوَلُّوْا ) dijadikan isim ( لَیْسَ). Makna yang terhasil berasaskan urutan asal ialah, ‘‘bukanlah kamu menghadapkan muka ke timur dan barat itu adalah perkara kebajikan”. Pertukaran sebegini adalah harus terutama apabila kalimah-kalimah yang terletak selepas ( لَیْسَ ) adalah ma‘rifah.

    Jika dilihat dari sudut makna, kedua-dua qira’at ini walaupun berbeza i‘rabnya tidak menimbulkan perbezaan makna. Makna ayat dengan kedua qira’at ini tetap sama. Ini kerana ia timbul dari hukum harus pada masalah tatabahasa yang sama. Perbezaan dan perbandingan yang wujud hanya dari aspek tatabahasa yang paling baik. Sepertimana kata Abu Hayyan, setiap qira’at ini masing-masing lebih baik dari yang lain dari sudut yang berbeza.

    Perbezaan i‘rab yang berlaku disebabkan perbezaan qira’at tujuh berlaku berasaskan sistem tatabahasa Arab yang pelbagai. Ia benar-benar berlandaskan tatabahasa dan penggunaan bahasa Arab yang serba kaya. Daripada analisis yang dibuat, didapati bahawa kebanyakan makna yang terhasil berada dalam kategori pertama pembahagian imam al-Daniy. Ini bermakna kebanyakan makna yang terhasil walaupun dari i‘rab yang berbeza, tetapi tetap tidak berbeza dari makna yang satu lagi. Apa yang berlaku bolehlah dikatakan kepelbagaian gaya bahasa dan penyampaian. Sesetengan i‘rab pula berasaskan perbedaan lahjah dan loghat.

    Justeru amat tidak benar jika Qira’at dijadikan alasan untuk kelompok non muslim mengatakan terdapatnya Al-Quran yang berbagai versi. Kamu merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh sumber non muslim. Sudah tentu mereka yang tidak berpengetahuan tentang Al-Quran tidak memahami keadaan ini. Sepatutnya kamu lebih mengkaji tentang hal ini, dapatkan maklumbalas daripada pihak muslim terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian yang tidak bertepatan.

    Berkenaan dengan autograph Al-Quran, saya telah memaklumkan wujudnya naskah yang dari zaman khalifah Uthman yang terletak di beberapa tempat. Dan jika kamu tidak mahu menerima hal tersebut, makanya itu adalah hak kamu, namun keengganan kamu untuk menerimanya tidak bermakna apa yang saya maklumkan itu sebagai salah. Dan kamu mengatakan autograph-autograph itu versi yang berlainan. Sudah tentu kamu melihat ianya sebagai versi yang berlainan apabila kamu tidak mempunyai pengetahuan tentang Qira’at Al-Quran. Tetapi bagi kelompok yang memahami bahasa Arab dan Al-Quran dengan mendalam, mereka dapat memahami bahawa isi kandungan semua autograph itu adalah saling sama.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  47. SAMBUNGAN...

    Tentang dokumentasi penjelasan berkenaan dengan permasalahan dalam ayat-ayat bible yang kamu nyatakan kononya saya tidak melihatnya dengan teliti. Adakah kamu sedar bahawa apa yang diperjelaskan itu adalah selaras dengan apa yang ingin saya paparkan tentang bible kamu? Saya menyetujui apa yang diperjelaskan. Seperti yang kamu akui bahawa sememangnya sudah wujud kesalahan tertentu dalam manuskript-manuskript bible itu. Yes, saya bersetuju dengan kenyataan kamu itu. Sememangnya itulah yang saya ingin perlihatkan kepada umum bahawa telah wujud kesalahan dalam manuskript-manuskript bible itu. Justeru bagaimana pula kamu melihat seolah-olah saya tedak meneliti penjelasan yang diberikan oleh pihak kristian??

    Cumanya melalui penjelasan pihak kristian yang telah dipersetujui itu, maka saya mempersoalkan kesahihan ayat-ayatnya yang lain. Ini kerana pihak kristian hanya melihat kesahihan ayat-ayat yang lain itu melalui textual criticism dengan cara membandingkan manuskript-manuskript bible. Tindakan ini tidak menjanjikan bahawa text yang diperolehi melalui textual criricism tersebut akan menyamai autographnya SECARA PASTI kerana perbandingan hanya dibuat antara manuskript. Untuk memperolehi kesahihan bahawa suatu text itu adalah menyamai autographnya, maka text tersebut perlu dibandingkan dengan autographnya. Justeru autographnya diperlukan dalam situasi ini.

    Namun saya mempersilakan jika kamu mampu untuk membuktikan kepada saya text yang didapati daripada textual criticism itu menyamai autographnya SECARA PASTI, bukannya secara menduga-duga semata-mata.

    BalasPadam
  48. Nur Zamri,

    - Tentang Ahruf dan Qiraat. Saya sedia maklum dengan hal ini. Cuma, bukan sekadar 7 jenis bacaan saja yang wujud hari ini, tetapi 26 bacaan. Dan itu telah pun dibuktikan di dalam link video yang saya berikan sebelum ini.
    - Bukan itu saja, tidak ada satu Muslim pun hari ini yang dapat memberikan apakah 7 jenis bacaan tersebut pada zaman Muhammad dan Uthman.
    - Malah, selama 300 tahun pertama selepas Islam bermula, tidak ada satu pun pemahaman yang jelas tentang apakah Ahruf dan Qiraat tersebut. Tidak ada. Malah, sebelum itu, terdapat lebih 50 qiraat, bukan sekadar 7 qiraat.
    - Ia hanya mula diseragamkan apabila Ibn Mujahid memilih 7 qiraat daripada berpuluh-puluh qiraat yang ada ketika itu. Dan itu pun tidak diberitahu apa kriteria yang digunakannya dalam memilih ketujuh-tujuh Qiraat tersebut.
    - Dengan kata lain, qiraat dan ahruf yang wujud hari ini, hanya muncul selepas Ibn Mujahid memilihnya, bukan dari zaman Muhammad atau Uthman.
    - Malah, walaupun Ibn Mujahid telah memilih 7 qiraat, masih wujud 26 Al-Quran berbeza hari ini!
    - Jika anda mengatakan versi Hafs dan Warsh tidak ada perbezaan, dan menggunakan alasan qiraat dan ahruf untuk mengelak dari masalah ini, itu hanya menunjukkan anda tidak jujur dalam hal ini, kerana jelas perbezaan yang wujud bukan sekadar perbezaan perkataan dengan maksud yang sama, tetapi perbezaan perkataan yang mengubah maksud ayat di antara kedua2 versi bacaan Al-Quran ini.
    - Tiga contoh yang saya berikan sebelum ini bukan sekadar berbeza huruf dan perkataan, tetapi juga berbeza maksud dan pemahaman ayat.
    - Dan itu baru tiga yang saya berikan, sedangkan penyelidik Muslim sendiri menemui beribu2 perbezaan dengan manuskrip kuno Al-Quran dan Al-Quran moden hari ini. Dan itu pun baru dibandingkan dengan satu versi (iaitu versi naskhah Al-Quran di Tashkent).
    - “Nabi-nabi telah berperang” dan “Nabi-nabi telah terbunuh” adalah dua maksud yang jauh berbeza. Adalah sangat mengejutkan jika anda mengatakan itu membawa maksud yang sama dengan menggunakan alasan qiraat dan ahruf.

    BalasPadam
  49. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Berkenaan dengan autograph Al-Quran, saya telah memaklumkan wujudnya naskah yang dari zaman khalifah Uthman yang terletak di beberapa tempat. Dan jika kamu tidak mahu menerima hal tersebut, makanya itu adalah hak kamu, namun keengganan kamu untuk menerimanya tidak bermakna apa yang saya maklumkan itu sebagai salah.

    - Saya tidak menerimanya kerana penyelidik Muslim sendiri, iaitu mereka yang menjaga salinan naskhah tersebut, yang mengesahkan bahawa ia bukan mushaf dari zaman Uthman.
    - Saya telah memberikan nama2 penyelidik Muslim tersebut. Malah, mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan mereka secara rasmi bahawa mushaf yang terdapat di Turki itu, bukan mushaf dari zaman Uthman.
    - Dan realitinya, memang anda salah dalam hal ini.
    - Jika anda kekal mengatakan ia dari zaman Uthman, sila berikan sumber rujukan anda untuk hal itu. Saya sudah memberikan sumber rujukan saya yang mengatakan ia bukan dari zaman Uthman. Tinggal anda mahu atau tidak menyelidikinya.

    Dan kamu mengatakan autograph-autograph itu versi yang berlainan. Sudah tentu kamu melihat ianya sebagai versi yang berlainan apabila kamu tidak mempunyai pengetahuan tentang Qira’at Al-Quran. Tetapi bagi kelompok yang memahami bahasa Arab dan Al-Quran dengan mendalam, mereka dapat memahami bahawa isi kandungan semua autograph itu adalah saling sama.

    - Ini masalahnya, anda tidak menyelidiki perbezaan2 tersebut. Ia bukan sekadar qiraat, tetapi isi yang jauh berbeza dan memberikan maksud yang jauh berbeza dengan Al-Quran moden hari ini.
    - Malah, penyelidik Muslim yang meneliti mushaf di Tashkent sendiri yang mengatakan mushaf itu bukan dari zaman Uthman, malah, mengandungi 2 ribu lebih perbezaan seperti kesalahan tatabahasa, kehilangan surah2 tertentu, ada ayat2 yang dipadam, diubah, dan diedit.
    - Ini fakta. Ini hasil kajian ilmiah, oleh penyelidik Muslim sendiri.

    BalasPadam
  50. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Tentang dokumentasi penjelasan berkenaan dengan permasalahan dalam ayat-ayat bible yang kamu nyatakan kononya saya tidak melihatnya dengan teliti. Adakah kamu sedar bahawa apa yang diperjelaskan itu adalah selaras dengan apa yang ingin saya paparkan tentang bible kamu? Saya menyetujui apa yang diperjelaskan. Seperti yang kamu akui bahawa sememangnya sudah wujud kesalahan tertentu dalam manuskript-manuskript bible itu. Yes, saya bersetuju dengan kenyataan kamu itu. Sememangnya itulah yang saya ingin perlihatkan kepada umum bahawa telah wujud kesalahan dalam manuskript-manuskript bible itu. Justeru bagaimana pula kamu melihat seolah-olah saya tedak meneliti penjelasan yang diberikan oleh pihak kristian??

    - Kerana, anda beranggapan Kristian tidak tahu dan kesalahan2 penyalin ini mempengaruhi doktrin dasar Kristian.
    - Malah, setiap variant yang wujud di dalam salinan naskah2 kuno Alkitab telah didokumentasikan dengan teliti. Tidak ada satu pun yang mempengaruhi dasar doktrin kepercayaan Kristian. Jika ada, sila berikan di mana.
    - Perbezaan yang anda petik di awal post ini hanya kesilapan kecil yang melibatkan penyalin2 kuno Alkitab, bukan disengajakan. Dan kita dapat mengetahuinya kerana kita memiliki beribu2 salinan naskhah kuno Alkitab untuk ditelitikan.


    Cumanya melalui penjelasan pihak kristian yang telah dipersetujui itu, maka saya mempersoalkan kesahihan ayat-ayatnya yang lain. Ini kerana pihak kristian hanya melihat kesahihan ayat-ayat yang lain itu melalui textual criticism dengan cara membandingkan manuskript-manuskript bible. Tindakan ini tidak menjanjikan bahawa text yang diperolehi melalui textual criricism tersebut akan menyamai autographnya SECARA PASTI kerana perbandingan hanya dibuat antara manuskript. Untuk memperolehi kesahihan bahawa suatu text itu adalah menyamai autographnya, maka text tersebut perlu dibandingkan dengan autographnya. Justeru autographnya diperlukan dalam situasi ini.

    - Sekali lagi, kita mempunyai beribu2 naskhah salinan kuno Alkitab untuk kita dapat mengetahui ayat dan isi sebenar Alkitab.
    - Jika anda menggunakan kriteria “harus ada autograph”, bagaimana dengan Al-Quran? Bagaimana anda tahu dengan pasti apa yang ada hari ini adalah sama dengan apa yang diterima oleh Muhammad?
    - Sedangkan Uthman sendiri terpaksa membakar salinan2 Al-Quran yang lain, malah, salinan Al-Quran yang dibuatkan tidak dipersetujui oleh sahabat Muhammad sendiri. Bagaimana anda tahu apa yang dikompilasi oleh Uthman ada sama dengan apa yang diterima Muhammad?
    - Sedangkan hadis anda sendiri meriwayatkan tentang kehilangan ayat2 Al-Quran tertentu.

    BalasPadam
  51. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Namun saya mempersilakan jika kamu mampu untuk membuktikan kepada saya text yang didapati daripada textual criticism itu menyamai autographnya SECARA PASTI, bukannya secara menduga-duga semata-mata.

    - Saya sudah menjelaskannya, Cuma, oleh kerana anda tidak pernah terlebih dahulu menyelidiki apa itu Textual Criticism, maka, anda kekal dengan salah faham anda tentang hal ini.
    - Hakikatnya, anda double standard dalam hal ini kerana walaupun Al-Quran juga sudah tidak memiliki autographnya hari ini, anda dapat menutup sebelah mata dan menerimanya begitu sahaja, tanpa menyelidikinya secara kritis, tanpa melihat bukti2 manuskrip yang ada.
    - Sekurang2nya, Alkitab memiliki beribu2 salinan kuno Alkitab, dan kita dapat mengetahui isinya melalui kajian Textual Criticism.
    - Al-Quran pula tidak memiliki beribu2 salinan kuno, hanya beberapa saja, sedangkan, permulaan Islam tidak seperti permulaan Kristian yang ditindas dan dianiaya selama 400 tahun. Dan walaupun ditindas selama 400 tahun, masih ada tinggalan kuno manuskrip Alkitab dari zaman penindasan itu.
    - Sebaliknya, Islam yang bermula dengan kemudian berkuasa di seluruh tanah Arab, selama 400 tahun pertama, langsung tidak memiliki tinggalan manuskrip kuno Al-Quran dari zaman kehidupan Muhammad ataupun Uthman?
    - Malah, dikatakan Uthman telah mengirim mushaf Al-Quran yang dikompilasinya ke kawasan2 yang berada di bawah kuasa Muslim. Namun, mengapa tidak ada satu pun mushaf tersebut yang wujud hari ini?
    - Sebaliknya, semua manuskrip kuno Al-Quran yang wujud hari ini saling berbeza, malah hanya ditulis pada abad ke-8, 2 abad selepas Muhammad dan Uthman.

    BalasPadam
  52. Tiwas Tiwasok,

    Apa yang saya dapat lihat adalah kamu tidak tahu dan langsung tidak faham tentang Qira’at. Kamu kata kamu tahu tentang Qira’at. Tetapi sememangnya terbukti yang kamu tidak tahu dan tidak faham tentang Qira’at. Saya akan nyatakan nanti di mana kesilapan fahaman kamu tentang Qira’at.

    Pertamanya dakwaan kamu yang mengatakan Qira'at tidak pernah muncul pada zaman Nabi Muhammad dan khalifah Uthman adalah satu pembohongan. Saya telah tunjukkan buktinya melalui hadis nabi yang saya paparkan yang menjelas Nabi Muhammad sendiri menyatakan Al-Quran diturunkan dalam 7 huruf yang bermaksud 7 cara baca.

    Kelihatannya kamu hanya mampu tidak bersetuju dengan apa yang saya perjelaskan tetapi kamu tidak mampu untuk membuktikan bahawa penjelasan yang saya beri sebagai salah. Justeru ini tidak bermakna penjelasan yang saya berikan itu sebagai salah.

    Saya telah maklumkan bahawa dalam perkara Islam dan Al-Quran seharusnya kamu tidak merujuk kepada sumber non muslim tanpa merujuk kembali kepada sumber muslim. Sebab itu kamu mendapat gambaran yang salah sehingga kononnya Al-Quran itu diturunkan sehingga lebih daripada 7 Qira'at. Itu adalah sangat tidak benar. Apabila kamu mengatakan penyelidik Islam menemui beribu perbezaan dalam naskah kuno Al-Quran, itu menjelaskan yang kamu tidak faham maksud Qira'at Al'Quran. Dan begitu juga apabila kamu merujuk kepada video yang kamu sertakan, dan dikatakan ada 26 versi Al-Quran yang berbeza, justeru itu juga menunjukkan yang kamu tidak ada kefahaman langsung tentang Qira’at. Kamu merujuk orang yang tidak faham tentang Qira’at menyebabkan kamu memperolehi gambaran yang salah tentang Al-Quran. Saya perjelaskan iaitu sememangnya terdapat banyak perkataan dalam Al-Quran yang terlibat dengan Qira'at, tetapi semua perbezaan perkataan tersebut hanya melibatkan 7 Qira'at itu sahaja. Dan penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan tidak semua ke 7 Qira'at itu diamalkan bacaan oleh imam-imam Qira'at. Sebagai contoh yang telah saya berikan iaitu ayat 177 surah Al Baqarah itu di mana pada ayat tersebut, amalan bacaannya oleh imam-imam Qira'at adalah hanya melibatkan 2 Qira'at sahaja. 5 Qira'at lagi tidak diamalkan bacaannya pada ayat tersebut.

    Sebab itu apabila kamu tidak faham Qira'at menyebabkan kamu menyangka setiap perkataan dalam Al-Quran yang terlibat dengan Qira'at sebagai perbezaan dalam Al-Quran. Itu sangat salah kerana ketidakfahaman kamu tentang Qira'at Al-Quran.

    Saya bagi contoh lagi untuk difahami oleh kamu. Jika ada 10 perkataan dalam Al-Quran yang terlibat dengan Qira'at. Namun setiap perkataan tersebut hanya dibaca oleh imam-imam Qira'at dengan menggunakan 2 cara baca atau Qira'at sahaja, maka ini bermakna sehingga ke 10 ayat Al-Quran itu hanya ada 2 Qira'at sahaja yang diamalkan. Bukannya ada 10 Qira'at. Seperti dalam video tersebut, kesemua ayat tersebut hanya melibatkan 2 Qira’at sahaja. Bukannya ada 26 Qira’at di situ. Apabila kamu melihat video tersebut, yang mana individu yang memberikan taklimat atau syarahan dengan mengatakan ada 26 perbezaan Al-Quran, sedangkan dia tidak faham maksud Qira’at, maka kamu juga terpengaruh dengan mengatakan ada 26 perbezaan bacaan. Itu adalah sesuatu yang amat salah. Ke semua 26 ayat dalam video tersebut adalah hanya melibatkan 2 Qira’at sahaja.

    Saya kenal individu dalam video tersebut, dan untuk makluman kamu beliau juga pernah mengemukakan salah faham beliau tentang maksud ayat al-Quran dalam suatu perdebatan yang mana akhirnya beliau diperbetulkan oleh Dr. Syabir Ali dalam perdebatan tersebut. Untuk makluman kamu individu ini sememangnya mempunyai pengetahuan yang cetek berkenaan dengan Al-Quran.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  53. SAMBUNGAN...

    Seterusnya kamu mengambil terjemahan ke atas satu perkataan Al-Quran yang terlibat dengan Qira'at walaupun tiada sumber muslim yang disertakan yang menyatakan benar bagi Qira'at dan terjemahan tersebut, iaitu 'nabi-nabi yang berperang' dan 'nabi-nabi yang terbunuh', tindakan kamu itu yang hanya mengambil terjemahan bagi Qira'at tersebut adalah satu cara untuk memahami ayat Al-Quran secara salah. Seharusnya kamu mengambilnya keseluruhan satu ayat. Sebab itu saya katakan ambil satu ayat, bukannya ambil satu perkataan.
    Jika kamu teliti ayat tersebut, ia menunjukkan ketabahan atau ketekunan para nabi dan pengikut-pengikut nabi tersebut dalam berjuang pada jalan kebenaran. Ketabahan dan ketekunan itu yang ingin disampaikan dan ditekankan dalam ayat tersebut. Bukannya ayat tersebut ingin mengatakan para nabi pergi berperang atau para nabi terbunuh. Ayat tersebut bermakna ianya menunjukkan yang para nabi dan orang-orang yang bersama nabi itu sanggup untuk berjuang bermatian-mati demi menegakkan jalan kebenaran, dengan berperang dan mereka tidak lemah dalam menghadapi musuh dalam semua keadaan. Dalam Qira’at yang lagi satu itu menjelaskan walaupun semasa peperangan, pengikut-pengikut nabi ini dikhabarkan yang nabi mereka telah terbunuh, namun mereka tetap tidak lemah dalam peperangan itu dan tidak tunduk kepada pihak musuh. Justeru itu bermakna dalam kedua-dua Qira’at, ayat tersebut menceritakan ketabahan nabi dan pengikutnya berjuang dalam jalan Allah. Mereka tidak akan tunduk kepada musuh walau dalam keadaan apa sekalipun. Justeru tiada sebarang perbezaan makna di situ.

    Tentang tuduhan pihak non muslim yang mana dikatakan Al-Quran itu telah kehilangan surah atau ayat, disebabkan kamu tidak mahu menyatakan secara detail tuduhan tersebut,maka saya tidak dapat mengulasnya di sini. Namun saya nasihatkan kamu supaya mendapat penjelasan daripada pihak Islam. Carilah di laman web, di mana banyak pihak Islam yang telah menjelaskan dan menyanggah tuduhan dan fitnah daripada non mislim tersebut.

    Berkenaan dengan autograph Al-Quran, saya telah jelaskan bahawa naskah Al-Quran yang tersimpan di muzium Topkapi Istanbul adalah naskah yang sezaman dengan Khalifah Uthman. Kajian terhadap naskah ini telah dibentangkan oleh IRCICA, Dr. Halit Eren kepada Perdana Menteri Turki dan yang terlibat sama dalam kajian tersebut adalah Dr. Tayyar Altikulac, iaitu individu yang kamu telah berikan itu. Maklumat ini boleh kamu dapati di laman web IRCICA sendiri, iaitu https://www.ircica.org/al-mushaf-al-sharif-attributed-to-uthman-bin-affan/irc788.aspx

    BalasPadam
  54. SAMBUNGAN...

    Tentang manuscript bible pula, saya inginkan pembuktian SECARA PASTI bagaimana kamu dapat mengesahkan hasil textual criticism terhadap bible itu adalah text yang menyamai autographnya. Saya inginkan pembuktian. Saya tidak mahu kepada hanya menduga-duga semata-mata. Kamu hanya dengan merujuk kepada ribuan manuscript, maka kamu mengandaikan text yang kamu pilih melalui textual criticism itu adalah menyamai text pada autograph. Sila buktikan hal tersebut. Tunjukkan di mana text dalam autographnya yang dikatakan menyamai text yang dihasilkan melalui textual criticism itu. Namun autograph itu telah hilang. Maka sampai bila-bila kamu tidak mampu untuk membuktikan SECARA PASTI akan hal ini.

    Jika ada naskah yang berada dalam level manuscript telah diakui sudah tidak bersih daripada sebarang kesalahan, maka bagaimana kamu dapat mempastikan manuscript-manuskript yang lain itu juga masih bersih daripada sebarang kesalahan dan menyamai autographnya?? Untuk membuktikan hal ini adalah dengan membandingkan manuscript tersebut dengan autograph. Ini kerana kamu inginkan kepastian kesamaan antara manuscript dengan autograph, bukannya antara manuscript dengan manuscript. Perbandingan antara manuscript dengan manuscript hanya akan memberikan hasil kesamaan antara manuscript dengan manuscript, tetapi bukannya kesamaan manuscript dengan autographnya.
    Saya mempersilakan kamu untuk memberikan penjelasan dengan mengemukakan buktinya SECARA PASTI.

    BalasPadam
  55. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Pertamanya dakwaan kamu yang mengatakan Qira'at tidak pernah muncul pada zaman Nabi Muhammad dan khalifah Uthman adalah satu pembohongan. Saya telah tunjukkan buktinya melalui hadis nabi yang saya paparkan yang menjelas Nabi Muhammad sendiri menyatakan Al-Quran diturunkan dalam 7 huruf yang bermaksud 7 cara baca.

    - Di mana saya mengatakan “Qiraat tidak pernah muncul pada zaman Muhammad”?
    - Cuba anda baca semula respon saya di atas. Saya berikan semula,
    - Bukan itu saja, tidak ada satu Muslim pun hari ini yang dapat memberikan apakah 7 jenis bacaan tersebut pada zaman Muhammad dan Uthman.
    - Malah, selama 300 tahun pertama selepas Islam bermula, tidak ada satu pun pemahaman yang jelas tentang apakah Ahruf dan Qiraat tersebut. Tidak ada. Malah, sebelum itu, terdapat lebih 50 qiraat, bukan sekadar 7 qiraat.
    - Ia hanya mula diseragamkan apabila Ibn Mujahid memilih 7 qiraat daripada berpuluh-puluh qiraat yang ada ketika itu. Dan itu pun tidak diberitahu apa kriteria yang digunakannya dalam memilih ketujuh-tujuh Qiraat tersebut.
    - Dengan kata lain, qiraat dan ahruf yang wujud hari ini, hanya muncul selepas Ibn Mujahid memilihnya, bukan dari zaman Muhammad atau Uthman.


    Tentang qiraat dan ahruf,
    - Saya tahu penjelasan Muslim tentang qiraat dan ahruf. Namun, itu tidak menjelaskan mengapa wujud lebih dari 26 versi Al-Quran hari ini, yang mana sudah melebih dari 7 atau 10 qiraat dan Ahruf seperti yang dipercayai oleh Muslim.
    - Malah, anda juga tidak menjelaskan bagaimana Ibn Mujahid memilih qiraat tersebut sedangkan pada zamannya, wujud lebih 50 qiraat. Ini adalah fakta dan berdasarkan sumber dari Muslim sendiri.
    - Dan, penjelasan anda tentang qiraat tidak sepadan dengan fakta yang ada, iaitu, bacaan yang wujud bukan sekadar berbeza dari segi perkataan atau huruf, tetapi juga dari segi maksud. Sedangkan, menurut anda, semua qiraat itu sekadar berbeza bacaan dan huruf, namun seragam dari segi maksud. Namun, seperti yang sudah saya tunjukkan, ia juga berbeza dari segi maksud.
    - Maka, mana satu versi bacaan yang wujud ini adalah sama dengan apa yang tercatat di dalam Lauhul Mahfuz di syurga? Bukankah Al-Quran itu menurut Muslim adalah kekal abadi, maka, mengapa wujud perbezaan maksud serta kehilangan ayat dan surah tertentu di dalam Al-Quran?

    BalasPadam
  56. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Saya kenal individu dalam video tersebut, dan untuk makluman kamu beliau juga pernah mengemukakan salah faham beliau tentang maksud ayat al-Quran dalam suatu perdebatan yang mana akhirnya beliau diperbetulkan oleh Dr. Syabir Ali dalam perdebatan tersebut. Untuk makluman kamu individu ini sememangnya mempunyai pengetahuan yang cetek berkenaan dengan Al-Quran.

    - Maksud anda, perdebatan ini? https://www.youtube.com/watch?v=ofz0qMH-gfE
    - Cuba anda tontoni debat ini sekali lagi, Dr. Shabir Ally terpaksa mengaku bahawa wujud lebih dari 7 jenis bacaan, namun dia menerima seadanya Al-Quran moden hari ini dan berkata semua perbezaan yang wujud, adalah benar, walaupun ia bercanggah dengan bacaan yang lain.

    Seterusnya kamu mengambil terjemahan ke atas satu perkataan Al-Quran yang terlibat dengan Qira'at walaupun tiada sumber muslim yang disertakan yang menyatakan benar bagi Qira'at dan terjemahan tersebut, iaitu 'nabi-nabi yang berperang' dan 'nabi-nabi yang terbunuh', tindakan kamu itu yang hanya mengambil terjemahan bagi Qira'at tersebut adalah satu cara untuk memahami ayat Al-Quran secara salah. Seharusnya kamu mengambilnya keseluruhan satu ayat. Sebab itu saya katakan ambil satu ayat, bukannya ambil satu perkataan.

    - Ini masalahnya, bukankah anda percaya Al-Quran itu tidak berubah dan kekal sama dari dulu hingga sekarang? Maka, mengapa wujud perbezaan perkataan yang berbeza di dalam satu ayat yang sama di antara Warsh dan Hafs? Malah, perkataan itu mengubah maksud kedua2 versi ayat tersebut.
    - Mana satu yang sama dengan Al-Quran di syurga? Yang terdapat di dalam versi Hafs atau versi Warsh?
    - Bukan itu sahaja, bagaimana dengan semua versi bacaan Al-Quran yang lain yang juga mempunyai perbezaan di antara satu sama lain?
    - Memang saya mengambil terjemahan ayat itu kerana memang itu maksud perkataan yang digunakan. Malah, perkataan Arab yang digunakan juga berbeza di antara kedua2 versi ayat tersebut. Dan itu ada ditunjukkan di dalam video yang saya berikan kepada anda.


    - Ini ayat penuh Al-Imran ayat 146, versi Hafs, ”Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”
    - Sekarang, cuba anda gantikan perkataan di bahagian yang ditebalkan dengan versi Warsh, “Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah terbunuh dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.”
    - Bukankah maksud kedua2 versi ayat ini menjadi berbeza dan bercanggah? Ia juga tidak sepadan dengan maksud qiraat atau ahruf yang anda cuba gunakan sebagai alasan. Kerana menurut anda, qiraat dan ahruf adalah sekadar bacaan berbeza, namun, maksudnya kekal sama.

    BalasPadam
  57. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Tentang tuduhan pihak non muslim yang mana dikatakan Al-Quran itu telah kehilangan surah atau ayat, disebabkan kamu tidak mahu menyatakan secara detail tuduhan tersebut,maka saya tidak dapat mengulasnya di sini. Namun saya nasihatkan kamu supaya mendapat penjelasan daripada pihak Islam. Carilah di laman web, di mana banyak pihak Islam yang telah menjelaskan dan menyanggah tuduhan dan fitnah daripada non mislim tersebut.

    - Oh, anda memberikan saranan untuk merujuk kepada sumber Muslim? Namun, adakah anda melakukan hal yang sama terhadap permasalahan yang anda timbulkan di awal post ini? Iaitu merujuk kepada sumber Kristian terlebih dahulu untuk melihat penjelasannya?
    - Jika anda benar2 ada melihat debat di antara Dr. Shabir Ally dan Jay Smith, hal kehilangan surah tersebut ada disentuh, dan Dr. Shabir Ally sendiri tidak dapat menafikannya. Kerana ia memang dicatatkan di dalam himpunan riwayat hadis.
    - Cuma, tidak ada terjemahan Bahasa Melayu untuk semua himpunan hadis Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah, At-Tarmidzi, dan Al-Sughra. Hal kehilangan ayat dan surah Al-Quran ada dicatatkan di dalam himpunan hadis2 ini. Contohnya, Sunan Abu Daud mencatatkan kehilangan ayat tentang “merejam dan menyusukan lelaki dewasa” di dalam Al-Quran kerana satu-satunya salinan kepada ayat tersebut telah dimakan oleh seekor kambing selepas kematian Muhammad. Sedangkan hadis Bukhari dan Muslim dengan jelas mengatakan ayat itu sepatutnya wujud di dalam Al-Quran. Namun, ia sudah tidak ada hari ini.
    - Maka, adakah itu bererti ayat ini juga telah hilang di dalam Al-Quran yang sekarang ini terdapat di syurga di sisi Allah?


    Berkenaan dengan autograph Al-Quran, saya telah jelaskan bahawa naskah Al-Quran yang tersimpan di muzium Topkapi Istanbul adalah naskah yang sezaman dengan Khalifah Uthman. Kajian terhadap naskah ini telah dibentangkan oleh IRCICA, Dr. Halit Eren kepada Perdana Menteri Turki dan yang terlibat sama dalam kajian tersebut adalah Dr. Tayyar Altikulac, iaitu individu yang kamu telah berikan itu. Maklumat ini boleh kamu dapati di laman web IRCICA sendiri, iaitu https://www.ircica.org/al-mushaf-al-sharif-attributed-to-uthman-bin-affan/irc788.aspx

    - Masalahnya, laman yang anda berikan itu tidak memetik isi sebenar kajian pengkaji Muslim tersebut.
    - Saya berikan, petikan dari laman Muslim sendiri, iaitu laman Islamic Awareness, yang memetik terus dari kajian Dr. T. Altikulaç, Al-Muṣḥaf Al-Sharif: Attributed To ʿUthmān Bin ʿAffān (The Copy At The Topkapi Palace Museum).
    - Did this Qur'an belong to the third caliph ʿUthmān? The answer is no. There are good number of other Qur'ans [such as the ones at St. Petersburg, Samarqand, Istanbul and two at Cairo, viz., at al-Hussein mosque and Dār al-Kutub al-Misriyya] having at times turned up in different parts of the Islamic world, almost all purporting to show the traces of the blood of the third caliph ʿUthmān upon certain pages, and thus the genuine ʿUthmānic Qur'an, the imām, which he was reading at the time of his death. Moreover, the manuscript clearly shows the script, illumination and marking of vowels that are from the Umayyad times (i.e., late 1st century / early 2nd century of hijra).[2] Furthermore, this manuscript was also briefly discussed by Ṣalāḥ al-Dīn al-Munajjid who did not consider it to be from the time of caliph ʿUthmān.[3]
    - Anda boleh membaca keseluruhan petikan ini di sini: http://www.islamic-awareness.org/Quran/Text/Mss/topkapi.html

    BalasPadam
  58. Nur Zamri,

    Anda menulis,
    Tentang manuscript bible pula, saya inginkan pembuktian SECARA PASTI bagaimana kamu dapat mengesahkan hasil textual criticism terhadap bible itu adalah text yang menyamai autographnya. Saya inginkan pembuktian. Saya tidak mahu kepada hanya menduga-duga semata-mata. Kamu hanya dengan merujuk kepada ribuan manuscript, maka kamu mengandaikan text yang kamu pilih melalui textual criticism itu adalah menyamai text pada autograph. Sila buktikan hal tersebut. Tunjukkan di mana text dalam autographnya yang dikatakan menyamai text yang dihasilkan melalui textual criticism itu. Namun autograph itu telah hilang. Maka sampai bila-bila kamu tidak mampu untuk membuktikan SECARA PASTI akan hal ini.

    - Sekali lagi, sila telitikan dahulu apa itu Textual Criticism.
    - Dan, mengapa anda tidak konsisten dalam hal ini? Mengapa untuk Al-Quran anda tidak menuntut untuk wujudnya autograph Al-Quran supaya kita dapat mengetahui SECARA PASTI bacaan sebenar Al-Quran pada zaman Muhammad?


    Jika ada naskah yang berada dalam level manuscript telah diakui sudah tidak bersih daripada sebarang kesalahan, maka bagaimana kamu dapat mempastikan manuscript-manuskript yang lain itu juga masih bersih daripada sebarang kesalahan dan menyamai autographnya??

    - Kenyataan anda yang ini sangat jelas menunjukkan anda benar2 tidak tahu apa itu Textual Criticism. Malah, anda mengandaikan masih wujud kesalahan di dalam Alkitab yang tidak diketahui oleh penyelidik manuskrip Alkitab.
    - Tidakkah anda tahu kewujudan dokumentasi hasil penyelidikan Textual Criticism ini yang telah menyenaraikan semua variant di dalam Alkitab? Dan semua variant itu hanya melibatkan kesilapan ejaan, perkataan, susunan ayat, yang mana tidak mempengaruhi mana2 doktrin dasar Kristian?
    - Contohnya, “Netsle-Aland Novum Testamentum Graece” yang menyenaraikan semua variant yang wujud di dalam Alkitab bahagian Perjanjian Baru. Juga kajian Textual Criticism bahagian Perjanjian Lama yang melibatkan salinan manuskrip2 kuno.

    Untuk membuktikan hal ini adalah dengan membandingkan manuscript tersebut dengan autograph. Ini kerana kamu inginkan kepastian kesamaan antara manuscript dengan autograph, bukannya antara manuscript dengan manuscript. Perbandingan antara manuscript dengan manuscript hanya akan memberikan hasil kesamaan antara manuscript dengan manuscript, tetapi bukannya kesamaan manuscript dengan autographnya.
    Saya mempersilakan kamu untuk memberikan penjelasan dengan mengemukakan buktinya SECARA PASTI.

    - Bukankah sudah dijelaskan, autograph Alkitab sudah tidak ada kerana bahan yang digunakan untuk menulisnya sudah dimakan usia. Sama seperti Al-Quran juga sudah tidak mempunyai autographnya hari ini.
    - Maka, tuntutan anda ini tidak munasabah. Satu-satunya alternatif yang ada adalah dengan melihat kepada beribu2 salinan manuskrip Alkitab yang wujud. Di sinilah wujudnya bidang Textual Criticism.
    - Dan, anda kekal dengan double standard anda apabila menuntut Alkitab dibandingkan dengan autograph namun anda boleh menerima begitu sahaja Al-Quran tanpa menuntut perbandingan Al-Quran hari ini dengan autograph Al-Quran itu sendiri.

    BalasPadam
  59. Nur Zamri,

    Anda juga tidak menjelaskan mengapa Uthman perlu menyalin semula kompilasi Al-Quran dan membakar semua versi yang lain. Kerana, jika versi2 yang wujud itu adalah disebabkan oleh ahruf dan qiraat, mengapa Uthman perlu membakarnya dan menjadikan versi Al-Quran kompilasinya sebagai versi rasmi?

    BalasPadam
  60. Nur Zamri,

    Jika anda berminat, kita boleh meneruskan diskusi kita ini di blog anda atau di blog saya.

    BalasPadam
  61. Tiwas Tiwasok,

    Sekali lagi kamu telah mengeluarkan kenyataan secara berbohong apabila kamu mengatakan Qira’at tidak pernah berlaku di zaman Nabi Muhammad. Saya akan kemukakan hadis berkenaannya. Tetapi sebelum itu saya ingin tegaskan bahawa jika sesuatu itu sudah disahkan oleh Nabi Muhammad sebagai sesuatu yang benar, namun ianya tidak berlaku di zaman NabiMuhammad, maka jika perkara yang disahkan itu berlaku selepas zaman Nabi Muhammad, maka ianya juga dapat dikatakan sebagai benar. Ini kerana perkara tersebut telah disahkan terlebih dahulu oleh Nabi Muhammad. Justeru tiada alasan untuk mengatakan sesuatu yang telah disahkan oleh Nabi Muhammad itu sebagai tidak benar apabila ianya berlaku selepas zaman Nabi Muhammad. Yang penting pengesahan telah diberikan oleh Nabi Muhammad, untuk membuktikan perkara tersebut adalah tetap benar.

    Dan Qira’at yang berlaku di zaman Nabi Muhammad, sila teliti hadis di bawah.

    Daripada Umar RA berkata, “Aku mendengar Hisyam Ibnu Hakim Ibnu Hizam membaca Surah al-Furqan di zaman Rasulullah SAW. Lalu aku mendengar bacaannya, nyatalah dia membaca dengan huruf yang banyak yang tidak diajar oleh Rasulullah SAW kepadaku. Aku hampir-hampir menghalangya di dalam solat tetapi aku menahan diriku sehingga dia memberi salam, lalu aku pun memegang bajunya seraya berkata, “Siapakah yang mengajarkan engkau akan surah ini yang aku dengar engkau membacanya?” Dia menjawab, “Rasulullah SAW yang mengajarkan kepadaku.” Aku balik menjawab, “Engkau bohong.” Rasulullah SAW telah mengajarkan aku cara yang berbeza daripada bacaan engkau. Lalu aku mengheretnya menuju kepada Rasulullah, kemudian aku berkata, “Aku mendengar lelaki ini (Hisyam) membaca surah al-Furqan dengan huruf yang banyak tidak diajar oleh engkau kepadaku.” Rasulullah SAW menjawab,”Lepaskannya, bacalah wahai Hisyam!” Maka Hisyam pun membacanya dengan bacaan yang aku dengar dia membacanya (sebelum itu). Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Demikianlah ia diturunkan.” Kemudian Baginda berkata:”Bacalah wahai Umar.”Lalu aku membacanya dengan bacaan yang telah diajarkan oleh Rasulullah kepadaku. Lalu Rasulullah SAW berkata, “ Demikianlah ia diturunkan. Sesungguhnya al-Quran ini diturunkan dengan tujuh huruf, maka bacalah dengan bacaan yang mudah bagi kamu.” (Riwayat al-Bukhari)

    Justeru dakwaan mengatakan tidak pernah berlaku Qira’at di zaman Nabi Muhammad adalah suatu dakwaan bohong dan tidak benar sama sekali.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  62. SAMBUNGAN...

    Qira’at bukannya menunjukkan al-Quran versi yang berbeza. Justeru sememangnya tiada penjelasan berkenaan dengan Qira’at yang menerangkan kepada kewujudan Al-Quran yang berbeza. Kerana kewujudan Qira’at itu bukan menjelaskan kepada Al-Quran yang berbeza. Al-Quran tetap satu kerana kewujudan Qira’at tidak membezakan makna ayat-ayat Al-Quran yang terlibat. Al-Quran pada asalnya diturunkan dalam lahjah Quraish, dan Allah juga memaklumkan melalui malaikatNya Jibril bahawa penggunaaan perkataan-perkataan tertentu yang menghasilkan persamaan makna pada ayat dalam Al-Quran itu juga dibenarkan. Maka apabila ada kebenaran ini daripada otoritas yang paling tinggi, makanya ianya menjadi tidak salah untuk diamalkan. Itu tidak menjadikan Al-Quran itu telah berubah. Sebab itulah khalifah Uthman melakukan standardisasi yang mengutamakan lahjah Quraish, kerana Al-Quran itu pada asalnya adalah mengikut lahjah Quraish iaitu yang dipertuturkan oleh Nabi Muhammad.

    Jika ayat Al-Quran yang diturunkan itu menyebutkan “ Allah itu esa”. Dan otoritas tertinggi juga memaklumkan bahawa boleh juga disebutkan “Tuhan itu satu”. Dan apabila seseorang lain menyebutkan bahawa ayat Al-Quran yang diturunkan itu menyebutkan “Tuhan itu satu”. Maka itu adalah tetap benar walaupun perkataan-perkataan yang disebut oleh seseorang itu tidak sama dengan perkataan asli yang diturunkan, kerana ia tetap menggunakan perkataan-perkataan yang diberi kebenaran oleh otoritas tertinggi. Justeru tidak wujud sebarang permasalahan.

    Tentang video perdebatan Dr. Shabir Ally dan Jay Smith, bukan video yang kamu sertakan itu yang menunjukkan Dr. Shabir Ally memperbetulkan Jay Smith berkenaan kesalahfahamannya terhadap suatu ayat Al-Quran. Ianya dalah perdebatan dalam video ini, https://www.youtube.com/watch?v=7CBMWczsfaA . Cuba lihat pada minit ke 1:46:00 hingga 1:46:33, untuk kemudahan kamu.

    Berkenaan dengan Qira’at yang dikatakan melebihi 7 Qira’at. Dalam video yang kamu sertakan iaitu https:www.youtube.com/watch?v=ofz0qMH-gfE itu tidak dinyatakan pada minit ke berapa berkenaan dengan pengakuan Dr Shabir Ally bahawa terdapat lebih daripada 7 Qira’at Al-Quran. Mungkin kamu boleh sertakan di sini untuk kemudahan kita bersama dan orang yang mengikuti perbahasan kita ini. Dalam isu lebih daripada 7 Qira’at Al-Quran, sememangnya ada individu yang mendakwa Qira’at melebihi daripada 7, hingga sampai 10. Namun Nabi Muhammad hanya mengesahkan 7 Qira’at sahaja. Dan saya telah maklumkan bahawa kajian sememangnya telah dibuat, dan pada hari ini, Qira’at yang didapati adalah 2 Qira’at sahaja. Justeru 2 Qira’at itu adalah termasuk dalam apa yang disahkan oleh nabi Muhammad. Justeru itu menunjukkan Al-Quran adalah tetap benar dan tetap tidak mengalami perubahan. Tiada Qira’at dalam Al-Quran yang dijumpai melebihi 7 seperti yang didakwa. Justeru kita merujuk kepada bukti yang ada sekarang. Jika seseorang mendakwa ada 50 Qira’at Al-Quran, tetapi setelah menyelidik, hanya ditemuikan setiap perkataan yang terlibat hanya mempunyai 2 Qira’at, makanya itu tetap termasuk dalam apa yang disahkan oleh Nabi Muhammad. Justeru dakwaan sesetengah individu itu tidak menjejaskan pengesahan Al-Quran kerana Al-Quran sentiasa berada dalam Qira’at yang disahkan oleh Nabi Muhammad.
    Atau kamu boleh sertakan suatu ayat Al-Quran yang mempunyai lebih daripada 7 Qira’at?

    Dan kenapa ada perbezaan antara bacaam imam Hafs dan imam Warsh? Ini kerana itu yang diajarkan oleh Nabi Muhammad kepada para sahabat dan akhirnya sampai kepada imam-imam tersebut. Justeru apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad itu adalah tetap Al-Quran. Justeru sama ada bacaan imam Hafs ataupun bacaan imam Warsh, ianya tetap bacaan Al-Quran yang disahkan oleh Nabi Muhammad. Justeru jika Nabi Muhammad yang mengesahkan, maka bagaimana kamu dapat mengatakan Al-Quran yang mereka baca itu adalah tidak sama dengan al-Quran yang asal yang diajarkan oleh Nabi Muhammad?
    Justeru tiada alasan untuk mendakwakan sedemikian.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  63. SAMBUNGAN...

    Dan ayat Ali Imran: 146 itu, Qira’atnya saling sepadan dengan apa yang saya telah perjelaskan. Jika kamu rasa bacaan imam Hafs dan imam Warsh untuk ayat Ali Imaran:146 berbeza makna, maka saya mempersilakan kamu untuk menerangkan kepada saya apa perkara utama yang ingin disampaikan oleh keseluruhan ayat tersebut. Sekali lagi saya tegaskan, iaitu apabila melihat kepada keseluruhan ayat tersebut, maka saya mempersilakan kamu untuk menerangkan apa perkara utama yang ingin disampaikan dalam ayat tersebut? Dipersilakan.

    Dan berkenaan dengan saranan saya supaya kamu merujuk kepada sumber muslim, dan kamu mempersoalkan adakah saya hanya merujuk kepada sumber muslim dalam mempertikaikan kridebiliti bible dan tidak merujuk kepada sumber kristian? Saya tegaskan, dalam mempersoalkan kepada pihak kristian berkenaan dengan ayat Genesis 11:12, saya hanya merujuk kepada laman-laman web kristian dan tiada satupun laman web sumber Islam yang saya rujuk. Jika kamu merasakan saya hanya merujuk kepada sumber muslim untuk mempersoalkan ayat Genesis 11:12 itu, maka saya mempersilakan kamu untuk mengemukakan apakah link laman web Islam yang saya kemukakan dalam posting-posting saya terdahulu dalam usaha saya untuk mempersoalkan pertanyaan kepada pihak kristian berkenaan dengan ayat Genesis 11:12. Dipersilakan.

    Berkenaan dengan riwayat hadis yang mengatakan adanya ayat Al-Quran yang hilang disebabkan satu-satunya salinan pada ayat tersebut telah dimakan oleh seekor kambing, sememangnya adalah penuh dengan kecurigaan. Hadis ini mempunyai banyak kategori sehinggakan terdapatnya hadis yang lemah dan hadis yang palsu yang tidakd apat diterima pakai. Apabila dikatakan “satu-satunya salinan pada ayat tersebut” itu sudah menjelaskan keadaan yang amat bercanggah dengan situasi penulisan wahyu-wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad. Nabi Muhammad sendiri mempunyai beberapa penulis wahyu. Adalah kebiasaan Nabi Muhammad untuk meminta penulis-penulis wahyu beliau untuk membacakan kembali ayat tersebut setelah menuliskannya, menurut Zaid bin Tsabit, jika ada kesalahan dari penulisan dia membetulkannya, setelah selesai barulah NabiMuhammad membolehkan menyebarkan ayat tersebut. (Majmauz Zawaid, vol.I, p. 60). Nabi Muhammad mengesahkan penulisannya dan baru menyebarkannya kepada masyarakat, riwayat ini membuktikan bahwa suatu ayat seharusnya mutawatir (banyak diketahui orang) disamping ada teks yang dapat dipertanggungjawabkan. Justeru jika sekadar satu salinan teks dikatakan dimakan oleh kambing, maka seharusnya banyak lagi teks yang ada berkenaan dengan ayat tersebut, di samping banyak penghafaz-penghafaz Al-Quran, termasuk penulis-penulis wahyu itu sendiri. Justeru riwayat hadis itu sememangnya meragukan dan tidak dapat diterima.

    Berkenaan dengan naskah autograph Al-Quran dari zaman Khalifah Utman yang tersimpan di Muzium Topkapi, apakah kamu membacanya dengan teliti? Laman web rasmi IRCICA sendiri menyebutkan
    “Following the address of Prime Minister Erdoğan, Dr. Halit Eren, Director General of IRCICA presented the Prime Minister with one of the latest publications of IRCICA, consisting of a facsimile edition of the copy of the Quran which is attributed to the time of Caliph Othman, the third caliph. The original copy is kept in the Topkapı Palace Museum. The edition and the accompanying scholarly study by Dr. Tayyar Altıkulaç were published by IRCICA in 2007.”

    Justeru jelas hasil kajian Dr. Tayyar Altikulac diterbitkan oleh IRCICA pada tahun 2007, dan pengesahan daripada IRCICA, bahawa hasil daripada kajian tersebut di dapati original copy naskah yang tersimpan di Muzium Topkapi tersebut adalah dikaitkan dengan zaman khalifah.

    Dan kamu pula hanya merujuk kepada satu artikel pada satu laman web yang tidak diketahui siapa atau organisasi mana yang menuliskannya.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  64. SAMBUNGAN...

    Dan sememangnya saya sudah meneliti Textual Criticism. Dan saya sentiasa konsisten dalam hal ini, dimana saya menjelaskan melalui pembuktian bahawa autograph Al-Quran itu tetap masih wujud sehingga kini. Tiada bukti untuk kamu menafikan pembuktian saya itu. Seterusnya saya juga membuktikan bahawa isi kandungan Al-Quran tidak pernah ada kesalahan. Pembezaan yang kamu sebut-sebutkan tentang Al-Quran itu adalah hasil daripada ketidakfahaman kamu tentang Al-Quran itu secara mendalam.

    Inilah perbezaan antara penjelasan pihak muslim dengan pihak Kristian berkenaan dengan kitab suci masing-masing. Tiada hujah daripada pihak Kristian yang memaksa pihak Islam menyetujui apa yang didakwa oleh pihak Kristian terbabit berkenaan Al-Quran. Apa yang belaku adalah pihak Kristian tidak mahu menerima penjelasan pihak Islam, tetapi tidak mampu membuktikan bahawa penjelasan pihak Islam itu sebagai salah. Di samping pihak islam pula yang dapat membuktikan pembohongan dan pembohongan yang diada-adakan oleh pihak Kristian dalam dakwaan mereka.
    Namun apabila sesuatu persoalan berkenaan dengan bible Kristian, pihak Kristian tiada pilihan lain selain daripada menerima dan mengakui dakwaan pihak Islam berkenaan dengan bible mereka. Sama ada pengakuan daripada Kristian itu telah diberikan dahulu atau dan diulang kembali pada setiap kali persoalan tentang bible itu dilakukan, namun pengakuan itu tetap ada.

    Dan pengakuan kamu bahawa autograph bible telah tidak ada. Tetapi saya membuktikan autograph Al-Quran masih ada sehingga kini. Hanya kamu yang menganggap autograph al-Quran tidak ada.
    Maka dengan itu sampai bila-bila kamu tidak dapat mengesahkan teks daripada textual criticism bible itu sebagai teks yang menyamai autographnya. Justeru kamu sebenarnya tidak dapat mempastikan teks atau ayat-ayat doktrin dan kepercayaan Kristian dalam bible itu juga menyamai teks dalam autographnya. Justeru bagaimana kamu boleh mengatakan kesalahan ayat Genesis 11:12 itu tidak mempengaruhi doktrin dan kepercayaan Kristian??

    BalasPadam
  65. Tiwas Tiwasok,

    Ada baiknya kita teruskan diskusi kita di sini.

    BalasPadam
  66. Setelah saya mengemukakan pertanyaan kepada kelompok Kristian dengan mengemukakan permasalahan ayat dalam bible Kristian iaitu Genesis 11:12 dengan melakukan perbandingan antara dua manuscript bible Kristian itu iaitu antara Septuaginta dan Hebrew Masoret , maka individu dan kelompok Kristian akhirnya memberikan komentar dan pengakuan bahawa sememangnya sudah wujud kesalahan penyalinan dalam manuscript bible Kristian itu.

    Autograph atau naskah asli bible Kristian itu telah hilang dan lenyap. Yang ada adalah Salinan-salinan yang berstatus mansukript yang telah diakui oleh kelompok Kristian sebagai telah wujud kesalahan penyalinan di dalamnya.

    Makanya saya melanjutkan pertanyaan saya iaitu bagaimana kamu dapat mengetahui secara yakin dan pasti bahawa kesalahan seperti ayat Genesis 11:12 ini tidak tertimpa pada mana-mana ayat yang lain dalam bible Kristian itu???

    Note: Pertanyaan saya berkenaan dengan permasalahan ayat Genesis 11;12 itu boleh diikuti di laman web berikut:
    1. https://menyiasatkesalahanbible.blogspot.my/2013/07/permasalahan-ayat-genesis-11-dalam.html#!/2013/07/permasalahan-ayat-genesis-11-dalam.html
    2. Juga di awal posting ulasan di page ini.

    BalasPadam
  67. Nur Zamri,

    Anda sepatutnya sudah mendapat jawapan anda, tapi nampaknya anda ingin melihat sendiri autograph yang ditulis beribu tahun dahulu yang anda sudah pasti hilang dan lenyap (sedangkan kertas yang kita punya pada zaman ini juga senang hancur disebabkan keadaan organiknya; apatah lagi naskah asli tersebut), anda tidak akan mendapat kepastian daripada itu.

    Umat Kristian sudah mengetahui perbedaan yang wujud tersebut- kesalahan ejaan, tatabahasa dan kehilangan perkataan akibat kesilapan manusia yang menulisnya. Namun sungguh, doktrin dan kepercayaan kami tidak tergugat atas permasalahan kecil ini.

    Sekiranya anda ingin mengulang-ulang kenyataan yang sama dari awal komen anda, dan sekadar memperlekehkan perkara yang sudah diketahui ramai, lebih baik anda berhenti komen di blog saya. Anda boleh melakukanya di blog anda sendiri.

    Sekian.

    BalasPadam
  68. Nur Zamri, saya menjemput anda untuk meneruskan diskusi ini di blog saya. http://1tes521.blogspot.my/

    BalasPadam
  69. Nur Zamri,
    Jika anda tidak keberatan, kita teruskan di blog saya. 1tes521.blogspot.my

    BalasPadam
  70. Admin,

    Sememangnya saya sudah mendapat jawapan. Sebab itu saya maklumkan bahawa individu dan kelompok kristian memberikan jawapan dan pengakuan bahawa sememangnya sudah wujud kesalahan penyalinan dalam manuscript bible kristian itu. Kamu sendiri menyebutkan bahawa umat kristian sudah mengetahui perbedaan yang wujud tersebut seperti yang kamu sebutkan iaitu kesalahan ejaan, tatabahasa dan kehilangan perkataan. Dan saya tambahkan lagi contoh kesalahan tersebut seperti kesalahan fakta dan nombor seperti menyebutkan usia yang salah semasa Arphaxad memperanakan Cainan atau Arphaxad memperanakkan Shelah.

    Justeru itulah saya lanjutkan pertanyaan kepada kelompok kristian. Jika kamu semua sudah tahu telah wujud kesalahan-kesalahan itu, makanya bagaimana kamu pasti ayat-ayat lain dalam bible kamu itu adalah masih tidak salah dan tidak seperti ayat-ayat dalam bible kamu itu yang kamu telah perakui telah salah? Jika itu kamu tidak dapat pastikan, maka bagaimana kamu dapat membuktikan bahawa keimanan kristian kamu itu yang bersumberkan bible kamu itu sebagai keimanan yang benar? Dengan kata lain bagaimana doktrin dan kepercayaan kamu itu masih benar jika ianya bersumberkan kitab yang terkandung ayat-ayat yang telah diakui salah dan juga terkandung ayat-ayat yang tidak dapat dipastikan sama ada masih menyamai atau sudah tidak menyamai naskah aslinya?

    Saya tidak minta kamu menunjukkan naskah asli iaitu autographnya tetapi saya minta kamu membuktikan bagaimana kamu pasti ayat-ayat lain dalam bible kamu itu masih asli, masih tidak salah dan masih menyamai autographnya dan tidak seperti ayat-ayat lain yang telah kamu ketahui telah mengalami kesalahan? Dan cara untuk membuktikan hal tersebut adalah hanya melalui autographnya sahaja.

    Kecualilah jika kamu dapat membuktikan cara lain selain daripada mengemukakan naskahnya yang asli. Namun itu hanya mustahil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memandangkan kesalahan-kesalahan tersebut bukannya perkara besar; ejaan, tatabahasa, usia dan nombor yang tidak jauh bezanya, maka saya tidak akan memperbesarkan hal ini. Sungguh, iman saya tidak tergugat. Anda telah jauh menyimpang dari tujuan asal Alkitab yang memberitakan Yesus.

      Mustahil -> ia benar tapi iman saya pasti akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat. Maka, sudah-sudahlah mengulang-ulang hal yang sama dari awal.

      Padam