Alkitab


ADAKAH ANDA MENCARI ALKITAB BAHASA MELAYU?

Software Alkitab yang boleh dirujuk offline - SABDA 4

Dasar iman seorang Kristian adalah Alkitab. Saya hanya mempunyai Alkitab Bahasa Indonesia yang kadang-kala sukar untuk difahami. Namun Software SABDA 4 yang dicipta oleh sabda.net ini sedikit sebanyak membantu. Kebanyakan versi alkitab, tidak kira bahasa, terdapat dalam software tersebut. Puji Tuhan dengan adanya software ini, memudahkan kita memiliki alkitab untuk dirujuk.

Link sudah disediakan pada SABDA 4 di atas. Anda cuma perlu mengklik pada perkataan tersebut.

Kemudian, muat turun SABDA Full (Lengkap) dengan hanya mengklik pada ikon DOWNLOAD pada laman tersebut. Dengan memuat turun lengkap software tersebut, anda sudah memiliki softcopy untuk kesemua versi alkitab yang telah dimasukkan dalam software tersebut.

Setelah itu, anda cuma perlu mengikut arahan yang dinyatakan semasa installation.

Baca tutorial yang disediakan untuk memahami bagaimana software tersebut berfungsi. Tutorial disediakan dalam bahasa Indonesia tetapi bukanlah susah sangat untuk difahami. 

Makluman: Saya menggunakan versi i-TMV, iaitu Alkitab Berita Baik, sebagai rujukan dalam blog ini. 

Sekiranya anda mengalami masalah mengenai software ini, saya sedia membantu.

Catat Ulasan

0 Ulasan