Perhatikan ayat 19 berikut:-
Dalam pertempuran lain antara umat Israel dengan orang Filistin di Gob, Elhanan anak Yair, orang dari Betlehem membunuh Goliat yang berasal dari Gat. Gagang tombak Goliat sebesar kayu alat tenun.
Kita sudah sedia maklum bahawa Raja Daud yang telah membunuh Goliat; seperti dalam 1 Samuel 17:49-51.
Daud memasukkan tangan ke dalam kantungnya, lalu mengambil sebiji batu dan menghumban batu itu dengan ali-ali ke arah Goliat. Batu itu kena pada dahi Goliat sehingga pecah tengkoraknya. Ketika itu juga Goliat rebah dengan mukanya ke tanah. Demikianlah tanpa pedang, Daud mengalahkan Goliat dan membunuhnya dengan ali-ali dan batu. Daud berlari kepada Goliat dan berdiri di sisi tubuhnya. Dia menghunus pedang Goliat dari sarung lalu memancung kepala Goliat; begitulah Daud membunuh Goliat. Apabila orang Filistin nampak bahawa pahlawan mereka sudah mati, mereka lari.
Jadi, siapakah yang telah membunuh Goliat? Mengapa ada percanggahan?
Menurut Gleason Archer's Encyclopedia of Bible Difficulty di muka surat 179, terdapat kesilapan tukang salin di ayat 2 Samuel 21:19. Ayat tersebut sepatutnya seperti berikut:-
Dalam pertempuran lain antara umat Israel dengan orang Filistin di Gob, Elhanan anak Yair, membunuh Lahmi saudara lelaki Goliat yang berasal dari Gat, yang mana gagang tombaknya adalah sebesar kayu alat tenun.
Kesimpulannya, kenyataan dalam 1 Samuel 17 adalah benar manakala 2 Samuel 21 merupakan kesalahan tukang salin.
0 Ulasan