Mengatasi Musuh dalam Peperangan Rohani


1.   Bertaubat dari segala dosa dalam hidup anda.

Jika tidak, anda seperti tujuh orang anak Skewa yang dipukul oleh seorang yang dirasuk roh jahat. (Kisah Para Rasul 19:16). Anda tidak boleh mengalahkan musuh jika hidup anda tidak suci. Walaupun kadang-kadang syaitan perlu diusir dengan suara kuat, tetapi sebenarnya kewibawaan yang anda miliki dalam Yesus Kristus yang lebih penting. Jika kita menyimpan dosa dalam hidup kita, Si Iblis tidak akan lari. Jika terdapat sesuatu yang serupa dengan Iblis dalam hati kita, kita tidak boleh mengalahkannya. 

2.   Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah. [Efesus 6:14-17] 

  • Tali pinggang KEBENARAN - integriti peribadi kita yang mengaplikasikan ajaran Yesus. 
  • Perisai dada KETULUSAN - berdasarkan standard Tuhan, bukan standard manusia. Iaitu menjadi jujur, rendah diri dan adil terhadap orang lain. Juga melindungi orang lemah.
  • Kasut KESEDIAAN MENGISYTIHARKAN BERITA BAIK - "Beritakanlah firman, siap sedialah baik atau tidak waktunya." [2 Timotius 4:2] 
  • Perisai IMAN - untuk memadam semua panah api daripada Iblis kerana perisai mampu melindungi seluruh anggota tubuh. 
    • Antara jenis panah api:- ketakutan, keraguan, hawa nafsu, kemarahan, rasa tertuduh, penindasan. 
    • Bagaimana kita dapat memadamkan panah api tersebut? - Dengan iman, kita dapat yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat [Ibrani 11:1]. Bahawa Tuhan menciptakan dunia ini [Kejadian 1] dan Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. [Yohanes 3:16]. 
  • Topi besi PENYELAMATAN - untuk melindungi fikiran kerana fikiran menjadi 'medan pertempuran' untuk Iblis menguasai hidup kita. 
    • "Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya,serta yang sempurna." [Roma 12:2]
    • "... hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat." [Filipi 4:8] 
  • Pedang ROH - iaitu Firman Allah sebab "Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. [Ibrani 4:12]

3.  Sentiasa berdoa.

Berdoa "sebagaimana Roh Allah memimpin kamu" [Efesus 6:18]. Tindakan berdoa itu sangat penting, ibarat bertempur dalam peperangan itu sendiri setelah memakai seluruh perlengkapan senjata Allah. TUHAN ALLAH akan memastikan kita sentiasa menang. Firman-Nya dalam Roma 8:31b, " Jika Allah di pihak kita, siapa dapat melawan?  Kita lebih dari pemenang!"


Catat Ulasan

0 Ulasan