Keyakinan dalam Tuhan

Petikan daripada buku "Becoming a Brave New Woman" oleh penulis Pam Farrel

Yesaya 40:31a ~ Tetapi orang yang berharap kepada Tuhan akan mendapat kekuatan baru. Mereka seperti burung rajawali, yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.

rajawali
Gambar oleh Vidar Nordli-Mathisen di Unsplash
Manusia sentiasa menginginkan keyakinan, malah banyak yang terdesak untuk mendapatkannya. Carian Internet menunjukkan lambakan laman web yang mengajar bagaimana untuk meningkatkan keyakinan diri. Alice Domar (gambar) mengatakan bahawa, "Kita sememangnya tidak ada keyakinan diri secara semula jadi. 90% daripada fikiran kita selalunya bersifat negatif."
Alice Domar, Ph.D.

Jadi apa yang membunuh keyakinan kita? 

Perasaan takut!
Tak kira siapa yang anda tanya, latar belakang mereka, umur mereka, budaya mereka dan gaya hidup mereka, kebanyakan manusia akan mengatakan bahawa satu hal yang sentiasa menghalang mereka melakukan sesuatu, iaitu perasaan takut.  

  • Takut gagal
  • Takut terlalu berjaya
  • Takut apa orang lain fikir 
  • Takut tak mampu buat
  • Takut kena kritik
  • Takut tak cukup bijak
  • Takut tak cukup kurus
  • Takut tak cukup muda
  • Takut tak cukup matang
  • dan banyak lagi

Lalu bagaimana untuk menjadi yakin?

Keyakinan diri haruslah datang dari keyakinan dalam Tuhan!
Fikiran yang menetapkan keyakinan dalam Tuhan agak berlainan daripada cuba meraih keyakinan dari dalam diri. 

Apakah maksudnya?

Keyakinan mereka dibentuk kerana mereka mengikuti pemikiran Tuhan, melalui persahabatan mereka dengan Tuhan. Terkadang kita juga akan terikut-ikut gaya kawan kita jika kita tertarik dengan gaya tersebut, apatah lagi jika itu kawan rapat kita yang sentiasa berada di sisi kita selama bertahun-tahun. Sama juga halnya dengan persahabatan dengan Tuhan. Jika kita sentiasa membaca dalam Alkitab tentang sifat Tuhan, peribadiNya, gaya-Nya, tingkah-lakuNya, pertuturan-Nya, kesukaan-Nya, ketidaksukaanNya dan yang lain-lain, tidak mustahil untuk kita mengikuti gaya pemikiran Tuhan. 

Tuhan itu maha kuasa, maha mengetahui, maha mengasihi yang sentiasa memenuhi keinginan kita. (2 Tes 1:11, 2 Kor 8:9, Yoh 15:16) Dia tidak pernah berubah, dan tidak akan berubah! Kita boleh menjadi yakin kerana kita tahu Dia yang akan bekerja dalam kita dan melalui kita. Tuhan juga menjanjikan keyakinan kepada kita, seperti yang dinyatakan berikut:-

Amsal 3:6 - Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

Amsal 3:26 -  Tuhan akan menjaga kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dijerat. 

Amsal 16:3 - Serahkanlah segala usahamu kepada TUHAN, maka rancanganmu akan berjaya.

Maka, letaklah harapanmu pada Tuhan dan jadilah yakin! Ada banyak lagi kenyataan Tuhan dalam Alkitab yang mampu meningkatkan keyakinan diri anda, tapi anda perlu ambil masa dan baca sendiri untuk mengalaminya. Buat ini setiap hari dan saya pasti, keyakinan anda akan bertambah di dalam Tuhan.

***********************
Pam Farrel merupakan seorang penulis dan penceramah terkenal. Buku di mana petikan ini diambil merupakan buku yang ditulisnya pada tahun 2009.

 Gambar terkini Pam Farrel 

Catat Ulasan

0 Ulasan