Kisah David Green

Pelayanan di tempat kerja - Tuhanlah segalanya


Kisah David Green, pemilik Hobby Lobby, sebuah syarikat seni dan kraftangan di US yang agak berjaya dengan berkat yang dilimpahkan oleh Tuhan.

Kenyataannya dalam artikel Forbes amat mengagumkan saya,

"I don’t care if you’re in business or out of business, God owns it. How do I separate it? Well, it’s God’s in church and it’s mine here? I have purpose in church, but I don’t have purpose over here? You can’t have a belief system on Sunday and not live it the other six days.”
Benar, Tuhanlah segalanya bukan hanya sekadar pada sistem kepercayaan seorang penganut Kristian di hari Ahad tetapi juga untuk setiap hari yang kita jalani. Kita tidak seharusnya mengasingkan Tuhan daripada bisnes. Malah, Tuhanlah yang memiliki setiap saat dalam hidup kita, dari bangunnya kita hingga saat kita tidur setiap hari, malah di dalam tidur kita pun, Dialah empunya hidup kita ini.

Dia sekarang berada di kedudukan ke-276 jutawan terkaya dunia, dan ke-90 dalam senarai Forbes 400 namun dia sentiasa mengatakan bahawa Tuhanlah jutawannya! Jikalau seorang jutawan dapat merendahkan diri seperti ini, bagaimana dengan anda?





Catat Ulasan

0 Ulasan