Perisai Iman

16  Hendaklah kamu sentiasa gunakan kepercayaan kamu kepada Allah sebagai perisai di tangan. Dengannya kamu dapat memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat.

Efesus 6:16

Apakah maksud "Panah Berapi daripada Si Jahat"?

Pernahkah anda tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan panah berapi daripada si jahat yang dimaksudkan di dalam Firman tersebut?

Panah merupakan bentuk-bentuk cubaan daripada si Iblis yang berusaha untuk menyerang kita, contohnya:
  • fikiran yang tidak senonoh
  • sumbang mahram
  • keinginan seks
  • ketakutan
  • sifat ragu-ragu terhadap Tuhan 
  • ketamakan
  • pentingkan diri sendiri
  • cemburu
Tujuan Iblis cuma satu, agar kita bertindak tidak seperti yang Tuhan inginkan terhadap cubaan yang kita hadapi dan berdosa terhadapNya.

Izinkan saya mengongsikan beberapa cubaan Iblis yang sebenarnya telah menjatuhkan saya, saya hanyalah manusia, sering kali saya terjatuh, namun apabila saya kembali dan bertaubat, saya tidak akan melakukannya lagi dengan kekuatan yang Tuhan berikan kepada saya.

Ada ketika ketika saya dicubai tentang keinginan seks, saya ingin merasakan nikmat seks itu walaupun saya tahu seks hanyalah untuk pasangan yang berada dalam ikatan perkahwinan, akibatnya saya melakukan maturbasi. Perkara ini sangatlah salah, Tuhan tidak sukakanya, tolong saudara-saudari ku, sekiranya anda terjebak, dengan kuasa Tuhan, anda mampu untuk meninggalkan keinginan seks tersebut. Saya percaya, saya akan menikmati seks selayaknya setelah saya berkahwin kelak.

Ketika melihat orang-orang di sekeliling saya semuanya menggunakan gajet-gajet yang berteknologi tinggi seperti telefon pintar, tablet mahupun laptop yang mempunyai ciri-ciri terbaru, saya benar-benar dicubai untuk merasa cemburu dan mula meragukan keupayaan diri yang tidak mampu memiliki gajet-gajet seperti tersebut. Telefon yang saya ada cumalah telefon biasa, tidak seperti orang-orang yang saya lihat agak berada. Sering kali saya bertanya kepada Tuhan, bolehkah Dia berikan saya gajet-gajet tersebut? Bolehkah saya juga memilikinya? "Saya juga mahu, Tuhan!" itulah yang saya rintihkan dalam diri. Tetapi Tuhan mengingatkan saya, cukuplah dengan apa yang saya ada sekarang, itulah yang terbaik yang saya perlukan. Bila masanya sesuai Dia sendiri akan benarkan saya memilikinya kerana jikalau saya memiliki gajet-gajet tersebut sekarang, saya mungkin melupakan kebaikan Tuhan dalam diri saya.

Itulah perisai iman, saya percaya Tuhan akan memberikan kamu pemahaman untuk mengertinya, untuk saya terus berharap dan percaya Tuhan maha memberi.

Jangan berhenti berharap!




Catat Ulasan

0 Ulasan