Topi Besi


Terimalah penyelamatan daripada Allah sebagai topi besi....
Efesus 6:17 

Bercakap tentang penyelamatan daripada Allah sebagai topi besi, apakah yang dimaksudkan?

Penyelamatan daripada Allah memberikan kita jaminan bahawa penyelamatan daripada hukuman kita manusia berdoa telah dibayar dengan kematian Yesus Kristus di kayu salib. Tanpa bersandar kepada penyelamatan ini, kita akan menjadi ragu-ragu dan lemah motivasi. Bagaimana mahu percaya kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan jikalau kita tidak menerima kenyataan bahawa Dialah yang menyelamatkan kita dan hanya melalui Dialah kita penyelamatan itu kekal selamanya?

Dengan penyelamatan yang Tuhan berikan ini, kita tidak akan ragu-ragu kerana kita tahu Tuhanlah yang menjaga setiap aspek hidup kita. 

Namun yang pasti Iblis juga akan terus menyerang kita, jadi ketika kita jatuh dalam dosa, Iblis akan menyerang fikiran kita dan mengatakan bahawa kita tidak layak menjadi seorang Kristian dan diselamatkan. Apatah lagi ketika kita melakukan dosa besar yang kita rasakan tiada yang sanggup menerima kita lagi.

Dosa sememangnya perkara yang sangat serius, bagi Tuhan dan bagi kita juga kerana kita akan mati disebabkan oleh dosa yang kita lakukan. Walaupun sebagai seorang Kristian yang benar-benar percaya bahawa Tuhan akan sentiasa mengampuni dosa kita, INGATLAH bahawa kita tidak boleh memandang ringan terhadap dosa yang kita lakukan.

Janji Tuhan : 
7  Tetapi jika kita hidup dalam cahaya, sebagaimana Allah ada dalam cahaya, maka kita hidup rukun dan darah Yesus, Anak-Nya, membersihkan kita daripada segala dosa.
8  Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri sendiri, dan Allah tidak ada di dalam hati.
9  Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah.
Tuhan akan sentiasa mengampuni dosa kita namun jangan mempermainkan Tuhan dengan berdosa lagi dan kemudian bertaubat dan melakukan lagi. Tuhan tahu ada ketika kita sebagai manusia yang hidup dalam dosa akan terjatuh namun ingatlah bahawa kasih Tuhan yang mencukupi untuk setiap kita sehingga kita mampu bangkit kembali. Jangan pula kita menumpukan diri kita sendiri terhadap usaha sendiri untuk memuliakan Tuhan, kerana kita hanya mampu melakukannya hanya dengan kekuatan Tuhan, jadi akuilah Tuhan sentiasa!

Akui juga sentiasa dosa kita dan bertaubatlah, Tuhan berjanji akan mengampunkan dosa kita dan membersihakan kita daripada segala perbatan kita yang salah sehingga kita menjadi baru.

Ada juga ketikanya ketika keadaan menjadi amat sukar untuk hidup kita sehingga kita merasakan bahwa Tuhan tidak adil atau Dia tidak melihat keadaan yang sedang kita tempuhi, namu PERCAYALAH BAHAWA TUHAN TIDAK AKAN PERNAH MENINGGALKAN MAHUPUN MELUPAKAN KAMU.

Allah sudah berfirman, "Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu."†
Ibr 13:5



Catat Ulasan

0 Ulasan