Penghiburan Kala Duka

Penghiburan Kala Duka

*Sudah sekian lama tidak berkunjung untuk mengemaskini blog ini. Diharapkan pada tahun 2016 ini blog ini akan menjadi lebih meriah dan memberkati saudara-saudari seiman dalam Kristus. Sekiranya anda ingin menyumbang perkongsian mahupun firman Tuhan dalam bentuk digital, komen sahaja alamat emel anda di bawah dan saya akan menghubungi anda secara peribadi.*


Bacaan daripada Renungan Harian Online hari ini berkata mengenai menjadi seorang penggalak, seorang yang peduli. Sememangnya melegakan apabila ada orang lain yang peduli dan sanggup ambil tahu terhadap kesukaran yang kita hadapi. Penghiburan dan pertolongan yang hadir pada saat yang benar-benar diperlukan mampu menguatkan sesiapa pun yang menjalani cabaran besar dalam kehidupan mereka.

Manusia adalah makhluk sosial yang tidak mampu hidup bersendirian. Namun, manusia semakin lama semakin egois dan bersikap dingin. Ada pula yang menghampiri apabila perlu. Kita perlu kembali kepada hakikat bahawa manusia tidak mampu hidup bersendirian. Tuhan pun tahu itu dari awal lagi. Dia menciptakan Hawa sebagai teman Adam sejak manusia dijadikan!

Kemudian TUHAN Allah berfirman, "Tidak baik manusia hidup seorang diri. Aku akan menjadikan seorang teman yang sesuai untuk menolong dia." [Kejadian 2:18]

Tidak hanya itu, Dia juga memberikan kita Penolong, iaitu Roh Kudus untuk menyertai, mebimbing, mengingatkan dan membantu kita dalam dalam setiap langkah yang kita jalani. 

Aku akan memohon kepada Bapa dan Bapa akan memberi kamu Penolong lain, yang akan bersama-sama kamu selama-lamanya. [Yohanes 14:16]

Jikalau kita sedar bahawa kita tidak akan pernah sanggup hidup sendirian, sudahkah kita tergerak untuk menjadi penghibur atau penggalak kepada orang lain? Masihkah kita sibuk mementingkan diri sendiri sehingga menghiraukan orang lain?


Catat Ulasan

0 Ulasan