Keluaran 33:14
Firman
yang dinyatakan TUHAN sendiri kepada Musa, setelah Musa meminta perkenanan
daripadaNya. Ayat 13 menyatakan "...jika aku kiranya
mendapat kasih karunia di hadapan-Mu
beritahukanlah
kiranya jalan-Mu kepadaku…"
Sebelum
itu, TUHAN berbicara kepada Musa untuk memulakan perjalanan tapi dengan
malaikat yang diutusNya. Bukan TUHAN sendiri, kerana Dia tidak mahu berjalan di
tengah-tengah bangsa yang degil, yang akan membuatNya murka lalu membinasakan
bangsa Israel tersebut.
Namun,
Musa sedar bahawa dia tidak mampu TUHAN untuk tidak berserta dengannya dan
bangsa Israel yang dipimpinnya. TUHAN menukar balasanNya, dengan memberi janji
yang begitu pasti, iaitu : Aku sendiri yang akan membimbing engkau dan
memberikan ketenteraman kepadamu.
Janji yang
sama TUHAN berikan kepada Musa, kita ambil dan minta daripada TUHAN agar
hadiratNya tetap bersama dengan kita dan Dia akan memberikan ketenteraman
fikiran, ketenteraman jiwa, ketenteraman keselamatan mahupun ketenteraman
fizikal kepada kita. Namun yang terlebih
istimewanya adalah TUHAN sendiri yang akan membimbing kita dalam setiap
perjalanan yang kita lalui, baik pahit mahupun manis perjalanan tersebut.
Tetap
berharap kepada Dia, minta janji yang sama Musa telah dapat pada ketika itu.
Biar TUHAN sendiri yang membimbing. Pasti akan menjadi dasar pengharapan yang
teguh kita kepada TUHAN.
0 Ulasan