Tetap Memandang kepada Tuhan

TETAP MEMANDANG KEPADA TUHAN

Fokus utama kita adalah kepada Tuhan tak kira waktu, terutamanya dalam kekecewaan kita, kebuntuan kita.

Mendengar cabaran yang harus kawan saya tempuhi saat ini, saya tidak mampu menasihatinya untuk melakukan apa-apa kecuali berdoa. Dia dihalang oleh ayahnya untuk menyertai aktiviti yang pada mulanya disokong sehingga dia mungkin terpaksa menarik diri pada saat terakhir. Malah, dia baru sahaja kehilangan abang sepupunya dalam kemalangan tengahari tadi (kira-kira 1 tengahari, 5 Januari 2013).

Apapun yang dia hadapi, saya disedarkan bahawa kita harus tetap memandang kepada Tuhan dan fokus kepada perkara-perkara syurgawi. Bagaimana Tuhan memulihkan fikiran dan perasaannya, itu adalah antara Tuhan dan dirinya sendiri. Saya hanya mampu mendoakannya.

†  Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Kristus. Oleh itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah. Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi. 
Kolose 3:1-2









Catat Ulasan

0 Ulasan