Perlengkapan Senjata daripada Allah
11 Pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya kamu dapat mempertahankan diri daripada muslihat Iblis yang jahat.
12 Hal itu demikian kerana kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan segala kuasa jahat di angkasa, iaitu roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah zaman yang gelap ini.
13 Oleh itu, sekarang, pakailah seluruh perlengkapan senjata daripada Allah, supaya pada hari yang jahat kamu dapat mempertahankan diri daripada serangan musuh. Dengan demikian setelah kamu berjuang sampai akhir, kamu tidak akan berganjak sedikit pun.
14 Oleh itu, kamu harus bersiap sedia! Gunakanlah ajaran benar tentang Allah sebagai tali pinggang dan ketulusan sebagai perisai dada.
15 Hendaklah kesediaan untuk mengisytiharkan Berita Baik yang membawa kesejahteraan menjadi seperti kasutmu.
16 Hendaklah kamu sentiasa gunakan kepercayaan kamu kepada Allah sebagai perisai di tangan. Dengannya kamu dapat memadamkan semua anak panah berapi daripada Si Jahat.
17 Terimalah penyelamatan daripada Allah sebagai topi besi, dan firman Allah sebagai pedang daripada Roh Allah.
18 Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin kamu. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah. Berdoalah sentiasa untuk semua umat Allah.
Efesus 6:11-18
Tali pingang - ajaran benar tentang Allah
Ajaran benar akan membantu kita daripada terikut-ikut dengan ajaran dan kepercayaan duniawi. Bandingkan kepercayaan dan tingkah laku kamu dengan ajaran benar tentang Allah. Adakah ianya selari?Perisai dada - ketulusan
Ketulusan bermaksud untuk menjadi seorang yang jujur, baik hati, merendah diri dan adil terhadap semua orang. Ketulusan juga bermaksud untuk mempertahankan golongan yang lemah.Kasut - kesediaan untuk mengisytiharkan Berita Baik yang membawa kesejahteraan
Berita Baik, Berita penuh damai sejahtera yang adalah untuk berkenan di mata Tuhan dan sentiasa bersyukur meskipun ketika menghadapi masalah. Lagipun, Yesus mengatakan bahawa orang yang membawa damai akan diberkati.Perisai di tangan - kepercayaan kepada Allah
Kepercayaan kepada Allah: iman bermaksud untuk percaya bahawa Tuhan akan sentiasa menepati janjiNya. Itulah yang akan melindungi kamu ketika kamu mula ragu-ragu.Topi besi - penyelamatan daripada Allah
Percaya bahawa Yesus Kristus telah mati bagi dosa-dosa kamu dan Dia telah bangkit kembali.
Pedang - Firman Allah
Roh Kudus yang akan membantu tatkala kamu menyampaikan Firman Allah itu, yang akan membuat orang melihat tindakan buruk mereka dan ingin bertaubat.
Persoalannya sekarang, adakah anda memiliki perlengkapan ini?
0 Ulasan