Galatia 5:22-23

Buah Roh

Sebaliknya, inilah hasilnya jika orang dipimpin oleh Roh Allah: Mereka saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati, dan dapat mengawal diri. Tidak ada hukum yang melarang perkara-perkara seperti itu.
Agak seronok apabila saya mendapati bahawa terjemahan Alkitab versi lain membawa konsep yang lebih terang daripada yang dinyatakan di atas. Sebaik sahaja saya membaca versi The Message Bible, alangkah dalamnya erti firman tersebut.

Kita tahu orang yang dipimpin oleh Roh Allah mempunyai sifat berikut:-
  • Saling mengasihi
  • Bersukacita
  • Hidup rukun
  • Sabar
  • Berbudi
  • Baik hati
  • Setia
  • Rendah hati
  • Dapat mengawal diri.


Alkitab The Message Bible menterjemahkan firman tersebut seperti berikut:-

But what happens when we live God’s way? He brings gifts into our lives, much the same way that fruit appears in an orchard—things like affection for others, exuberance about life, serenity. We develop a willingness to stick with things, a sense of compassion in the heart, and a conviction that a basic holiness permeates things and people. We find ourselves involved in loyal commitments, not needing to force our way in life, able to marshal and direct our energies wisely. Legalism is helpless in bringing this about; it only gets in the way.

Mari kita selami maksud di dalam alkitab versi ini bersama!

Apakah yang akan terjadi apabila kita hidup mengikut kehendak, jalan kebenaran Tuhan di dalam Yesus Kristus? Dia akan memberikan kita hadiah di dalam hidup kita, seperti buah-buahan yang dihasilkan dari pohon-pohon yang tumbuh dusun: -
  • Sifat seperti kasih sayang terhadap orang lain, 
  • Hidup dengan penuh semangat, 
  • Ketenangan. 
  • Kita juga akan mempunyai keinginan untuk sabar terhadap sesuatu, 
  • Sifat simpati dan empati dalam hati, 
  • Pengakuan bahawa kekudusan meresap ke dalam segala sesuatu dan terhadap semua orang - sehingga kebaikan sahaja, dan bukan kejahatan yang akan kita lakukan terhadap sekeliling kita. 
  • Sanggup setia dan berpegang teguh pada komitmen yang diberi
  • Tidak akan pernah memaksa dalam menjalani kehidupan
  • Mampu untuk menumpukan tenaga dengan bijak (fokus)

Renungkan maksud di atas, itulah buah Roh yang bernilai!























Catat Ulasan

0 Ulasan