Tetapi Tuhan menjawab, "Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah." ...2 Korintus 12:9
Sungguh indah mendengar kata-kata Tuhan yang ditujukan kepada Paulus ketika dia meminta Tuhan untuk menyembuhkan penyakitnya, bukan sekali, bukan dua kali tetapi tiga kali! Tuhan menjawab dan mengataka bahawa Dia mengasihinya dan hal itu SUDAH CUKUP baginya untuk mengharungi hidup dengan penyakitnya.
Demikian juga kita, saudara-saudari dalam Kristus!
Ketika kita berada di kedudukan yang amat lemah dalam hidup kita, ketika kita ditindas dan tiada pengharapan, ketika kita bersusah-payah mencari nafkah untuk menyara hidup dan orang lain dengan senangnya mengecapi kekayaan, ketika kita sudah putus harapan dan berharap untuk mati sahaja.....ketahuilah ini, saudari dan saudariku dalam Kristus, Tuhan akan mengasihi kamu dan itu sudah cukup bagimu, Tuhan akan menunjukkan kuasaNya di saat kamu lemah!
Maka, kuatkanlah iman di dalam Tuhan! Percayalah bahawa dalam setiap percubaan kehidupan yang kita hadapi, bersama Tuhan kita dapat mengharunginya!
0 Ulasan