Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham.
Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham,...

Matius 1:1
Abraham
Abraham menjadi seorang yang sangat signifikan di dalam Alkitab. Dialah bapa kepada perjanjian orang Israel dan akhirnya menjadi dasar kepercayaan Kristian.
Anaknya, Ishak, yang dilahirkan oleh Sarah sendiri lahir ketika Abraham berumur 100 tahun. (Kejadian 21:5)
Ishak merupakan anak perjanjian antara Tuhan dan Abraham, lambang iman Abraham yang terus berharap kepada Tuhan sehinggalah harapannya menjadi nyata sewaktu Ishak lahir, setelah dia berumur 100 tahun.
Sebelum Ishak lahir, Abraham juga telah mendapat anak yang dilahirkan melalui Hagar, hamba Sarah namun anak perjanjian Tuhan dan Abraham bukanlah Ismael, anak yang dilahirkan itu.
Kejadian 16
1 ¶ Sarai, isteri Abram, masih belum mempunyai anak. Tetapi Sarai mempunyai seorang hamba dari Mesir, seorang gadis yang bernama Hagar.
2 Sarai berkata kepada Abram, "TUHAN tidak membolehkan aku melahirkan anak. Oleh itu, tidurlah dengan hambaku ini. Mungkin dia dapat melahirkan seorang anak untukku." Abram bersetuju dengan cadangan Sarai,
3 maka Sarai memberikan Hagar kepada Abram untuk dijadikan gundik. Pada masa itu Abram sudah tinggal di Kanaan selama sepuluh tahun.
4 ¶ Abram bersetubuh dengan Hagar, lalu perempuan itu mengandung. Tetapi apabila Hagar tahu bahawa dia mengandung, dia menjadi sombong lalu menghina Sarai.
5 Kemudian Sarai berkata kepada Abram, "Aku sudah memberikan hambaku Hagar kepadamu, dan sejak dia tahu bahawa dia mengandung, dia menghina aku. Hal itu kesalahanmu.* Semoga TUHAN mengadili siapa antara kita yang benar, engkau ataupun aku."
6 Abram menjawab, "Baiklah, dia hambamu dan engkau berkuasa terhadapnya; perlakukanlah dia sesuka hatimu." Kemudian Sarai memperlakukan Hagar dengan sangat kejam sehingga Hagar melarikan diri.
7 ¶ Malaikat TUHAN menjumpai Hagar dekat mata air di padang gurun, di jalan yang menuju ke padang gurun Syur.
8 Malaikat itu berkata, "Hagar, hamba Sarai, engkau dari mana dan hendak ke mana?" Hagar menjawab, "Hamba melarikan diri daripada tuan hamba, Sarai."
9 Malaikat itu berkata, "Kembalilah kepadanya dan layanilah dia."
10 ¶ Kemudian malaikat itu berkata, "Aku akan memberikan keturunan yang sangat banyak kepadamu, sehingga tiada seorang pun dapat menghitung mereka.
11 Tidak lama lagi engkau akan melahirkan seorang anak lelaki; namakanlah dia Ismael,* kerana TUHAN sudah mendengar tangisanmu.
12 Tetapi anakmu itu akan hidup seperti keldai liar; dia akan melawan setiap orang dan setiap orang pun akan melawan dia. Dia akan hidup terpisah daripada semua sanak saudaranya."
13 Hagar bertanya dalam hati, "Benarkah aku sudah nampak Allah dan aku masih hidup?" Oleh itu dia menyebut TUHAN yang sudah berfirman kepadanya itu "Allah Yang Melihat".
14 Itulah sebabnya perigi di antara Kades dan Bered itu dinamakan, "Perigi Dia Yang Hidup Yang Melihat Aku."
15 ¶ Kemudian Hagar melahirkan seorang anak lelaki, lalu Abram, bapa anak itu menamakan dia Ismael.
16 Pada masa itu Abram berumur 86 tahun.
Abraham juga mempunyai isteri lain yang dinikahinya setelah Sarah meninggal dan dia juga mempunyai gundik-gundik, namun anak perjanjian hanyalah Ishak.
Ketika Sara berumur 127 tahun, dia meninggal di Hebron di tanah Kanaan. (Kejadian 23:1)
2 Isterinya itu melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Ishbak, dan Suah.
3 Yoksan ialah bapa Syeba dan Dedan. Keturunan Dedan ialah orang Asyur, orang Letus, dan orang Leum.
4 Anak Midian ialah Efa, Efer, Henokh, Abida, dan Eldaa. Mereka semuanya keturunan Ketura.
5 Walaupun Abraham mewariskan segala harta bendanya kepada Ishak,
6 semasa Abraham masih hidup, dia memberikan hadiah kepada anak-anak yang dilahirkan oleh isteri-isterinya yang lain. Kemudian dia menyuruh anak-anaknya itu pindah ke daerah di sebelah timur Kanaan, jauh daripada Ishak, anaknya.

Kejadian 25:1-6
1 ¶ Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan yang bernama Ketura.2 Isterinya itu melahirkan Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Ishbak, dan Suah.
3 Yoksan ialah bapa Syeba dan Dedan. Keturunan Dedan ialah orang Asyur, orang Letus, dan orang Leum.
4 Anak Midian ialah Efa, Efer, Henokh, Abida, dan Eldaa. Mereka semuanya keturunan Ketura.
5 Walaupun Abraham mewariskan segala harta bendanya kepada Ishak,
6 semasa Abraham masih hidup, dia memberikan hadiah kepada anak-anak yang dilahirkan oleh isteri-isterinya yang lain. Kemudian dia menyuruh anak-anaknya itu pindah ke daerah di sebelah timur Kanaan, jauh daripada Ishak, anaknya.
Teruskan membaca siri Kisah Alkitab 3 untuk mengetahui fakta menarik mengenai susur-galur Yesus.
0 Ulasan