Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub... (Matius 1:1-2a)
Ishak
Ishak berkahwin dengan Ribka, cucu saudara Abraham sendiri.Fakta menarik mengenai mereka: Ribka dan Ishak hanya bercinta setelah berkahwin. Ribka dipinang oleh hamba Abraham dan dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan Ishak sebelumnya.
Kejadian 24
1 Abraham sudah tua dan dia diberkati TUHAN dalam segala hal.
2 Pada suatu hari dia berkata kepada hambanya yang paling tua, yang mengurus segala harta bendanya, "Letakkanlah tanganmu di antara pangkal pahaku* dan bersumpahlah.
3 Bersumpahlah demi nama TUHAN, Allah yang menguasai langit dan bumi, bahawa kamu tidak akan mencari isteri untuk anakku Ishak, di kalangan orang di tanah Kanaan ini.
4 Kamu harus kembali ke negeri tempat kelahiranku untuk mencari isteri baginya di kalangan saudara maraku."
5 Tetapi hambanya itu bertanya, "Bagaimanakah jika gadis itu enggan meninggalkan rumahnya untuk datang bersama saya ke negeri ini? Haruskah saya menghantar anak tuan itu kembali ke negeri asal tuan?"
6 Abraham menjawab, "Jangan sekali-kali hantar anakku ke sana!
7 TUHAN, Allah yang menguasai langit, sudah membawa aku ke sini dari rumah bapaku dan dari tanah saudara maraku. Dia sudah bersumpah kepadaku bahawa Dia akan memberikan tanah ini kepada keturunanku. Dia akan mengutus malaikat-Nya untuk menolongmu, supaya di sana kamu boleh mendapatkan seorang isteri untuk anakku.
8 Jika gadis itu enggan mengikut kamu, maka kamu bebas daripada sumpah ini. Tetapi jangan hantar anakku ke sana walau apa pun yang terjadi."
9 Kemudian hamba itu meletakkan tangannya di antara pangkal paha Abraham, tuannya, lalu dia bersumpah untuk melakukan apa yang diminta oleh Abraham.
10 ¶ Hamba yang mengurus harta benda Abraham itu, dengan sepuluh ekor unta yang mengangkut berbagai-bagai barang berharga daripada tuannya, berangkat ke kota tempat tinggal Nahor semasa hidupnya; tempat itu terletak di bahagian utara Mesopotamia.
61 Kemudian Ribka berserta wanita-wanita muda yang menjadi hambanya bersiap-siap, lalu menunggang unta dan berangkat bersama dengan hamba Abraham.
62 Sementara itu Ishak sudah datang dari perigi yang disebut "Perigi Dia Yang Hidup Yang Melihat Aku" dan tinggal di bahagian selatan Kanaan.
63 Pada suatu petang dia keluar dari khemahnya untuk berjalan-jalan di padang, lalu dia nampak unta-unta datang.
64 Apabila Ribka nampak Ishak, dia turun dari untanya,
65 lalu bertanya kepada hamba Abraham, "Siapakah lelaki di padang itu yang datang ke arah kita?" "Dialah tuan saya," jawab hamba itu. Oleh itu Ribka mengambil selendangnya dan menutupi mukanya.
66 Kemudian hamba itu menceritakan segala yang sudah dilakukannya, kepada Ishak.
67 Ishak membawa Ribka masuk ke dalam khemah mendiang Sara, ibunya, lalu dia memperisteri Ribka. Ishak mencintai Ribka; maka terhiburlah hati Ishak yang sedih kerana kehilangan ibunya.
Yakub
Ishak dan Ribka mempunyai anak kembar, iaitu Esau dan Yakub. Namun, nama Yakub yang tercatat dalam sulur galur Yesus. Alkitab mencatatkan bahawa kisah Yakub yang kemudiannya disebut Israel, telah dinubuatkan bahkan sebelum dilahirkan.
Kejadian 25:19-28
19 Inilah kisah Ishak, anak Abraham.
20 Ishak berumur empat puluh tahun ketika dia berkahwin dengan Ribka anak Betuel, adik Laban, seorang Aram dari Mesopotamia.
21 Oleh sebab Ribka tidak mempunyai anak, Ishak berdoa kepada TUHAN untuk isterinya. TUHAN mengabulkan doanya sehingga Ribka mengandung.
22 Ribka mengandung anak kembar. Sebelum anak-anak itu lahir, mereka bergelut di dalam rahim. Ribka berkata, "Mengapakah perkara seperti ini harus berlaku kepadaku?" Oleh itu dia memohon petunjuk daripada TUHAN.
23 TUHAN berfirman kepadanya, "Dua bangsa berada di dalam kandunganmu. Engkau akan melahirkan dua bangsa yang bermusuhan. Yang seorang lebih kuat daripada yang lain; yang sulung akan melayani yang bongsu."
24 Masanya tiba bagi Ribka untuk bersalin, lalu dia melahirkan anak lelaki kembar.
25 Anak yang sulung kemerah-merahan dan kulitnya seperti jubah yang berbulu, maka anak itu dinamakannya Esau.
26 Apabila anak yang kedua dilahirkan, tangannya memegang tumit Esau, maka anak itu dinamakannya Yakub.* Ishak berumur enam puluh tahun ketika anak-anak itu dilahirkan.
27 Kedua-dua orang anak itu membesar; Esau menjadi seorang pemburu yang mahir dan suka tinggal di padang, tetapi Yakub bersifat tenang dan suka tinggal di khemah.
28 Ishak lebih sayang kepada Esau kerana dia suka makan daging binatang buruan, tetapi Ribka lebih sayang kepada Yakub.
Kemudian, setiap kisah yang terjadi antara Yakub dan Esau membuatkan Yakub yang terpilih sebagai orang yang diberkati dan juga mendapat hak sebagai anak sulung, yang sejurusnya melengkapkan rancangan Tuhan untuk menjadikan Yakub salah seorang moyang Yesus.
Kejadian 25:29-34
29 Pada suatu hari ketika Yakub sedang memasak bubur kacang merah, Esau pulang dari berburu. Esau berasa lapar,
30 lalu berkata kepada Yakub, "Aku kelaparan; berilah aku sedikit kacang merah itu." (Itulah sebabnya dia disebut Edom.)*
31 Yakub menjawab, "Aku akan memberikan kacang merah itu kepadamu, jika engkau menyerahkan hakmu sebagai anak sulung kepadaku."
32 Esau berkata, "Peduli apa hak itu bagiku. Aku lapar setengah mati!"
33 Yakub menjawab, "Bersumpahlah dahulu bahawa kamu akan menyerahkan hakmu kepadaku." Esau bersumpah dan menyerahkan haknya kepada Yakub.†
34 Kemudian Yakub memberikan roti dan sebahagian bubur kacang merah itu kepadanya. Esau makan dan minum, lalu pergi. Demikianlah Esau tidak menghargai haknya sebagai anak sulung.
Kejadian 27
1 ¶ Pada suatu hari, ketika Ishak sudah tua dan buta pula, dia memanggil Esau, anaknya yang sulung, lalu berkata kepadanya, "Hai anakku!" "Ya, ayah," jawab Esau.
2 Ishak berkata, "Engkau tahu bahawa aku sudah tua dan mungkin tidak hidup lama lagi.
3 Ambillah busur dan anak panahmu; pergilah memburu seekor binatang di padang.
4 Masaklah makanan lazat yang aku sukai, dan bawalah makanan itu kepadaku. Selepas aku memakannya, aku akan memberkati engkau sebelum aku meninggal."
5 Percakapan Ishak dengan Esau itu didengar oleh Ribka. Maka selepas Esau berangkat untuk pergi berburu,
6 ¶ Ribka berkata kepada Yakub, "Aku baru saja mendengar bapamu berkata kepada Esau begini,
7 ‘Berilah aku seekor binatang buruan dan masaklah makanan yang lazat untuk aku. Selepas aku memakannya, aku akan memberkati engkau di hadapan TUHAN, sebelum aku meninggal.’"
8 Ribka berkata lagi, "Sekarang, hai anakku, dengarlah aku dan lakukanlah apa yang aku katakan ini.
9 Pergilah ke tempat kawanan domba kita dan pilihlah dua ekor anak kambing yang gemuk supaya aku memasak makanan yang sangat disukai bapamu.
10 Kemudian bawalah makanan itu kepadanya supaya dimakannya. Selepas itu dia akan memberkati engkau, sebelum dia meninggal."
11 Tetapi Yakub berkata kepada ibunya, "Mak tahu badan Esau berbulu, sedangkan badan saya tidak.
12 Jangan-jangan ayah meraba badan saya dan tahu bahawa saya menipu dia; nanti dia tidak akan memberkati saya, sebaliknya mengutuk saya pula."
13 Ibunya menjawab, "Jangan khuatir, nak. Biar mak yang menanggung segala kutukannya. Buat saja apa yang mak katakan. Pergilah ambil kambing-kambing itu."
14 Maka Yakub pergi mengambil kambing. Dia membawa kambing-kambing itu kepada ibunya, lalu Ribka memasak makanan kesukaan Ishak.
15 Selepas itu Ribka mengambil pakaian Esau yang terbaik, yang disimpannya di dalam khemah, lalu mengenakan pakaian itu pada Yakub.
16 Dia menutupi lengan dan leher Yakub yang tidak berbulu dengan kulit kambing.
17 Dia memberikan makanan yang lazat itu bersama dengan roti yang dibuatnya, kepada Yakub.
18 ¶ Kemudian Yakub pergi kepada bapanya dan berkata, "Ayah!" "Ya," jawab bapanya. "Siapakah engkau, Esau atau Yakub?"
19 Yakub menjawab, "Saya Esau, anak sulung ayah; saya sudah melakukan suruhan ayah. Duduklah dan makanlah daging binatang buruan yang saya bawa ini supaya ayah dapat memberkati saya."
20 Ishak berkata, "Bagaimana engkau mendapatkannya dengan begitu cepat, hai anakku?" Jawab Yakub, "TUHAN, Allah yang disembah ayah telah menolong saya."
21 Ishak berkata kepada Yakub, "Mari dekat sedikit supaya aku dapat meraba engkau. Benarkah engkau ini Esau?"
22 Yakub menghampiri bapanya. Bapanya meraba dia dan berkata, "Suaramu seperti suara Yakub, tetapi lenganmu seperti lengan Esau."
23 Ishak tidak mengenali Yakub kerana lengannya berbulu seperti lengan Esau. Ishak hampir memberkati Yakub,
24 tetapi dia bertanya lagi, "Benarkah engkau ini Esau?" "Ya," jawab Yakub.
25 Ishak berkata, "Berilah aku daging itu. Selepas aku makan, aku akan memberkati engkau." Yakub membawa makanan itu kepada bapanya, dan juga wain untuk diminum.
26 Kemudian bapanya berkata kepadanya, "Marilah lebih dekat lagi kepadaku dan ciumlah aku, nak."
27 Ketika Yakub datang untuk mencium bapanya, Ishak menghidu pakaiannya, lalu memberkati dia. Ishak berkata, "Bau anakku seharum padang yang sudah diberkati TUHAN.
28 Semoga TUHAN mengurniai engkau embun dari langit dan menjadikan ladang-ladangmu subur. Semoga Dia mengurniai engkau gandum dan wain yang berlimpah-limpah.
29 Semoga bangsa-bangsa menjadi hambamu dan suku-suku takluk kepadamu. Semoga engkau menguasai semua saudara maramu, dan semoga keturunan ibumu sujud di hadapanmu. Terkutuklah semua orang yang mengutuk engkau, dan diberkatilah semua orang yang memberkati engkau."
30 ¶ Selepas Ishak memberkati Yakub, dan sebaik sahaja Yakub pergi, Esau abangnya, pulang dari berburu.
31 Dia juga memasak makanan yang lazat dan membawa makanan itu kepada bapanya. Dia berkata, "Ayah, bangunlah, dan makanlah daging yang saya bawa untuk ayah, supaya ayah dapat memberkati saya."
32 "Siapakah engkau?" Ishak bertanya. Esau menjawab, "Esau, anak sulung ayah."
33 Seluruh tubuh Ishak gementar, lalu dia bertanya, "Jika begitu, siapakah yang sudah memburu binatang dan membawanya kepadaku tadi? Aku telah memakannya sebelum engkau tiba. Kemudian aku memberikan berkatku yang terakhir kepadanya, dan kini berkat itu menjadi miliknya selama-lamanya."
Teruskan membaca siri Kisah Alkitab 4 untuk mengetahui fakta menarik mengenai susur-galur Yesus.
2 Ulasan
Lagi permasalahan ayat di dalam bible kristian. Sila jawab.
BalasPadamPERMASALAHAN AYAT GENESIS 5:3 DALAM BIBLE KRISTIAN.
Sekarang kita lihat pula ayat Genesis 5:3. Ayat ini adalah menceritakan Adam melahirkan anaknya Seth. Permulaannya kita lihat dalam beberapa kitab terjemahan seperti di bawah. Linknya http://mlbible.com/genesis/5-3.htm
Genesis 5:3 When Adam had lived one hundred and thirty years, he became the father of a son in his own likeness, according to his image, and named him Seth.
New American Standard Bible
Genesis 5:3 Maka Adam telah hidup seratus tiga puluh tahun lamanya, lalu beranaklah ia laki-laki seorang yang serupa dan seteladan dengan dia, maka dinamainya akan dia Set.
Alkitab Terjemahan Lama
Justeru dimaklumkan bahawa Adam berumur 130 tahun ketika melahirkan anaknya, Seth.
Namun mari kita lihat dalam manuskript bible kristian itu.
Kitab Hebrew
Linknya http://biblos.com/genesis/5-3.htm
וַֽיְחִ֣י had lived
אָדָ֗ם Adam
שְׁלֹשִׁ֤ים and thirty
וּמְאַת֙ hundreds
שָׁנָ֔ה years
וַיּ֥וֹלֶד became
בִּדְמוּת֖וֹ likeness
כְּצַלְמ֑וֹ to his image
וַיִּקְרָ֥א and called
אֶת־ -
שְׁמ֖וֹ his name
שֵֽׁת׃ Seth
Di dalam link yang sama disertakan juga terjemahan versi KJV seperti di bawah.
KJV with Strong's
And Adam lived an hundred and thirty years and begat a son in his own likeness after his image and called his name Seth
Justeru kitab Hebrew menyebutkan umur Adam ketika melahirkan Seth adalah 130 tahun.
Sekarang kita lihat pula Kitab Greek Septuaginta, linknya http://www.ellopos.net/elpenor/physis/septuagint-genesis/5.asp mencatatkan seperti di bawah
ἔζησεν δὲ Αδαμ διακόσια καὶ τριάκοντα ἔτη καὶ ἐγέννησεν κατὰ τὴν ἰδέαν αὐτοῦ καὶ κατὰ τὴν εἰκόνα αὐτοῦ καὶ ἐπωνόμασεν τὸ ὄνομα αὐτοῦ Σηθ.
Dalam link yang sama dinyatakan terjemahan bagi Septuaginta ini iaitu,
"And Adam lived two hundred and thirty years, and begot [a son] after his [own] form, and after his [own] image, and he called his name Seth."
Justeru Septuaginta mencatatkan Adam berumur 230 tahun ketika melahirkan Seth. Ini bertentangan dengan catatan dalam manuskript Hebrew yang mana kitab tersebut mencatatkan umur Adam adalah 130 tahun dan bukannya 230 tahun. Justeru yang mana satu benar?? Lihat lagi satu kitab Greek iaitu Apostolic Bible Polyglot di link http://apostolic.interlinearbible.org/genesis/5.htm yang mencatatkan seperti di bawah,
έζησε δε Αδάμ τριάκοντα και διακόσια έτη και εγέννησε κατά
[lived and Adam] thirty and two hundred years. And he procreated a son according to
την ιδέαν αυτού και κατά την εικόνα αυτού και επωνόμασε το όνομα αυτού Σηθ
his shape, and according to his image and he named his name, Seth.
Kitab Greek ini juga menyebutkan Adam berumur 230 tahun ketika melahirkan Seth.
Justeru wujud percanggahan maklumat pada ayat Genesis 5:3 ini pada kitab Hebrew dan juga kitab Greek. Kitab Hebrew menyebutkan umur Adam dalam ayat itu adalah 130 tahun ketika melahirkan Seth. Namun kitab Greek pula mencatatkan umur Adam adalah 230 tahun ketika melahirkan Seth. Justeru sekali lagi pertanyaan saya adalah, manuskript bible mana yang benar-benar menyamai autograph bible itu?? Dipersilakan memberikan jawapan dengan bersandarkan bukti yang bersifat pasti.
Note: Autograph adalah text yang ditulis oleh penulisnya yang asal.
Sekali lagi saya tekankan, bahawa saya lebih merujuk kepada fakta di dalam Alkitab Terjemahan Bahasa Melayu yang merujuk kepada terjemahan daripada Manuskrip Hebrew.
BalasPadamManuskrip Greek sendiri merupakan terjemahan daripada manuskrip Hebrew, sekiranya sebahagian fakta terjemahan itu telah ditukar, sama ada disengajakan mahupun tidak, kesalahan penulis yang juga merupakan seorang manusia, tidaklah menghairankan.
Ini bukan bermaksud manuskrip Greek adalah salah secara keseluruhannya. Sebagai seorang yang percaya bahawa Yesus Kristus adalah penyelamat manusia dan percaya juga bahawa Dia telah mengaruniakan Roh Kudus untuk memahami kebenaran yang sesungguhnya, saya percaya apa yang saya baca di dalam Alkitab saya adalah benar.