Kisah Alkitab 1



Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham. 

Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas (ibunya Rahab), Obed (ibunya Rut), Isai, dan Raja Daud.

Daripada Daud hingga ke masa bangsa Israel dibuang ke Babel, nama nenek moyang yang tercatat adalah seperti berikut: Salomo (ibunya ialah bekas isteri Uria), Rehabeam, Abia, Asa, Yosafat, Yoram, Uzia, Yotam, Ahas, Hizkia, Manasye, Amon, Yosia, Yoyakhin dan saudara-saudaranya.

Dari masa pembuangan di Babel sehingga kelahiran Yesus, nama nenek moyang yang tercatat adalah seperti berikut: Yoyakhin, Sealtiel, Zerubabel, Abihud, Elyakim, Azur, Zadok, Akhim, Eliud, Eleazar, Matan, Yakub, Yusuf, suami Maria. Marialah yang melahirkan Yesus, yang disebut Kristus.

Demikianlah ada empat belas generasi dari zaman Abraham sehingga zaman Daud, dan ada empat belas generasi dari zaman Daud sehingga masa pembuangan di Babel, dan empat belas generasi dari masa itu sehingga kelahiran Kristus.
Matius 1:1-17

~ Kisah yang tertulis di dalam Alkitab adalah kebenaran yang diilhamkan daripada Allah ~

matius

Penulis Injil Matius ingin menunjukkan kepada kita betapa hebatNya kuasa Tuhan dalam mengatur keturunan dari generasi Abraham (sejak Tuhan memeteraikan janjiNya kepada seorang manusia) sehinggalah ke generasi di mana Yesus Kristus lahir. Matius telah merujuk kepada rekod yang telah diturunkan dari generasi nenek moyang mereka ketika itu untuk menunjukkan kesahihan Yesus sebagai raja yang terlantik dari Daud.

TUHAN berfirman, "Masanya akan tiba apabila Aku melantik seorang raja yang adil daripada keturunan Daud. Raja itu akan memerintah dengan bijaksana, dan melakukan apa yang adil dan benar di seluruh negeri.
Yeremia 23:5

Injil ini ditulisnya khas kepada orang-orang Yahudi yang tersebar di seluruh dunia yang mencari kebenaran akan Mesias yang mereka tunggu selama ini. Dia ingin membuktikan bahawa Yesus sememangnya Mesias yang telah dinyatakan di dalam kitab suci mereka dan sememangnya Yesus telah memenuhi kriteria yang telah dinyatakan dalam kitab tersebut bahawa Mesias datang sebagai Nabi, Imam dan Raja yang diurapi.

Orang Yahudi sudah sedia maklum bahawa mereka ada keturunan Abraham dan bagi bangsa ini, mereka melaungkan : "Kamilah anak-anak Abraham" dan itu sememangnya sebuah fakta. Oleh itu, Matius telah menyenaraikan garis keturunan dari Abraham sehinggalah kemudian sampai kepada Daud lalu Yesus Kristus untuk membuktikan perkara tersebut. (Sumber: http://www.biblestudymanuals.net/genealogy_of_Jesus.htm)


Ada 14 generasi dari zaman Abraham hingga zaman Daud, juga ada 14 generasi dari zaman Daud sehingga masa pembuangan di Babel (jatuhnya kerajaan yang didasarkan dalam perjanjian dengan Tuhan), dan ada lagi tepat-tepat 14 generasi dari masa perbuangan di Babel hingga ke kelahiran Yesus.

Banyak sejarah yang terjadi di sepanjang generasi. Bersama kita akan ungkapkan perjalanan dari generasi ke generasi untuk melihat keagungan kuasa Tuhan yang bekerja dari awal demi menghantar Sang Penyelamat buat kita semua.

Teruskan membaca siri Kisah Alkitab 2 untuk mengetahui fakta menarik mengenai susur-galur Yesus.

Catat Ulasan

0 Ulasan