...dan firman Allah sebagai pedang daripada Roh Allah.
Efesus 6:17
Sekali lagi saya ingin mengongsikan tentang kuasa pedang Roh yang kita miliki dalam Firman Allah.
Gunakan pedang Roh bermaksud untuk mengamalkan prinsip Alkitabiah yang spesifik bagi menangani situasi yang spesifik.
Tahukah anda bagaimana untuk mengamalkan prinsip Alkitabiah tersebut? Semuanya dapat kita temukan di dalam Alkitab sendiri. Tahukah anda bagaimana untuk mempertahankan diri anda tatkala anda diserang dengan pelbagai perasaan negatif dan fikiran jahat?
Saya sendiri mudah diserang dengan keinginan seksual. Namun ada beberapa firman Tuhan yang mengingatkan saya bahawa saya tidak seharusnya menurut keinginan seksual saya dalam saya masih belum terikat dalam perkahwinan.

7 Oleh itu, taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu. 8 Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik!
Yakobus 4:7
19 Kamu tentu tahu bahawa tubuh kamu itu tempat kediaman Roh Allah. Roh itu tinggal di dalam kamu, dan Allah sendiri yang mengurniakan Roh itu kepada kamu. Diri kamu bukanlah milik kamu, tetapi milik Allah.20 Kamu sudah dibeli oleh Allah dan harganya sudah dibayar lunas. Oleh itu, gunakanlah tubuh kamu untuk memuliakan Allah.
1 Korintus 6:19
Firman Allah inilah yang saya gunakan dalam menangani masalah keinginan seksual saya. Bukannya mudah untuk melawan pertarungan rohani (setiap perbuatan seharian kita adalah pertarungan rohani kita- sama ada kita akan berakhir dengan melakukan kehendak Tuhan, yang baik dan berkenan di mataNya atau kita akan berakhir dengan melakukan kehendak kita sendiri, keinginan daging yang berdosa terhadapNya.
Saya melalui pertarungan setiap hari, begitu juga dengan anda. Tetapi bagaimanakah kita memeranginya dan menang? ~Tuhan ada untuk membantu, gunakan semua perlengkapan rohani tersebut.
0 Ulasan