...dan firman Allah sebagai pedang daripada Roh Allah.
Satu-satunya senjata yang digunakan dengan tujuan menyerang dalam perlengkapan rohani Allah adalah pedang. Yang lain semuanya bertujuan untuk mempertahankan diri daripada serangan rohani yang datang daripada si Iblis.
Pedang Roh iaitu firman Allah, senjata rohani yang amat berkesan untuk dipakai melawan peperangan rohani. Dan Alkitab sumber firman Allah ini harus dipakai dengan efektif untuk melawan si Iblis.
Persoalannya di sini, adakah anda tahu menggunakannya? Sekiranya kita diberikan pisau yang tajam sekalipun tetapi kita tidak tahu bagaimana mau menggunakannya, tetap tidak ada gunanya. Adakah anda dengan tekun mempelajarinya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian anda?
Adakah anda tahu menggunakannya?
0 Ulasan