Risau?

HILANGKAN KERISAUANMU

Sebagai seorang manusia, kita cenderung untuk risau tentang banyak perkara. Tidak perlu disebutkan, panjang senarainya. Sebenarnya Tuhan tidak mahu kita risau, jadi pelajarilah ayat Alkitab ini :- 

Janganlah khuatir akan apa pun.
Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. 
Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.
Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
Filipi 4:6-7



Tidak perlu diulaskan dengan lebih lanjut, kata-kata tersebut terus-terang menasihati kita untuk tidak khuatir, tidak risau akan apa pun (akan semua hal dalam hidup kita). Namun Dia ingin kita berdoa dan meminta kepadaNya segala yang diperlukan. Bukan sahaja meminta, tetapi bersyukur. Berterima kasih dengan Tuhan dalam semua hal yang kita lakukan dan yang Dia berikan, tidak kira sama ada Dia sudah menjawab doa kita atau pun belum. Ingat, Tuhan melihat hati, melihat kesetiaan kita, melihat dalaman kita, bukannya fizikal kita dan bukan juga banyaknya doa kita.

Maka Tuhan akan menganugerahkan kesejahteraan daripada Allah yang sangat mendamaikan hati dan fikiran kita. Kesejahteraan tersebut yang akan membuatkan kita terus bertahan walaupun Dia mungkin belum menjawab doa kita ketika itu. Lagipula, Tuhan yang mengatur waktu yang sesuai, bukan kita. Siapalah kita untuk mengatur rancangan hidup kita sendiri.





Catat Ulasan

0 Ulasan