Konflik City Harvest Church Singapura

KES PENYALAHGUNAAN WANG GEREJA 

Sebuah persoalan yang hanya Tuhan sahaja yang tahu kebenarannya. Jadi kita tidak dapat mengatakan apa-apamu mahupun menyalahkan mana-mana pihak. Biarlah semua itu disimpan bagi penghakiman Tuhan kelak. (...Tuhan akan menghakimi umatNya...Ibrani 10:30)

gereja-chc-singapura

Pada Jun 2012, Pastor Kong Hee dan beberapa orang ketua dalam gereja City Harvest Church, Singapura telah menghadapi tuduhan rasuah serta penyalahgunaan wang gereja CHC tersebut demi kepentingan peribadi; iaitu kareer muzik isteri Pastor Kong Hee iaitu Sun Ho atau nama sebenar Ho Yeow Sun. Meskipun sukar untuk menerima kenyataan di sebalik tangkapan yang dilakukan terhadap bukan sahaja Pastor Kong Hee, tetapi juga Pengarah John Lam Leng Hung, Timbalan Pengarah Tan Ye Peng, Pengurus Kewangan Sharon Tan Shao Yuen, Chew Eng Han dan juga bekas Pengarah Kewangan sebelum ini iaitu Serina Wee. Walau bagaimanapun, Sun Ho bukanlah antara yang ditangkap.

Sun Ho dikatakan menggunakan kareernya sebagai penyanyi pop demi Yesus, meraih peminat-peminat serta orang yang bekerja bersamanya untuk Tuhan. Gereja tersebut telah melancarkan Crossover Project pada tahun 2002 untuk tujuan tersebut.

Saya tiba-tiba terdorong untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kes ini sehingga semalam saya menghabiskan beberapa jam mencari tahu apakah sebenarnya yang terjadi dengan gereja ini. Dari satu sisi, saya tertanya-tanya, kenapa Sun Ho harus menyanyikan lagu sebegitu? Kenapa dia perlu berpakaian dan berkelakuan sebegitu? Bolehkah orang menerima Yesus dengan cara ini? Benarkah dia orang yang dipakai Tuhan?

Soalan demi soalan bertubi-tubi muncul dan saya bertanya sendiri kepada Tuhan dalam doa tapi tidak ada jawapan sehinggalah pagi ini, Tuhan menunjukkan kepada saya kisah Musa. Musa dikritik oleh kakak dan abangnya sendiri iaitu Miryam dan Harun kerana dia telah berkahwin dengan seorang perempuan Kus, bukan dari bangsa Israel sendiri. Musa sering dikritik oleh orang-orang Israel yang dia pimpin keluar dari Mesir sehingga dia sendiri tidak dibenarkan untuk masuk ke tanah perjanjian. Begitu banyak cubaan yang Musa hadapi walaupun dialah orang yang dipakai Tuhan untuk membawa keluar orang-orang Israel dari Mesir dan walaupun dia melakukan banyak hal-hal besar di hadapan mata mereka.

Kisah Musa, seorang yang sangat mengagumkan ini jika dilihat dengan teliti, adalah seperti kisah yang dihadapi oleh Pastor Kong. Projek Crossover itu sendiri telah menarik banyak orang untuk datang ke gereja dan menerima Yesus sebagai Penyelamat dengan cara yang tersendiri. Mungkin cara ini tidak pernah dipakai orang lain sehingga orang melihat projek ini sebagai cara yang salah untuk menjangkau mereka yang belum menerima Yesus. Tapi bayangkan jikalau penyanyi-penyanyi popular menggunakan pengaruh muzik yang mereka ada untuk Tuhan, pasti ramai lagi yang menerima Yesus sebagai Penyelamat! 

Apapun, semua ini adalah sebagai satu jawapan hati Tuhan yang berbicara sendiri dengan saya. Saya percaya Tuhan dapat melihat hati dan Dia juga melihat setiap perkara dengan cara serta perspektif yang berbeza daripada kita manusia.


Shalom.

Sumber:-

Catat Ulasan

0 Ulasan