Kesetiaan

MASIH SETIAKAH KAMU?

Tuhan lebih berminat dengan kesetiaanmu daripada kejayaanmu.

Aku sudah berusaha dengan sebaik-baiknya dalam perlumbaan dan aku sudah sampai di garis akhir. Aku tetap setia kepada Kristus sampai akhir.
2 Timotius 4:7

Translation:     I have fought the good fight, I have finished the race, I have kept the faith.


Tuhan lebih berkenan kepada orang yang setia dalam melayani Tuhan daripada kejayaan yang orang itu kecapi. Walaupun kita akan meraih kejayaan sepanjang hidup kita ketika melayani Allah, pada akhirnya semua itu hanya untuk menumbuhkan cinta yang lebih lagi kepada Yesus Kristus dan untuk terus taat terhadap FirmanNya. 

Ini adalah satu kepastian : Kerana dengan rahmat Allah kita telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamat kita (Efesus 2:8-9) dan telah mempunyai hubungan baik dengan Dia (Filipi 3:9), juga menerima RohNya (Efesus 3:16) dan setiap sumber-sumber rohani yang penting, iaitu berkat rohani dari syurga untuk terus hidup dalam kesetiaan dan kemenangan (Efesus 1:3).

Jadikan Firman ini sebagai matlamat hidup anda, di mana Yesus sendiri akan berkata kepada, "Bagus, kamu hamba yang baik dan setia." (Matius 25:21)






Catat Ulasan

0 Ulasan