Tahun Baru 2013

AZAM TAHUN BARU YANG TERBAIK

Mulakan tahun baru dengan azam yang baru memanglah bagus tapi untuk menjalankan azam kita itu sepanjang tahun bukanlah senang, apatah lagi kalau kita bergantung kepada kekuatan diri sendiri.

AZAM TERBAIK YANG PATUT DITANAM SEMPENA TAHUN BARU

1. Berdoalah kepada Tuhan agar diberi kebijaksanaan untuk mengetahui azam yang sebenarnya Tuhan mahu anda lakukan pada tahun tersebut. Yakobus 1:5 - Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.

2. Berdoalah kepada Tuhan agar anda diberi juga kebijaksanaan untuk menjalankan azam tersebut dan mengenapi rancangan Tuhan.

3. Bergantung kepada kekuatan daripada Tuhan untuk melakukan azam tersebut.

4. Cari sahabat yang akan membantu dan mendorong anda dalam hal tersebut.

5. Jangan berputus asa kalau mengalami kegagalan, tapi jadikan kegagalan itu sebagai motivasi untuk anda melangkah lebih jauh.

6. Jangan sombong atau bangga diri tapi muliakan Tuhan. Mazmur 37:5-6 - Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN, berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau; Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.

Selamat menyambut Tahun Baru 2013 - mulakan dengan puji syukur kepada Tuhan Yesus.

(Sumber: New Year's Resolutions oleh Dr. Ralph F. Wilson - http://www.gotquestions.org/new-years-resolution.html)
Dr. Ralph F. Wilson
Dr. Ralph F. Wilson










Catat Ulasan

0 Ulasan