FILIPI 1:21
Bagiku, hidup itu mengabdi kepada Kristus, dan kematian lebih berfaedah.
Translation (NKJV) - For to me, to live is Christ, and to die is gain.
PENGAJARAN YANG AMAT BERMAKNA BAGIKU - Mengubah perspektif tentang hidup dan mati
Kebanyakan kita tidak pernah meminta untuk mati. Jikalau ada yang bertanya, apakah cita-cita kamu, apakah harapan kamu, mungkin tidak ada yang akan berkata, saya ingin mati.
Kebanyakan orang juga tidak mengaku kalau kematian boleh menguntungkan. Maklumlah, bagaimana untung kalau sudah meninggal dunia?
Namun, bacaan Alkitab mengatakan bahawa kematian lebih berfaedah, lebih menguntungkan daripada hidup di dunia ini. Namun sebelum kita membaca "...kematian lebih menguntungkan...", Firman Tuhan berkata "...hidup itu mengabdi kepada Kristus..." !
Ini kerana jika kita hidup bagi Yesus Kristus, barulah kematian yang kita jalani itu menguntungkan. Apabila kita mati dengan kepercayaan penuh kepada Yesus, kerana kita telah percaya dia mati dan bangkit kembali dengan mengalahkan kematian (maut), maka kita juga akan bangkit kembali bersama dengan Dia di syurga. Dengan bangkitnya kembali tubuh jasmani kita, kita dapat hidup selama-lamanya bersama dengan Dia dan barulah kematian itu menjadi lebih berfaedah.
Janji yang Tuhan berikan melalui 1 Korintus 15:51 mengesahkan bahawa kematian lebih berfaedah :-
† Ketahuilah rahsia ini: Tidak semua daripada kita akan mati. Tetapi ketika trompet dibunyikan untuk kali terakhir, dengan tiba-tiba dan dalam sekejap mata kita semua akan diubah. Hal itu berlaku, kerana ketika trompet dibunyikan, orang mati akan dibangkitkan dengan tubuh yang abadi, dan kita semua akan diubah. †
Kepercayaan yang sedemikian telah mengubah perspektif saya tentang hidup dan mati. Anda bagaimana?
Tuhan memberkati.
~Shalom~
0 Ulasan