Berdoa untuk pemimpin

DOAKAN PEMIMPIN NEGARA KITA

PERDANA MENTERI MALAYSIA - Y.A.B. DATO' SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK

1 Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang, 2  untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain. 3  Hal ini baik dan menyenangkan hati Allah, Penyelamat kita.


1 Timotius 2:1 - 3

Demi Tuhan, hendaklah kamu taat kepada pemerintah...
1 Petrus 2:13

Tuhan ingin kita untuk mendoakan pemimpin yang menjaga negara kita. Tuhan ingin kita untuk mendoakan keharmonian dalam negara. Walaupun kita tidak mengetahui apa yang sebenarnya pemimpin kita lakukan, kita masih dapat mengucapkan doa untuk mereka melakukan kebaikan dan jauhkan mereka daripada melakukan kejahatan. Doakan berkat buat pemimpin kita, terutamanya Perdana Menteri kita, agar dia mampu memberkati orang lain dan seluruh negara ini.
Hal inilah yang menyenangkan hati Tuhan. Apabila negara dilanda masalah, kebanyakan orang akan mengkritik pentadbiran Perdana Menteri kita, mengutuk Kerajaan. Dari sinilah kutuk terhadap bangsa ini dilontarkan. Kenapa tidak kita ucapkan berkat untuk mereka? Doakan Tuhan tunjukkan jalan terbaik agar pemimpin kita dapat memimpin dengan adil dan saksama.  Jikalau ada kejahatan yang melanda barisan pemimpin kita, doakan agar Tuhan sendiri yang hapuskan kejahatan itu. Hanya Tuhan yang berkuasa melakukan-Nya, saya percaya!

Apa lagi yang mampu kita lakukan? Selain berdoa? Tidak ada gunanya berdoa jika tidak melakukan apa-apa. Oleh itu, hormatilah pemimpin kita. Jikalau kita berkesempatan bersemuka dengan pemimpin kita, nyatakan kata-kata hormat kita dengan ikhlas kepada mereka. Ucap terima kasih atas kesanggupan mereka memimpin, bukan dengan cercaan dan umpatan dari belakang.

Saya percaya, jikalau semua orang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, Kerajaan akan menjadi telus dan efektif. Sebagai rakyat, saya percaya Kerajaan akan diperbaharui! Asal kita terus mendoakan yang terbaik untuk negara kita.

Sempena Krismas yang lepas, Dato' Sri Mohd Najib telah pun menghadiri Majlis Sambutan Krismas di Luther Center, Petaling Jaya. Berikut adalah sedikit gambar yang diambil oleh Muhammad Zulfadi Selamat. (Sumber:http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=6004%3A2012-12-26-01-22-26&catid=16%3Acover-flow&lang=bm)


Sambutan Krismas yang disambut meriah bersama barisan pemimpin negara kita



Sempena Sambutan Krismas tahun 2012



Dato' Sri berucap



Catat Ulasan

0 Ulasan