Kenapa ungkapan "Merry Christmas" juga menjadi isu haram?
Saya begitu sedih ketika melihat poster online yang disebarkan ini di dalam laman sesawang sosial Facebook semasa sambutan Krismas yang lepas. Ini saya baca daripada status yang dihantar oleh kawan baik saya sendiri. Saya berkawan rapat dengan beberapa orang penganut Islam, dan sesetengah daripada mereka sangat taat akan agama dan kepercayaan mereka. Banyak masa yang diluangkan bersama walaupun saya seorang sahaja yang bukan Islam dan kami saling menghormati satu sama lain. Saya cuba untuk memahami halal haram mereka, tahu masa solat mereka dan adat serta cara percakapan mereka yang ternyata agak berbeza daripada kehidupan saya sendiri.
Begitulah kenyataan yang disampaikan oleh pendakwah Islam |
Saya berasal daripada Sarawak, negeri yang majoritinya adalah orang Kristian. Walaupun bilangan orang Islam di Sarawak juga banyak, tapi budaya mereka tetap sedikit berbeza. Saya cuba untuk mengenali dan memahami budaya mereka sejak mengenali kawan-kawan Islam saya.
Walau bagaimanapun, ada waktu di mana pendapat mengenai kepercayaan kami sangat berbeza. Ucapan "Merry Christmas" memang tidak pernah mereka ucapkan kepada saya tetapi itu bukanlah sebab utama saya sedih. Saya sedih melihat ketakutan mereka jikalau mereka terasa sangat berdosa untuk mengucapkan atau tidak mengucapkan ungkapan tersebut. Mereka dibebani dengan peraturan yang nampaknya senang untuk diikuti namun menyakitkan untuk dilakukan. Kenapa harus menyakitkan diri sendiri dengan peraturan-peraturan sebegitu. Adakah sebegitu dahsyat Tuhan, sentiasa menghukumi? Satu hal yang amat sukar untuk dijawab kerana saya percaya Tuhan itu sangat baik, sangat pengasih. Dia tidak akan menghukum jika ada sedikit cacat cela dalam diri saya. Malangnya saya jauh lebih dasyat dari sekadar sedikit cacat cela, saya sangat teruk, kehidupan saya sangat buruk. Namun, Dia tetap mengasihi saya. Dia tetap berkata "Kembalilah anakKu, ke jalan yang benar." Dia tidak menghukum saya kerana teruknya saya dahulu lalu saya berubah, sedikit demi sedikit menjadi baik.
Poster online yang disebarkan kepada umat Islam untuk memberi mesej yang jelas bahawa ucapan "Merry Christmas" adalah haram. |
0 Ulasan