Pelajaran Mengenai Ribut

PELAJARAN MENGENAI RIBUT

Oleh Dr J Micheal Feazell

-pelajaran-ribut
Pada petang hari itu juga, Yesus berkata kepada pengikut-Nya, "Marilah kita menyeberang tasik." Sementara Yesus masih di dalam perahu, para pengikut-Nya meninggalkan orang ramai. Setelah itu pengikut-pengikut Yesus belayar bersama dengan Dia. Ada juga perahu-perahu lain yang belayar bersama-sama. 

Lalu angin kencang bertiup dan ombak melanda perahu sehingga hampir penuh dengan air. Tetapi Yesus sedang tidur di bahagian belakang perahu itu, dengan kepala-Nya beralaskan bantal. Pengikut-pengikut-Nya membangunkan Dia dan berkata, "Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam!"

Yesus bangun lalu menengking angin, dan berkata kepada ombak, "Diam! Tenanglah!" Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali.

Lalu Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?"

Mereka menjadi sangat takut sehingga mula bercakap sesama sendiri, "Siapakah orang ini? Angin dan ombak pun taat kepadanya!"
Markus 4:35 -41


Krisis kehidupan sering dibandingkan dengan laut ribut. Mereka datang kepada kita sama ada kita suka atau tidak. Mereka menakut-nakutkan kita. Mereka mengancam untuk memusnahkan semua kestabilan dan keselamatan kita. Kita tidak tahu sama ada kita akan dapat hidup atau tidak dan kita tidak tahu berapa lama ribut tersebut akan berlanjutan. Sekurang-kurangnya, itulah yang terjadi apabila ribut di hidup kita berlaku bagi kebanyakan kita. Bagi Yesus, ia satu peluang untuk tidur sekejap.

Sebagaimana Markus menceritakan peristiwa itu, pengikut-pengikut-Nya amat risau jika perahu hancur dan semua orang akan mati. Tetapi Yesus sedang tidur (atas bantal lagi, seperti yang diperhati oleh Markus, sambil meneliti perbezaan di antara ketenangan Yesus dan kerisauan para pengikut-Nya), nampaknya tidak sedar akan kebinasaan yang sedang terjadi kepada mereka. Mereka membangunkan Yesus dan melolong “Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam!”. Sudah tentu, setelah itu Yesus menenangkan ribut dengan kata-katanya. Kemudian Yesus menegur pengikut-Nya: “Mengapakah kamu takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?”

Beberapa pelajaran daripada cerita ini jelas. Yesus mempunyai kuasa ke atas ribut dalam kehidupan, mengalaminya bersama-sama kita, mengasihi kita, menyelamatkan kita daripada ribut tersebut dan yang paling utama, Dia mahu kita lebih mempercayai-Nya.

Mari kami lihat pelajaran yang mungkin tidak begitu jelas. Angin ribut tidak membimbangkan Yesus. Dia ada di samping kita semasa angin ribut terjadi, tetapi Dia tetap tenang menghadapi ribut tersebut. Dia tidak ketakutan; Dia sabar dan tidak bimbang. Malah dengan begitu tenang sekali Dia tidur. Bagi kita, Dia seolah-olah tertidur semasa Dia seharusnya berjaga atau berkawal. Kita tertanya-tanya mengapa Dia tidak bangun dan lakukan sesuatu? Kita mula tertanya-tanya jika Dia menyedari akan masalah yang kita hadapi, sama ada Dia peduli. Bahkan sama ada Dia boleh lakukan apa-apa mengenainya. Sama ada Dia betul-betul dapat menyelesaikan seperti yang diharapkan.

Seperti pengikut-pengikut, kita percaya bahawa Dia ada. Dalam kes pengikut, mereka benar-benar boleh lihat Dia berbaring sedang tidur. Kita tidak mempunyai keistimewaan sebegitu. Kami percaya Dia ada, tetapi kebanyakan masa Beliau seolah-olah sama tertidur seperti ribut pada hari itu di Laut Galilea. Ahli Mazmur telah buat pernyataan perasan sedih yang amat sangat yang sama dalam Mazmur 44:23-24 “Bangunlah, ya Tuhan! Mengapakah Engkau tidur? Bangkitlah! Jangan tolak kami selama-lamanya! Mengapakah Engkau menyembunyikan diri? Jangan lupakan penderitaan dan kesusahan kami!”.

Mungkin itu mengapa Markus menyelitkan cerita ini. Pelajaran yang tidak begitu nyata ialah yang semuanya sama dalam kawalan Yesus dan pengikutnya sama selamat dalam tangannya, tidak kira Dia sedang tidur atau terjaga. Kebanyakan masa, kehidupan seolah-olah seperti satu pelayaran yang tidak berhenti daripada satu ribut ke satu lagi. Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan, dan saya tahu anda merasakan perkara yang sama. Satu perkara yang saya telah belajar mengenai diri saya adalah bahawa semasa ribut, saya biasanya berasa sangat takut, sama seperti pengikut-pengikut Yesus.

Tetapi saya juga sedang belajar bahawa Yesus tidak takut, dan Dia tidak tertekan. Dia mungkin sedang tidur, atau mungkin tidak, tetapi walau apa pun, seperti lagu “Seluruh dunia adalah dalam tangannya.” Walaupun Dia  tidak bangun dan menenangkan ribut, saya percaya saya selamat dengan Dia. Dan jika Dia bangun untuk menenangkan ribut hidup saya, Dia mungkin akan berkata: “Mengapakah kamu sangat takut? Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?” Dan saya boleh hidup dengan harapan ini.

Semua petikan Alkitab, melainkan jika dinyatakan sebaliknya, diambil dari Kitab Suci (Today’s Malay Version), Alkitab BM, hak cipta © 1996 oleh The Bible Society of Malaysia 1996

Catat Ulasan

0 Ulasan