2 Petrus 3:10-12
10  
 Tetapi Hari kedatangan Tuhan akan tiba seperti pencuri. Pada Hari itu, 
langit akan lenyap dengan bunyi gemuruh, benda-benda di langit akan 
terbakar dan musnah, dan bumi dengan segala yang ada di dalamnya akan 
lenyap.  11 Semua
 itu akan dibinasakan dengan cara yang demikian. Oleh itu, bagaimanakah 
seharusnya kamu hidup? Kamu harus sentiasa hidup suci dan khas untuk 
Allah, 12 sementara
 kamu menantikan Hari apabila Allah mengadili dunia. Hendaklah kamu 
berusaha sebaik-baiknya untuk mempercepat kedatangan Hari itu. Pada Hari
 itu langit akan terbakar dan musnah, dan benda-benda di langit akan 
lebur kerana bahangnya. 

0 Ulasan