Renungkan, Kisah di Sebalik Kejadian Tsunami Acheh
Yesus Kristus hidup!
Menyedihkan bila melihat kenyataan dalam artikel ini (dipetik terus dari Malaysian Insider - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kami-diperdaya-peluk-islam-dakwa-penduduk-kampung-kristian-di-pedalaman-sab)
Kami diperdaya peluk Islam, dakwa penduduk kampung Kristian di pedalaman Sabah
Ia penuh sesak sejak Ahad pertama dalam 2014.
Bagaimanapun, apa yang pelik dalam 100 orang penduduk kampung miskin ini adalah satu pertiga daripada mereka adalah “orang Islam”.
"Mereka fikir mereka sudah berjaya mengislamkan kami. Mereka salah. Kami masih Kristian dan iman kami kepada Tuhan tidak pernah berubah," kata suri rumah Lenney Masangal menjelaskan kehadiran "orang Islam" di gereja itu.
Ibu kepada tiga anak berusia 41 tahun itu adalah seorang daripada 33 penduduk kampung yang mendakwa diperdaya memeluk Islam demi mendapatkan RM100 pada hari Tahun Baru.
Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 64 orang, termasuk kanak-kanak, dari tiga buah kampung di Pitas iaitu Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop – yang mendakwa menukar agama kepada Islam.
Masalah mula muncul pada malam Tahun Baru.
Seorang penduduk kampung yang baru pulang dari pekan Pitas, memanggil semua orang ke rumahnya untuk mengumumkan "berita baik" bahawa" beberapa orang dari Kuala Lumpur" memberikan mereka bantuan kewangan.
Apabila diberitahu mereka akan mendapat sejumlah RM800 seorang, Maison berasa sangat teruja.
Lelaki berusia 44 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan dengan tujuh ahli keluarga, dia hanya memikirkan jumlah wang yang bakal diperoleh.
"Tiada siapa yang bertanya siapa yang akan memberikan bantuan kewangan itu. Kami hanya diberitahu bahawa ada 'orang dari Kuala Lumpur'. Kami juga langsung tidak pun bertanya sebab mereka memberi kami wang ini," kata Maison.
"Semua orang hanya mahu wang. Itu sahaja."
Mendapat wang sebanyak RM800 adalah seperti memenangi loteri bagi penduduk kampung yang bergantung hidup sumber pertanian untuk menyara hidup.
Maison menanam ubi kayu, sayur-sayuran dan jagung untuk menanggung keluarganya.
Kampung ini juga masih belum mempunyai bekalan elektrik dan air paip.
Mereka yang bermampuan, hanya mempunyai generator untuk memasang lampu dan televisyen yang bagi mereka sangat penting.
Untuk sampai ke kampung itu, memakan masa selama dua jam dengan menaiki kereta dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu.
Dari Kota Marudu, dua jam diperlukan sebelum sampai ke Sungai Penipak iaitu sungai utama di Pitas.
Dari sungai, perlu berjalan kaki selama satu hingga dua jam melalui jalan yang penuh debu – laluan yang ditinggalkan oleh syarikat pembalak suatu masa dahulu.
Jalan berkenaan bukanlah berada dalam kondisi yang disertai juga dengan banyak bahagian bercuram.
Apabila hujan, jalan tersebut menjadi sangat licin dan apabila kering, ia sangat berdebu.
Lokasinya yang begitu jauh membuatkan wakil rakyat yang mereka pilih sejak 50 tahun lalu tidak pernah menjejakkan kaki di kampung itu.
Begitu juga pendakwah Islam.
"Kami tidak mempunyai sebarang pendapatan. Jumlah RM800 itu lebih banyak daripada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Semua orang sangat teruja," kata Maison.
"Untuk mendapatkannya juga adalah mudah. Kami hanya perlu memberikan nama dan nombor MyKad kepada jiran kami itu. Itu sahaja.
"Bagaimanapun, kami diberitahu perlu pergi ke dewan bandar Pitas keesokan harinya (hari Tahun Baru) untuk menerima wang tunai berkenaan."
Justeru pada hari berikutnya, seramai 33 penduduk kampung yang teruja itu bersusah-payah melalui jalan yang kotor sejauh 3km untuk ke sungai.
Sebaik sahaja menyeberangi sungai melalui jambatan gantung, tiga buah kereta telah menunggu untuk membawa mereka ke dewan bandar.
"Apabila kami sampai dewan, kami diberitahu untuk pergi ke 'masjid' sebaliknya," kata Maison.
"Di masjid itu, kami semua disajikan dengan minuman dan minuman. Mereka kemudiannya meminta MyKad kami dan menyuruh kami menandatangani borang. Saya tidak tahu apakah borang itu kerana saya tidak tahu membaca atau menulis. Tiada siapa menerangkan kepada kami apakah borang itu .
"Kami semua buta huruf. Saya tidak pernah pergi ke sekolah dan begitu juga isteri saya," katanya merujuk kepada isterinya Nafsiah Momin .
"Jadi saya meletakkan cap jari saya pada borang tersebut."
Apa yang membingungkan Maison adalah individu yang membantu beliau meletakkan cap jari di atas borang yang tidak pula mengambil borang itu semula.
"Dia memberikan saya sampul surat yang besar dan di dalamnya terdapat beberapa sampul surat yang lebih kecil, sampul surat berwarna.
"Saya tidak segera membukanya untuk memeriksa kandungannya kerana kami diberitahu agar berdiri dalam satu barisan di dalam bilik.
"Seorang lelaki kemudian meminta kami mengulang kata-katanya. Saya tidak faham apa yang dikatakanya kerana ia sangat asing bagi saya.
"Pada akhir majlis, lelaki itu memberitahu bahawa kami telah memeluk agama Islam dan kami kini semua orang Islam.
"Saya terkejut. Saya segera mengheret isteri dan anak-anak keluar dari masjid sambil bertanya diri sendiri apa telah berlaku," kata Maison.
Beliau berkata, apabila membuka sampul surat yang lebih kecil, dia mendapati wang sebanyak RM100 dalam sampul surat kuning dan RM50 dalam sampul surat hijau.
Beliau kemudian mengetahui bahawa RM100 adalah untuk orang dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak .
Borang yang masih ada pada Maison kemudiannya diserahkan kepada paderi di gereja yang memaklumkan kepadanya bahawa ia adalah satu bentuk persetujuan dan beliau telah bersetuju untuk memeluk agama Islam.
Bagi Jusman Masid, 41, seluruh kejadian itu membuat dia berasa sedih dan ditipu.
"Ya, RM800 adalah jumlah yang sangat besar kepada saya. Saya berasa amat gembira apabila mengenangkan bahawa saya akan mendapat bantuan kewangan .
"Tetapi kemudian menyedari bahawa saya telah ditipu sebanyak RM100 dan secara terselindung telah bertukar agama. Saya benar-benar rasa ditipu."
Isteri Jusman, Lenny berkata, “penukaran agama” itu tidak memberi apa-apa makna kepada mereka semua.
"Kami masih Kristian. Kita masih pergi ke gereja setiap hari Ahad dan gereja semakin penuh sejak kejadian ini."
Selepas lebih daripada dua minggu berhadapan dengan penderitaan mental, Lenny berkata dia berasa "gembira" sekarang apabila terdapat NGO Kristian di negeri ini yang melantik peguam bagi mengambil tindakan undang-undang dan menyelesaikan perkara berkaitan status agama mereka.
"Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang Muslim dan tidak pernah mahu menjadi seperti mereka."
Penduduk kampung, diketuai oleh jiran yang memberitahu mereka berkenaan bantuan itu, Makadan Masabu, 54, telah membuat laporan polis berhubung penukaran agama sebagaimana yang didakwa.
Mereka mendesak pihak polis untuk menyiasat tuntutan mereka itu agar mereka bukan sahaja dapat mengekalkan kepercayaan mereka sebagai orang Kristian tetapi untuk memberi amaran kepada orang lain yang mungkin juga ditipu seperti mereka .
Semudah itukah menukar status agama seorang Kristian? Jika diperdayakan dengan wang, sememangnya orang miskin memerlukannya, tapi mengapa ditipu sedemikian rupa?
Namun. dalam kesedihan melihat kenyataan tersebut, saya terbaca satu artikel Indonesia yang menceritakan kisah di sebalik tsunami Acheh. Hanya satu kesimpulan yang dapat saya katakan, Tuhan Yesus sendiri yang akan membalas terhadap apa yang terjadi dalam tipu daya yang dirancangkan terhadap anak-anakNya.
24 Disember 2004, sebuah gereja di Meulaboh, Aceh Darussalam yang berjumlah 400 orang sedang berkumpul di dalam gereja untuk melakukan persiapan Hari Krismas tiba-tiba diserbu oleh pihak berkuasa kota yang melarang mereka untuk menyambut perayaan Krismas tersebut.
Namun pastor gereja dan penganutnya berusaha untuk membela diri, lebih kurang begini: "Mengapa tidak,kami hanya meraikan hari besar agama kami. Bukannya kami buat demostrasi atau perkara jahat pun? Kami hanya ingin memuji dan menyembah Tuhan, kami tidak akan ganggu sesiapa."
Namun dijawab, lebih kurang begini: "Tidak boleh! Ini negeri Islam! Kamu semua orang-orang kafir tidak boleh mengotorkan kota kami ini! Dengar, kalau kami membunuh kamu semua, tidak akan ada sesiapa pun yang akan membela kamu semua!"
Tetapi mereka berusaha untuk memujuk pihak berkuasa tersebut agar dapat merayakan Krismas di kota tersebut. Namun jawab pihak berkuasa tersebut: "Kamu semua tidak boleh meraikan Krismas di dalam kota. Kalau kamu tetap berkeras, tahu-tahulah akibatnya! Tapi kalau kamu semua tetap mau raikan Krismas, kami izinkan kamu raikannya dalam hutan di gunung sana!"
Setelah itu, pihak berkuasa pun pergi. Pastor gereja itu berunding bersama penganut-penganut yang lain, sama ada untuk membatalkan perayaan Krismas tersebut atau meraikannya di dalam hutan. Akhirnya, mereka memutuskan untuk tetap meraikannya biarpun terpaksa meraikannya di hutan.
Setelah membersihkan satu kawasan dalam hutan; plastik sebagai atap peneduh, tikar sebagai lantai. Keesokan harinya, 25 Disember 2004, mereka berbondong-bondong datang ke hutan itu meraikan Krismas. Perayaan tersebut begitu memilukan. Mereka menangis sambil meraung-raung kepada Tuhan, meminta pembelaanNya. Sebahagian besar mereka memutuskan untuk menginap di dalam hutan tersebut malam itu.
Namun, di awal pagi tersebut, ketika hari masih gelap, isteri pastor tersebut bangun dari tidurnya dan membangunkan suaminya serta orang lain yang ada. Dia bermimpi TUHAN YESUS datang kepadanya dan menghiburkannya dengan kata-kata ini : “Kuatkanlah hatimu, hai anakKu. Jangan engkau menangis lagi. Bukan kalian yang diusir bangsa itu, tetapi Aku! Setiap bangsa yang mengusir Aku dan namaKu dari negeri mereka, tidak akan luput dari murkaKu yang menyala-nyala. Bangunlah dan pergilah ke kota, bawa semua saudaramu yang tertinggal disana ke tempat ini sekarang juga, karena Aku akan memukul negeri ini dengan tanganKu!”
Setelah berbahas sama ada benar atau tidak mimpi tersebut, akhirnya mereka memutuskan untuk melakukan seperti apa yang dikatakan dalam mimpi tersebut. Beberapa orang ditugaskan untuk memanggil saudara-saudara mereka yang tidak ikut mereka pada awal pagi itu juga.
Ketika di pagi hari jam kira-kira 7/8 SD, mereka sudah pun sampai di pergunungan, mereka semua dikejutkan dengan gempa yang begitu dahsyat sekali. Tidak lama kemudian, tsunami pun terjadi.
Sekarang, pastor yang terselamat daripada tragedi tersebut telah pergi ke mana-mana, menceritakan kisah luar biasa itu ke gereja-gereja di Indonesia.
0 Ulasan