Kisah Alkitab 12

Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham. 

Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas (ibunya Rahab), Obed (ibunya Rut), Isai,... 
Matius 1:1-6

Isai



Erti nama Isai (Bahasa Inggerisnya adalah Jesse) adalah "Allah Ada". Dia merupakan anak kepada Obed dan Daud merupakan anak bongsunya.

Baca kisah Isai saat nabi Samuel datang untuk memilih raja baru, yang Tuhan katakan dengan pesan :

"...pergilah ke Betlehem, kepada seorang yang bernama Isai,
kerana Aku sudah memilih seorang daripada anaknya untuk menjadi raja." 1 Samuel 16:1

..Orang yang Aku tunjukkan kepadamu harus engkau lantik menjadi raja." 1 Samuel 16:3


Nabi Samuel mungkin fikir anak pertama Isai, Eliab yang akan dipilih namun sebaliknya, anak bongsu Isai yang dipilih.

Baca kisah lengkapnya seperti berikut:-

1 Kemudian TUHAN berfirman kepada Samuel, "Berapa lama lagi engkau bersedih hati kerana Saul? Aku sudah menolak dia sebagai raja Israel. Sekarang, bawalah minyak zaitun dan pergilah ke Betlehem, kepada seorang yang bernama Isai, kerana Aku sudah memilih seorang daripada anaknya untuk menjadi raja."

2  Samuel bertanya, "Bagaimana mungkin aku berbuat demikian? Jika Raja Saul mendengar hal ini, tentu baginda akan membunuh aku!" TUHAN menjawab, "Bawalah seekor anak lembu dan katakanlah bahawa engkau ke sana untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN.

3  Jemputlah Isai ke upacara mempersembahkan korban itu. Aku akan memberitahu engkau apa yang harus engkau lakukan. Orang yang Aku tunjukkan kepadamu harus engkau lantik menjadi raja."

4  Samuel melakukan apa yang difirmankan TUHAN kepadanya. Dia pergi ke Betlehem dan para pemimpin kota itu datang menyambutnya dengan gementar ketakutan. Mereka bertanya, "Adakah lawatan tuan membawa kesejahteraan?"

5  "Ya," jawab Samuel. "Saya datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN. Sucikanlah diri kamu dan ikutlah saya." Dia juga menyuruh Isai dan anak-anaknya menyucikan diri, dan menjemput mereka ke upacara mempersembahkan korban itu.

6 ¶  Apabila mereka sudah berkumpul, Samuel nampak Eliab, anak Isai. Dia berfikir, "Orang yang berdiri di hadapan TUHAN ini tentulah orang yang dipilih-Nya." 7  Tetapi TUHAN berfirman kepada Samuel, "Jangan perhatikan tinggi badannya atau kacak rupanya; bukan dia yang Aku kehendaki. Aku tidak menilai orang seperti cara manusia menilai orang. Manusia melihat rupa tetapi Aku melihat hati."

8  Selepas itu Isai memanggil anaknya Abinadab, lalu menyuruh dia menghadap Samuel. Tetapi Samuel berkata, "Dia juga tidak dipilih oleh TUHAN." 9  Kemudian Isai menyuruh Syama menghadap. Samuel berkata, "Dia juga tidak dipilih oleh TUHAN." 10  Demikianlah Isai menyuruh tujuh orang anaknya menghadap Samuel. Tetapi Samuel berkata, "Tidak seorang pun antara mereka yang dipilih oleh TUHAN."

11  Kemudian Samuel bertanya kepada Isai, "Hanya inikah anak lelakimu?" Isai menjawab, "Masih ada seorang lagi, yang bongsu, tetapi dia sedang menggembalakan domba." Samuel berkata, "Suruhlah orang memanggil dia, kerana kita tidak akan makan bersama-sama sebelum dia datang."12  Oleh itu Isai menyuruh orang memanggil anak bongsunya. Ternyata dia seorang pemuda yang kacak, sihat, dan matanya bersinar. TUHAN berfirman kepada Samuel, "Inilah orangnya. Lantiklah dia!"

13  Samuel mengambil minyak zaitun, lalu melantik Daud dengan melumuri kepala Daud dengan minyak di hadapan semua abang Daud. Ketika itu juga Roh TUHAN menguasai Daud dan menyertai dia sejak hari itu. Kemudian Samuel pulang ke Rama.


Dengan begitu khusus sekali Tuhan memilih Daud, anak bungsu Isai! Menariknya, Tuhan tidak memanggil anak pertama untuk waktu ini. Walaupun Eliab juga merupakan seorang yang tinggi tegap, kacak namun Tuhan berkata bahawa Dia menilai orang melalui hati manusia. Mengapa? Alkitab sempat mencatat kata-kata Eliab kepada Daud dalam 1 Samuel 17:28

28  Eliab, abang sulung Daud, mendengar percakapan Daud dengan askar-askar itu. Dia memarahi Daud, dan berkata, "Mengapa engkau datang ke mari? Siapa yang kausuruh menjaga domba-dombamu di padang gurun itu? Aku tahu, engkau budak jahat, dan berlagak berani; kaudatang ke mari hanya untuk melihat pertempuran, bukan?"


Baca kisah Daud dalam siri Kisah Alkitab 13 - senarai nenek moyang Tuhan Yesus di dunia ini. Semua yang terjadi demi melaksanakan karya teragung Bapa.

Catat Ulasan

0 Ulasan