Krismas

Krismas, Raikan dalam Suka dan Duka


Tarikh 25 Disember merupakan tarikh yang agak istimewa bagi penganut Kristian khususnya. Tarikh tersebut merupakan tarikh untuk meraikan kelahiran Tuhan Yesus ke muka bumi ini. Bukanlah tarikh kelahiran sebenar Tuhan Yesus, tapi tarikh yang disetujui untuk menandakan kelahiran Juruselamat kita dan meraikannya saban tahun.



Hari Krismas kebiasaannya hari yang membawa erti keriangan, suka dan perayaan besar buat kita yang menyambutnya. Namun, dapatkah kita menerima dan terus meraikan Krismas dalam duka?

Sekiranya bencana alam yang dahsyat terjadi pada hari Krismas, bolehkah kita tetap meraikannya? Bagaimana jika pergolakan dalam negara, seperti tragedi rusuhan kaum yang  pernah terjadi di negara kita dulu, terjadi lagi pada hari itu? Bagaimana pula jika perperangan terjadi pada hari itu? Bagaimana jika itulah harinya Tuhan Yesus datang untuk kedua kalinya?

Tarikh 25 Disember hanyalah sebuah tarikh, menunjukkan dalam sejarah bahawa Yesus telah lahir dan Mesias sudah datang ke bumi sebagai manusia untuk mati bagi dosa kita 33 tahun selepas itu. 

Akan tetapi, mampukah kita meraikan tarikh tersebut dalam suka mahupun duka yang akan melanda kelak?

Renungkan.


Catat Ulasan

0 Ulasan