Kawal Fikiran Jahat
Tetap Berdosa Walalupun Sekadar dalam Fikiran
Mengawal fikiran kita sendiri mungkin merupakan perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Kuasa berimaginasi kita terlalu hebat, sehebat Pencipta kita yang menciptakannya dalam manusia, sehingga kadang-kadang kita tidak mampu untuk mengawal imaginasi tersebut. Imaginasi yang positif akan membantu kita untuk menjadi seorang yang kreatif dan inovatif, namun imaginasi yang menjurus kepada perkara negatif, iaitu fikiran-fikiran jahat seperti keinginan seksual, keinginan untuk membunuh, merompak, dan juga keinginan untuk menipu.
Apa yang boleh dilakukan sekiranya kita mengalami godaan untuk berfikiran jahat?
Tuhan Allah kita memberikan petunjuk yang jelas di dalam Alkitab tentang bagaimana kita menangani fikiran jahat: menawan fikiran supaya taat kepada Kristus (2 Korintus 10:5). Mari selidiki bagaimana kita dapat menawan fikiran kita supaya taat kepada Kristus.
Tawan fikiran tersebut
Apabila fikiran-fikiran jahat mula muncul di dalam minda kita, kita haruslah mengenal pasti fikiran tersebut, kecam dan serahkan fikiran jahat itu kepada Jesus Kristus. Ada kira-kira 2-3 saat pertama untuk membuat keputusan sama ada untuk merelakan diri untuk berdosa ataupun tidak dengan fikiran jahat tersebut. Setelah waktu itu berlalu, agak sukar untuk melawan godaan tersebut.
Bagaimana? Nyatakan dengan lantang bersuara, sekiranya boleh : "Ya Tuhan, saya tawan fikiran jahat ini supaya taat kepada Yesus dan saya ikat fikiran yang menyesatkan minda saya dalam apa cara sekalipun, dalam nama Tuhan Yesus."
Selain itu,
- Minta pertolongan Tuhan untuk membantu kita
- Ikat roh-roh jahat yang mendorong fikiran tersebut. Kita berhak untuk mengikat roh jahat seperti yang dikatakan di dalam Alkitab
- Matius 12:29
- Tidak seorang pun dapat masuk ke dalam rumah seorang yang kuat lalu merampas hartanya, kecuali dia terlebih dahulu mengikat orang kuat itu. Barulah dia dapat merampas hartanya.
- Matius 16:19
- Aku akan memberikan kunci Dunia Baru Allah kepadamu. Apa yang engkau larang di atas bumi, akan dilarang juga di syurga. Apa yang engkau benarkan di atas bumi, akan dibenarkan juga di syurga.
- Matius 18:18
- Ketahuilah, apa yang kamu larang di dunia, akan dilarang juga di syurga. Apa yang kamu izinkan di dunia, akan diizinkan juga di syurga.
- Lukas 10:19-20
- Dengarlah! Aku sudah memberikan kuasa kepada kamu supaya dapat memijak ular dan kala jengking serta mengalahkan segala kekuatan musuh. Tiada apa-apa pun dapat mencederakan kamu.
- Markus 16:17
- Kepada mereka yang percaya akan diberikan tanda-tanda ini: Mereka akan mengusir roh jahat demi nama-Ku...
- Mazmur 91:13
- Engkau akan memijak-mijak ular dan singa, singa yang buas dan ular yang berbisa
- Kisah Para Rasul 16:18
- Selama beberapa hari wanita itu terus-menerus berseru demikian, sehingga Paulus menjadi marah, lalu berpaling dan berkata kepada roh itu, "Demi nama Yesus Kristus aku memerintah engkau keluar daripada wanita ini!" Pada saat itu juga roh itu meninggalkan wanita itu.
- Nyatakan kekuasaan darah Yesus
Kalahkan fikiran tersebut
- Halau pergi fikiran tersebut dari minda
- "Dalam nama Tuhan Yesus, saya halau pergi fikiran dan imaginasi jahat ini. Saya serahkannye kapda Yesus sekarang juga!"
- Nyatakan kebenaran Alkitab
- Kebenaran Alkitab dapat menghancurkan tipu muslihat Iblis. Semua fikiran jahat datang dari tipu muslihat tersebut. Bisakan diri kita dengan Alkitab dan kebenaran di dalamnya kerana kita dapat mengenal pasti tipu muslihat tersebut dengan lebih mudah apabila kita mengetahui kebenaran Alkitab tersebut.
- Sebagai contoh, untuk mengalahkan fikiiran mengenai keinginan seksual:-
- Matius 5:28
- Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Sesiapa memandang seorang wanita dengan perasaan berahi, orang itu sudah berzina dengan dia di dalam hati.
- Lukas 11:34
- Mata bagaikan pelita bagi tubuh. Apabila matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi apabila matamu kabur, seluruh tubuhmu menjadi gelap gelita.
- 1 Korintus 6:18
- Jauhkanlah diri kamu daripada perbuatan cabul. Semua dosa lain yang dilakukan orang, tidak dilakukan terhadap tubuh mereka. Tetapi seseorang yang melakukan perbuatan cabul, berdosa terhadap tubuhnya sendiri!
- Filipi 4:8
- Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat
- Kolose 3:1-4
- Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Kristus. Oleh itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah.Hendaklah kamu memusatkan fikiran kepada perkara-perkara yang di syurga, bukan kepada perkara-perkara yang di bumi.Hal itu demikian kerana kamu sudah mati, dan hidup kamu tersembunyi dengan Kristus di dalam Allah.Hanya Kristus yang dapat menyebabkan hidup kamu betul-betul bererti, dan apabila Dia menampakkan diri lagi di bumi, kamu juga akan bersama-sama Dia dan menikmati kemuliaan-Nya
- Arahkan fikiran tersebut kepada perkara yang suci
- Kita harus bertindak untuk keluar dari 'kawasan bahaya' minda kita
- Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:-
- Doa
- Puji dan sembah Tuhan
- Mainkan muzik puji sembah
- Tukar lokasi, dan keluar dari kawasan godaan tersebut
- Hubungi seorang kawan dan minta didoakan
- Ingat semula Firman Tuhan yang dihafal sebelum ini, dan nyatakan dengan lantang bersuara
Bukan mudah untuk menghalau pergi godaan yang datang kepada kita. Cuba berulang kali sehingga godaan tersebut pergi. Kita perlukan ketahanan rohani untuk berhenti menyerahkan diri kepada fikiran jahat tersebut. Apabila kita melatih rohani kita untuk memilih kebenaran, "otot rohani" kita akan bertambah kuat, memudahkan diri kita untuk melawan godaan yang akan datang seterusnya .
(sumber: http://www.porn-free.org/thoughts.htm )
0 Ulasan