Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham.
Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas (ibunya Rahab)… (Matius 1:1-6)
Boas
Rahab, seperti yang dikatakan dalam artikel Kisah Alkitab 9 yang sebelum ini, telah melahirkan Boas untuk Salmon. Kisah Boas boleh dirujuk di dalam buku Rut, dan dia merupakan seorang yang terkemuka, (kaya raya… - rujuk Rut 2:1) dari kaum Elimelekh. Boas dikatakan memiliki kedudukan yang agak dihormati dalam masyarakat Israel. Dia sudah agak tua, walaupun dia masih belum berkahwin.
Rut
Rut merupakan seorang perempuan Moab yang berkahwin dengan anak pasangan Elimelekh dan Naomi (Ruth 1:1-5);
Pada zaman sebelum umat Israel mempunyai raja, kebuluran berlaku di tanah Kanaan. Pada waktu itu ada seorang lelaki bernama Elimelekh. Dia daripada puak Efrata, dan tinggal di Betlehem di wilayah Yehuda. Oleh sebab kebuluran itu, dia pergi ke negeri Moab bersama dengan isterinya Naomi, serta dua orang anak lelakinya, Mahlon dan Kilyon.
Mereka tinggal di Moab untuk sementara waktu. Semasa mereka di sana, Elimelekh meninggal, maka tinggal Naomi bersama dengan dua orang anak lelakinya. Anak-anak lelakinya itu berkahwin dengan perempuan Moab, yang bernama Orpa dan Rut. Setelah mereka tinggal di Moab selama sepuluh tahun, Mahlon dan Kilyon pula meninggal, maka tinggal Naomi seorang diri. Dia kehilangan suaminya dan kedua-dua orang anaknya.
Mereka tinggal di Moab untuk sementara waktu. Semasa mereka di sana, Elimelekh meninggal, maka tinggal Naomi bersama dengan dua orang anak lelakinya. Anak-anak lelakinya itu berkahwin dengan perempuan Moab, yang bernama Orpa dan Rut. Setelah mereka tinggal di Moab selama sepuluh tahun, Mahlon dan Kilyon pula meninggal, maka tinggal Naomi seorang diri. Dia kehilangan suaminya dan kedua-dua orang anaknya.
Naomi telah melepaskan beban menantunya, Orpa dan Rut, sebagai janda. Mereka boleh memilih untuk pulang ke bangsa sendiri dan berkahwin semula menurut kehendak mereka sendiri. Namun begitu, Rut memilih untuk mengikuti Naomi dan mengikuti ibu mertuanya balik ke Yehuda. Itu bermaksud Rut sanggup pergi kepada bangsa asing, meninggalkan kebiasaan sepanjang masa hidupnya untuk mengikuti Naomi, besar pengorbanan itu.
Tetapi Rut menjawab, "Janganlah suruh saya pulang. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama. Di mana saja mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga.
Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian."
Tetapi Rut menjawab, "Janganlah suruh saya pulang. Benarkanlah saya mengikut mak. Ke mana saja mak pergi, saya akan ikut bersama. Di mana saja mak tinggal, di situ juga saya hendak tinggal. Bangsa mak, bangsa saya juga, dan Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga.
Di mana saja mak meninggal, di situlah saya hendak meninggal dan dikebumikan. Biarlah TUHAN menghukum saya dengan seberat-beratnya jika saya membiarkan apa-apa pun memisahkan kita kecuali kematian."
Rut 1:16-17
Iman seorang perempuan asing yang berkata: Allah yang disembah mak, akan saya sembah juga benar-benar membuktikan sekali lagi bahawa Tuhan mampu menggunakan sesiapa sahaja untuk perkerjaan yang dilakukanNya dan juga untuk mempersiapkan kerajaanNya, kerana setelah itu, Rut akhirnya menjadi salah seorang nenek moyang raja Daud dan juga Yesus Kristus.
Selanjutnya kisah Rut dan Boas boleh dibaca dalam buku Rut seperti berikut (Rut 2:2 - 4:17):-
2 Pada suatu hari, Rut berkata kepada Naomi, "Benarkanlah saya pergi ke ladang untuk mengumpulkan barli yang terjatuh dari tangan para penuai. Tentu saya akan menemui orang yang akan membiarkan saya berbuat begitu." Naomi menjawab, "Pergilah, anakku."
2 Pada suatu hari, Rut berkata kepada Naomi, "Benarkanlah saya pergi ke ladang untuk mengumpulkan barli yang terjatuh dari tangan para penuai. Tentu saya akan menemui orang yang akan membiarkan saya berbuat begitu." Naomi menjawab, "Pergilah, anakku."
3 Kemudian Rut pergi ke ladang. Dia mengikut para penuai di sana, sambil memungut barli yang terjatuh. Kebetulan dia berada di ladang kepunyaan Boas, seorang daripada sanak saudara Elimelekh.
4 Tidak berapa lama kemudian, Boas sendiri datang dari Betlehem. Dia memberikan salam kepada para pekerjanya. "Semoga TUHAN menyertai kamu!" katanya. "Semoga TUHAN memberkati tuan!" jawab mereka.
5 Kemudian Boas bertanya kepada ketua pekerjanya, "Siapakah keluarga wanita itu?"
6 Ketua pekerja itu menjelaskan, "Dia wanita asing yang baru datang dari Moab bersama dengan Naomi. 7 Dia minta izin untuk mengikut para pekerja kita memungut barli yang tercicir. Sejak pagi lagi dia bekerja, dan baru saja dia berhenti untuk berehat sebentar di pondok."
8 Kemudian Boas berkata kepada Rut, "Dengarlah nasihat saya. Janganlah pergi memungut barli di ladang lain, kecuali ladang ini. Bekerjalah dengan para pekerja wanita di sini. 9 Lihatlah ke mana mereka bekerja, dan ikutlah mereka. Dengan tegas saya melarang para pekerja lelaki daripada mengganggu kamu. Apabila kamu haus, minumlah air dari tempayan-tempayan yang telah diisikan oleh mereka."
10 Rut bersujud dan berkata kepada Boas, "Mengapakah tuan mengambil berat terhadap saya dan begitu baik terhadap saya? Saya hanya seorang bangsa asing!"
11 Boas menjawab, "Saya telah mendengar segala sesuatu yang kamu lakukan bagi ibu mentuamu sejak suamimu meninggal. Saya tahu bahawa kamu telah meninggalkan ibu bapa dan negeri kamu untuk tinggal bersama dengan bangsa yang tidak kamu kenal. 12 Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!"
13 Rut berkata, "Tuan sungguh baik hati. Tuan telah menyenangkan hati saya. Tuan telah bercakap lembut kepada saya, walaupun saya tidak setaraf dengan pekerja tuan."
14 Pada waktu makan tengah hari, Boas berkata kepada Rut, "Marilah makan. Celupkanlah rotimu di dalam kuahnya." Rut duduk bersama-sama para pekerja yang lain lalu Boas menghidangkan barli panggang kepadanya. Rut makan sehingga kenyang. Setelah makan, dia menyimpan lebihan makanannya.
15-16 Apabila dia pergi lagi untuk memungut barli, Boas berkata kepada para pekerjanya, "Biarlah dia memungut barli bahkan antara yang sudah diberkas. Jangan larang dia. Cabutlah beberapa batang barli dari berkas-berkas itu dan tinggalkanlah di sana supaya dapat dipungutnya."
17 Rut memungut barli di ladang itu sehingga senja. Setelah dia mengirik barli itu, dia mendapati bahawa barli yang dikumpulkannya hampir sepuluh kilogram.
18 Dia membawa barli itu ke kota, lalu menunjukkan kepada ibu mentuanya berapa banyak barli yang telah dikumpulkannya. Dia juga memberi ibu mentuanya lebihan makanan yang disimpannya pada waktu makan.
19 Naomi bertanya kepadanya, "Di mana engkau mendapat semua ini? Di ladang siapa engkau bekerja? Semoga Allah memberkati orang yang berbuat baik kepadamu!" Rut menceritakan kepada Naomi bahawa dia telah bekerja di ladang seorang yang bernama Boas.
20 "Semoga TUHAN memberkati Boas!" kata Naomi kepada Rut. "TUHAN sentiasa menepati janji-Nya, baik kepada orang yang masih hidup mahupun kepada orang yang sudah meninggal." Katanya lagi, "Orang itu saudara dekat kita. Dialah yang patut bertanggungjawab terhadap kita."
21 Rut berkata, "Lagi pula, dia membenarkan saya memungut barli bersama-sama para pekerjanya sehingga mereka habis menuai seluruh ladang itu.
22 Naomi berkata kepada Rut, "Memang, nak. Lebih baik engkau bekerja dengan para pekerja wanita di ladang Boas. Jika engkau bekerja di ladang orang lain, mungkin engkau akan diganggu oleh orang di sana."
23 Maka Rut tetap mengikuti para pekerja wanita di ladang Boas. Rut memungut barli dan gandum di sana sehingga semuanya habis dituai. Selama itu Rut tinggal bersama dengan ibu mentuanya.
3.1 Kemudian Naomi berkata kepada Rut, "Aku harus mendapatkan suami untukmu, supaya engkau mempunyai rumah tangga sendiri dan hidup bahagia. 2 Ketahuilah, pemilik ladang tempat engkau bekerja dengan para pekerja wanita itu saudara dekat kita. Oleh itu, dengarlah! Senja ini dia akan mengirik barli. 3 Mandilah sekarang dan gunalah minyak wangi dan pakailah bajumu yang tercantik. Kemudian pergilah ke tempat dia mengirik barli, tetapi jangan tunjukkan dirimu sehingga dia selesai makan dan minum. 4 Perhatikanlah tempat dia berbaring. Setelah dia lena, bukalah selimutnya dan baringlah dekat kakinya. Kemudian dia akan memberitahu engkau apa yang harus engkau lakukan."
5 Rut menjawab, "Saya akan menurut segala kata mak."
6 Kemudian Rut pergi ke tempat mengirik barli dan melakukan seperti yang disuruh oleh ibu mentuanya. 7 Setelah Boas makan dan minum, dia berasa gembira. Dia pergi ke tempat timbunan barli, lalu baring dan tidur. Kemudian Rut mendekatinya dengan diam-diam. Dia membuka selimut Boas lalu tidur dekat kakinya. 8 Kira-kira pada tengah malam, Boas terjaga dan membalikkan badannya. Dia terkejut melihat seorang wanita tidur dekat kakinya.
9 "Siapakah kamu?" tanya Boas. "Saya Rut, tuan," jawabnya. "Sudilah tuan mengembangkan jubah untuk melindungi saya; sudilah menjadikan saya isteri tuan. Oleh sebab tuan saudara dekat kami, tuanlah yang bertanggungjawab terhadap hidup saya."
10 "TUHAN memberkati kamu," kata Boas. "Dengan perbuatanmu ini, kamu menunjukkan kesetiaan yang lebih besar daripada apa yang telah kamu lakukan terhadap ibu mentuamu. Sebenarnya, kamu boleh mencari seorang pemuda, baik yang kaya ataupun yang miskin, tetapi kamu tidak berbuat demikian. 11 Janganlah khuatir, Rut. Saya akan memenuhi segala permintaanmu. Semua orang di kota tahu bahawa kamu wanita yang baik budi pekerti. 12 Memang benar saya ini saudara dekatmu dan bertanggungjawab terhadap hidupmu, tetapi ada lagi seorang saudaramu yang lebih dekat daripada saya. 13 Tetapi tinggallah di sini dahulu. Esok pagi, jika saudara itu mahu bertanggungjawab terhadap hidupmu, baiklah. Jika tidak, saya berjanji demi Allah yang hidup bahawa saya akan bertanggungjawab terhadap hidupmu. Sekarang tidurlah hingga pagi."
14 Rut tidur dekat kaki Boas, tetapi esok pagi, Rut bangun ketika hari masih gelap. Dia tidak mahu dilihat orang, kerana Boas tidak mahu orang tahu bahawa Rut berada di situ.
15 Boas berkata kepadanya, "Tanggalkanlah selendangmu dan bentangkanlah di sini." Rut pun berbuat demikian. Lalu Boas menuang kira-kira dua puluh kilogram barli ke dalam selendang itu. Kemudian Boas mengangkatnya ke atas bahu Rut. Rut pulang sambil memikul barli itu.
16 Apabila Rut tiba di rumah, ibu mentuanya bertanya kepadanya, "Apa yang terjadi, nak?" Rut menceritakan segala yang telah dilakukan Boas baginya.
17 Rut berkata lagi, "Kata Boas, saya tidak boleh balik kepada mak dengan tangan kosong. Lalu dia memberikan semua barli ini kepada saya."
18 Naomi berkata kepadanya, "Bersabarlah, Rut. Engkau akan menyaksikan kesudahan segala perkara ini. Boas tidak akan berdiam diri selagi dia tidak menyelesaikan perkara ini hari ini juga."
4.1 Boas pergi ke tempat pertemuan di pintu gerbang kota dan duduk di sana. Pada masa itu orang yang disebutnya saudara terdekat kepada Elimelekh, lalu di situ. Boas memanggil orang itu. "Marilah, hai saudara," katanya. "Duduklah." Saudara itu datang lalu duduk di sana.
2 Kemudian Boas meminta sepuluh orang pemimpin kota supaya duduk di sana juga. Sementara mereka duduk, 3 Boas berkata kepada saudaranya, "Naomi telah balik dari Moab, dan dia hendak menjual tanah milik saudara kita Elimelekh.
4 Saya berpendapat bahawa kamu mesti diberitahu. Jika kamu hendak membeli tanah itu, belilah di hadapan semua orang yang duduk di sini. Tetapi jika kamu tidak mahu membeli tanah itu, katakanlah; kerana kamulah yang pertama berhak membelinya. Kemudian barulah saya." Orang itu berkata, "Saya hendak membeli tanah itu."
5 Boas berkata lagi, "Baiklah. Tetapi jika kamu membeli tanah itu daripada Naomi, ini bererti kamu mengambil Rut juga, balu yang berbangsa Moab itu. Dengan demikian tanah itu tetap menjadi milik keturunan orang yang sudah meninggal."
6 Orang itu menjawab, "Jika demikian, biarlah saya melepaskan hak saya untuk membeli tanah itu, kerana walaupun saya membelinya, anak-anak saya tidak akan mewarisinya. Kamulah yang membeli tanah itu, saya tidak mahu."
7 Pada zaman itu, untuk mengesahkan penjualan milik atau penukaran harta, telah menjadi kebiasaan bahawa si penjual menanggalkan kasutnya lalu memberikan kasut itu kepada si pembeli. Menurut hukum di Israel, dengan cara demikian, sahlah penjualan itu. 8 Oleh yang demikian, apabila saudara itu berkata kepada Boas, "Kamulah yang membeli tanah itu," dia menanggalkan kasutnya lalu memberikannya kepada Boas.
9 Selepas itu Boas berkata kepada para pemimpin dan semua orang yang ada di situ, "Saudara-saudara menjadi saksi hari ini, bahawa daripada Naomi saya telah membeli segala yang dimiliki Elimelekh dan anak-anaknya, Kilyon dan Mahlon. 10 Di samping itu pula Rut, wanita Moab, balu Mahlon itu, menjadi isteri saya sekarang. Dengan cara ini, tanah orang yang sudah meninggal akan tetap menjadi milik keturunannya. Keturunannya pun akan tetap ada di kalangan sanak saudaranya dan tinggal di kotanya. Saudara-saudaralah yang menjadi saksi hal itu pada hari ini."
11 Para pemimpin kota dan semua orang yang berada di situ berkata, "Baiklah, kamilah yang menjadi saksi. Semoga TUHAN membolehkan isterimu menjadi seperti Rahel dan Lea, yang melahirkan banyak anak bagi Yakub. Semoga kamu menjadi kaya antara puak Efrata dan terkenal di Betlehem. 12 Semoga anak-anak yang akan dikurniakan TUHAN kepadamu daripada wanita muda ini menjadikan keluargamu seperti keluarga Peres, anak Yehuda dan Tamar."
Boas mungkin memahami dilema Rut yang merupakan janda bangsa asing. Dia mungkin tertanya-tanya juga apa yang akan terjadi pada Rut setelah Naomi mati, kerana Rut pasti tidak punya siapa-siapa lagi dalam kalangan bangsa Yehuda. Ibu Boas sendiri merupakan bangsa asing, dari kota Yerikho yang runtuh sebelum ini, iaitu Rahab.
Sebelum Rut menjadi isteri Boas, Rut sendiri berada dalam keadaan yang mudah diserang. Dia perempuan yang hanya dilindungi oleh Naomi, seorang perempuan tua - tiada lagi orang lain. Jika Rut bekerja di ladang yang dipenuhi dengan pekerja dan mungkin juga pemilik lelaki yang suka mengganggu perempuan, perkara yang lebih buruk mungkin akan terjadi - seperti kes rogol!
Naomi tahu bahawa Boas adalah saudara terdekat kepada Elimelekh, bekas suaminya, maka dia mencadangkan Rut untuk meminta pertolongan daripada Boas. Dengan penuh rendah diri, Rut meminta untuk menjadi isteri Boas. Perkara ini pelik, namun Rut bukan meminang. Dia cuma terdesak. Dia sanggup, kerana itu adalah cara yang boleh membantu dirinya dan juga ibu mertuanya, Naomi. Rut menunjukkan bahawa dia mempunyai integriti yang tinggi walau dalam kedesakannya.
Boas sendiri tidak mempunyai kelebihan harta daripada dia membeli tanah milik Elimelekh. Dia hanya seorang pengganti, dengan itu Elimelekh mempunyai keturunan! Setelah Boas mati, tanah itu kembali kepada keturunan Elimelekh. Ini menunjukkan bahawa Boas juga bukan seorang yang tamak dan pentingkan diri sendiri.
Jikalau kedua orang ini masih hidup, mungkin kita akan melihat dua orang yang penuh dengan kebaikan.
Semoga anda dapat membayangkan bagaimana Boas dan Rut mengharungi hidup mereka, teruskan membaca siri Kisah Alkitab 11 untuk mengetahui fakta menarik mengenai susur-galur Yesus.
Sebelum Rut menjadi isteri Boas, Rut sendiri berada dalam keadaan yang mudah diserang. Dia perempuan yang hanya dilindungi oleh Naomi, seorang perempuan tua - tiada lagi orang lain. Jika Rut bekerja di ladang yang dipenuhi dengan pekerja dan mungkin juga pemilik lelaki yang suka mengganggu perempuan, perkara yang lebih buruk mungkin akan terjadi - seperti kes rogol!
Naomi tahu bahawa Boas adalah saudara terdekat kepada Elimelekh, bekas suaminya, maka dia mencadangkan Rut untuk meminta pertolongan daripada Boas. Dengan penuh rendah diri, Rut meminta untuk menjadi isteri Boas. Perkara ini pelik, namun Rut bukan meminang. Dia cuma terdesak. Dia sanggup, kerana itu adalah cara yang boleh membantu dirinya dan juga ibu mertuanya, Naomi. Rut menunjukkan bahawa dia mempunyai integriti yang tinggi walau dalam kedesakannya.
Boas sendiri tidak mempunyai kelebihan harta daripada dia membeli tanah milik Elimelekh. Dia hanya seorang pengganti, dengan itu Elimelekh mempunyai keturunan! Setelah Boas mati, tanah itu kembali kepada keturunan Elimelekh. Ini menunjukkan bahawa Boas juga bukan seorang yang tamak dan pentingkan diri sendiri.
Jikalau kedua orang ini masih hidup, mungkin kita akan melihat dua orang yang penuh dengan kebaikan.
Semoga anda dapat membayangkan bagaimana Boas dan Rut mengharungi hidup mereka, teruskan membaca siri Kisah Alkitab 11 untuk mengetahui fakta menarik mengenai susur-galur Yesus.
(Sumber: http://www.gci.org/bible/hist/ruth3 )
0 Ulasan