Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham.
Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron, Ram, Aminadab... (Matius 1:1-4)
Aminadab juga merupakan bapa mertua Harun, imam yang pertama sekali ditahbiskan Tuhan dan juga abang kepada Musa.
Keluaran 6:22 - Harun berkahwin dengan Eliseba, anak perempuan Aminadab; Eliseba juga saudara Nahason...
Teruskan membaca siri Kisah Alkitab 8 untuk mengetahui fakta menarik mengenai susur-galur Yesus.
Ram, Aminadab
Mengenai Ram, tidak banyak catatan yang dapat diperoleh mengenainya, kecuali daripada Ruth 4:18-22:
Keturunan Peres sehingga Daud adalah sebagai berikut: Peres, Hezron, Ram, Aminadab, Nahason, Salmon, Boas, Obed, Isai, dan Daud.
dan 1 Tawarikh 2:9:
Hezron mempunyai tiga orang anak lelaki: Yerahmeel, Ram, dan Kaleb.
Maksud nama Ram adalah "ditinggikan".
Kaleb yang disebut di sini bukanlah Kaleb anak Yefune yang dapat masuk ke tanah perjanjian bersama Yosua dan mendapat kota Hebron.
Begitu juga dengan Aminadab, catatan mengenainya hanya didapati dari seperti yang boleh dibaca sebelumnya Ruth 4:18-22 dan 1 Tawarikh 2:10:
Salasilah daripada Ram hingga Isai adalah seperti berikut: Ram, Aminadab ...
Dianggarkan mereka merupakan generasi yang tertindas di Mesir ketika itu. Mereka tergolong dalam 4 generasi yang tinggal di Mesir seperti yang difirmankan Tuhan kepada Abraham dalam Kejadian 15:13-16:
TUHAN berfirman kepadanya, "Keturunanmu akan menjadi orang asing di negeri lain; mereka akan menjadi hamba di sana dan akan ditindas selama 400 tahun. Tetapi Aku akan menghukum bangsa yang memperhamba keturunanmu itu. Apabila keturunanmu meninggalkan negeri itu, kamu akan mebawa banyak harta-benda. Engkau sendiri akan lanjut usia; engkau akan meninggal dengan tenang, lalu dikebumikan. Selepas 4 generasi, keturunanmu akan kembali ke sini, kerana Aku tidak akan mengusir orang Amori sebelum mereka menjadi terlalu jahat sehingga harus dihukum."
Berkemungkinan Aminadab sempat menyaksikan kesemua mukjizat yang dilakukan Tuhan ketika Musa memimpin mereka keluar dari Mesir. Alkitab mengatakan bahawa 4 generasi keturunan Abraham, bermaksud dari generasi 1)Hezron, 2)Ram, 3)Aminadab, dan 4) Nahason tidak termasuk Yakub,Yehuda dan Peres generasi yang sudah mencecah dewasa sebelum masuk Mesir. Hezron mungkin masih kecil ketika itu.
Sedihnya, Aminadab juga mungkin sebahagian daripada umat yang bersungut kepada Tuhan ketika di mereka masih berada di padang gurun. Jika ini benar, dia juga menerima hukuman yang ditetapkan Allah bahawa dia tidak akan sampai di tanah yang dijanjikan Tuhan (tanah Kanaan) seperti yang dialami oleh Nahason, anaknya. (ulasan lanjut dalam siri 8)

Perhambaan di Mesir |

0 Ulasan