Kisah Alkitab 6

Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham. 

Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron ...
Matius 1:1-3

Peres

Peres anak yang keluar terlebih dahulu, dikira sebagai anak sulung, walaupun menurut bidan, Zerah yang pertama memandangkan dia mengeluarkan tangannya terlebih dahulu.

Alkitab mencatatkan Peres sebagai nenek moyang Yesus, dan berdasarkan ayat di atas, ternyata Peres yang sememangnya mendapat berkat anak sulung tersebut. Nama Peres bermaksud 'desak keluar'. Bayangkan bayi yang berebut keluar dari rahim ibunya, pasti sakit! 

Beberapa maksud rohaniah yang datang dengan nama Peres ini adalah 'mematahkan', 'memecahkan', 'mengharungi', 'melepasi' atau 'menembusi'. Ketika bayi Zerah mengeluarkan tangannya, dalam pergelutan antara kembar tersebut, bayi Peres berjaya menarik tangan bayi Zerah dengan kakinya lalu menembusi rahim dan keluar.

Tidak banyak catatan yang menceritakan Peres. Hanya mengenai anak Peres ialah Hezron dan Hamul, seperti yang dapat dibaca dari Kejadian 46:12 - Yehuda dan anak-anak lelakinya: Syela, Peres, dan Zerah, tetapi anak lelaki Yehuda yang lain, Er dan Onan sudah meninggal di Kanaan. Anak-anak lelaki Peres ialah Hezron dan Hamul.

Persamaan yang sama dalam sulur galur nenek-moyang Yesus, iaitu anak sulung dan begitu jugaklah dengan Hezron.
Gambaran kembar Peres dan Zerah

Hezron

Apa yang menarik mengenai Hezron, dia merupakan antara generasi termuda yang pindah ke Mesir bersama Yakub/Israel. Dia merupakan antara 70 orang yang pergi ke Mesir tersebut. Tidak banyak maklumat lain mengenai Hezron anak kepada Peres di dalam Alkitab. Menariknya makna perkataan Hezron adalah "kubu kuat", diambil daripada maksud 'tempat yang kukuh berdinding'.

Teruskan membaca siri Kisah Alkitab 7 untuk mengetahui fakta menarik mengenai susur-galur Yesus.

Catat Ulasan

0 Ulasan