Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan Abraham.
Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya, ...
Matius 1:1-2a
Yehuda
Mengapa Yehuda dan bukan Ruben, anak pertama Yakub?
Atau pun Simeon, anak kedua dan Levi yang merupakan anak ketiga?
Bukankah Yusuf merupakan anak yang lebih baik, seorang yang sangat taat kepada Tuhan dan amat berpegang kepada janji Tuhan? Dia juga yang telah mendapat hak anak sulung, berkat sehingga melimpah-ruah, daripada kerajaan Mesir ketika itu, daripada ayahnya dan keseluruhannya daripada Tuhan.
Bukan Ruben, anak pertama kerana dosa yang dilakukannya terhadap Tuhan dan terhadap bapanya sendiri. Ruben telah meniduri Bilhah, gundik ayahnya.
Engkau mudah tergoncang seperti air, sehingga engkau bukan yang terutama. Oleh sebab engkau tidur dengan gundikku, engkau mencemarkan tempat tidur bapamu.
Kejadian 48:4
… Selepas melalui menara Eder, dia memasang khemahnya.
22 Sementara mereka berada di tempat itu, Ruben berseketiduran dengan Bilha, gundik bapanya. Hal itu diketahui Yakub, lalu dia sangat marah…
Kejadian 35:21-22
1 Inilah keturunan Ruben, anak sulung Yakub. (Oleh sebab Ruben telah meniduri salah seorang gundik bapanya, maka dia kehilangan haknya sebagai anak sulung. Hak itu diberikan kepada Yusuf.
2 Meskipun begitu, suku Yehuda menjadi suku yang terkuat, dan daripada suku itu seorang menjadi pemerintah seluruh suku Israel.)
1 Tawarikh 5:1-2
Bukan juga Simeon dan Levi kerana dosa mereka membunuh semua lelaki di kota Sikhem.
5 Simeon dan Lewi bersaudara; senjata mereka digunakan untuk kekejaman.
6 Aku tidak akan ikut dalam pakatan mereka, dan tidak ikut dalam kumpulan mereka. Oleh sebab mereka membunuh dalam kemarahan, dan melumpuhkan lembu jantan untuk bersuka-suka.
7 Terkutuklah kemarahan mereka, kerana sangat dahsyat. Terkutuklah amukan mereka, kerana sangat kejam. Aku akan menyelerakkan mereka di seluruh Israel. Aku akan mencerai-beraikan mereka antara semua bangsa.
Kejadian 48:5-7
Ketahuilah dengan lebih lanjut alasan yang membuatkan Simeon dan Levi membunuh semua lelaki di kota Sikhem.
1 ¶ Pada suatu hari, Dina, anak perempuan Yakub dan Lea, mengunjungi beberapa orang wanita Kanaan.
2 Apabila Sikhem nampak Dina, dia melarikan gadis itu lalu merogolnya. Sikhem ialah anak lelaki Hamor, orang Hewi yang menjadi pemerintah di wilayah itu.
3 Tetapi Sikhem sangat tertarik kepada Dina sehingga jatuh cinta kepadanya. Dia berusaha supaya gadis itu mencintainya pula.*
4 Sikhem berkata kepada bapanya, "Saya mohon supaya ayah berusaha mendapatkan gadis itu bagi saya. Saya ingin mengahwininya."
5 Yakub mendengar bahawa anak perempuannya sudah dicabul kehormatannya, tetapi anak-anak lelaki Yakub sedang menjaga ternakannya di padang. Oleh itu dia tidak dapat mengambil tindakan apa-apa sebelum mereka pulang.
6 ¶ Hamor, bapa Sikhem, datang kepada Yakub untuk berunding dengan dia.
7 Pada masa itu juga anak-anak lelaki Yakub pulang dari padang. Setelah mendengar peristiwa itu, mereka terkejut dan sangat marah kerana dengan merogol anak perempuan Yakub, Sikhem sudah menghina semua orang Israel.
8 Hamor berkata kepada Yakub, "Sikhem, anak saya sudah jatuh cinta kepada anak perempuan tuan; saya mohon supaya tuan mengizinkan anak saya berkahwin dengan dia.
9 Marilah kita membuat persetujuan bahawa bangsa tuan dan bangsa kami kahwin campur.
10 Dengan demikian tuan boleh tinggal bersama dengan kami di negeri ini, di mana sahaja tuan suka. Tuan boleh berdagang dengan bebas dan memiliki harta benda."
11 Kemudian Sikhem berkata kepada bapa Dina serta abang-abangnya, "Penuhilah permintaan saya ini, maka saya akan memberikan apa yang saudara-saudara mahu.
12 Katakanlah hadiah apa yang saudara-saudara inginkan, dan tentukanlah mas kahwinnya. Saya akan memberikan apa yang saudara-saudara minta, asal sahaja saudara-saudara membenarkan saya berkahwin dengan gadis itu."
13 Oleh sebab Sikhem sudah mencabul kehormatan Dina, adik mereka, anak-anak lelaki Yakub berbohong kepada Sikhem dan Hamor, bapanya.
14 Mereka berkata kepada kedua-dua orang itu, "Kami malu membenarkan adik kami berkahwin dengan orang yang tidak bersunat.
15 Kami hanya dapat menyetujui permintaanmu itu dengan satu syarat: kamu mesti menjadi seperti kami; semua orang lelaki di kalangan kamu mesti disunat.
16 Setelah itu, kami akan menyetujui cadangan kamu tentang kahwin campur. Kami akan tinggal bersama dengan kamu, dan menjadi satu bangsa dengan kamu.
17 Tetapi jika kamu tidak mahu menerima syarat kami, dan tidak mahu disunat, kami akan mengambil balik gadis itu, lalu pergi."
18 ¶ Hamor dan Sikhem berpendapat bahawa syarat itu berpatutan.
19 Oleh itu Sikhem bersedia memenuhi syarat itu dengan segera kerana dia mencintai Dina. Di kalangan kaum keluarganya, Sikhemlah yang paling penting.
20 Kemudian Hamor dan Sikhem pergi ke tempat pertemuan di pintu gerbang kota, lalu berkata kepada penduduk kota,
21 "Orang Israel sahabat kita. Oleh itu biarlah mereka tinggal di negeri ini bersama dengan kita serta bebas pergi ke mana saja mereka suka. Negeri ini cukup luas bagi mereka juga. Kita boleh berkahwin dengan gadis-gadis mereka, dan mereka pun boleh berkahwin dengan gadis-gadis kita.
22 Tetapi orang Israel hanya mahu tinggal bersama dengan kita dan menjadi satu bangsa dengan kita dengan satu syarat: Semua orang lelaki di kalangan kita harus disunat seperti mereka.
23 Dengan itu semua kawanan binatang dan harta benda mereka akan menjadi kepunyaan kita. Marilah kita menyetujui permintaan mereka supaya mereka tinggal bersama dengan kita."
24 Semua penduduk kota yang berkumpul menyetujui cadangan Hamor dan Sikhem, lalu semua orang lelaki disunat.
25 ¶ Tiga hari kemudian, ketika semua orang lelaki masih kesakitan kerana disunat, dua orang anak Yakub, iaitu abang Dina yang bernama Simeon dan Lewi, mengambil pedang
mereka lalu dengan diam-diam masuk ke dalam kota. Mereka membunuh semua orang lelaki di situ,
26 termasuk Hamor dan Sikhem. Kemudian mereka mengambil Dina dari rumah Sikhem, lalu pergi.
27 Setelah pembunuhan itu, anak-anak lelaki Yakub yang lain merompak kota itu untuk membalas dendam kerana adik mereka sudah dicabul kehormatannya.
28 Mereka merampas kawanan kambing dan domba, lembu, keldai dan segala yang ada di dalam kota dan di padang.
29 Mereka mengambil segala barang yang berharga, menawan semua wanita dan anak-anak, serta merampas segala isi rumah di kota itu.
30 Yakub berkata kepada Simeon dan Lewi, "Kamu menyusahkan aku. Sekarang orang Kanaan dan orang Feris serta semua penduduk negeri ini akan membenci aku. Orang kita tidak banyak; jika semua penduduk itu bersekutu untuk melawan dan menyerang aku, seluruh keluarga kita akan dibinasakan."
31 Tetapi mereka menjawab, "Kami tidak dapat membiarkan adik kami diperlakukan sebagai seorang pelacur."
Kejadian 34
Bukan juga Yusuf kerana dia tidak lagi dianggap sebagai menjadi salah satu suku kaum Israel kerana Yakub (juga dikenali Israel) telah menyerahkan berkatnya kepada Manasye dan Efraim, yang menganggap mereka sebagai anaknya sendiri.
5 Yakub berkata lagi, "Yusuf, kedua-dua orang anakmu, Efraim dan Manasye, yang dilahirkan di Mesir sebelum aku tiba di sini, kuanggap sebagai anakku, seperti Ruben dan Simeon.
6 Jika engkau mendapat anak lelaki lagi, mereka tidak akan kuanggap sebagai anakku melainkan
tetap anakmu; mereka akan menerima warisan daripada Efraim dan Manasye.
Kejadian 48:5-6
Efraim dan Manasye diberkati oleh Yakub/Israel |
Rujukan
daripada Ichthys Home http://ichthys.com/mail-Judah.htm juga mengongsikan bahawa kita harus mengetahui satu fakta penting bahawa Yesus adalah Anak Sulung, Anak yang Pertama, yang Unik
dan Satu-Satunya. Maka, oleh sebab ketiga-tiga abang sebelumnya ditolak atas tingkah laku mereka, Yehudalah yang menjadi suku tersulung sekali.
Roma 8:29 : Mereka
yang sudah dipilih oleh Allah, juga telah ditetapkan-Nya dari dahulu supaya menjadi seperti Anak-Nya, Yesus Kristus. Dengan demikian Anak itu menjadi yang pertama antara banyak saudara.
Kolose 1:15 Kristus
serupa dengan Allah, tetapi Kristus dapat dilihat, sedangkan Allah tidak. Kristus itu Anak sulung yang lebih utama daripada segala sesuatu yang diciptakan.
Teruskan membaca siri Kisah Alkitab 5 untuk mengetahui fakta menarik mengenai susur-galur Yesus.
0 Ulasan