5 Sebab Tuhan Ingin Kita Menunggu

Penantian, 

Sesuatu yang agak menyakitkan,

Namun mampu mengubahkan.



Menunggu merupakan hal yang paling sukar untuk dilakukan. Banyak orang tidak suka untuk menunggu, tidak kiralah menunggu di kedai makan atau menunggu semasa memandu di belakang kereta yang bergerak perlahan di laluan laju. Generasi kini cenderung untuk tergesa-gesa bergerak ke perkara atau destinasi seterusnya. Namun Tuhan bukanlah jenis yang tergesa-gesa.

Firman Tuhan mengatakan bahawa Dia mengatur segala sesuatu mengikut rancanganNya. Dia sentiasa ada tujuan untuk segala sesuatu yang terjadi dalam hidup kita.

Masalah yang sering kita hadapi dengan menunggu adalah kita tidak akan mendapat butiran lengkap tentang perkara yang yang sedang kita tunggu. Dari perspektif kita sebagai manusia, kita cenderung untuk pastikan semuanya telah diketahui dan kita mahu Tuhan yang bergerak mengikut kehendak masa kita.

Namun begitu, Tuhan jarang sekali lakukan perkara menurut kehendak masa kita, dan disebabkan hal ini kita tidak boleh merasa lemah. Sekiranya kita tidak berhati-hati, kita akan fikir Tuhan tidak adil atau marah dengan kita.

Di dalam Injil kita dapat melihat perkara ini terjadi kepada Maria dan Marta ketika mereka menunggu Yesus untuk datang dan menyembuhkan Lazarus, saudara mereka. Apabila Yesus akhirnya muncul, Dia dikatakan mengambil masa terlalu lama!

Tuhan sentiasa ada sebab untuk membiarkan kita menunggu dengan sabar. Menunggu sudah menjadi sebahagian daripada alat yang dipakai Tuhan untuk membentuk peribadi seseorang. Alkitab penuh dengan cerita orang-orang yang menunggu Tuhan dengan penuh kesabaran, seperti Nuh, Abraham, Musa, Yusuf, Daud, Daniel, Yesus, Paulus dana juga jutaan lagi orang-orang yang disebut di dalam Alkitab.
Dalam mengkaji kehidupan orang-orang seperti ini, saya mendapati 5 sebab Tuhan ingin kita untuk menunggu:-

1. Menunggu menunjukkan motif sebenar kita
Menunggu membuatkan orang-orang mempamerkan segala hal yang baik dan buruk dari seseorang. Buat seseorang yang tidak mempunyai motif yang benar, mereka tidak akan menunggu lama kerana mereka akan memikirkan komitmen yang diperlukan untuk melepasinya. Mereka lebih berminat untuk meraih kejayaan jangka masa pendek.
Ramai di antara kita yang mempunyai tujuan yang murni, namun kebanyakannya hanya berusaha untuk mengambil nama bagi kepentingan diri sendiri. Fakta yang amat menyedihkan untuk diucap namun itulah kenyataannya.

2. Menunggu membina kesabaran di dalam hidup  kita
Kesabaran untuk rela menunggu perkara-perkara kecil akan membuatkan kita sabar untuk menunggu hal-hal yang lebih besar. Sekiranya kita tidak mampu menunggu demi perkara kecil, kita tidak akan mampu untuk menunggu demi perkara-perkara besar yang Dia akan berikan kepada kita.
Namun masalahnya bagi kita adalah perspektif kita yang selalunya salah. Kita cenderung untuk memikirkan perkara yang lebih besar dalam hidup kita seperti kewangan dan kekuasaan kita sedangkan Tuhan lebih memikirkan untuk mempengaruhi dan mengubah hidup orang lain.
3. Menunggu menimbulkan keterujaan

Setelah menunggu untuk sekian lama, kita akan cenderung untuk menghargai perkara yang lama ditunggu-tunggu tersebut. Keterujaan yang hanya timbul ketika kita menunggu cukup lama.

4. Menunggu mengubah sifat kita

Mungkin kita sudah sedia maklum dengan kisah Musa yang memimpin bangsa Israel keluar dari Mesir dengan keajaiban yang ditunjukkan Tuhan melaluinya sepanjang masa itu. 

Namun, tidak ramai yang mendengar kisah mengenai Musa yang terpaksa menunggu 40 tahun sebelum Tuhan berbicara kepadanya. Tuhan menggunakan masa tersebut untuk mengubah sifatnya. Kita tahu ini kerana sebelumnya Musa adalah seorang lelaki muda yang agak kurang ajar dan kurang sabar. Di dalam ketidaksabarannya itulah, dia telah membunuh seorang lelaki dan menyembunyikan mayatnya. Ketika dosanya itu diketahui ramai, dia melarikan diri untuk menyelamatkan nyawanya dan hidup di padang gurun. Ketika dia diberikan peluang kedua kali, dia lakukannya menurut masa dan kehendak Tuhan dan akhirnya dia menjadi seorang pemimpin yang membawa keluar bangsa Israel dari Mesir.

Penantian mampu mengubah Musa dan begitulah juga dengan saya dan anda.

5. Menunggu membentuk keintiman dan kebergantungan terhadap Tuhan



Kebanyakan orang-orang yang disebutkan di dalam Alkitab mempunyai satu persamaan: mereka adalah orang yang mengetahui bahawa kejayaan di dalam hidup mereka adalah selari dengan keintiman dan kebergantungan mereka kepada Tuhan. Bagi mereka, hubungan dengan Tuhan bukanlah seperti skim cepat kaya, ianya adalah perkara hidup dan mati mereka.

Menunggu di saat susah mereka membentuk hubungan mereka yang lebih intim dengan Tuhan. Itulah sebabnya kisah mereka direkodkan di dalam Alkitab. Akhirnya, mereka menikmati proses tersebut bersama Tuhan dan janji yang Tuhan berikan kepada mereka.

Kita mungkin tidak memahami mengapa kita harus menunggu, tetapi berita baiknya adalah Tuhan tidak pernah meminta kita menunggu tanpa Dia di sisi.


(Sumber: Eric Speir-30 September 2013, Practical Faith, RELEVANT MAGAZINE  http://www.relevantmagazine.com/god/practical-faith/5-reasons-god-makes-us-wait )

Catat Ulasan

0 Ulasan