Banyak orang Farisi dan
Saduki datang kepadanya untuk dibaptis. Apabila Yohanes melihat mereka, dia
berkata "Hai kamu orang jahat! Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu
dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah yang akan datang?
~Mat 3: 7~
Apa reaksi kamu terhadap pernyataan tersebut? Sedar atau tidak, kamu mungkin orang yang dimaksudkan Yohanes? Walaupun di dalam petikan kita membaca bahawa Yohanes sedang berkata kepada orang Farisi dan Saduki, tetapi anda juga mungkin 'Orang Farisi dan Saduki' tersebut.
Hai kamu orang jahat!
Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada
hukuman Allah yang akan datang?
Bagi yang tidak mengetahui siapakah golongan orang Farisi dan
Saduki ini, tentu kamu tertanya-tanya: "Mengapa mereka dikatakan sebagai
orang jahat?"
Yang paling nyata adalah tabiat hipokrit mereka. Matius 15:7
memberitahu kita bahawa Yesus menyebut mereka, munafik!
" Kamu
munafik!....." ~Mat 15:7~
Adakah kamu juga seorang munafik? Adakah kamu seorang
hipokrit? Di hadapan orang kamu menjadi baik, di belakang kamu menjadi orang
lain? Ketika kamu berseorangan, adakah kamu berkelakuan sama seperti ketika
kamu bersama kawan, keluarga atau orang lain di sekeliling kamu? Adakah kamu
melakukan hal yang berkenan di mata Tuhan sepanjang masa, atau kamu hanya
melakukannya pada masa-masa tertentu?
Jawab sendiri, saudara-saudari dalam Kristus!
Jikalau kamu mengaku bahawa kamu tergolong dalam golongan
orang Farisi dan Saduki yang hipokrit itu, jangan sedih, saudaraku, kerana kamu
mengaku dosamu dan masih ada peluang untuk membetulkan kelakuanmu.
Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan
bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa.
~Mat 3:8~
Lakukanlah seperti yang difirmankan dalam Injil seperti yang
dikatakan Yohanes.
0 Ulasan