KETAHUILAH KEHENDAK TUHAN DALAM HIDUP ANDA
6 elemen dalam kehendak Tuhan untuk hidup kita:-
1) Dikuasai oleh Roh Allah
Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah.
Efesus 5:18
2) Hidup suci
Inilah kehendak Allah bagi kamu: Hendaklah kamu mengamalkan hidup yang suci, dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang cabul.
1 Tesalonika 4:13
3) Bersyukur dalam segala keadaan
Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.
1 Tesalonika 5:18
4) Taat kepada pemerintah
1 Petrus 2:13
5) Menanggung penderitaan kerana berbuat baik
Lebih baik menanggung penderitaan kerana berbuat baik, jika hal itu memang kehendak Allah, daripada menanggung penderitaan kerana berbuat jahat.
1 Petrus 3:17
6) Bertaubat daripada dosa
Tuhan tidak berlambat untuk melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya, meskipun beberapa orang berfikir demikian. Sebaliknya, Dia sabar terhadap kamu, kerana Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.
2 Petrus 3:9
1 Ulasan
INI SANGAT BAIK SAYA SUKA INI, TUHAN YESUS MEMBERKATIMU SENANTIASA. AMIEN
BalasPadam