KRISTIAN SEBAGAI ORANG YANG MENGUCAPKAN BERKAT
Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.
Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.
Semoga TUHAN berkenan kepada kamu dan memberi kamu kesejahteraan.
Bilangan 6:24-26
Dalam kita memperoleh berkat-berkat daripada Tuhan, tidak mengira berkat rohani mahupun jasmani, Tuhan juga ingin kita memberkati orang lain kerana kita diberikan berkat untuk memberkati orang lain.
WE ARE BLESSED TO BE THE BLESSING!
Tanpa mengira siapapun yang ada di sekeliling kita, mahupun dalam kehidupan kita sendiri setiap hari, kita mempunyai kuasa untuk memberkati orang lain kerana Tuhan telah berjanji bahawa Dia akan memberkati orang yang kita ucapkan berkat tersebut.
TUHAN berfirman, "Jika mereka mengucapkan nama-Ku sebagai berkat kepada umat Israel, Aku akan memberkati umat Israel."
Bilangan 6:27
Dalam firman yang Tuhan janjikan kepada Harun dalam Bilangan 6 tersebut sememangnya untuk orang Israel, tapi kita sebagai orang Kristian yang percaya adalah 'orang Israel' secara rohani. Apa yang dijanjikan menunjukkan kepada kita betapa Dia memberi kuasa dalam ucapan berkat kita. Jadi kenapa tidak memberkati orang lain dengan ucapan berkat dalam kehidupan kita setiap hari?
Dalam buku Ruth, tertulis kisah Boas yang sememangnya sudah mengaplikasikan budaya mengucapkan berkat ini di ladangnya, kepada pekerja-pekerja.
Tidak berapa lama kemudian, Boas sendiri datang dari Betlehem. Dia memberikan salam kepada para pekerjanya. "Semoga TUHAN menyertai kamu!" katanya. "Semoga TUHAN memberkati tuan!" jawab mereka.
Ruth 2:4
Boas mengucapkan berkat kepada pekerjanya, katanya, "...semoga Tuhan menyertai kamu!..."
Dan pekerjanya menyahut, "..Semoga Tuhan memberkati tuan!"
Change the Atmosphere
Change the Attitude
Change the Action
(Sumber: Pastor Lee Choo, Khotbah Ahad SIBKL, Kuala Lumpur)
0 Ulasan