Inilah senarai nenek moyang Yesus Kristus, keturunan Daud, keturunan
        Abraham. 
      
    
  
  Daripada Abraham hingga Raja Daud, nama-nama nenek moyang Yesus adalah
      seperti berikut: Abraham, Ishak, Yakub, Yehuda dan saudara-saudaranya,
      Peres dan Zerah (ibu mereka bernama Tamar), Hezron, Ram, Aminadab,
      Nahason, Salmon, Boas (ibunya Rahab), Obed (ibunya
      Rut), Isai, dan Raja Daud. (Matius 1:1-6)
sambungan Raja Daud
  Baca terus dari Alkitab untuk membaca apa yang terjadi seterusnya kepada Raja
  Daud (ketika ini baginda masih belum menjadi raja). Raja Daud mula mengalami
  penganiyaan daripada Raja Saul. Namun, baginda sentiasa terlepas daripada
  terbunuh, berkat Yonatan, Milkal, Nabi Samuel yang diletakkan TUHAN di
  sekeliling baginda. Sememangnya, rancangan TUHAN sentiasa yang terbaik.
1 Samuel 19
  1Raja Saul memberitahu Yonatan, puteranya, dan semua pegawainya bahawa baginda
  merancang untuk membunuh Daud. Tetapi Yonatan sangat mengasihi Daud,
  2lalu dia berkata kepada Daud, "Bapaku berusaha untuk membunuh kamu. Esok pagi
  berhati-hatilah. Bersembunyilah di suatu tempat rahsia dan tinggallah di situ.
  3Aku akan pergi ke padang bersama dengan bapaku dan berdiri dekat tempat kamu
  bersembunyi. Lalu aku akan bercakap dengan dia tentang maksudnya terhadapmu.
  Jika aku mengetahui apa-apa, aku akan memberitahu kamu."
  4Yonatan mengatakan hal-hal baik tentang Daud kepada Raja Saul, katanya,
  "Ayah, janganlah celakakan Daud, hamba ayah. Dia tidak berbuat kesalahan
  apa-apa terhadap ayah; sebaliknya, dia sudah berjasa banyak kepada ayah.
  5Dia telah mempertaruhkan nyawanya ketika dia membunuh Goliat, dan TUHAN telah
  memberikan kemenangan yang besar kepada Israel. Ayah sendiri telah
  menyaksikannya, dan ayah berasa gembira pada waktu itu. Mengapakah sekarang
  ayah hendak menganiaya seorang yang tidak bersalah, dan mahu membunuh Daud
  tanpa sebab?"
  6Raja Saul insaf setelah mendengar kata-kata Yonatan itu, lalu baginda
  bersumpah demi TUHAN bahawa baginda tidak akan membunuh Daud.
  7Selepas itu Yonatan memanggil Daud dan memberitahunya semua percakapan tadi.
  Kemudian Yonatan membawa Daud kepada Raja Saul, lalu Daud berkhidmat kepada
  Raja Saul seperti dahulu.
  8Kemudian perang dengan orang Filistin berlaku semula. Daud menyerang dan
  mengalahkan orang Filistin sama sekali sehingga mereka lari.
  9Pada suatu hari Raja Saul sedang duduk sambil memegang tombak di rumah.
  Tiba-tiba Raja Saul dirasuk lagi oleh roh jahat yang disuruh oleh TUHAN. Pada
  masa itu Daud berada di situ dan sedang memainkan kecapinya.
  10Raja Saul cuba menancapkan tombak itu kepada Daud yang berada dekat dinding,
  tetapi Daud mengelak, sehingga tombak itu tertancap pada dinding. Daud lari
  untuk menyelamatkan diri.
  11Pada malam itu juga, Raja Saul menyuruh beberapa orang ke rumah Daud untuk
  mengintip Daud, lalu membunuh dia pada waktu pagi. Tetapi Mikhal, isteri Daud,
  memberitahu dia, "Jika engkau tidak lari malam ini juga, esok pagi engkau
  pasti dibunuh."
12Mikhal menurunkan Daud dari jendela dan Daud lari dari tempat itu.
12Mikhal menurunkan Daud dari jendela dan Daud lari dari tempat itu.
             
           | 
        
| Mikhal menurunkan Daud dari jendela | 
  14Apabila anak buah Raja Saul datang untuk menangkap Daud, Mikhal berkata,
  "Daud sedang sakit."
  15Tetapi Raja Saul menyuruh mereka pergi lagi ke situ untuk melihat Daud dengan
  mata mereka sendiri. Baginda memberikan perintah, "Bawalah dia ke mari bersama
  dengan tempat tidurnya, supaya aku dapat membunuh dia."
  16Mereka masuk ke dalam bilik dan mendapati patung yang terletak di tempat
  tidur dengan bantal daripada bulu kambing di bawah kepalanya.
  
  
    
      
  
  
           
         | 
      
| Mikhal menolong Daud melarikan diri | 
  17Raja Saul bertanya kepada Mikhal, "Mengapa engkau menipu beta begini? Musuh
  beta telah kautolong melarikan diri!" Mikhal menjawab, "Dia mengancam untuk
  membunuh saya jika saya tidak menolong dia melarikan diri."
  18Daud lari dan pergi kepada Samuel di Rama. Daud memberitahu Samuel segala
  yang sudah dilakukan Raja Saul terhadapnya. Kemudian Daud dan Samuel pergi ke
  Nayot dan tinggal di sana.
1 Samuel 20
    Yonatan Menolong Daud
  
  
    1Kemudian Daud lari dari Nayot dekat Rama, lalu pergi berjumpa dengan
    Yonatan. Dia bertanya kepada Yonatan, "Apakah yang sudah aku lakukan? Apakah
    kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga bapamu hendak membunuh
    aku?"
  
  
    2Yonatan menjawab, "Jangan berkata begitu! Demi Allah, engkau tidak akan
    dibunuh! Bapaku selalu memberitahu aku segala rancangannya, yang mustahak
    mahupun yang tidak mustahak. Dia tidak pernah merahsiakan apa pun terhadap
    aku. Perkara itu tidak benar!"
  
  
    3Daud menjawab, "Bapamu tahu engkau sangat mengasihi aku. Oleh itu bapamu
    tidak memberitahu engkau apa yang dicadangkannya, supaya engkau tidak
    bersedih. Aku bersumpah demi TUHAN yang hidup bahawa sesungguhnya hidupku
    diancam maut!"
  
  
    4Yonatan berkata, "Aku akan melakukan apa saja permintaanmu."
  
  
    5Daud menjawab, "Begini, esok Perayaan Bulan Baru. Seharusnya aku makan
    bersama-sama raja. Tetapi jika kamu setuju, aku akan pergi bersembunyi di
    padang sampai lusa malam.
  
  
    6Jika bapamu menanyakan sebabnya aku tidak hadir, katakanlah kepadanya
    bahawa aku sudah memohon izin daripadamu untuk segera pulang ke Betlehem,
    kerana di sana diadakan upacara mempersembahkan korban tahunan bagi semua
    anggota keluargaku.
  
  
    7Jika raja berkata, ‘Baiklah,’ maka aku akan aman, tetapi jika raja murka,
    ketahuilah bahawa raja sudah mengambil keputusan untuk mencelakakan aku.
  
  
    8Aku minta pertolonganmu kerana kita sudah mengikat perjanjian di hadapan
    TUHAN. Namun jika aku bersalah, bunuhlah aku, tetapi jangan serahkan aku
    kepada bapamu."
  
  
    9Yonatan menjawab, "Jangan khuatir! Jika aku tahu dengan pasti bahawa bapaku
    sudah bertekad untuk mencelakakan engkau, tentu aku memberitahu engkau."
  
  
    10Kemudian Daud bertanya, "Siapakah yang akan memberitahu aku jika bapamu
    murka?"
  
  
    11Yonatan berkata, "Mari kita pergi ke padang." Mereka berdua pergi ke
    padang,
  
  
    12lalu Yonatan berkata kepada Daud, "Semoga TUHAN, Allah Israel menjadi saksi
    kita. Esok atau lusa kira-kira pada waktu ini, aku akan berusaha untuk
    mengetahui isi hati bapaku. Jika dia bersikap baik terhadapmu, aku akan
    mengirim khabar kepadamu.
  
  
    13Tetapi jika dia berniat untuk mencelakakan engkau, biarlah TUHAN membunuh
    aku jika aku tidak memberitahukan hal itu kepadamu dan menyelamatkan engkau.
    Semoga TUHAN menyertai engkau sebagaimana Dia menyertai bapaku dahulu!
  
  
    14Jika aku masih hidup, ingatlah akan perjanjian kita di hadapan TUHAN dan
    setialah kepadaku; tetapi jika aku sudah tiada,
  
  
    15tunjukkanlah kesetiaanmu terhadap keturunanku sampai selama-lamanya.
    Setelah TUHAN membinasakan semua musuhmu,
  
  
    16semoga perjanjian antara kita berdua tetap kekal. Jika perjanjian itu
    dibatalkan, TUHAN akan menghukum engkau."
  
  
    17Itulah kali kedua Yonatan minta Daud berjanji untuk mengasihinya, kerana
    dia sendiri mengasihi Daud seperti dirinya sendiri.
  
  
    18Kemudian Yonatan berkata kepadanya, "Esok Perayaan Bulan Baru. Jika engkau
    tidak hadir, tentu diketahui orang kerana tempatmu kosong di meja makan.
  
  
    19Jika lusa pun engkau tidak hadir, pasti engkau dicari. Oleh itu pergilah ke
    tempat persembunyianmu yang dahulu, lalu bersembunyilah di belakang timbunan
    batu di situ.
  
  
    20Lusa aku akan memanah tiga kali ke arah timbunan batu itu, seolah-olah
    timbunan itu suatu sasaran.
  
  
    21Kemudian aku akan menyuruh hambaku mencari anak panah itu. Jika aku berkata
    kepadanya, ‘Lihatlah, anak panah itu lebih dekat lagi ke mari, ambillah,’
    itu bermakna bahawa engkau selamat dan boleh keluar. Aku bersumpah demi
    TUHAN yang hidup bahawa engkau tidak dalam bahaya apa pun.
  
  
    22Tetapi jika aku berkata kepada hambaku, ‘Anak panah itu lebih jauh lagi ke
    sana,’ itu bermakna bahawa TUHAN menyuruh engkau pergi; oleh itu pergilah.
  
  
    23Semoga TUHAN memastikan supaya kita selamanya memegang perjanjian antara
    kita berdua."
  
  
    24Maka Daud pergi bersembunyi di padang. Pada Perayaan Bulan Baru, Raja Saul
    datang ke jamuan makan.
  
  
    25Seperti biasa Raja Saul duduk dekat dinding; Yonatan mengambil tempat di
    hadapannya, dan Abner duduk di sebelah Raja Saul, tetapi kerusi Daud tetap
    kosong.
  
  
    26Pada hari itu, Raja Saul tidak menyinggung hal itu kerana baginda berfikir,
    "Mungkin ada sesuatu yang terjadi kepada Daud, sehingga menyebabkan dia
    najis."
  
  
    27Keesokan harinya, sehari setelah Perayaan Bulan Baru, kerusi Daud masih
    kosong. Kemudian Raja Saul bertanya kepada Yonatan, "Mengapa Daud tidak
    hadir pada jamuan, kelmarin dan hari ini?"
  
  
    28Yonatan menjawab, "Dia sudah minta izin kepada saya untuk pergi ke
    Betlehem.
  
  
    29‘Benarkanlah aku pergi,’ katanya, ‘kerana keluargaku sedang merayakan pesta
    mempersembahkan korban di Betlehem, dan aku disuruh datang oleh abangku.
    Oleh itu jika kamu izinkan, biarlah aku pergi untuk bertemu dengan sanak
    saudaraku.’ Itulah sebabnya dia tidak hadir pada jamuan ini, ayah."
  
  
    30Setelah mendengar hal itu Raja Saul sangat murka terhadap Yonatan. Raja
    Saul bertitah, "Anak haram jadah! Sekarang beta tahu bahawa engkau memihak
    kepada Daud. Engkau mempermalukan bondamu dan dirimu sendiri.
  
  
    31Tidak tahukah engkau bahawa selama Daud hidup, engkau tidak mungkin menjadi
    raja negeri ini? Sekarang suruhlah orang mencari dia dan membawanya ke mari,
    kerana dia mesti mati!"
  
  
    32Yonatan menjawab, "Mengapakah dia mesti mati? Apakah dosanya?"
  
  
    33Ketika itu juga Raja Saul melemparkan tombak ke arah Yonatan untuk membunuh
    dia. Oleh itu Yonatan sedar bahawa ayahandanya sungguh-sungguh berniat untuk
    membunuh Daud.
  
  
    34Dengan marah sekali Yonatan meninggalkan meja makan dan dia tidak makan
    apa-apa pada hari kedua Perayaan Bulan Baru itu. Dia sangat gelisah
    memikirkan Daud yang sudah dihina oleh Raja Saul, ayahandanya.
  
  
    35Keesokan paginya Yonatan pergi ke padang untuk menjumpai Daud sebagaimana
    yang telah dirancangkan bersama. Dia membawa seorang budak lelaki, iaitu
    hambanya, bersama dengan dia.
  
  
           
         | 
      
| Yonatan bersama hambanya memanah | 
    36Yonatan berkata kepadanya, "Ayuh, carilah anak-anak panah yang akan
    kupanahkan." Sedang budak itu berlari, Yonatan memanahkan sebatang anak
    panah melewati budak itu.
  
  
    37Apabila budak itu sampai ke tempat anak panah itu jatuh, Yonatan berteriak
    kepadanya, "Anak panah itu lebih jauh lagi ke sana!
  
  
    38Cepatlah! Jangan berdiri saja!" Dia mengambil anak panah itu lalu kembali
    kepada tuannya.
  
  
    39Dia sama sekali tidak tahu maksud kata-kata Yonatan itu, hanya Yonatan dan
    Daud yang memahaminya.
  
  
    40Yonatan memberikan alat pemanahnya kepada budak itu dan menyuruh dia
    membawanya balik ke kota.
  
  
    41Setelah budak itu pergi, Daud keluar dari belakang timbunan batu itu, lalu
    bersujud tiga kali. Daud dan Yonatan menangis ketika mereka saling
    berciuman. Kesedihan Daud lebih besar daripada kesedihan Yonatan.
  
  
    42Kemudian Yonatan berkata kepada Daud, "Semoga Allah menyertai engkau. TUHAN
    akan memastikan agar kita dan keturunan kita selalu memegang perjanjian kita
    berdua di hadapan-Nya." Setelah itu Daud pergi, lalu Yonatan pulang ke kota.
  
  
    Setelah itu, Daud hidup dalam pelarian daripada Raja Saul. Pengikut setia
      baginda turut berkumpul bersama baginda, sehingga sebanyak 600 orang.
      Berulang kali Raja Saul cuba membunuh Daud sebelum Raja Saul sendiri
      membunuh diri dalam peperangan sengit melawan orang Filistin. 
  
  
    1 Samuel 21
  
  
      Daud Melarikan Diri daripada Raja Saul
    
    
      1Kemudian Daud pergi kepada Imam Ahimelekh di Nob. Dengan gentar Ahimelekh
      keluar menemui Daud, dan bertanya kepadanya, "Mengapa kamu ke mari seorang
      diri?"
    
    
      2Daud menjawab, "Saya diserahi tugas oleh raja dan dilarang memberitahu
      sesiapa pun tentang tugas itu. Oleh itu saya menyuruh anak buah saya
      menunggu di suatu tempat.
    
    
      3Saya ingin bertanya, apa makanan yang ada pada tuan sekarang? Tolong beri
      saya lima ketul roti atau apa saja yang ada."
    
    
      4Imam itu menjawab, "Saya tidak mempunyai roti biasa, hanya roti
      persembahan yang ada. Kamu boleh mengambilnya, asal saja anak buahmu tidak
      melakukan persetubuhan baru-baru ini."
    
    
      5"Tentu tidak!" jawab Daud. "Anak buah saya sentiasa tahir, walaupun
      semasa menjalankan tugas biasa; apalagi kali ini apabila kami menjalankan
      tugas istimewa!"
    
    
      6Kemudian imam itu memberikan roti persembahan kepada Daud, kerana roti
      yang ada padanya hanya roti persembahan yang sudah dipersembahkan kepada
      Allah. Roti itu sudah diambil dari tempat persembahan untuk digantikan
      dengan roti yang baru.
    
    
      7(Kebetulan, Doeg orang Edom, ketua gembala ternakan Raja Saul, berada di
      situ pada hari itu untuk memenuhi kewajipan agama.)
    
    
      8Daud bertanya kepada Ahimelekh, "Adakah imam menyimpan tombak atau pedang
      yang dapat saya guna? Perintah raja sangat mendadak sehingga saya
      berangkat dengan sangat tergesa-gesa dan tidak sempat lagi mengambil
      pedang atau senjata yang lain."
      
        
          
      
    
    
               
             | 
          
| Imam Ahimelekh menyerahkan pedang kepada Daud | 
      9Ahimelekh menjawab, "Saya menyimpan pedang Goliat, orang Filistin yang
      kamu bunuh di Lembah Ela. Pedang itu ada di belakang efod, dibungkus
      dengan kain. Jika kamu mahu pedang itu, ambillah, kerana hanya itulah
      senjata yang ada di sini." Daud berkata, "Pedang itulah yang terbaik di
      seluruh negeri; berikanlah pedang itu kepada saya!"
    
    
      10Pada hari itu juga, Daud melarikan diri daripada Raja Saul, lalu pergi
      kepada Raja Akhis di kota Gat.
    
    
      11Para pegawai Raja Akhis berkata kepada baginda, "Bukankah dia ini Daud,
      raja di negerinya? Dialah yang dimaksudkan kaum wanita yang pada waktu itu
      menari-nari sambil bernyanyi begini, ‘Raja Saul membunuh beribu-ribu orang
      musuh, tetapi Daud membunuh berpuluh-puluh ribu orang musuh.’"
    
    
      12Kata-kata itu mengganggu fikiran Daud, dan dia menjadi sangat takut
      kepada Raja Akhis.
    
    
      13Oleh itu, di hadapan mereka Daud berpura-pura gila. Apabila mereka
      mencuba menahannya, dia seolah-olah kurang waras; dia menggores-gores
      pintu kota dan membiarkan air liurnya meleleh ke janggut.
    
    
      14Kemudian Raja Akhis bertitah kepada para pegawainya, "Tidakkah kamu
      nampak bahawa orang itu gila? Mengapa kamu membawa dia ke mari?
    
    
      15Masih kurangkah orang gila di sekeliling beta, sehingga kamu membawa
        seorang gila lagi ke istana beta?"
    
  1 Samuel 22
      1 Kemudian Daud meninggalkan kota Gat dan bersembunyi di gua dekat
          kota Adulam. Apabila abang-abangnya dan semua anggota keluarganya
          mendengar bahawa dia berada di situ, mereka datang kepadanya.
    
    
      2  Semua orang yang tertindas, atau yang mempunyai hutang, atau
          yang berasa tidak puas, juga bergabung dengan Daud, lalu Daud menjadi
          pemimpin mereka. Jumlah pengikut Daud ada kira-kira empat ratus
          orang.
    
    
      3  Dari gua itu Daud pergi ke Mizpa di negeri Moab. Dia berkata
          kepada raja Moab, "Tolonglah benarkan ibu bapa hamba tinggal dengan
          tuanku sehingga hamba tahu kehendak Allah untuk hamba."
    
    
      4  Oleh itu Daud membawa ibu bapanya kepada raja negeri Moab,
          dan mereka tinggal di sana selama Daud bersembunyi di gua.
    
    
      5  Kemudian pada suatu hari seorang nabi yang bernama Gad datang
          kepada Daud dan berkata, "Jangan tinggal di gua ini. Pergilah dengan
          segera ke tanah Yehuda." Lalu Daud meninggalkan tempat itu dan pergi
          ke hutan Keret.
    
   
     6 Pada suatu hari Raja Saul sedang duduk di bawah pokok tamariska di
          atas bukit di Gibea; baginda sedang memegang tombak dan semua pegawai
          berdiri di sekelilingnya. Ketika baginda mendengar bahawa tempat Daud
          dan anak buahnya sudah dijumpai,
    
    
      7  baginda bertitah kepada para pegawai, "Dengarlah, hai semua
          orang Benyamin! Adakah kamu fikir si Daud itu akan memberi kamu ladang
          dan ladang anggur? Adakah kamu semua akan diangkat menjadi pegawai
          dalam tenteranya?
    
    
      8  Itukah sebabnya kamu bersepakat melawan beta dan tidak
          seorang pun memberitahu beta bahawa putera beta sendiri sudah memihak
          kepada si Daud itu? Tiada seorang pun antara kamu memikirkan diri
          beta. Tiada sesiapa antara kamu memberitahu beta bahawa Daud, anak
          buah beta sendiri, pada masa ini sedang menunggu kesempatan untuk
          membunuh beta, dan bahawa Yonatan, putera beta sudah memberikan
          galakan kepadanya!"
    
    
      9  Doeg, ketua gembala ternakan Raja Saul, juga ada di situ
          dengan para pegawai raja, lalu Doeg berkata, "Hamba nampak Daud datang
          kepada Ahimelekh anak Ahitub, di Nob.
    
    
      10  Ahimelekh minta petunjuk daripada TUHAN tentang apa yang
          harus dilakukan Daud. Kemudian Ahimelekh membekali Daud dengan makanan
          dan memberi dia pedang Goliat, orang Filistin itu."
    
    
      11  Oleh itu Raja Saul menyuruh orang memberitahu Imam Ahimelekh
          dan semua kaum keluarganya yang menjadi imam di Nob supaya datang
          menghadap baginda.
    
    
      12  Apabila mereka tiba, Raja Saul bertitah kepada Ahimelekh,
          "Dengarlah, hai anak Ahitub!" "Ya, tuanku," jawabnya.
    
    
      13  Raja Saul bertanya kepadanya, "Mengapa kamu dan Daud
          bersepakat melawan beta? Mengapa kamu memberikan makanan dan pedang
          kepadanya? Mengapa kamu minta petunjuk daripada Allah baginya?
          Sekarang dia memberontak terhadap beta, dan sedang menunggu kesempatan
          untuk membunuh beta!"
    
    
      14  Ahimelekh menjawab, "Tetapi bukankah Daud pegawai tuanku
          yang paling setia? Dia menantu tuanku sendiri, ketua* pengawal
          peribadi tuanku dan sangat dihormati oleh semua orang di istana.
    
    
      15  Memang hamba sudah bertanya kepada TUHAN baginya, tetapi itu
          bukanlah kali yang pertama.* Tentang komplot terhadap tuanku,
          sekali-kali tidak! Tolong jangan tuduh hamba atau sesiapa pun anggota
          keluarga hamba. Hamba tidak tahu-menahu tentang hal itu!"
    
    
      16  Raja bertitah, "Ahimelekh, kamu dan semua anggota keluargamu
          mesti mati."
    
    
      17  Selepas itu Raja Saul memberikan perintah kepada para
          pengawal yang berdiri di sisinya, "Bunuhlah imam-imam TUHAN ini!
          Mereka sudah berpakat dengan Daud, dan tidak memberitahu beta bahawa
          Daud sudah melarikan diri, walaupun mereka tahu selama ini." Tetapi
          para pengawal itu tidak mahu membunuh imam-imam TUHAN itu.
    
    
      18  Oleh itu Raja Saul bertitah kepada Doeg, "Engkau bunuhlah
          mereka!" Lalu Doeg membunuh semua imam itu. Pada hari itu dia membunuh
          lapan puluh lima orang imam yang berlayak memakai efod.
    
    
      19  Raja Saul juga memerintah supaya segenap penduduk Nob, kota
          imam itu, dibunuh semuanya, termasuk lelaki, perempuan, kanak-kanak,
          bayi, dan juga lembu, keldai, serta domba.
    
    
      20 Tetapi Abyatar, salah seorang anak Ahimelekh, berjaya melarikan
          diri. Dia pergi kepada Daud,
    
    
      21  lalu memberitahu Daud bahawa Raja Saul telah membunuh
          imam-imam TUHAN.
    
    
      22  Daud berkata kepadanya, "Ketika aku nampak Doeg pada hari
          itu, aku tahu bahawa dia pasti akan memberitahu Raja Saul. Oleh itu,
          akulah yang bertanggungjawab* terhadap kematian semua kaum
          keluargamu.
    
    
      23  Tinggallah bersama dengan aku dan janganlah takut. Raja Saul
          ingin membunuh kamu, tetapi baginda ingin membunuh aku juga. Oleh itu,
          kamu akan aman di tempatku."
    
    1 Samuel 23
            Daud Menyelamatkan Penduduk Kota Kehila
          
          
            1Pada suatu hari Daud diberitahu bahawa orang Filistin menyerang
            kota Kehila dan merampas biji-bijian yang baru dituai.
          
          
                   
                 | 
              
| Kota Kehila | 
            2Oleh itu dia bertanya kepada TUHAN, "Haruskah aku pergi menyerang
            orang Filistin?" "Ya," jawab TUHAN. "Seranglah mereka dan
            selamatkanlah penduduk Kehila."
          
          
            3Tetapi anak buah Daud berkata kepadanya, "Sedangkan di sini, di
            Yehuda, kita sudah ketakutan, apalagi kalau kita pergi ke Kehila dan
            menyerang orang Filistin!"
          
          
            4Oleh itu Daud bertanya lagi kepada TUHAN, dan TUHAN menjawab,
            "Pergilah dan seranglah kota Kehila, kerana Aku akan memberi engkau
            kemenangan terhadap orang Filistin."
          
          
            5Kemudian Daud dan anak buahnya pergi ke Kehila lalu menyerang orang
            Filistin. Mereka membunuh banyak orang Filistin dan merampas
            ternakan mereka. Demikianlah Daud menyelamatkan penduduk kota itu.
          
          
            6Pada masa Abyatar anak Ahimelekh lari kepada Daud, dan menyertai
            Daud ke Kehila, dia juga membawa efod.
          
          
            7Raja Saul diberitahu bahawa Daud sudah pergi ke Kehila, lalu Raja
            Saul berkata dalam hati, "Sekarang Allah telah menyerahkan Daud ke
            dalam tanganku. Daud sudah terperangkap kerana masuk ke dalam kota
            yang bertembok dan mempunyai pintu gerbang yang berpalang."
          
          
            8Oleh itu Raja Saul mengerah tenteranya dan berangkat ke Kehila
            untuk mengepung Daud bersama dengan semua anak buahnya.
          
          
            9Apabila Daud mendengar bahawa Raja Saul berniat untuk menyerang
            dia, dia berkata kepada Imam Abyatar, "Bawalah efod itu ke mari."
          
          
            10Kemudian Daud berdoa, "Ya TUHAN, Allah Israel, aku sudah mendengar
            bahawa Raja Saul bercadang datang ke Kehila dan memusnahkan kota ini
            kerana aku, hamba-Mu.
          
          
            11Adakah penduduk Kehila akan menyerahkan aku kepada Raja Saul?
            Benarkah Raja Saul akan datang sebagaimana yang aku dengar? Ya
            TUHAN, Allah Israel, aku mohon, jawablah aku!" TUHAN menjawab, "Ya,
            Raja Saul akan datang."
          
          
            12Daud bertanya lagi, "Adakah penduduk Kehila akan menyerahkan aku
            dan anak buahku kepada Raja Saul?" TUHAN menjawab, "Ya."
          
          
            13Oleh itu Daud serta anak buahnya, kira-kira enam ratus orang,
            segera meninggalkan Kehila dan mengembara dari satu tempat ke tempat
            yang lain. Apabila Raja Saul mendengar bahawa Daud sudah pergi dari
            Kehila, baginda membatalkan rancangannya.
          
          
            Daud di Kawasan Perbukitan
          
          
            14Daud bersembunyi di tempat-tempat perlindungan di perbukitan, di
            padang gurun Zif. Dia selalu dikejar-kejar oleh Raja Saul, tetapi
            TUHAN tidak menyerahkannya kepada Raja Saul.
          
          
            15Daud takut kerana Raja Saul bertekad untuk membunuhnya. Pada suatu
            masa Daud berada di Hores, di padang gurun Zif.
          
          
            16Yonatan pergi menemuinya di situ dan menyakinkan dia bahawa Allah
            melindungi dia.
          
          
            17Yonatan berkata kepadanya, "Jangan takut, engkau tidak akan jatuh
            ke tangan bapaku. Dia tahu betul bahawa engkaulah yang akan menjadi
            raja Israel dan bahawa aku akan mendapat kedudukan di bawahmu."
          
          
            18Kemudian Daud dan Yonatan mengikat janji persahabatan di hadapan
            TUHAN. Setelah itu Yonatan pulang ke rumahnya, sedangkan Daud tetap
            tinggal di Hores.
          
          
            19Kemudian beberapa orang dari Zif menghadap Raja Saul di Gibea dan
            berkata, "Daud bersembunyi di dalam wilayah hamba sekalian di
            tempat-tempat perlindungan di Hores, di atas Bukit Hakhila, di
            bahagian selatan padang gurun Yehuda.
          
          
            20Hamba semua tahu bahawa tuanku hendak menangkap dia. Oleh itu
            datanglah ke wilayah hamba sekalian. Hamba semua menjamin bahawa
            tuanku akan menangkap dia."
          
          
            21Raja Saul bertitah, "Semoga kamu diberkati TUHAN kerana berbuat
            baik kepada beta.
          
          
            22Pergilah dan pastikanlah sekali lagi. Siasatlah dengan
            sungguh-sungguh tempat Daud berada dan siapa yang sudah nampak dia
            di sana. Beta mendengar bahawa dia sangat licik.
          
          
            23Periksalah dengan teliti tempat-tempat yang menjadi
            persembunyiannya, lalu segeralah kembali untuk melaporkan perkara
            itu kepada beta. Lalu beta akan pergi bersama dengan kamu. Jika dia
            masih berada di kawasan itu, tentu beta akan memburunya walaupun
            beta harus menjelajahi seluruh Yehuda."
          
          
            24Kemudian mereka pulang ke Zif mendahului Raja Saul. Pada masa itu
            Daud dan anak buahnya berada di padang gurun Maon, di lembah yang
            sunyi di bahagian selatan padang gurun Yehuda.
          
          
            25Raja Saul dan anak buahnya datang untuk mencari Daud, tetapi orang
            memberitahukan hal itu kepada Daud. Lalu Daud pergi ke suatu bukit
            berbatu di padang gurun Maon dan tinggal di situ. Apabila Raja Saul
            mengetahui perkara itu, baginda segera mengejar Daud.
          
          
            26Raja Saul dan anak buahnya berjalan di pinggir satu belah gunung
            sedangkan Daud dan anak buahnya di pinggir belah yang lain. Daud
            cepat-cepat melepaskan diri daripada Raja Saul yang sudah mula
            mengepung mereka, dan hampir menangkap mereka.
          
          
            27Tepat pada masa itu seorang utusan datang menghadap Raja Saul dan
            berkata, "Tuanku, lekaslah balik! Orang Filistin sedang menyerang
            negeri kita!"
          
          
            28Oleh sebab itu Raja Saul berhenti mengejar Daud, lalu pergi
            berperang melawan orang Filistin. Itulah sebabnya tempat itu
            dinamakan Bukit Pemisahan.
          
    Perhatikan perbezaan antara Daud dan Raja Saul
    Daud:      ....dia bertanya kepada TUHAN,...
  
  
                    ...Daud bertanya lagi kepada TUHAN,...
  
  
                    ...Adakah penduduk
    Kehila akan menyerahkan aku kepada Raja Saul? Benarkah Raja Saul akan datang
    sebagaimana yang aku dengar? Ya TUHAN, Allah Israel, aku mohon, jawablah
    aku!" ...
  
  
    Raja Saul:  ...Raja
    Saul berkata dalam hati, "Sekarang Allah telah menyerahkan Daud ke dalam
    tanganku....
  
  1 Samuel 24
      1Ketika Raja Saul balik dari peperangan melawan orang Filistin, dia
      mendengar bahawa Daud berada di padang gurun dekat En-Gedi.
    
    
      2 Raja Saul memilih tiga ribu orang askar yang terbaik daripada
      seluruh Israel, lalu berangkat mencari Daud dan anak buahnya di sebelah
      timur Bukit Batu Kambing Hutan.
    
    
      3 Raja Saul sampai di suatu tempat dekat beberapa buah kandang domba
      di tepi jalan. Raja Saul masuk ke dalam gua di situ untuk membuang air
      besar. Kebetulan sekali Daud dan anak buahnya sedang bersembunyi di gua
      itu juga, lebih ke dalam lagi.
    
    
      4 Anak buah Daud berkata kepadanya, "Inilah kesempatan tuan. Bukankah
      TUHAN sudah berfirman kepada tuan demikian, ‘Musuhmu akan Kuserahkan
      kepadamu, buatlah sesuka hatimu terhadap dia.’" Kemudian Daud menyelinap
      ke tempat Raja Saul dan dengan diam-diam memotong sedikit daripada tepi
      jubah Raja Saul.
    
    
      5 Tetapi setelah itu, Daud berasa bersalah kerana dia telah melakukan
      hal itu.
    
    
      6 Dia berkata kepada anak buahnya, "Semoga TUHAN mencegah aku daripada
      berbuat jahat terhadap rajaku yang telah dipilih TUHAN. Aku tidak boleh
      menyakiti raja sedikit pun kerana raja telah dipilih TUHAN."
    
    
      7 Demikianlah Daud menenangkan anak buahnya, dan tidak mengizinkan
      mereka menyerang Raja Saul. Raja Saul bangkit dan meninggalkan gua itu,
      lalu meneruskan perjalanan.
    
    
      8 Tetapi Daud menyusul Raja Saul ke luar gua dan berseru di
      belakangnya, "Tuanku!" Raja Saul menoleh, dan Daud sujud dengan hormat
    
    
      9 seraya berkata, "Mengapa tuanku mendengarkan cakap orang yang
      mengatakan bahawa hamba hendak mencelakakan tuanku?
    
    
      10 Sekarang tuanku mengalami sendiri bahawa di dalam gua tadi, TUHAN
      telah menyerahkan tuanku kepada hamba. Hamba telah disuruh oleh beberapa
      orang anak buah hamba untuk membunuh tuanku, tetapi hamba menolak. Hamba
      menjawab bahawa hamba tidak mahu menyakiti raja yang dipilih oleh TUHAN.
    
    
      11 Lihatlah, ayahanda! Lihatlah potongan jubah tuanku yang hamba
      pegang ini! Sebenarnya hamba dapat membunuh tuanku, tetapi hamba hanya
      memotong sedikit tepi jubah tuanku. Hal ini membuktikan bahawa hamba tidak
      bermaksud jahat ataupun derhaka. Tuanku mengejar-ngejar hamba untuk
      membunuh hamba, meskipun hamba tidak bersalah sedikit pun terhadap tuanku.
    
    
      12 Semoga TUHAN memutuskan siapa yang bersalah, hamba atau tuanku.
      Kiranya TUHAN membalas perbuatan tuanku terhadap hamba, namun hamba tidak
      akan menyakiti tuanku sedikit pun.
    
    
      13 Tuanku tahu pepatah lama ini, ‘Kejahatan hanya dilakukan oleh orang
      jahat.’ Oleh sebab itu hamba tidak akan menyakiti tuanku.
    
    
      14 Perhatikanlah hamba ini yang hendak dibunuh oleh raja Israel!
      Lihatlah hamba ini yang dikejar-kejar oleh tuanku! Hamba hanya seekor
      anjing mati, seekor kutu sahaja!
    
    
      15 TUHAN akan mengadili antara tuanku dan hamba, dan menentukan siapa
      yang bersalah. Semoga Dia memeriksa perkara ini, dan membela hamba serta
      menyelamatkan hamba daripada tuanku."
    
    
      16 Setelah Daud mengucapkan kata-kata itu, Raja Saul bertitah,
      "Benarkah kamu ini Daud, anakku?" Lalu Raja Saul menangis.
    
    
      17 Kemudian Raja Saul bertitah kepada Daud, "Memang kamulah yang benar
      dan beta bersalah. Kamu telah berlaku begitu baik terhadap beta, walaupun
      beta telah berlaku jahat terhadapmu.
    
    
      18 Hari ini kamu telah membuktikan bahawa kamu bermaksud baik terhadap
      beta. Kamu tidak membunuh beta walaupun TUHAN telah menyerahkan beta
      kepadamu.
    
    
      19 Jarang sekali orang melepaskan musuh tanpa menyakitinya setelah
      ditemuinya musuh itu. TUHAN memberkati kamu kerana perbuatanmu yang baik
      terhadap beta pada hari ini!
    
    
      20 Sekarang beta yakin bahawa kamu akan menjadi raja Israel, dan
      bahawa kerajaan Israel akan makmur di bawah pemerintahanmu.
    
    
      21 Tetapi berjanjilah demi TUHAN bahawa kamu tidak akan membunuh
      keturunan beta dan tidak menghapus nama keluarga beta."
    
    
      22 Oleh itu Daud bersumpah untuk memenuhi permintaan itu. Kemudian
      Raja Saul pulang ke rumah, dan Daud serta anak buahnya balik ke tempat
      persembunyian mereka.
    
  1 Samuel 26
      
        1 Pada suatu hari beberapa orang dari Zif berjumpa dengan Raja Saul
          di Gibea. Mereka memberitahu Raja Saul bahawa Daud bersembunyi di
          Bukit Hakhila, di pinggir padang gurun Yehuda.
    
    
      
        2 Dengan segera Raja Saul berangkat ke padang gurun Zif bersama
          dengan tiga ribu orang askar yang terbaik di Israel untuk mencari
          Daud.
    
    
      
      3  Raja Saul dan pasukannya berkhemah di tepi jalan di Bukit
          Hakhila. Pada masa itu Daud masih di padang gurun itu, lalu dia
          mendengar bahawa Raja Saul sudah datang mencarinya di padang
          gurun.
    
    
      
      4  Oleh itu dia mengirim beberapa orang pengintip. Lalu dia
          diberitahu bahawa memang benar Raja Saul berada di sana.
    
    
      
      5  Dengan segera Daud pergi ke perkhemahan Raja Saul, dan
          mendapati khemah tempat Raja Saul tidur dekat Abner anak Ner, panglima
          tentera. Khemah Raja Saul itu terletak di tengah-tengah dan tenteranya
          berkhemah di sekelilingnya.
    
    
      
      6 Kemudian Daud bertanya kepada Ahimelekh orang Het itu, dan kepada
          Abisai saudara Yoab, (ibu mereka ialah Zeruya), "Siapa yang berani
          masuk ke dalam perkhemahan Raja Saul bersama dengan aku?" "Saya,"
          jawab Abisai.
    
    
      
      7  Pada malam itu Daud dan Abisai menyelinap ke dalam
          perkhemahan Raja Saul, lalu melihat Raja Saul sedang tidur di
          tengah-tengah perkhemahan. Tombak Raja Saul tertancap di tanah dekat
          kepalanya. Abner dan pasukannya tidur di sekeliling Raja Saul.  
    
    
      
      8  Abisai berkata kepada Daud, "Allah telah menyerahkan musuh
          tuan kepada tuan pada malam ini. Benarkanlah saya menancapkan
          tombaknya sendiri ke badannya sehingga tembus ke tanah. Saya akan
          membunuh dia dengan sekali tikaman saja, tidak usah sampai dua
          kali!"
    
    
      
      9  Tetapi Daud berkata, "Janganlah kauapa-apakan baginda! Tentu
          TUHAN akan menghukum orang yang berbuat jahat kepada raja yang
          dipilih-Nya.
    
    
      
      10  Demi TUHAN yang hidup, aku tahu bahawa TUHAN sendiri akan
          membunuh Raja Saul, sama ada oleh kematian biasa ketika akhir hayatnya
          sudah sampai, ataupun disebabkan oleh peperangan.
    
    
      
      11  Kiranya TUHAN mencegah aku membunuh raja yang dipilih-Nya!
          Kita ambil tombak dan kendinya saja, lalu pergi dari sini!"
    
    
      
      12  Oleh itu Daud mengambil tombak dan kendi Raja Saul yang
          terletak di sebelah kepalanya, lalu mereka pergi. Tiada seorang pun
          nampak hal itu atau mengetahui apa yang telah terjadi, ataupun
          terbangun, kerana TUHAN menyebabkan mereka semua tertidur dengan
          nyenyak.
    
    
      
      13 Selepas itu Daud menyeberang lembah itu ke pinggir yang lain dan
          naik ke puncak bukit, sehingga dia cukup jauh dari perkhemahan Raja
          Saul.
    
    
     
      14  Kemudian Daud berteriak kepada Abner dan tentera Raja Saul,
          "Hai Abner, dapatkah kamu mendengar suaraku?" Abner bertanya,
          "Siapakah kamu yang berteriak-teriak dan membangunkan raja?"
    
    
      
      15  Daud menjawab, "Hai Abner, bukankah kamu orang yang paling
          hebat di seluruh Israel? Mengapa kamu tidak melindungi raja tuanmu?
          Baru saja ada orang masuk ke dalam perkhemahan untuk membunuh
          tuanmu.
    
    
      
      16  Tetapi kamu tidak menjalankan tugas. Aku bersumpah demi
          TUHAN yang hidup, hai Abner, bahawa kamu semua tidak layak hidup. Kamu
          tidak melindungi tuanmu yang sudah dilantik menjadi raja oleh TUHAN.
          Lihatlah! Di manakah tombak raja? Di mana pula kendi yang terletak di
          sebelah kepalanya?"
    
    
      
      17  Raja Saul mengenali suara Daud, lalu dia bertanya, "Daud,
          kamukah itu, anakku?" "Ya, tuanku," jawab Daud.
      
    
      
      18  Daud berkata lagi, "Mengapakah tuanku masih mengejar hamba
          tuanku ini? Apakah yang sudah hamba lakukan? Apakah kesalahan
          hamba?
    
    
      
      19  Tuanku, dengarlah kata-kata hamba. Sekiranya TUHAN yang
          menyuruh tuanku supaya melawan hamba, suatu persembahan korban akan
          dapat meredakan kemurkaan-Nya terhadap hamba. Tetapi sekiranya yang
          menyuruh tuanku itu manusia, semoga mereka dikutuk oleh TUHAN! Akibat
          perbuatan mereka itu, hamba sudah diusir dari tanah milik TUHAN dan
          terpaksa pergi ke negeri lain. Di sana hamba harus beribadat kepada
          dewa-dewa asing.
    
    
      
      20  Janganlah biarkan hamba mati di negeri orang, jauh daripada
          TUHAN. Mengapakah raja Israel hendak membunuh hamba yang sehina kutu
          ini? Mengapakah tuanku mahu memburu hamba seperti orang memburu ayam
          hutan?"
    
    
      
      21 Raja Saul menjawab, "Sesungguhnya beta sudah berdosa. Baliklah,
          hai Daud anak beta! Beta tidak akan berbuat jahat terhadapmu lagi.
          Malam tadi kamu telah membiarkan beta hidup. Kelakuan beta sungguh
          bodoh! Perbuatan beta sangat dahsyat!"
    
    
      
      22  Daud berkata, "Inilah tombak tuanku. Suruhlah salah seorang
          askar tuanku datang untuk mengambilnya.
    
    
      
      23  TUHAN selalu memberkati orang yang setia dan jujur. Meskipun
          pada hari ini Dia telah menyerahkan tuanku kepada hamba, namun hamba
          tidak berbuat jahat terhadap tuanku, raja yang sudah dipilih oleh
          TUHAN.
    
    
      
      24  Sebagaimana hamba sudah membiarkan tuanku hidup, semoga
          TUHAN juga membiarkan hamba hidup dan membebaskan hamba daripada
          segala kesusahan!"
    
    
      
      25  Raja Saul bertitah kepada Daud, "Allah memberkatimu, hai
          anakku! Kamu akan berjaya dalam segala usahamu!" Kemudian Daud
          meneruskan perjalanannya, dan Raja Saul pulang ke rumah.
    
  1 Samuel 27:1-4
    
      1 Daud berfikir, "Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan
          membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian
          Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan
      aman."
  
  
      2  Oleh itu Daud dan enam ratus orang anak buahnya segera
          berangkat untuk menemui Raja Akhis anak Maokh, raja kota Gat.        
  
        
    3  Daud dan anak buahnya tinggal di Gat bersama dengan keluarga
          masing-masing. Kedua-dua orang isteri Daud, Ahinoam yang berasal dari
          kota Yizreel, dan Abigail, balu Nabal yang berasal dari Karmel, juga
          menyertai dia.
  
  
      4  Apabila Raja Saul mendengar bahawa Daud sudah melarikan diri
          ke Gat, baginda tidak berusaha menangkapnya lagi.
  
        
  1 Samuel 31:1-6
    Raja Saul dan Putera-puteranya Meninggal  (direkodkan juga di 1 Taw 10.1-12)
  
  
   1 Sementara itu orang Filistin berperang dengan orang Israel di Gunung Gilboa. Banyak orang Israel terbunuh di situ. 
    Orang Israel yang lain, termasuk Raja Saul dan putera-puteranya melarikan diri. 
  
  
   2 Tetapi orang Filistin mengejar mereka dan membunuh tiga orang
                putera Raja Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malkisua. 
  
          
  
   3 Pertempuran ketika itu amat sengit di sekeliling Raja Saul
                sehingga baginda sendiri luka parah dipanah oleh
                musuh. 
  
  
   4 Raja Saul bertitah kepada pembawa senjatanya, “Hunuslah
                pedangmu dan bunuhlah beta, supaya jangan orang Filistin yang
                tidak mengenal Allah ini mempermainkan beta, dan membunuh beta.”
                Tetapi pembawa senjata itu tidak berani melakukannya. Oleh itu
                Raja Saul menghunus pedangnya dan menikam dirinya
                sendiri. 
  
  
   5 Apabila pembawa senjata itu nampak bahawa Raja Saul sudah
                mangkat, dia juga menikam dirinya sendiri lalu mati bersama-sama
                Raja Saul. 
  
  
   6 Demikianlah Raja Saul dan tiga orang puteranya mangkat, dan
                juga pembawa senjata itu, dan semua anak buah Raja Saul
                meninggal pada hari itu. 
  
       
  Menurut bible.ca, Daud melarikan diri dari Raja Saul selama lapan tahun. Begitu lama baginda hidup dalam pelarian dan bukan sebagai raja seperti yang dinubuatkan oleh Samuel. Setelah lapan tahun tersebut, barulah baginda diangkat menjadi raja. Kita akan meneruskan siri ini dalam Kisah Alkitab 16 mengenai Daud saat baginda mula menjadi raja.






0 Ulasan