Kalimah Allah-Penuh isu di Malaysia

Allah

Hanya satu perkataan yang sering didebatkan, kalimah "Allah" yang menjadi isu utama di Malaysia baru-baru ini setelah Mahkamah Rayuan menerima rayuan pihak kerajaan, Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan pertubuhan Islam dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam The Herald - The Catholic Weekly kerana ia bukan sebahagian dasar agama Kristian.

Ada berbagai-bagai spekulasi yang dicetuskan setelah keputusan itu dimuktamadkan pada 14 Oktober 2013 yang lepas oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.  



Namun, di sebalik semua kekecohan sama ada orang Kristian dilarang untuk menggunakan kalimah tersebut terutamanya sekali Kristian bumiputera di Sabah dan Sarawak yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, yang juga bermaksud kalimah tersebut turut digunakan secara lazim oleh mereka, sedikit-sebanyak mengugat penganut Kristian di Malaysia.

Secara legalistiknya, menurut peguam-peguam di negara ini, termasuk bekas ketua Peguam Negara Abu Talib, keputusan Mahkamah Rayuan itu berkuatkuasa terhadap seluruh negara di mana semua bukan Islam tidak dibenarkan untuk menggunakan kalimah tersebut.

Namun, isu ini telah dipolitikkan dan sedikit sebanyak membuat rakyat menjadi keliru. Saya sedar dalam negara yang berbilang kaum dan agama ini, tindakan yang melaga-lagakan mana-mana agama dan kaum akan mengugat keamanan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah selamat untuk mengatakan bahawa keputusan mahkamah itu hanya melarang penggunaan di dalam akhbar The Herald dalam versi Bahasa Melayu mereka, dan bukannya melarang penggunaan kalimah tersebut di dalam upacara keagamaan serta Alkitab yang kebanyakannya dimiliki oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa, di sebalik kekecohan isu ini, seperti yang dinyatakan di dalam Firman Tuhan berikut:
16 ¶  "Dengarlah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.†
Matius 10:16

26  "Janganlah takut akan manusia. Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan tiap-tiap rahsia akan didedahkan.†
Matius 10:26

32  "Sesiapa mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku pun akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga.
33  Tetapi sesiapa menyangkal Aku di hadapan umum, Aku pun akan menyangkal dia di hadirat Bapa-Ku di syurga."†
Matius 10:32-33

Renungkan sendiri, Tuhan Allah akan menyatakan sendiri maksudNya kepadamu







(Sumber:-
 http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131016/re_06/Kalimah-Allah:--Kemenangan-terhadap-kebenaran
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-24516181
http://cyberita.asia1.com.sg/dunia/mahkamah-rayuan-kl-larang-gereja-guna-kalimah-allah
http://drmaza.com/home/?p=2528
http://domba2domba.blogspot.com/2013/10/keputusan-kalimah-allah-mengikat-ke.html )

Catat Ulasan

0 Ulasan