MYKAD PENGANUT KRISTIAN SABAH DITUKAR ?
Mengingat kembali kisah seorang kawan yang berstatus Islam dalam MyKadnya walaupun dia dilahirkan Kristian. Dia masih dalam usaha menukar status tersebut kepada yang sepatutnya walaupun dikatakan cubaan sebelum ini agak menyusahkan dia.
Jikalau setiap penduduk Sabah yang mendaftar untuk kad pengenalan MyKad telah ditukar nama mereka kepada bin atau binti lalu ditukar status mereka dengan begitu senang sekali kepada Kristian, saya tertanya-tanya mengapa hal ini boleh terjadi.
Menurut seorang kawan yang kini berusia 20 tahun, dia dan seisi keluarganya mendaftar kad pengenalan dengan status "Islam" walaupun mereka "Kristian". Mereka mahu menukar status tersebut namun mereka terpaksa melalui Mahkamah Syariah. Keluarga di Sabah agak kurang berpengetahuan dalam hal-hal sebegini. Tambahan pula, kebanyakan mereka buta huruf. Sebab itulah mereka hanya membiarkan sahaja status tersebut. Lagipun, mereka hanya berada dalam kampung, status tersebut tidak akan memudaratkan mereka. Walau bagaimanapun, apabila anak mereka yang keluar daripada kampung dan datang ke bandaraya besar, di mana golongan Islam merupakan majoriti seperti Kuala Lumpur, mereka akan mengalami masalah yang tidak sepatutnya mereka hadapi hanya kerana status tersebut.
Persoalannya, mengapa kecuaian tersebut boleh terjadi? Mengapa pula tidak ada penyelesaiannya?
Jawapan saya seolah-olah berjawab semasa musim Krismas tahun lepas.Surat khabar The Star melaporkan dalam akhbar 16 Disember 2012 bahawa Kabinet sedang dalam usaha mengatasi isu tersebut.
(Sumber: The Star Online retrieved from http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F12%2F16%2Fnation%2F12468471&sec=nation )
Akhirnya, Tuhan menjawab doa mereka. Saya amat bersyukur dengan berita tersebut.
0 Ulasan