Roh yang Menang

ROH YANG MENANG HANYA ADA DALAM YESUS KRISTUS

Setiap tubuh mempunyai roh, tubuh perlu dijaga tetapi roh pun perlu dijaga.

Namun bagi sesetengah orang, kewujudan rohnya tidak diketahui langsung sehingga ada yang tidak menyedari rohnya selalu dipermain-mainkan roh jahat mahupun oleh mereka yang berkuasa dalam ilmu hitam.

Saya percaya bahawa tubuh saya mempunyai roh yang menang, menang hanya kerana Yesus Kristus. Bagaimana saya tahu perkara itu, Tuhan sendiri sudah mengatakannya kepada saya.


Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita!
Roma 8:37

Kerana Yesus berdiam di dalam saya, roh yang saya ada ini lebih berkuasa dari mana-mana pun roh termasuklah roh jahat, kerana itulah saya telah pun mendapat kemenangan yang sempurna. Dia sentiasa ada dia dalam saya dan memelihara saya. Tubuh saya adalah gereja, tempat Tuhan Yesus Kristus berdiam.


Saya melihat kepercayaan orang lain yang begitu taat melakukan segala perintah agamanya tanpa jemu. Saya tertanya-tanya jikalau orang sebegini mampu menyegarkan rohnya dengan melakukan semua ini atau hanya membebankannya. Orang sebegini walaupun diberkati secara fizikal belum bermaksud rohaninya juga diberkati. 

Sebagai orang yang percaya kepada Yesus dan telah dijadikan sebagai anak, saya percaya roh saya telah menang. Anda bagaimana?





Catat Ulasan

0 Ulasan