Bertukar agama

Melihat orang bertukar agama membuatkan saya sedih, tapi yang lebih menganyatkan hati adalah apabila kakak saya sendiri bertukar agama.

tukar-agama

Bukanlah kerana kepercayaan yang kabur apabila seseorang bertekad untuk bertukar agama, namun saya tahu satu hal ; iman. Saat mendengar kenyataan bahawa kakak saya akan bertukar agama, saya menjadi kelu. Saya sedar selama ini, sejak menjejakkan kaki ke Semenanjung Malaysia, kakak saya tidak pernah pergi ke gereja. Walaupun gereja bukan hal utamanya, saya tahu itu satu pertanda bahawa dia akan dengan mudah dipengaruhi. Akhirnya sekarang dia bertekad ingin menukar agamanya, setelah mengambil masa bertahun-tahun memikirkannya. 

Ya Tuhan, hati saya tersiat saat mendengarnya. Doa saya untuk keluarga saya yang memang belum lagi merasakan cinta kasih Tuhan yang sebenarnya walaupun dilahirkan dalam keluarga Kristian, adalah supaya mereka menerima keselamatan yang sesungguhnya daripada Tuhan sebelum masa mereka di dunia ini tamat; sebelum mereka meninggal dunia. Saya tidak tahu bagaimana mahu menyatakannya kepada mereka dengan berani dan berterus-terang, kerana keluarga kami bukanlah jenis keluarga yang meluahkan perkara-perkara sedemikian dengan terbuka. Kini, kakak saya mula tertarik dengan agama lain dan bertekad ingin bertukar agama.

Dia musykil sepanjang hidupnya dengan Kekristianan yang dia lalui selama ini. Saya tidak hairan melihat hal tersebut kerana gereja yang kami pergi semasa kecil bukanlah gereja yang tumbuh kerana iman kepada Yesus, tapi hanya kerana rutin mingguan; tradisi hari Ahad adalah ke gereja, itu sahaja. Saya tidak pernah mengenali Yesus walaupun lahir sebagai orang Kristian kerana hal ini. Saya benar-benar mengenali Dia dan menerima Dia cuma ketika saya berumur 15 tahun ; 10/10/2006.

kakak saya telah bertekad untuk memeluk agama Islam dan kenyataan ini amat memedihkan. Baginya, Tuhan Allah itu satu dan hanya satu, Yesus hanyalah sebagai nabi. Lagipun, Tuhan Allah tidak boleh beranak. Bagaimana boleh Yesus sebagai Anak Allah?

Persoalan tersebut yang mempengaruhi dia dan dia hanya mendapat jawapan daripada satu sisi, kawan-kawannya yang beragama Islam sedangkan dia sendiri tidak pernah menemui orang-orang Kristian mahupun gereja.

Ya Tuhan, aku berdoa Ya Tuhan agar dia mampu melihat kebenaran yang sesungguhnya.

Kenyataan Yesus yang mengatakan bahawa Dia bahawa Dia adalah jalan, kebenaran dan hidup. Tak siapapun selain Dia yang berani mengatakan ini dan kenapa orang Kristian percaya kepada kenyataan ini? Kerana kami tahu, manusia tidak mampu memutuskan ikatan dosa yang membelenggu kita dari zaman Adam dan Hawa lagi. Jikalau dosa itu begitu besar sehingga membuatkan Adam dan Hawa keluar dari Taman Firdaus, maka amat penting bagi seseorang untuk memutuskan ikatan dosa tersebut agar kita dapat bersama dengan Tuhan. 

Jikalau anda fikir anda tidak pernah berdosa dan Tuhan tidak akan menghukum anda, fikir semula. Sedikit pemikiran jahat, sepatah kata buruk, dan selangkah pebuatan salah juga sudah membuat kita berdosa. 

Siapa lagi yang mampu menebusnya kalau bukan Yesus? Siapa lagi yang mampu memahami betapa sukarnya hidup sebagai manusia penuh percubaan dan dugaan untuk melakukan yang jahat kalau bukan Tuhan sendiri merasakannya dan Dia berjaya melepasinya tanpa secalit dosa pun? Kenapa kita memperkecilkan standard orang yang telah berkorban untuk diri kita dengan hanya memanggilnya nabi?

Yesus sangat berkuasa apabila Dia mati di kayu salib, penghukuman paling menyakitkan di dunia ini, sehingga Dia layak untuk menjadi Anak Allah, bukan kerana Dia anak yang diberanakkan oleh Allah, tetapi Dialah Allah yang satu itu. Dalam satu posisi yang telah datang ke dunia sebagai manusia, Yesus adalah satu dengan Allah. Anak Allah, tiada ungkapan yang lebih intim yang boleh diilustrasikan melainkan kata tersebut.

Maka pilihlah jalan yang terbaik!

Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik.


Saya telah memilih jalan melalui Yesus kerana saya yakin Dialah Jalan, Kebenaran dan Hidup, Dialah Jalan kepada Tuhan Allah.
Anda bagaimana?








Catat Ulasan

0 Ulasan