PEMBAKARAN ALKITAB HARI AHAD DI BUTTERWORTH
Seorang paderi di Butterworth menerima nota dalam peti surat pos tanpa sebarang alamat pengirim atau asal notis itu, menyeru umat Islam untuk membakar Alkitab Bahasa Malaysia yang mengandungi perkataan Allah. Dalam nota ini, "pesta" pembakaran Alkitab akan diadakan pada hari Ahad 27 Januari pada 10 pagi di padang berhadapan Dewan Ahmad Badawi yang sangat berhampiran Gereja Anglikan.
Mari kita berdoa untuk yang berikut:
1. Kebijaksanaan untuk semua pemimpin gereja supaya mereka dapat membuat keputusan bagaimana menguruskan hal ini selanjutnya;
2. Berdoalah bahawa jika mereka teruskan niat mereka untuk membakar Alkitab, mereka akan dikelilingi oleh kehadiran Roh Kudus and Yesus Kristus, kerana mereka tidak berjuang dengan manusia, tetapi dengan Allah sendiri.
3. Berdoalah untuk orang umat Kristian supaya tidak ketakutan, tetapi saling mengasihi dan berdoa kepada sesiapa yang mempunyai niat buruk, dan akan terus menyembah pada Hari Ahad dengan kegembiraan dan keberanian.
4. Berdoalah untuk keamanan negara kita ditegakkan, bahawa niat-niat jahat yang ingin membawa kerosakan, memprovokasi dan kebencian antara kaum dan agama tidak akan berjaya dengan rancangan jahat mereka untuk membangkitkan ketakutan, kebencian dan keganasan.
5. Berdoalah terutamanya untuk saudara Ibrahim Ali dan pengikut-pengikutnya. Kami memberkati dia, keluarga beliau dan pengikut-pengikutnya dengan kasih sayang Tuhan. Kita berdoa bahawa dia juga akan dapat mengalami kehadiran Yesus Kristus, seperti apa yang berlaku kepada Paulus ketika perjalanannya ke Damsyik.

(sumber: http://ccm-youth.blogspot.com/)
*inilah masanya untuk berdoa, kuatkanlah hatimu
0 Ulasan