TUJUAN BLOG INI DIBUAT
KRISTIAN MALAYSIA
Bila difikirkan semula, bilangan Kristian di Malaysia mungkin tidaklah seberapa, baru mencecah 10%. Saya sebagai orang yang dilahirkan dalam keluarga Kristian. Saya tahu bilangan yang ada 10% itu bukanlah jumlah yang sebenarnya kerana Malaysia sabuah Negara yang percaya kepada agama. Sesetengah orang mempunyai agama bukan kerana mereka ingin berada dalam agama tersebut tapi sekadar mendaftar dengan suatu agama sebagai seorang penduduk Malaysia. Saya sendiri mengakui telah melihat orang yang ada agama tapi tidak pernah mengamalkan agamanya. Tidak kiralah agama apa, ada yang tidak peduli langsung akan agamanya.
Satu hal yang saya sedar; dasar kepercayaan yang seutuhnya hanya bila kita mengenal apa yang kita percaya. Untuk betul-betul percaya akan apa yang kita katakan agama kadang-kadang terasa tidak betul tapi apabila kita betul-betul tahu apa yang kita sembah selama ini, kita akan yakin.
Saya disini bukanlah untuk menyebar agama, saya sedar agama tidak ada maknanya langsung.
Saya juga sedar bahawa melalui blog ini, saya akan mengundang banyak hal; baik atau buruk pun hal tersebut. Tapi saya melakukan ini kerana saya percaya, akan memberi impak kepada seseorang, seseorang yang terbaca atau terbuka laman blog ini.
Bila saya bertanya kepada Tuhan dalam doa saya, saya didorong untuk membuat laman sesawang blog ini kerana anda yang sedang membaca saat ini sedang mencari sesuatu. Ada kekosongan dalam hati anda, hidup anda yang anda ingin isi dengan sesuatu yang anda sendiri tidak tahu. Jawapan saya, dialah YESUS KRISTUS. Dialah JALAN, KEBENARAN dan HIDUP. Percayalah kepadaNya. Bukan agama yang saya bawa sekarang ini, tapi kebenaran yang akan membebaskan anda dari belenggu dosa. Perubahan hidup yang betul-betul mengubah karakter dalaman anda.
Begitu banyak mesej yang saya temui dalam internet yang boleh membantu anda tapi saya sedar bahawa saya juga mempunyai satu tugasan, iaitu untuk menterjemahkannya kepada bahasa yang anda fahami, Bahasa Melayu. Mesej tersebut kebanyakannya Bahasa Inggeris, agak lemah bagi orang Malaysia untuk memahaminya. Itulah tujuan saya!
Terima kasih kerana datang membaca. Ini pasti membawa suatu langkah untuk anda mengenal Jalan, Kebenaran dan Hidup itu.
Tuhan memberkati anda.
Shalom.
p/s Saya sedar orang Malaysia tidak suka baca tulisan yang panjang lebar. Jangan risau, post saya akan ringkas dan mudah dibaca. Kalau terlalu panjang, maksudnya banyaklah benda yang ingin dikongsikan.
0 Ulasan