KEBERANIAN UNTUK BETUL-BETUL BERHARAP KEPADA ALLAH
Ibrani 2:13 ..."Aku akan berharap kepada Allah."...
Kata-kata ini seolah-olah bertanya kepada saya, adakah saya betul-betul berharap kepada Allah? Walaupun jika dibaca dalam ayat yang penuh, bukanlah konteks yang biasa saya baca sebelum ini.
†Yesus juga berkata, "Aku akan berharap kepada Allah." Yesus berkata juga, "Inilah Aku bersama-sama anak-anak yang telah diberikan oleh Allah kepada-Ku."†
Saya kagum dengan cara Tuhan berkata-kata, Dia mampu menggunakan apa-apa cara pun untuk memberitahu kita, selalunya melalui Alkitab, kadang-kala kehidupan yang kita alami sendiri.
Saya pelajar universiti, tidak bekerja maka tidak berduit; hanya bergantung kepada duit pinjaman PTPTN dan sebahagian duit wang saku dari ahli keluarga. Kadang-kala, saya tidak mahu membebankan mereka kerana saya tahu keluarga kami hidup sangat sederhana. Apa yang kami ada cukup untuk kehidupan seharian, tidak lebih tapi tidak juga kurang. Berada dalam keadaan di mana duit selalu menjadi persoalan, saya memang tertanya-tanya. Mampukah saya jalani pengajian sarjana muda ini dengan keadaan yang sebegini? Mampukah saya untuk terus mengikuti aktiviti-aktiviti yang kebanyakannya memakan belanja yang agak tinggi? Mampukah saya untuk tetap memberi persepuluhan kepada Tuhan dan sentiasa mengucap syukur kepada Dia? Mampukah saya untuk hidup untuk keesokan harinya dengan wang saku yang semakin menipis?
Kenyataannya, saya sendiri tidak tahu tapi saya tahu dia akan menunjukkan rahmat yang begitu besar sehingga saya mampu melepasi hari-hari tanpa kekurangan sedikit pun dan masih mampu untuk memberkati orang lain. Hanya melalui kata tersebut : Berharap kepada Allah!
Apapun, saya percaya dia sudah meneyediakan yang terbaik untuk saya.
Halleluyah! Puji Tuhan !
0 Ulasan