Pengislaman penduduk Sabah & Sarawak, siapakah yang perlu risau sebenarnya?
Ya Tuhan, sebak hati melihat isu yang terjadi setelah perkataan "Allah" tidak dapat digunakan di Malaysia oleh orang bukan Islam, kemudian terjadi rampasan Alkitab oleh JAIS ke atas Bible Society of Malaysia (BSM). Tidak dilupakan tentang kebakaran yang disengajakan terhadap beberapa gereja yang pernah terjadi pada awal tahun 2010 yang lepas.
Kini didedahkan bahawa terjadi pengislaman terhadap penduduk Sabah dan Sarawak! Malah admin sendiri pernah menemui seorang lelaki yang sememangnya tidak memeluk agama Islam namun dalam kad pengenalannya telah berstatus Islam. Setelah berusaha mencari tahu bagaimana dia boleh dilabel sebagai seorang Islam, barulah dia mengetahui ayahnya tanpa sedar diberi status agama Islam terlebih dahulu tanpa diketahui ayahnya itu kerana buta huruf. Ketika itu, seluruh penduduk kampung baru sahaja mendapat kad pengenalan dan tidak sedar langsung bahawa mereka dilabel sebagai orang Islam. Dia masih berusaha menukar kembali statusnya, namun bukan mudah untuk melakukannya, di negara Malaysia ini.
Dikatakan bahawa penduduk Sabah merungut bahawa ada pihak memperdaya penduduk kampung di sekitar Sabah untuk menerima kepercayaan Islam.
Menurut sumber, penduduk kampung akan diberikan ganjaran RM100 sahaja kepada mereka yang berjaya menukar agama. Hal ini disebarkan melalui laman sosial Facebook yang ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna Facebook Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Gendang Gindien dari Sibu mendedahkan bahawa sekitar tahun 1970-an, ada rumah panjang diberikan elaun RM300 dan elaun bulanan RM100 jika mereka memeluk Islam.
“Tidak tahu sekarang masih terima elaun atau tidak, saya pun tidak ambil kisah dan sampai sekarang mereka masih Islam dan balik rumah panjang seperti biasa,” tegas beliau.
Kira-kira 27 penduduk dari Kampung Maliau, semuanya penganut Kristian membuat satu laporan polis mengenai upacara penukaran agama secara besar-besaran pada 1 Januari lepas.
Makadan Masabu, 54 tahun, berkata beliau dihubungi seorang kenalan yang memberitahunya, satu kumpulan dari Kuala Lumpur akan melawat Pitas untuk memberi bantuan ‘kebajikan’ di Kota Marudu pada Disember tahun lepas.
“Lelaki itu memberitahu saya, kumpulan itu akan memberi bantuan kebajikan kepada penduduk kampung dalam bentuk wang tunai,
“Apabila kami tiba di tempat itu, semua MyKad kami dikutip dan kemudiannya dikembalikan, dan kami disuruh menandatangani satu borang yang kami tidak faham kerana kebanyakan kami buta huruf,” kata Masabu.
Mereka kemudiannya disuruh duduk secara berkumpulan dan menyebut “kata-kata yang kami tidak faham”.
“Selepas itu seorang lelaki yang dikenali memberitahu kami, kami semua sudah bertukar agama. Kami terkejut dan panik,” katanya.
Selepas upacara itu, mereka masing-masing diberi satu sampul berisi RM100, katanya.
Satu portal berita agama atas talian juga melaporkan upacara itu melibatkan 74 penduduk dari tiga kampung di Pitas.
(sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/14/tukar-agama-dibayar-rm100/ )
0 Ulasan